N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

29 Dis 2009

Citer Pagi ni.. ???

Salam Semua...

Camne nak mulakan story mory utk hari ni.. ??
tetiba blank... ????
hilang idea plak pagi2 ni...
aahhaaksss...
blh gitu...??
padahal tadi sebelum masuk blog..
ada rasa macam2 idea nak mengarang...
tapi bila log in je.. tetiba "tap" (ahaakss siap bunyi tu..) idea hilang
eemmmmmmm??????
okies la.. memandangkan idea aku terbang entah kemana pagi2 ni kan..
meh aku kongsikan satu citer yg aku terima dari email salah satu yahoo group
tak pasti benar atau tak.. tapi bagi aku la tentu pernah terjadi perkara sebegini
citer ni perlu dijadikan iktibar utk kita terutama kaum perempuan a.k.a isteri2

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......

eemm... so apa pandangan korang...???
bagi aku la kan.. memang kita sebagai isteri wajib menjaga penampilan kita di mata somi..
biar hari2 dia pandang kita cantik + seksi (aahhaakss..ayat maut ni.. )
biar dia tak pandang ferempuan lain... (eemmm tapi kadang2 pandang gak kan.. ate namanya lelaki.. )
kita jaga pemakanan dan segala keperluan dia...
insyallah somi kita tak cari lain..
betul tak kakak2 dan semua isteri2 yg dah lama berkahwin.. ???
eemmmm cam aku ni kira baru gak la dlm pengurusan rumah tangga..
aku byk gak pelajari dari org2 yg lebih berpengalaman
sapa yg nak somi cari lain kan...
seorang isteri mesti nak kan sominya hanya utk isterinya je kan..
eemmm semoga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. insyallah..

p/s: dlm pada blank tak idea tu.. jd panjang berjela plak n3 aku ni.. ;)



18 ulasan:

emy/mamasuri berkata...

asam garam berumah tangga...ada je yg kurang..sesama kite mengisi kekurangan tu...baru betull...

Dee berkata...

blank2 ko pun ada gak idea dtg eh rina..hehehe..

i z z a berkata...

xtau nk komen ape..tp itu la lelaki..

Suziey Ahmad berkata...

hahahaah ye la..tetiab idea mencurah yek..ekeke:p

emm aku rs kalu iman lelaki tu kruang mmg akn jadi eprkara mcm ni..dia xsedar ke kecantikan luaran hanya sementara..dan xtau kah dia ape yg menyebabkan kita jadi begini(eh kita ke..ekek:p) kalu kuku panjang nipis n berwarna cantik..nak ke pompuan tu memasak..basuh pinggan..basuh berak anak?? bila perut dia kempis je nak ke dia masak ckp 3 kali sehari utk suami mkn? dia msti nk jg body kan..rambut cantik n wangi..sape yg tanggung dosa kalu isteri xtutup aurat?

kesimpulannya..jgn jadikan alasan..tepuk dada tanya iman..

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY berkata...

erm...pada i yg penting kena selalu discuss..ape yg dia suke..ape yg dia xsuke..include sex life..i pn byk gak berkorban utk buat boy satisfied dgn i...penipu klu LELAKI kata "i xkisah..i tetap syg u"..tp tgkla..klu kite xcantikkan diri..nak gi mana2 pn dia jarang bwk..trust me..mmg jadik isteri ni kena sentiasa buat yg terbaik..

klu dh terbaik..buat gak!! blender je cili!!!kekeekeke...

mummy_ayu berkata...

ya betull..lepas kawin pun kena jaga penampilan diri untuk jaga hubby but hubby tu...jaga tak penampilan diri? ada tu yang boroi semua tu? he he he...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

SALAM...DAH NAMANYA BERUMAHTANGGA ADAT LA TU BG SUAMI2 YANG TAK TAU NAK BERSYUKUR...SOK BILA NAK MATI BINI LA JUGAK YANG BASUH ITU INI...BEGITU BEGINI...MASA SIHAT CARI PEMPUAN YG MENARIK....BILA DEKAT NAK MAMPOS BARU CARI BINI....MARAH NI!!!!

Kak Anie berkata...

Sebagai isteri...kita kenalah tau kehendak suami...sebab tidak semua suami/lelaki yang sama citarasa mereka...

Banyakkan berkomunikasi...buatlah apa yang patut untuk menyuburkan rasa kasih sayang...berikan mereka ruang untuk hidup mereka sendiri...seperti untuk apa yang mereka minat...tapi jgn terlalu banyak ruang diberi hingga ada yang boleh menyelinap masuk...

CuTeMiUt78 berkata...

~mama suri~
yup..betul..betul..

CuTeMiUt78 berkata...

~dee~
ahhhaakksss.. idea copy paste je

CuTeMiUt78 berkata...

~izza~
ssssshhhhiiiii nak tau.. kena kawin cepat2 tau..

CuTeMiUt78 berkata...

~suziey~
a'ah.. tetiba idea mencurah2 plak... eemmm betul tu suziey..

CuTeMiUt78 berkata...

~ziana~
aaahhhaakksss.. blender cili tu.. eemmm blender cili jd hancur.. tak payah blend.. terus bagi sebijik camtu je

CuTeMiUt78 berkata...

~mummy_ayu~
aaahhaaaksss.. boroi tu tanda isteri sayang.. sebab tu mkn je.. ahhhakkkss

CuTeMiUt78 berkata...

~alimaz~
oooppsss... sabaq jgn marah2...

CuTeMiUt78 berkata...

~kak anie~
yup.. betul tu kak.. mekacih sudi kongsi

eezah berkata...

itulah lelaki bila cantik dipandang bila jemu dibuang..takut jugak terkena macam tu..minta simpang lah..

CuTeMiUt78 berkata...

~eezah~
yup betul tu..