esok akan bermula tarikh baru dlm Bulan Islam kan..
makanya segala apa jua yg telah dilakukan pada thn yg sudah..
akan disimpan sebagai kenangan..
Esok akan bermula kisah yg baru plak k...
ni nak story mory skit pasal Awal Muharam yg aku terima dari email
PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam. Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah. Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus.Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata,
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431 H
P/S: walaupun Johor kira hari ni adalah public holiday.. tidak bagi co aku.. makanya sok aku keja cam biasa lor..
24 ulasan:
la...akak keje ke??huh..ni sure keje kat co komunis ni..heheheh..sabar ye kak..salam maal hijrah kak!
salam maal hijrah
salam maal hijrah, congrats utk Mirul :)
Selamat menyambut Tahun baru islam kak.. mesti baca doa akhir dan awal tahun ye..
salam maal hijrah utk rina sekeluarga....
salam maal hijrah jugak....moga2 keluarga akak akan lebih bahagia n dimurahkan rezeki
salam maal hijrah...moga taun baru nnt kiter akan mendapat lebih keberkatan daripadaNYA...InsyaAllah
salam maal jihrah utk family kak rina
Salam Maal Hijrah wat ko sekeluarga cute..
jaga diri leklok
salam maal hijrah..
salam maal hijrah..
~ziana~
ha'ah.. memang pun.. salam maal hijrah.. ;)
~neezareef~
salam maal hijrah ;)
~mak su~
salam maal hijrah mak su.. mekacih.. ;)
~chugie~
salam maal hijrah..baca ya
~mama danish & sara~
salam maal hijrah utk ain sekelurga gak..
~umminabilah~
salam maal hijrah.. insyallah..
~ieyza~
salam maal hijrah.. insyallah
~zh-ena~
salam maal hijrah utk ena sekeluarga gak..
~ena qalinsya~
salam maal hijrah.. insyallah.
~izza~
salam maal hijrah
~eezah~
salam maal hijrah..
Salam Maal Hijrah buat CuTeMiUt a.k.a Rina.........
~ninie's corner~
salam maal hijrah buat ninies gak..
Catat Ulasan