N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

17 Dis 2009

Meh Baca Pengetahuan Am !!!

Salam Semua..

Pagi ni pagi yg sejuk...
bukan setakat suam2 kuku lagi dah..
dah tahap beku kot...
hik..hik..hik..
sebabnya awal pagi tadi hujan punya la lebat...
sib baik tak naik air..
klu tak.. ada yg tak g keja hari ni
ahhhaakkss....
cocer cam ni nak g keja pun jd malas tau...
sambung tido syyooookk wweeeiiii...
tapi memandangkan.. kena gak g keja kan..
Okies la korang..utk menghangatkan dari cocer sejuk ni
hari ni kan aku nak share ngan korang
pengetahuan am yg aku terima dari email..
bila baca.. macam ada logiknya gak + kelakor gak la..
so meh baca pengetahuan am ni..

- Pengetahuan AM

1. Tahukah anda?..
Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk
kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh.
Jika kita men’gencing’ orang lain,
maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..
Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki
dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki.
Tapi percayakah juga anda bahawa,
lelaki selalu ada dua mata air
dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon
dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu,
beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946,
mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova
dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..
Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya.
Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil
(sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia )
akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan.
Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j.
Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula
ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..
Otak kita mengandungi 80% air.
Walaubagaimanapun. .seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..
Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya.
Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya,
tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L, M,N,O,P,U dan
W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous.
Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..
Di negara Norway , terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka)
manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit.
Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother??
Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya.
Siapakah pula Latiff Sufian??
Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk,
burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri
supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat.
Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS.
Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur.
Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat.
Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta.
Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula,
seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan
jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia , beratus-ratus km tanpa henti.
Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan
beg tepung seberat tiga kilogram
dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km
kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi
manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..
Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia.
Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.


Aaahhhaaaakksss.... sekian saja pengetahuan am utk hari ni... ;)




28 ulasan:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

salam Sis,
Suke la Pengetahuan am ni ...hihihihbuat saye tersenyum sensorang depan PC ...hihihihi

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY berkata...

hahhaha...suke yang no 2 tu..laki ni mmg xle caya!

Azuan berkata...

banyak ilmu yg dapat huhu

Suziey Ahmad berkata...

hahha...lawak n logik gk pndpt kaler merah tu..ekekek:p

ezzati berkata...

adohai..ayat kaler merah sme xble blah..hikhikk..

Unknown berkata...

wah..pengetahuan AM yang memang bagus ni hehehe.. tul lah kak, cuca sejuk je arini.. dpt tido lame lg best kn?? syahdunye..

Nurshahfamily berkata...

nice info....

huhuhu dlm list contest tu tak de pun giveaway irfanku sayang hukhukhuk....

Unknown berkata...

akak,
good info!
selamat tahun baru hijrah yer kak

Tanpa Nama berkata...

hahaha...pecah kaca pecah gelas... nnt has balas ;)

Neeza.Areef berkata...

lawak je yg no.1

e_ja berkata...

hehehe..kelakar2..mcm2 idea kretif org2 ni taw..

Tie HT berkata...

ok gak bace ni..lawk....hehe

Ain berkata...

info yg penuh ngan lawak....hahaha...

i z z a berkata...

info yg mampu m'buatku gelak sorg2..hahaha..
lawak sngguh la

CuTeMiUt78 berkata...

~mawar_berduri~
ahhaakss.. senyum2 dipagi hari ya dik..

CuTeMiUt78 berkata...

~ziana~
aahhhaakkss... heh..heh..heh..

CuTeMiUt78 berkata...

~azuan budak pandai~
heh..heh..heh.. ilmu pengetahuan am yo

CuTeMiUt78 berkata...

~suziey~
ha'ah kan

CuTeMiUt78 berkata...

~eezati~
hik..hik..hik..

CuTeMiUt78 berkata...

~chugie~
ha'ah kan... ;)

CuTeMiUt78 berkata...

~nurshah family~
heh..heh..heh..
oopsss.... sory ya.. dah buat draft dah.. nanti auto publish

CuTeMiUt78 berkata...

~jivebumz~
eemmmm heh..heh..heh..
salam maal hijrah

CuTeMiUt78 berkata...

~honeylanz~
aaahhhaaakksss.... balas jgn tak balas ya

CuTeMiUt78 berkata...

~neezareef~
memang lawak kan

CuTeMiUt78 berkata...

~e_ja~
hik..hik..hik..

CuTeMiUt78 berkata...

~tihara~
heh..heh..heh..heh

CuTeMiUt78 berkata...

~mama danish & sarah~
keh..keh..keh..

CuTeMiUt78 berkata...

~izza~
gelak jgn tak gelak tau