Rabu, Mac 14

SEMOGA ARWAH 'DIRANG' TENANG DISANA....

Salam Semua

Pergghhh.. lama plak rasanya tak bersiaran..
kira cam lama tak berhapdet gitu...
maklum la.. keja lebih utama kan...
so kena la settle kan dlu...
tapi dlm pada sibuk2 pun..
masih lagi sempat mengikuti isu semasa...
terutama berkaitan ngan kanak2 yg hilang tu..
amat2 menyayat hati..
hingga menyebabkan aku patut hapdet story mory tu kat sini...
sebagai tanda peringatan...

Korang tentunya tahu kan kisah "DIRANG"
atau adik Nurul Nadhirah
seluruh dunia gempar ngan berita kehilangan dia..
dan kemuncak kes dia..
dia ditemui mati dengan tragis sekali...
mari kita sama2 berkongsi kronologi kes kematian DIRANG
yg aku terima dari email


Kisah mengenai mayat kanak kanak, Nurul Nadhirah yang dibunuh dan dibakar boleh anda baca di entry sebelum ini Nurul Nadhirah @ Dirang-5 Tahun, Mati Dibakar Hingga Rentung

image

Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak di sebuah rumah kosong berhampiran kediaman mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini Khamis lalu.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 36 hingga 40 tahun itu diberkas hasil maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka di rumah kosong berkenaan sejak Disember lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek ditahan pada hari yang sama selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak berusia 5 tahun itu, Nurul Nadirah Abdullah.
“Kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi Khamis lalu.
Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera 2 bungkus dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah, kata ibunya, Roselyn Alan, 25.
Mohd. Mokhtar berkata, setakat ini, polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu, namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.
Polis, kata beliau, sedang menjalankan siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis telah menemui sebelah selipar mangsa pada jarak 200 meter dari lokasi rumahnya manakala sebelah lagi 500 meter iaitu di kawasan ladang kelapa sawit.
Katanya, polis turut menemui mi segera dan telur yang sudah pecah selain gula-gula dipercayai dibeli oleh mangsa sebelum itu.
“Siasatan polis setakat ini percaya motif kejadian bermotifkan dendam yang disyaki dilakukan oleh suspek. “Suspek berbuat demikian disebabkan nenek mangsa pernah memarahinya kerana melihatnya mencuri kabel malah pernah memberi amaran kepada keluarga mangsa supaya tidak mencampuri urusannya,” katanya.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibungkus dengan kain batik sebelum dibawa keluar dari rumah suspek yang berhadapan dengan kediaman mangsa.
Ini kerana terdapat saksi yang melihat jari tangan mangsa terkeluar dari bungkusan itu. Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya lagi.
Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.
Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/03/kronologi-kes-bunuh-dan-bakar-nurul.html

****************************************************
Masa mula2 berita kehilangan arwah...
aku amat2 marah ngan mak dia..
sebabnya.. maknya lebih utamakan FACEBOOK
dari keselamatan anak dia...
ada ke patut budak umur 5tahun di suruh ke kedai beli MEGI + TELOR
dengan hanya memberi nota dan duit RM4..
aduhhaaiiii agak2 la berFACEBOOK tu..
arwah Dirang sebaya Mirul okey...
apa la budak tu tau..
geram rasanya...

Sekarang anak tu dah jadi arwah dah...
nyesal pun dah tak guna...
bukan blh nak kembali kan nyawa anak tu..
so nak guna FACEBOOK tu.. berpada2 la...

Aku pun rasa kesal amat sgt ngan sikap pembunuh arwah Dirang tu..
tak berperikemanusiaan langsung..
hanya kerana berdendam ngan nenek arwah..
cucu yg jadi mangsa...
apa la salah budak tu kan..
dah la dibunuh.. pastu dibakar tu..
addduuuhhaaaiiiii dimana kah sikap kemanusiaan tu...
sedih yg amat...
pembunuhnya pun dah dpt tangkap kan...
memang patut kena hukuman bunuh je...
biar setimpal ngan apa yg telah dia lakukan
semoga roh arwah tenang DISANA...




Jumaat, Mac 2

EVENT : PC EXPO DI BP MALL

Salam Semua

Hai..hai... bersiaran dari BP MALL
aahhaakksss... kali ni sibuk ngan event
PC EXPO PLAK...
baru je lepas dari event TM GEGAR BP
la ni dah bz ngan PC EXPO..
so di kesempatan ni..

"MARI2 DATANG KE BP MALL UTK EVENT PC EXPO... DATANG KE BOOTH TM UTK REGISTER STREAMYX..ADA CABUTAN BERTUAH...ADA FREE GIFT DARI TM.."


TARIKH : 2 MAC HINGGA 4 MAC 2012
MASA : 10 PAGI HINGGA 10 MALAM


p/s:aku cam biasa la promote2 gitu.. memeriahkan pc expo di bp mall







Rabu, Februari 29

MIRUL TOLONG GEGARKAN EVENT TM GEGAR BP

Salam Semua

Hik..hik..hik.. dah hari Rabu baru la sempat nak berhapdet...
almaklum la...baru pas habis event kan..
so segala report nak kena siapkan..
hari ni baru la agak free skit..
tu yg baru mengupload gambo2 kat dlm draft..
upload je.. belum sempat nak buat n3...
nanti2 la klu free blh story mory
walaupun hari kejadian dah basi.. ;D

Okies tuk n3 warm up hari ni..
for sure la masih lagi nak story mory pasal
event TM GEGAR BP
yg baru je lepas..
heh..heh..heh.. padahal bukan la ada apa yg menarik pun..
dah waktu tu.. aku kena bertugas kat booth kan..
tak dan la nak tgk2 aktiviti yg berlangsung kat dataran tu..
cuma hari Sabtu tu.,.
aku siap bawa bodyguard..
sapa lagi klu bukan dak Mirul..
bukan tak blh klu dia tak ikut..
tapi disebabkan kat umah takde sapa nak jaga..
pengasuh dia plak hari tu ada hal..
ayah dia plak keja gak..
tu yg aku hangkut skali dia g dataran..

Kemain skee dia dpt ikut..
almaklum la.. dia bebas nak kesana kesini..
semua org dia tegur...
smpi aku plak yg naik risau..
mana taknya.. aku tgh sibuk attend cust..
tetiba dia blh main lari2 kat tgh2 padang..
pastu blh siap ajak kengkawan aku layan dia..
sampai bos aku pun dia ajak main ngan dia..


tgk la gelagat dia..
mentang2 la booth kitaorg dkt ngan kolam air pancut ni..
dia siap nak berposing2 kat situ..

kemain posing kat kolam tu...
kat belakang tu.. tgh ada aktiviti pertandingan tarian poco2
pada mulanya dia ajak aku g ronda2 kat situ..
siap dia cakap dia nak ambik belon beso kat dataran tu..
tapi takde maknanya
ibu tgh keja nak.. tak dan nak layan ko..
sib baik la dia blh behave n faham ibu dia tgh keja..
so dia pun duk layan cd2 dia kat booth je..
lagipun dia faham tgh panas gitu..
so tak kuasa dia nak main tgh panas.. :D

Walau camne pun..
aku tak blh lama2 kat booth tu..
dlm kul 4 ptg.. aku dah chow balik..
bab body guard aku dah mula merengek2 nak blk..
sib baik la bos memahami.. klu tak.. payah aku.. :D
ok tu je la n3 warm up..
nanti aku hapdet lagi story mory



Jumaat, Februari 24

MARI2 KE KARNIVAL TM GEGAR BP

Salam Semua

Selamat pagi Jumaat...
cepat betul masa berlalu.. Jumaat dah...
minggu ni memang betul2 amat sibuk...
sibuk ngan meeting n event sana sini..
juga sibuk ngan persiapan event ni..

event besar TM
TM GEGAR BP

so di kesempatan ni..
nak war2 kan kat korang2 semua..

MARI DATANG BERAMAI KE DATARAN BATU PAHAT
BERMULA DARI HARI NI 24HB HINGGA 26HB 2012
DARI PUKUL 9.30 PAGI HINGGA 10 MALAM
ADA BERMACAM2 AKTIVITI2 DI LAKSANAKAN


bagi org2 BP
mari memeriahkan lagi karnival TM GEGAR BP

p/s: aku kena bertugas dari hari ni smpi la Ahad ;D sempat gak hapdet utk promote..




Khamis, Februari 16

N3 TERPENDEK

Salam Semua...

Selamat pagi Khamis..
heh..heh..heh.. Khamis baru nak menghapdet yo..
yg bebenornya.. baru hari ni sempat nak menghapdet bagai..
biasa la klu dah masuk ofc.. memang bzios..
nak berblogwalking pun tak dan rasanya..
ni pun taip laju2..
konon niat nak menghapdet la story mory lagi..
tapi kena attend meeting la plak..
eemmm tak habis2 meeting...
ok nanti sambung lagi..
sekadar sempat buat n3 pendek tuk pagi ni ;D





N3 Contest Yg Telah Di Join

Utk penganjur2 contest yg nak tgk link back n3 contest2 yg aku join, blh klik link2 kat bawah ni ;