Salam Semua
Sebelum sambung hapdet n3 yg kat draft ni nak nyelit jap story mory FRESH kejadian..
al kisah coti2 plak.. coti2 utk penutup 2014 ni kot..
ni coti2 last minit planning..
memang pada awal nya planning 50 / 50 je..
tak la kata confirm nak g pun..
pergi pun kali ni tak ramai.. setakat aku sefamily ngan kakak ipar aku sefamily..
dua keta je..
last2 pas dah bincang2.. dah tolak bahagi campur semuanya..
makanya jadi gak la plan kitaorg
Kali ni destinasi kami sama cam tahun lepas 2013
iaitu ke Sari Mawar Chalet , PENYABUNG, MERSING, JOHOR
tahun lepas kitaorg pun g bercoti kat sini gak..
klik sini untuk rentetan story mory coti2 kitaorg kat SARI MAWAR CHALET ni
cuma tahun ni chalet berlainan dari tahun lepas..
Actually kitaorg planning nak ke AIR PAPAN MERSING je..
tapi di sebabkan tempat penginapan FULL, tu yg tukar planning ke SARI MAWAR CHALET
Ok perjalanan kami bermula pada Sabtu 20hb Disember
di sebabkan masing2 keja.. makanya lewat ptg baru bertolak dari BP.
Sampai sana lebih kurang 9.30 malam.. time sampai tu..
org2 kat situ semua tgh sibuk tgk bola piala AFF SUZUKI CUP 2014 ..
masa tu M'sia Vs Thailand
sempat la tgk gak.. walaupun kalah tapi kalah bermaruah gitu..
oohhh.. citer bola plak ya,...
ok sampai tu..terus ambik kunci..
bab dah malam n masing2 dah lapar.. so pakat masak nasi dulu..
lauk pauk dah siap masak awal2 sebelum g tu..
makanya sementara tgu nasi masak..
meh posing2 dulu ya..
anak2 happy bab dapat g jenjalan lagi..
walaupun just satu malam je.. kiranya happy gak la.. :D
Paginya Ahad 21 Disember 2014,
celik mata.. alamak hujan plak..
anak2 dah muncung je.. bab tak dapat mandi laut..
nak buat camne kan..
dah perginya hujung tahun memang la musim tengkujuh gitu..
tapi tmpat kami ni.. walaupun musim hujan..
ombak laut tak la kuat sgt.. bab ni kawasan teluk..
kalau tak.. mau tak menderu2 ombaknya.. :D
ok ni la pemandangan bilik kami..
situasi memang mengadap laut..
ni chalet kayu.. satu malam RM 85
hanya ada katil besa satu + katil bujang satu
bilik air ngan kipas je..
kat sini ada gak bilik air cond tapi full dah..
al maklum la coti sekolah kan..
kalau air cond rate dia satu bilik = RM 120
kalau tak silap la..
kalau thn lepas kitaorg ambik bilik beso..
bab ramai kan yg pergi..
kali ni kita ambik 2 bilik je..
ok bila hujan dah reda..
makanya mula budak2 ni menggeletek nak turun mandi laut..
tapi disebabkan ni kawasan teluk.. makanya air agak surut..
dan jauh ketengah.. tu tgk dah cam anak2 dugung terdampar kat lautan.. hahahahaha
suka hati la.. janji korang happy ya..
dah puas berendam... makan2.. tido2.. rehat2..
time posing2 sebelum balik ya..
emmm ni la muka2 happy bab dapat jenjalan..
sebelum balik sempat gak la kami singgah ke Air Papan..
actualynya bukan apa.. nak tgk gak keindahan air papan tu.. al maklum la.. lama dah tak g kan..
byk perubahan dah rupanya.. tak dan la ambik gambo ya..
(yg bebenornya malas dah nak ambik gambo)
pas g air papan tu.. adalah wajib singgah sini kalau ke Mersing
tempat fames beli keropok Mersing
kira kat sini byk pilihan utk keropok2
ikan masin pun ada..
sgt2 best..
dah puas beli2 terus gerak balik ke BP..
sampai umah pun dah dkt Isya' gak la..
penat jangan kata la.. tapi senang hati and puas hati..
p/s: mood tgh rajin nak menghapdet ni.. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan