N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

11 Dis 2009

Papa Buat kat Mama Boleh ???

Salam Semua...
Okies pas kita dah berexersise
meh ni aku nak kongsikan satu email yg aku terima
berkenaan anak2 zaman sekarang..
aku yg baca citer ni pun rasa cam terkedu seketika...
jom baca citer ni sebagai renungan di hari Jumaat ni..
Papa buat kat Mama boleh?
Posted by
UMMINJ Kisah & Tauladan

Terkedu…!!!!
Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..
Kisahnya :Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka.
Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.
Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.
Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.
Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.
Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya
“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”!!!!!!!!!
Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim.
Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.
Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia.
Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..
Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..
Na'uzubilllah... budak umur 4 thn dah tau cara2 utk perhubungan itim kan..
bahaya sungguh pemikiran budak2 sekarang...
diaorg just learn dari apa yg diaorg nampak kan..
yg mak bapak dia pun satu hal... tunjukkan perbuatan cenggitu dpn anak terang2..
tak tau malu ke hapa...isshhh minta dijauhkan la perkara cenggini..
(aku tak pasti citer ni betul terjadi atau sekadar citer2 saja.. apapun kita as parent kena la tunjukkan yg kelakuan yg baik dpn anak2 kan.. )
eemmmmm so apa yg korang rasa bila baca citer ni..???
aku yg baca pun cam meremang bulu roma ni...



http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277


27 ulasan:

cheryna zamrinor berkata...

adoiiii...ada orang sampai tak buat apa2 sebab anak tido sebilik pon ada. agaknya kalau buat jadi macam nieh kot?

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

ooo...sangat bahaya ini budak!

youramoi berkata...

nauzubillahhhhhhh
iskkkk
budak tu tak bersalah ...mak ayah dia yang tak betul...dahla ayah ego.
isk isk...
minta dijauhkan terjadi kat diri ni n other people.

Pija Madzlan berkata...

a'ah mak ayah yang hamph..ade ke biar anak tngok?? *mode marah sambil lipat baju lengan*

Izan Ishak berkata...

ishhh...bior betul mak ayah budak nih. tak pikir ke anak dia dah faham apa yg dia nmpk...
**mmg budak2 zmn skrg ni sgt advance...

Tanpa Nama berkata...

silap parents tu if sampai dah jd mcm ni..

Suziey Ahmad berkata...

hmmmm..giler romeo daniel ni..tu la maaslhnya bila mak bapak pn kurang amik berat..especially batas2 dlml islam..
hmmm..

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY berkata...

budak skrg mmg advance..anak sedara i pn penah duk atas bibik dia smbil goyang2kan badan..dia cakap "ayah buat macam tu kat mama".benda2 mcm ni kena beware..kdg2 kite ingat anak dh tido padahal dia tgh ngintai..;p

e_ja berkata...

kes2 yg lebih kurang cmni mmg akak pernah dgr..betul tuh..sbg parents sentiasa tunjuk hanya teladan dan sikap2 yg baik jelah pada anak2..perkara yg perlu sembunyi kita sembunyikan..bdk2 ni mmg cepat je mengikut..huhu..

umi_e berkata...

salam... kes seperti ini pernah kami alami sendiri sekitar lebih 20 tahun dulu!
* mummy kak e mengasuh seorang kanak2 perempuan (zaman dulu susah nak cari pusat asuhan)sekitar usia 4-5 tahun (masih ada kaitan kekeluargaan)

Si anak ini sering bermain sendirian (mummy tak jaga ramai)dan mummy sering perhatikan apa yang dia main. Dia suka sekali duduk atas bantal peluk dan mengenjut2 (mula2 mummy ingatkan dia main kuda2) tapi lama2 mummy suspek sesuatu kerana cara dia bermain agak mencurigakan.

Akhirnya mummy bertanya kenapa dia main begitu, dia kata: mak + ayah selalu main camtu :O

Seperti guru di sekolah Daniel, mummy juga bertanya kepada si ibu (pangkat anak sdr mummy) dan dia mengaku sering melakukan hubungan walaupun diperhatikan oleh si anak kerana beranggapan anak itu masih kecil...

Mummy sering melarang anak itu untuk mengulang perbuatannya tetapi amat sukar - akhirnya mummy bertindak menmgikut fikirannya - dia denda si anak kecil - kalau melakukan perbuatan itu dia akan direndam dalam air (alhamdulllah si anak tidak bermain atau melakukan hal itu) tetapi semakin anak itu membesar dia sepertinya 'nakal' dia sering 'meraba' punggung lelaki (usianya ketika itu 6-7 - selepas itu mummy tidak lagi mengasuhnya kerana ibi-bapanya bercerai dan berpindah)

* Pada usianya sekitar 10-11 tahun dia dikatakan dirogol oleh bapa tirinya! Menurut cerita, dia melakukannya dengan rela... Bapa tirinya merengkok di dalam penjara

Dee berkata...

bahaya sungguh..sbb tu bila bermesraan yg lebih2 jgnlah dpn anak2..budak2 skrg lain mcm sket pick-upnya..laju je..

pernah gak dgr citer gini kt sekolah rendah my sis keje..hati2lah wahai ibu bapa..

yatie chomeyl berkata...

takutnya baca entry ni..bagus jugak buat peringatan utk diri sendiri

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

huh...bahaya la sis....
rosak anak die ....
mmmmmmm.....nanti dah ada anak kena berhati2 ngan ni sume ...

CuTeMiUt78 berkata...

~cheryna~
walaupun tido sebilik ngan anak.. pandai2 la cover.. jgn la buat dpn2 anak..

CuTeMiUt78 berkata...

~mrs. K~
yup.. memang kan

CuTeMiUt78 berkata...

~manje~
eemmmm tu la... mak bapak dia yg patut dipersalahkan.. memang jd peringatan utk semua

CuTeMiUt78 berkata...

~sitisifir~
emmm tul tu.. siap lipat lengan baju tu..

CuTeMiUt78 berkata...

~izan ishak~
eemmm tu la memang kan.. budak2 sekarang ni in advance sungguh

CuTeMiUt78 berkata...

~honeylanz~
yup.. betul tu..

CuTeMiUt78 berkata...

~suziey~
bukan romeo ni.. dah tahap kasanova plak.. ahaakkss.. betul tu suziey payah kan.. klu mak bapak sendiri tak blh tunjukkan teladan yg baik..

CuTeMiUt78 berkata...

~ziana~
oopsss.. bahaya kan.. make sure anak betul2 dah tido baru blh jln projek..

CuTeMiUt78 berkata...

~e_ja~
yup betul tu kak..

CuTeMiUt78 berkata...

~umi_e~
isshhh ngeri la dgr... minta dijauhkan la dari semua ni

CuTeMiUt78 berkata...

~dee~
eemmm betul tu dee.. payahnya klu mak bapak sendri tunjukkan teladan yg tak baik kan.. cepat je anak ikut

CuTeMiUt78 berkata...

~yatie chomyl~
emmm tul tu..

CuTeMiUt78 berkata...

~mawar_berduri~
eemmmm memang bahaya.. kena take care betul2..

NzA berkata...

kisah n myb reality la rina cz kt sk knk2 seawal thn 1 pn dh pndai wat aksi2 cam gini. Siap wat tunjuk cara dgn jari n mcm2...bila pnggil mak bapa sume xngaku...aduh, susah la...
So kita kena bringat2..bila ank umo 2thn kena asingkn tmpt tidur cz kekdgn budk2 pndai brlakon n pura2 tidur..ttp sbnarnya mrk tonton aksi2 tu...nk salahkn sapa!!!!