N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

31 Dis 2009

Gift 4 Top 10 Komentar Cutemiut !!

Salam Semua...


Okies la sebagai n3 penutup utk thn 2009 ni
aku nak buat satu pengumuman..
yg very2 the surprise utk semua pembaca2 blog aku..
terutama tuk top 10 komentar bulan ni..
memandangkan angka top komentar tu.. asyik la berubah2..
dari byk menurun jd skit..
jd dari dia hilang terus.. aku buat keputusan tuk umum kan..
kepada TOP 10 komentar bulan Disember di blog cutemiut ni
akan menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan..
(gift adalah semua sama rata.. takde yg lebih k.. )
so ni la TOP 10 komentar utk bulan 12 2009



eemmm harap maklum ya korang..
aku tak blh nak tunggu hingga detik 12 mlm ni..
sebabnya semakin byk aku komen.. semakin turun la jumlah angka2 tu..
so aku decide aku just ambil sapa paling top komen hingga jam5.30 ptg ni je..
memandangkan aku pun dah nak blk kan..
dan mlm plak memang2 la agak payah tuk aku on9
saja aku tak nak umumkan pasal ni..
sebabnya.. ia berubah2.. ni kira surprise la ya..
so to all TOP 10 komentar ni..
sila la emailkan alamat korang ke azrina@ramatex.com.my
(eemmm klu tak silap aku.. hanya cik puan eezah aku blm ada add kot.. yg lain2 tu.. dah ada.. )
hadiah2 akan dipos thn dpn k.. kira as a hadiah thn baru.. dari cutemiut..
pada yg rajin komen tapi tak tersenarai.. harap maaf sesangat..
aku pun tak blh nak buat apa.. bila tgk widget yg mengong ni..
so harap pas ni jgn serik tuk komen kat blog aku k..


p/s: disebabkan widget tu asyik la turun naik.. sebab tu la aku lama tak umumkan top 10 komentar kat blog aku ni.. sebabnya berubah2 gitu.. agak la widget ni mengong kot.. nampak gayanya aku kena ubah ke widget yg lebih bagus dan lebih berkesan.. any idea..






Yeeaaa!!! Mirul Tersenarai Top 20

Salam Semua..


Ahhaakksss.. berita gembira sebagai penutup n3 tahun 2009
(eemm ni kira n3 baru lagi ni tau..)
dlm pada aku tunggu masa nak blk ni..
jengah la blog kengkawan mana yg sempat kan..
skali tgk keputusan tuk top 20 utk contest ni dah keluar..
syukur alhamdulilah
Mirul tersenarai TOP 20 dlm contest Serius Babby anjuran ibu rifqi..
eemmm tak sangka plak..

see tu muka serius Mirul


dan ni plak all top 20 tuk kategori girl
terima kasih juri yg memilih Mirul
pas ni tunggu pengumuman pemenang plak..
nak tau lebih lanjut blh klik sini



http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277


Citer2 Menarik di Cutemiut Sepanjang Thn 2009

Salam Semua..

Ahhhakksss.. memandangkan hari ni last for 2009
so tadi ni aku duk la buka blk kisah2 kat blog ni sepanjang thn 2009 ni
memandangkan blog aku ni pun dah mencecah ke setahun 4 bulan usia nya..
(aahhaaakkss.. blh plak aku duk terlupa wish for my anniversary blog tau.. )
tak sangka.. byk gak story mory aku sepanjang thn 2009 ni
ni tgh giler rajin ni.. buka semula all story mory
mostly citer our life.. lebih byk story mory pasal Mirul lor..
dan juga byk story mory pasal contest2 yg aku join..
suka ; gembira ; bahagia ; sedih ; duka ; surprise semua ada..
emmmm memang berblogging ni blh menambah kenalan..
sepanjang aku jd blogger ni ramai gak kenalan blogger yg aku dah jumpa tau..
so meh tgh summary story mory dari blog cutemiut sepanjang thn 2009
:: JANUARY 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan Jan adalah sebanyak 40 n3
N3 yg agak menarik tuk January
1- Pertama kali blog cutemiut ni mengadakan contest iaitu "Contest Header Kreatif"
yg dimenangi oleh E-yya
2- Perjumpaan pertama kalinya dengan blogger iaitu " NeezaReef "
***************************************
:: FEBUARY 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan Feb adalah sebanyak 34 n3
N3 yg menarik tuk Febuary
1- Blog cutemiut bertukar wajah diatas pertolongan sahabat blogger.. kty
***********************************
:: MARCH 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan March adalah sebanyak 50 n3
N3 yg menarik di bulan March
1- Perjumpaan ke 2 dengan blogger dari KL
iaitu " Masviona & PrebetSabu "
***********************************
:: APRIL 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan April adalah sebanyak 62 n3
N3 paling menarik
1- N3 khas berkenaan majlis sambutan Besday Mirul yg ke 2 thn
2- Perjumpaan ke 3 & 4 dengan blogger
iaitu " Ct Rahani & Yan "
*************************************

:: MAY 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan Mei adalah sebanyak 45 n3
N3 paling menarik
1- Bermulanya menjoinkan diri dgn contest2
2- N3 berkenaan Mirul tersenarai as a TOP 6 dlm contest Toodlers Supermodel
anjuran Mama Aqish
**********************************
:: JUNE 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan Jun adalah sebanyak 49 n3
N3 paling menarik
1- Perjalanan ke Kelantan menghantar rombongan pertunangan anak sedara
2- Perjumpaan yg ke 5 dengan blogger dari Kelantan iaitu "KV & CO "
****************************************
:: JULY 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan July adalah sebanyak 72 n3
N3 paling menarik
1- N3 berkaitan my 3rd anniversary
2- N3 menang capture no 7678 dari blog Honeylanz
3- N3 menang capture no 55555 dari blog Ktyfir
4- Kebanyakkan n3 utk bulan ni lebih kepada tag & award
**************************************
:: AUGUST 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan Ogos ni adalah sebanyak 57 n3
N3 paling menarik
1- N3 ulangtahun kelahiran ku yg ke 31 thn
2- N3 menang capture no 26679 dari blog MamaManja
3- N3 menang caputer no dari Blog NeezaReef
4- N3 Doa2 di bulan puasa
5- Kali kedua mengadakan contest " Kenangan Dihari Raya"
6- Sepatutnya ada n3 utk 1 year my blog anniversary.. tapi terlupa nak wish..
****************************************
:: SEPTEMBER 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan Sept ni adalah sebanyak 56 n3
N3 paling menarik
1- Byk n3 berkenaan contest2 yg dijoin dan story mory hari raya..
2- N3 pengumuman contest Kenangan Dihari Raya yg dimenangi oleh " Erinsz "
***********************************
:: OCTOBER 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan OCt ni adalah sebanyak 70 n3
N3 paling menarik
1- Perjumpaan yg ke 6 & 7 blogger Batu Pahat iaitu " Izan Ishak " & " J@j@ bini The rock "
di mini open house rumah aku
2- Perjumpaan yg ke 8 & 9 blogger Batu Pahat iaitu " Ieza " & " Lina "
3- N3 Kemenangan Giveaway dari blog Mama Tisya. Memenangi RM 15
4- N3 kemenangan contest " My 1st Baby bash" dari blog Zh-ena. Memenangi hadiah anak tudung hallo neno
5- N3 kemenangan contest " Teka Umur HubbY Miera" dari blog Mama Miera
(hadiah smpi la ni masih belum terima)
6- N3 surprise tuk besday my cik abg

**********************************************

:: NOVEMBER 2009 ::

- Jumlah n3 utk bulan Nov ni adalah sebanyak 57 n3
N3 paling menarik
1- N3 kemenangan contest " Busday Girl Baik Hati " dari blog ayucollection
dan memenangi sehelai shawl yg amat cantik..
2- N3 kemenangan yg tak dijangka contest " 1st Moment Giveaway "
dari blog Mummy_Ayu.. hadiah yg sungguh comel walaupun setakat sagu hati..
3- N3 Mirul tersenarai as TOP 20 dlm contest " SMILEYKIDZ"
dan memenangi hadiah saguhati gak iaitu 10% voucher utk produk dari SMILEYKIDZ

*******************************************

:: DISEMBER 2009 ::

- Jumlah n3 setakat n3 ni dibuat adalah sebanyak 74 n3
N3 paling menarik
1- N3 menang capture no 8888 dari blog D'Nur Boutique
(tapi tuan umah cam tak endah kan kemengan tu.. so malu la kan.. nak tuntut hadiah..even hanya setakat voucher RM 5 tuk produk D'Nur Boutique )
2- N3 Mirul tersenarai as TOP 25 dlm contest "Si Manja Berkaca Mata " dari blog UmmuMishkah
3- N3 Mirul Tersenarai as TOP 10 & TOP 5 dlm contest "Baby With Transport"
dari blog Ummi Nabilah
4- N3 My cik abg tersenarai as a finalist dlm contest "I'M yours" dari blog LyanaFrina..
still belum tau keputusan..

eemmmm so tu la skit2 n3 yg menarik tuk blog cutemiut sepanjang tahun 2009
actually n3 yg menarik tu ada byk.. tak tersenarai oleh ku..
nak tau.. gi baca sendrii kat blog archive ku itu k..
ni kira aku just ambil mana2 yg aku rasa hover menarik gitu..
semua2 n3 yg tercatat sepanjang tahun 2009 akan menjadi kenangan kami
Mungkin satu hari nanti.. ia akan jadi satu kenangan yg paling indah...
Tuk tahun baru nanti.. akan bermula la episod story mory yg baru gak..


http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277



Selamat Tinggal 2009 !!

Salam Semua...

Hari ni adalah hari terakhir utk thn 2009 kan..
emmm kejap je masa berlalu..
citer pasal tahun baru ni..
co aku pun setiap thn akan bermurah hati beri
kalendar co kepada setiap staff dia..
hanya staff je la yg dpt..
utk perkerja2 operater yg kat luar tu..
tak de la dpt apa2 pun...
ate kan co aku ni kedekutzz
eeemm meh tgk koleksi kalendar2 co aku..


hah.. ni semua adalah kalendar co aku yg aku masih simpan tau..


see ada 8 kalendar semua skali..
actually aku mula bertugas di co aku ni
pada 1 January 2002
esok 1 January 2010 genap la 9 thn aku berkhidmat disini
pelbagai suka duka...rintangan (lebih byk duka kot..) yg aku hadapi
dari as a trainee.. jd QC, pastu Exc
eemmm macam2 perkara yg aku pelajari tau...
apapun aku tetap bersyukur ngan rezeki yg ada ni..
(bukan tak mau tukar keja lain.. tapi belum ada rezeki ku di tmpt lain.. )
okies habis bab tu..
meh kita citer pasal azam thn baru plak
setiap tahun pastinya akan bertukar azam baru kan...
sana sini sibuk menceritakan azam tuk thn baru...
Azam aku ????
eemmm azam yg lepas2 pun ada belum terlaksana tau..
utk thn baru ni.. aku akan berazam melaksanakan azam2 thn lepas yg belum terlaksana..
azam aku tuk thn ni..


1- Nak duduk rumah sendri..

actually bab rumah ni..yg buat lambat adalah kerana tanah, kami kena dpt kan geran tanah dulu dari pakcik cik abg aku (sekarang ni dah arwah dah.. ) masa awal thn 2009 pakcik cik abg aku ni dah pun bersetuju utk buat pecah geran.. so kami pun dah buat pembayaran ngan pejabat tanah. Insyallah thn 2010 ni akan bermula projek rumah kami..


2- Nak settle kan Hutang2
Bab hutang ni.. actually still ada skit la hutang2 aku.. ngan ah bank (hutang keta lor)
hutang yg lain2 tu.. insyallah aku akan settlekan secepat mungkin..
memandangkan byk dah settle pada thn 2009.. (eemmm cam byk sgt la tu.. )


3- Nak kan kehidupan yg tenang dan bahagia
emmm bab ni actually bukan selama ni tak tenang.. tenang gak.. cuma aku nak supaya kebahgiaan dan ketenangan tu.. bertambah2 la.. s
harap semoga kedatangan 2010 ni akan bertambah2 kebahgiaan kami..


4- Nak menjadi Isteri dan ibu yg terbaik
eemm insyallah.. ni la impian semua perempuan yg dah bergelar isteri2 dan para ibu2 kan..
sapa yg tak nak menjadi terbaik kan..


5- Bercoti2 bersama keluarga...

eemm klu korang perasan.. aku jarang cerita pasal percutian2 kami kan..
eemm memang dah lama aku tak pergi bercuti2 bersama keluarga tau..
jd ingat thn 2010 ni klu ada rezeki lebih insyallah menjadi la planning percutian kami..

6- Nak tambah ahli keluarga..
Ahhaaksss.. ni memang kena rancang betul2... actually kan korang.. bukan kami tak nak menambah, cuma sekarang ni belum sesuai utk menambah.. sebabnya seboleh mungkin kami nak ada rumah dulu baru blh difikirkan pasal penambahan ahli..
ate sekarang ni pun aku duk menumpang ngan kakak ipar kan..
so agak terbatas la skit.. memandangkan situasi rumah yg tak berapa nak luas..
insyallah ada rezeki.. bertambah la ahli keluarga kami..




eemmm buat masa ni tu je la kot.. yg lain2 aku rasa cam dah tercapai kot dan aku rasa tak berapa penting sgt utk dipublishkan kat sini...
so apa azam thn baru korang.. ???
p/s: aahaaaksss.. ckp pasal thn baru ni kan..aku nak buat satu kejutan dan penguman ptg nanti..

Cepat !! Cepat!! Terhad

Salam Semua..


Okies ni nak buat promosi skit..
just tolong member blog utk promtekan


KEPADA SESAPA YG MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN
(eemmm umur dlm lingkungan 3-5 thn kot)
YG BERMINAT DENGAN BAJU KEBAYA KANAK2
SILA KLIK BANNER NI..



SANGAT CANTIK DAN HARGA BERPATUTAN..
utk ketahui lebih lanjut blh klik sini
atau blh klik gambo banner tu..
eemmm promosi ni terhad smpi esok 31/12/09 ajork..

HARAP MAKLUM..

Segala urusan atau pertanyaan sila berurusan ngan tuan punya blog
(erinsz, takde apa2 ke.. dh tlg promote kan ni.. ahaaakss.. gurau je k.. )


p/s : just tolong member kan.. eeemmm klu aku ada anak ferempuan.. rasa teringin gak beli kebaya tuk kanak2 ni...

n3 ni akan melekat kat sini selama 24 jam

http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277


30 Dis 2009

Cutemiut Ranking

Salam Semua...


Tadi ni duk saja la menggodek kat Free Counter and Web Stats
ala yg ada view kat bawah blog aku di sidebar kiri tu..
eemmm korang perasan tak..
klu tak perasan takpe..
actually widget ni ala2 lebih kurang cam nuffnag gak kot..
kita blh tgk sapa yg rajin masuk baca blog kita..
blh tau berapa kali ; blh tau apa keyword yg digunakan..
eemmm dan yg paling aku tak sangka skali..
kita blh check kita di ranking yg keberapa utk top 1000 website tu..
ahhaaaa.. bila story mory pasal ranking ni kan..
aku memang tak menjangka kan ranking blog cutemiut ni akan berada ditahap ni..


sila enlarge kan utk tumbesaran

eemmm see blog aku berada di ranking ke 52 dari 1000 website for all categori..chayork... la... memang diluar jangkaan betul..

aku tak pasti kiraannya ranking ni camne..
eemmm mungkin arrow hijau tu.. peningkatan kot... arrow merah tu penurunan
no yg lain2 tu.. aku still cam blur2 gitu...
pastu kan.. aku try la tgk keyword yg digunakan utk smpi ke blog aku ni..


sila enlarge kan tuk tumbersaran k
hah.. see nama DATO FADHILAH KAMSAH pun ada tu.. ahaaksss.
glames la cutemiut jap..(rasa cam ada vangga kat situ..)
tapi kebayanyakkannya.. more tu pengalaman bersalin..
atau bersalin.. eemmm ada gak yg mencari perkataan "Meneran" ahhaakss..
rasa cam lawak la plak...
tu dari web Motigo ni..
nak tau lebih lanjut blh klik sini
pastu aku try tgk dari nuffnag plak..


eemmm key word yg ada masa aku tgk tu..
"Pengalaman Bersalin"
eemmmm agak blog aku ni fofular ngan keyword bab bersalin2 ni kot..
ahaaaksss... perasan lagi..
see ramai gak yg mencari pasal keyword bersalin ni..
apapun terima kasih pada korang yg sudi dtg menjengah ke blog cutemiut ni...
sokongan korang menguatkan lagi semangat utk menghapdet2 citer2 kami..
ahhhaaakksss.. cam buat ucapan la plak kan..
ok la korang.. tu je utk kali ni..




Bercerainya Stereng Keta !!

Salam Semua...
N3 berikutnya utk hari ni..
(ahaaaksss.. hover rajin hapdet hari ni.. idea tgh dtg mencurah ni.. )
hah.. klu n3 sebelum ni aku ada citer pasal keta menan Mirul kan..
korang nak tau apa dah jd ngan kete menan tu
cuba tgk gambo2 ni..
eemmm nampak tak yg aku bulat kan tu..
aaahhakkkss.. anak aku punya la ganas kan..
sampai patah dah stereng keta tu tau...
keta menan tak berstereng..
actually patahnya skit je la.. tak la teruk sgt..
tapi tau je la Mirul yg main..
buat up la.. buat dfrit la..
at last patah terus stereng tu..
ahaaaksss.. stereng yg dah tercabut dari badannya...
tak pe la.. sib baik ada lagi satu keta menan dia..
kira lama gak usia keta ni..
dari umur dia setahun.. smpi la ni..
klu tak patah.. masih dlm keadaan baik.
(ala.. takde stereng pun Mirul duk main lagi keta ni.. )
nak dibuang sayang plak..
so ayah.. apa lagi.. g tampal kan blk stereng anak awak tu ya...
aaahhhaaakssss....
p/s: kan keta ni yg masuk dlm contest baby with transport tu.. eemmm agak dah tau kalah kan.. tu yg patah tu.. aaahhaakksss..



http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277


Oppppss.. Mana Menan Mirul

Salam Semua...


Okies tadi dah tgk kan koleksi menan Yoyo Mirul..
ni nak story mory pasal menan dia lagi..
hik..hik..hik.. Mirul ni memang hover ngan menan2 dia...
kat umah tu.. berbakul2 menan dia...
eemmmm kadang smpi malas dah aku nak mengemas menan2 dia ni..
eemmm kali ni.. meh tgk kat mana dia simpan menan dia..


korang tau kan ni adalah keta menan dia...
(ada citer tau pasal keta ni.. tu next n3 k.. )
tmpt duduk keta ni blh dibuka2..
ala2 cam blh simpan barang la kat situ..
korang nak tau apa yg dia letak..
*
*
*
*
*
*
*
hah.. game dia ngan kakak dia..
aahaaakssss...
game tu.. memang beli tuk sorang satu.. klu tak mau berebut tau...
nak kaler yg sama gak.. ngades kan budak2 ni..
Mirul ni akalnya memang kreatif tau..
kadang kan.. macam2 benda yg dia simpan kat situ..
bukan setakat menan.. kadang botol susu pun masuk situ gak..
pernah satu hari tu.. aku cari botol susu dia..
satu umah aku duk selongkar.. tak jumpa gak..
bila tanya dia.. blh plak dia cakap.. ntah tak tau..
tapi ngan selamba je dia g kat keta menan ni
cakap.. kat sini la Ma...aaahhhaaakkss..
dlm pada tak tau tu.. blh plak beritahu kat mana kan.,.
so sekarang ni.. klu apa benda dia mainan pastu tak jumpa
tak lain tak bukan.. kat dlm keta ni la tmpt persembunyian barang2 tu..
eemmm Mirul.. Mirul.... macam2 hal kan..


Koleksi Menan Mirul

Salam Semua...


Ahhhaakkksss... hari ni keja tak berapa nak byk..
makanya blh la aku jenjalan kat blog kengkawan + menghapdet blog
(tapi kena dlm keadaa terkawal la ya.. mana yg sempat la aku singgah..nak singgah semua.. tak termampu weeeiiii )
eemmmm kali ni nak story mory pasal menan dak Mirul plak..
cuba korang tgk gambo ni...



tau kan apa ni...


aahhaakkss... ni la koleksi menan YoYo Mirul
hah... tgk bykkan.. YoYo dia..
ada pelbagai warna tau...
eemmm ni semua adalah hasil belian jajan TORA
ala jajan ni klu beli mesti ada menan dlm dia tu kan..
ingat tak korang... sesapa yg sezaman ngan aku pastinya tau kan..
jajan TORA ni kira dah lama gak la kan..
lagi satu yg seangkatannya.. DENDANG..
ahaakksss... eemmm sekarang ni zaman anak2 kita plak yg beli jajan gini..
rega sekarang ni sekotak dah RM 1.20 kan..
melampau betul.. dah la coklatnya skit je sekarang ni..
kadang tu.. dah lemau pun..
cam tak blh nak makan gitu..
la ni byk dah koleksi2 menan yg Mirul dpt dari jajan Tora ni..
salah satunya Yoyo yg pelbagai warna tu la..
tapi bukannya dia main pun.. buat sepah je..
ibu la yg kutip simpan kat bakul dia...
pas ni.. takmo aaar beli jajan tu lagi k Mirul..
beli jajan lain plak tau..



p/s: hari ni bersedia la korang ngan n3 hapdet dari aku... time free skit ni blh la nak hapdet byk skit.. sok aku dah bz.. ada tak berhapdet...






Story Mory Pagi ni ???

Salam Semua...


Sssyyyyiioookkk tau pagi ni g keja..
aku jd mem beso lagi ahhhaakksss...
biasa la kan klu dah jd mem beso tu ertinya my cik abg coti lor..
aku siap jd mem beso duk belakang tau..
aahaaaksss.... layan kan je.. sengal pagi2 ni..
actually hari ni memang cik abg aku coti hari ni..
kira last coti utk thn 2009 coti yg penghabisan..
so tak la rugi kan.. bila coti tak habis.. bukannya co nak bayar pun..
kebetulan kakak ipar aku yg kat Moakil tu nak kena g checkup kat spital hari ni..
dah alang2 cik abg aku hantar aku g keja.. makanya dia hantar la skali kakak dia kan..
tu yg aku duk belakang jd mem beso... ahhhaaksss..
pas dah check up nanti.. dia hantar terus kakak dia blk Moakil lor...
wah.. skee la dak Mirul tu.. jenjalan erk...
jeles ni.. aku kena keja... :(
ahaaaakksss.. ngades kan...
Ok la korang actually hari ni nak kongsi ngan korang
berkenaan satu email yg aku terima..
(asyik la paste dari email je kan.. cam dah takde idea sgt la plak.. dulik... )
eemmmm cuba korang tgk gambo2 ni...
cantik kan... bestnya klu dpt masuk kat sini.. indah dan nyaman..
korang tau kat dlm mana ni..
eemmm

tau tak.. ini adalah
*
*
*
*
*
*
*
*
*

sebuah bas yg very2 eksklusif tau...
tak sangka kan.. pergghhh klu la ada bas yg macam bunglow ni..
tak payah sibuk2 buat rumah bagai kan.. seronok gitu...





http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277




29 Dis 2009

Kasut !!! Oh Kasut !!!!

Salam Semua..


Emmm kali ni nak story mory pasal kasut aku..
tetiba citer pasal kasut plak kan..aahhaaksss..
actually ni la perkara yg aku nak story mory pagi tadi..
yg tetiba jd blank tu...
citernya cenggini... kasut keja ku adalah jenis kasut yg bertutup ya dari jenama RORINE
eemmm awat ayat aku cam nak buat karangan darjah 6 ni..
aaahhaaakksss.. layan kan je la ya korang..
kasut tu actually adalah kasut masa hantaran aku kawin 3 thn yg lepas..
so sayang tau... selama 3 thn dia berkhidmat ngan tuannya ni..
tetiba masa keluar lunch ngan cik abg aku semalam... tapaknya tanggal dah..
makanya kasut ku telah menjadi cacat sebelah..
dah la memang keadaan nya agak uzur skit.. maklum la 3 thn beb aku pakai..
memang lanyak buat keja la.. ahaaaksss...
aku ni memang jenis klu pakai satu barang tu..
selagi tak lunyai.. selagi tu aku gunakan atau pakai..
ni dah terikut2 pesen cik abg aku la ni..
aahaaakksss.. tetiba cik abg aku plak..
so semalam ptg sebelum aku blk keja..
aku dah bodek ngan cik abg aku nak beli kasut keja baru..
diatas alasan2 yg munasabah...sib baik la diluluskan..
maklum la hujung bulan ni.. mokcik dah habis duit dah..
so dia pun beri aku duit utk beli kasut baru..
emmm tapi bajet bawah RM 30...
ayyyooo... ada ke kasut dlm rega gitu..
kasut aku yg dulu tu pun dekat RM 70 dah
aku duk ok je la kan.. janji dia beri...
tak kisah la kasut apa pun..
janji kasut bertutup tu...
dan blh utk aku buat g keja...
so dlm perjalanan blk tu.. aku pun singgah la ke Pt. Raja..
sebabnya aku nak ambil barang yg anak sedara aku kat LATINA
(selain dari RORINE aku juga adalah ejen LATINA / NARITA ya .. ahhhaakks ejen gitu)
so masa kat stokis LATINA tu.. aku duk usha2 la kot2 ada kasut yg sesuai ngan kaki ku ini..
sebabnya aku ni klu beli kasut katalog2 ni payah skit nak cari size yg sesuai..
aku mencari.. mencari.. mencari dan akhirnya, pencarian ku berjaya..
eeeewwaaahhhhhh....

taraaa.. ni la dia kasut keja ku yg baru...
simple tapi menarik la bagi aku..
dan hari ni aku telah merasmikan memakai kasut baru..
Aku jenis tak skee tgk kasut tu ada patern2 ntah2 apa ntah..
lagipun utk keja je kan.. tak sesuai la klu nak beli yg patern2 tu..
tak mahal pun rega dia RM 25.90 after diskaun as a member aku dpt rega RM 17
ok la kan.. sekurang2nya aku tak lari dari bajet dari yg diperuntukkan..
so pas ni.. akan ku lanyak lagi kasut ku ini hingga lunyai baru beli baru..
tuk pengetahuan korang.. aku ni jarang beli kasut bertutup2 ni..
kasut bertutup ni khas utk ke tmpt keja je..
aku lebih skeee kasut tumit yg open2 gitu..
berapa inci tak de halnya.. janji sesuai ngan kaki comel ku..

p/s: tapi kan korang aku ada berkenan ngan satu lagi design kasut bertutup kat situ..
eemmm tgk la.. jd beli ke tak..









Contest : Lady In Red Giveaway

Salam Semua...


Ahhaaksss.. kan aku dah kata.. n3 contest aku dah buat schedule..
so korang jgn pelik la bila tgk ada lagi contest2 ya..
memandangkan tadi korang dah tgk model memperagakan tudung
utk contest gaya tudung menawan..
la ni.. aku sibuk gak nak menjoin contest ni..



ahaaaksss... memandangkan puan penganjur adalah org yg sama
ngan contest gaya tudung menawan tu..
so aku join sekaligus tuk contest ni..
kebetulan aku ada gambo yg memenuhi syarat2 yg diperlukan
sebelum aku memperagakan model lady in red ni.. meh tgk syarat dari puan penganjur

caranya upload gambar pakai baju merah! ..
tak kisah la baju apa pon , t-shirt , baju kurung , jubah , tudung , skirt or baju kawen ...
janji merah.kenapa merah?? .. coz tema wedding diorang is RED!

Syarat2..

1. Buat entry bertajuk Lady In Red Giveaway
2. Buat entry Pasal Giveaway nie and upload gamba yg nk dipertandingkan.
Cuma 1 gamba jer taw...
3. Be my Follower . nie wajib , senang kalau ade ape2 update .. and jgn lupa add me dalam bloglist anda - dah di add ke cute-miut78link.blogspot.com
4 . Letakkan banner kat entry ngan side bar berserta linknya sekali
5. Jangan lupa Mention about the contest in your entry with links back to this entry
rase senang je kot giveaway nie...
Contest bermula hari nie sehingga 9 January 2010 , esoknya 10 Jan 2010, keputusan akan diumumkan...
Pemenang akan dipilih oleh si penggantin sendiri... berdasarkan 3 ketegori

1. ketegori paling menyerlah
2. kategori paling sweet
3. kategori paling menarik

lagi ramai yg join , hadiah saguhati mungkin dipertimbangkan..
So .. join .. jgn tak join.. coz my bakal SIL is so Generous
!!

eemm.. selama ni kan korang asyik tgk aku in blue je kan..
byk baju2 aku adalah blues clues ate aku adalah penggemar biru yg tegar..
so kali ni.. meh tgk aku in red plak...
*
*
*
*
*
taraaaa.. cutemiut lady in red...
ahaaaksss.. perasan vogue lagi...



ni gambo sampingan ya.. takde kena mengena ngan contest ni..
dah alang2 kan.. aku publishkan skali
so harap pihak penganjur dan juri berpuas hati ngan model yg tak seberapa ini..


p/s: ni pun saja je.. nak publishkan penampilan ku dlm kaler tema yg lain plak.. ;)








Contest : Gaya Tudung Menawan

Salam Semua..

Emmmmm jgn terkejut ngan n3 contest ni..
aahhaaakkkss.. tetiba je semalam cam tertarik2 nak menjoin contest lagi..
(ayat surender dari contest tu.. tak blh pakai la...aahhaakkss..)
ni kira last contest utk thn ni la kot..
sebabnya aku dah schedule kan beberapa cotest lagi yg datelinenya thn dpn tau..
aahhaakkss... ngades je kan.
ok la kali ni aku nak menjoin contest ni plak





ngades gitu.. tetiba rasa cam nak jd model tudung menawan..
actually puan penganjur mengadakan contest ni sebabnya

Saya mencari gaya design tudung yg baru , tak kisah la jenis selendang ke or scarf. sebabnya , Im getting board with my old tudung style . I want new , fresh tudung style.Masalahnya , saya takut nk mencuba, takut tak cantiks pulak nanti .. So i need help from u ols ... Kalau korang ade design /rekaan cara pakai tudung yg menariks dan cantik , meh la join contest nie!!

hah tu dia sebabnya yg aku copy dan pastekan kat sini.. meh tgk syarat2 tuk sertai contest ni..

Syarat2 penyertaan ;
1. Buat entry bertajuk CONTEST GAYA TUDUNG MENAWAN.
Dalam entry tu jgn lupa link to entry contest nie ..
2. Upload Gamba gaya tudung yg menawan kalbu tu.. jenis shawl , scarf , or apa2 jenis pon tak pa. Janji tudung ... Kalau dapat cerita beli kat mana and cara pakai lagi best!.
P/S: design tudung masa tunang or kawen pon diterima...
3. Yg nie wajib . Jadi My follower , and linkkan my blog ke blog list anda .... -ni dah di add kan ke cute-miut78link.blogspot.com
4. Kalau model yg peraga tu bukan tuan punya blog pon diterima( tapi kalau tuan punya blog lagi afdal.. kekeke), bole je letak gamba mak , kakak, adik , kawan , or isteri.. tapi jangan lupa gitau dia.. later terkezut plak dia nanti .. Letak nama model sekali yer.. nama glamer pon tak per..
5. Bole upload seberapa byk gamba yg anda suka ..
6. Jangan lupa pastekan banner contest kat side bar masing masing,
logo kena la link kat entry contest nie..
7. Kalau da complete. tepekkan link contest di ruang comment
8 . Contest bermula pada 3rd December ~ 30th December 2009
9. Pemenang akan dipilih berdasarkan gaya tudung yg menarik , cantik dan kemas oleh juri2 professional . Bukan dari kalangan blogger.. nanti bias plaks!
Hadiahnya ,
1. Satu set lengkap product GOLDEN HORSE COSMETICS bernilai RM 218.00

( produk ni sesuai utk semua jenis kulit)
dan



2. Rak dinding English Rose
Nak lagi??
3. Free Full Treatment Facial Di Kedai Golden Horse Cosmetics worth RM 120 .00
Hadiah untuk top 10 & Saguhati pon ade..
(HADIAH FOR TOP 10)
so.. Apa tunggu lagi.. meh la join contest nie...

hah tu dia.. menarik kan hadiahnya..
klu ada rezeki aku menang bestnya..
so meh tgk model tudung menawan ni memperagakan beberapa jenis tudung.
(ate syarat blh tepek beberapa byk keping gambo bertudung kan)

model tudung awning tu hah.. yg perasan the vogue gitu
tudung ni aku beli kat salah satu kedai tudung di BP ni la..
memang klu pakai tudung ni.. ala2 glamer + perasan vogue gitu
sebabnya.. tudung awning ni.. siap ada permata (permata gitu..)
kat awning dan selendangnya..
nak lagi menyerlah + vogue aku sematkan brooch mutiara yg ala2 rantai gitu..

model tudung awning lagi
tudung ni plak still yg ada awning tu...
tapi kain selendangnya.. adalah dari jenis kain chiffon tu..
memang lembut dan senang je nak pakai..

eemmm yg ni pun still model tudung awning.. sama cam yg hijao tu tapi la ni color hitam dan ni lagi lembut dari yg hijao tu.. just lilit je

yg ni pun still model tudung awning.. tapi yg ni selendangnya keras skit dari kain chiffon.. tapi still senang nak bentuk.. blh dilepaskan camtu je.. ataupun blh sematkan brooch tuk kelihatan lebih cantik.. aahhaakksss


model tudung shawl (hadiah menang salah satu contest yg pernah aku join)

model tudung shawl yg pada mulanya cam tak tau nak pakai camne..aku just lilit2kan kat pala sematkan brooch yg bersesuaian dan tak sangka plak amat sesuai ngan muka aku.. (aahaakkss ayat perasan vogue gitu..)
tapi sekarang ni.. tgh dlm proses mengumpul tudung2 shawl ni.. ate senang sgt pakainya..

model tudung bawal
ahaaa... yg ni rasanya korang pasti lebih tahu camne cara pemakaiannya kan.. ate tudung ni la yg lebih awal digunakan dari tudung2 yg atas tu..
aku byk tudung bawal ni.. dan sekarang ni.. hanya ketempat keja je aku guna tudung2 bawal ni..

okies tu je la tudung2 yg ada dlm simpanan ku..
eemmmm tu la dia model2 yg perasan menawan..
aahaaakksss.. menawan dimata somi ku..
so harap pihak penganjur berpuas hati ...

p/s: eemmm actually tak kisah pun klu tak menang.. sebabnya saja je nak publishkan tudung2 yg sedia ada... pastinya ramai lagi yg ada tudung lebih berfesyen dari aku..
saja kan.. memeriah blog ngan contest.. ;)