Salam Semua...
Aku ada terima email berkenaan SEJADAH BERDIRI SEAKAN2 BERSOLAT
tapi aku sendiri tak pasti kebenarannya.. korang ada pernah terbaca tak..
cuba korang peratikan gambo2 sejadah2 ni..
dan ni aku copy dan paste kan petikan artikel dari email yg aku terima
Gempar: Sejadah Berdiri Kini Muncul Lagi, Kali Ini Lebih Hebat Apabila Sejadah Siap Bersolat Asar Secara Berjemaah Dalam Sebuah Surau !!
Sebelum ini, kami pernah menyiarkan berita tentang sejadah berdiri di beberapa lokasi termasuk dalam negara kita sendiri. Apakah alamat agaknya?. Kejadian yang selama ini menimbulkan kesangsian tiba-tiba berlaku di sana-sini. Difahamkan, selain daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh, Pulau Pinang awal bulan ini, terdapat juga kejadian sejadah berdiri berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas Kelantan (foto), pertengahan bulan September lalu. Semua kejadian ini telah disiarkan dalam media arus perdana. Rammai yang tertanya, apakah makna semua ini. Malah, ada yang mula merasa takut seolah-olah ada satu kejadian besar akan berlaku tidak lama lagi. Ditambah pula dengan kejadian gempa bumi yang melanda nusantara mutakhir ini, hingga mengorbankan ribuan nyawa manusia. Tambah mengejutkan bilamana sebuah kampung di Padang, Sumatera Indonesia benar-benar telah ditelan bumi akibat dibenam oleh tanah setinggi 30 meter (100 kaki) baru-baru ini. Itu belum termasuk Tsunami yang tiba-tiba melanda selepas peristiwa hitam itu beberapa tahun yang lalu. Semua ini adalah petanda bahawa Allah SWT memberi amaran kepada manusia agar kembali kepadaNya. Bagi mereka yang melihat kejadian demi kejadian ini dengan mata hati, ikhtibar dapat diambil buat bekalan di akhir zaman ini. Namun, bagi manusia yang tidak dapat menerima kebenaran maka mereka akan menganggap itu semua adalah hukum alam. Kejadian sejadah berdiri yang semakin menjadi-jadi sekarang ini juga seolah-olah mahu mengajak kembali umat Islam supaya beriman dan menyembah Allah. Ramai umat Islam akhir zaman kini sudah lupa padaNya. Mungkin dek kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi dan sebagainya. Maka, masa yang lebih banyak diberikan kepada segala urusan harian, sedangkan masa untuk mengadap Allah kian ditinggalkan malah dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Oleh itu marilah kita kembali kepadaNya, kerana petunjuk sudah mula tiba.
emmm amacam korang.. apa pendapat korang pasal ni..
tu semua kekuasan Allah S.W.T
hanya dia yg mengetahui disebalik kejadian ni..
20 ulasan:
ain pernah terbaca kat paper pasal cerita sejadah berdiri nie...
agaknya sebagai peringatan kepada kita semua agar jangan lalai mengerjakan tiang agama...
~mama danish & sarah~
emmm.. tu la.. kat email tu.. ada gak beritahu.. info from paper kosmo.. mungkin gak la kan
hari tu 1 kes bace dlm blog kak mila77, kuasa Tuhan tiada tandingan..sesungguhnye Allah itu maha berkuasa
~umminabilah~
ha'ah tu la
yup....itu semua kuasa Allah..hanya Dia yg maha mengetahui..
~leadleedea~
yup...betul tu lead
Sesungguhnya dunia di akhir zaman...
sy pn pnah tngok kes cm ni..
kt cd dr negara indon pn ad..
kuasa ALLAH..
SYUKUR PADA KEBESARANMU YA ALLAH...
kuar paper ari tu kn..ade jgk terbaca..kejadian itu sbg peringatan
pernah gak baca kat paper ritue..huhu
ada terbaca gak kat paper .. sesungguhnya allah lebih berkuasa...
dulu penah tgk kat tv3 pasal sejadah solat ni............
takut jgk.....tah ape agak nyer
alamat nyer ye........??????
~miela77~
yup.. betul tu kak
~reen~
ha'ah.. tu akak pun ada tgk..
~rohaiza~
oh.. ada keluar paper ya.. emm tak terbaca plak.. betul tu
~manusia~
oh..
~diarihatiku1976~
emmm betul tu..
~ninie's corner~
oh ada keluar kat tv3 ya...
wallahua'lam.....allahuakbar...lailahaillallahhh
semoga kita semua dipelihara olehnya...amin..
~alimaz~
eemmmm insyallah
Catat Ulasan