Salam Semua...
Hah klu tadi kita dah bersms lucu..
la ni.. jom layan madah pujangga somi isteri plak..
hik..hik..hik..hik..
madah pujangga utk tambah cawangan baru
Tambah Cawangan Baru
Duhai isteriku....
Abang ingin kahwin lagi..
bukan dirimu telah ku benci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..
dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..
dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda..
memang abang akui dia cantik..
memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..
dia juga dari golongan baik-baik..
beradab bersopan juga cerdik..
dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang nie perasan saje..
bila bekerja berbincang bersama..
ntah kepala nie dah melayang ke mana..
mungkin dia tak rasa apa-apa..
bukan sayang sudah abang jemu..
sayang masih lagi cantik seperti dulu..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu..
layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang call hampir setiap masa..
nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
dirumah sibuk nak uruskan anak pula..
abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abangkan berhak kawin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..
DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memang sukar mengawal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..
namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..
Duhai isteriku...
maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..
sebelum terlanjur godaan nafsu..
kan lebih baik dihalalkan dulu..
abang berjanji seadil yang mampu..
"Pah butang baju abang mana Pah...."
*************************************************
"Pah butang baju abang mana Pah...."
*************************************************
emmm agak2 ada tak somi yg cenggini..
ish.. minta dijauhkan la.. okies jom tgh luahan si isteri plak..
Keluhan seorang isteri...
Duhai suamiku dunia dan akhirat ..
Kufahami bahawa kau memang berniat Menambah cawangan di satu lagi tempat
Abang, Bukannya niatku untuk menegah
Abang, Bukannya niatku untuk menegah
Suara hati isterimu ini dengarkanlah
Kerana tiada guna kita berbalah
Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah
Memang di officemu diriku tiada
Memang di officemu diriku tiada
Bukankah abang juga yang menegah bekerja
Katamu jadilah surirumah sepenuh masa
Agar anak-anak menjadi manusia berguna
Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga
Inikah pula yang patut kuterima?
Abang, Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga
Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja
Mampukah abang menanggung semuanya
Bukan sahaja dari segi material saja
Malah merangkumi aspek segala
Kubimbang nanti akhirat disana
Abang melangkah senget sebelah bahunya
Sedang aku dapat melihat cuma...
Abang, Kurelakan abang berkahwin lagi
Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati
Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi
Apa sebenarnya yang kau cari???
Abang, Semenjak akad telah dilafazkan
Telah kuserahkan jiwa dan perasaan
Ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan
Hidupku jangan disia-siakan
Janjimu kini hanya tinggal kenangan
Abang, Memang nafsu itu satu godaan
Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjan
Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan
Begitulah Islam menyarankan
Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun syaitan...
Abang, Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?
Sanggupkah kau berkongsi pelukan? Sanggupkah kau berkongsi belaian?
Akhir sekali, Apa yang ingin kutegaskan di sini
Akhir sekali, Apa yang ingin kutegaskan di sini
Mulai daripada tika dan saat ini
Aku akan berhenti menjadi Seorang isteri yang baik hati
Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai
Sekarang buatlah apa yang kau ingini
Aku sudah tidak peduli
Daripada ku menghambakan diri
Lebih baik aku pun mula mencari pengganti
Butang baju? Sorry, cari sendiri!!
Bye banggggg
*********************
emmmm ada betulnya gak kan..
so encik2 somi.. fikirkan la sedalam2nya sebelum nak menambah cawangan...
eemmmm just nak share ngan korang pasal email ni.. so fikir2kan la..
http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277
11 ulasan:
ade2 jer si Rina ni tau........
seronok jgk baca nyer......
finally, got ur name cutemiut!! rina ek?? heheh... kalau ade yg anta surat mcm nie kat Na.. pengsan gamaknya.. :)
huhu...menyetap tersontap baca..hahahaha..takot plak nak kawen..lelaki ni banyak la plak alasannya ... ;P
bermadah punjangga lak ...hehehe..lawak tul
~ninies corner~
eemmm hik..hik..hik..
~cik nana~
yup.. napa lupa erk.. nama kita..
~mawar_berduri~
hik..hik..takyah takut utk berkawin.. yg penting hati kita dn juga lelaki
~honeylanz~
heh..heh..heh..madah pujangga gitu.. :D
baru la bertemu buku dng ruas..tak gitu ciut miut....he..he....
alia@pingkey
~alia@pingkey~
hik..hik..hik..betul tu..
hambik ko si suami..ko ingt isteri ko ni cmne??..eceh..hehehe
huh..lelaki..mntk d jauhkn la dpt laki mcm ni
Catat Ulasan