Salam Semua..
(klu dah contest kan... maknanya n3 ni akan dilekatkan pakai gam gajah kat sini smpi la tarikh contest berakhir.. utk story mory terkini.. korang turun la kebawah..bawah..bawah.. :D )
Eemmmm ni n3 contest lagi..
Cam korang tau la kan.. aku ni memang sgt skee menjoinkan diri dlm apa2 contest ni..
Walaupun aku tak rasa aku blh menang.. tak salah kan aku mencuba..
So contest ni anjuran dari
Mamamanja (eemmm yg juga rajin menjoin dan anjur kan contest )
contest kali adalah
contest ni buat aku terkenang 2 buah lagu yg amat2 menyentuh jiwa aku.. (tu aku la.. korang aku tak tau.. )
So sama gak cam contest2 yg lain.. mesti ada syarat kan.. so ni aku copy & paste kan syarat2 nya
PERADUAN ~ KISAH & LAGU
Peraduan ini akan bermula pada hari ini, 10 Julai 2009 jam 9.00 pagi
dan akan berakhir pada
31 Julai 2009 jam 5.00 petang.
Keputusan akan diumumkan pada 3 Ogos 2009 jam 9.00 pagi.
Ok, seperti biasa syarat2 tuk join contest ni ialah
Menjadi FOLLOWER Mamamanja
Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang
Upload gambar di atas sebagai BANNER DI SIDEBAR blog korang dan LINK kan ke ENTRY ini
Nyatakan LINK blog Mamamanja dekat entry korang
Dan cara2 tuk join contest ni plak ialah
Nyatakan TAJUK LAGU & tulis lirik LAGU yang berkaitan
Buat entry tentang KISAH yang berkaitan dengan lagu tersebut
Nyatakan LINK ENTRY korang kat ruangan komen nih
Ok, senang bangat kan??? Xde status diri diperlukan,
Xde gambo diperlukan, hanya buat sket entry jerk...
KISAH & LAGU x semestinya berkisar pada kisah2 cinta jerk.
APA2 SAJA kisah korang yang boleh dikaitkan
ngan sesebuah lagu boleh digunakan.
Pemenang akan dipilih oleh JURI,
dan keputusan juri adalah MUKTAMAD.
Pemenang akan dipilih berdasarkan
KISAH & CARA PENYAMPAIAN YANG MENARIK.
Ok, tu jerk!
Jadi, mari reramai tolong memeriahkan contest nih!
(aku pinjam idea nih tuk jadikannya contest!)
Okies ni adalah kisah & lagu aku..disebabkan aku dah pun tanya kat MM klu aku buat 2 buah lagu agak dipersetujui atau tak.. dan katanya buat la berapa byk pun.. tapi tak semetinya tu menjadi keistimewaan.. eemmm so ok.. bagi aku la kan.. 2 buah lagu ni memang menjadi kenangan dlm hidup aku.. so jom layan..
Tajuk Lagu : Dealova
Penyayi : Once (eemmm betul ke belasah aarrr)
Lirik lagu :
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin biasa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya merantai hati
Ohh...Bayangmu seakan akan...
Kau Seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu
Ohh...Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepiKau seperti nyanyian dalam hatiku yangmemanggil rindu padamu
Ohh...Seperti udara yang ku hela kau selalu ada,selalu ada dan selalu ada
Yang selalu ada dan selalu ada
okies ni first lagu aku utk join contest ni..lagu dealova dari once.
Actually kan korang.. lagu ni cik abg aku tujukan kat aku masa dia ajak aku kawin..
masa tu dia gabra tak tau nak ckp macam mana..
kebetulan kan kat radio masa kitaorg jumpa tu keluar lagu ni..
so dia pun nyanyi la konon.. ceh..ceh..ceh.. pastukan bila dah habis lagu tu..
blh dia ckp.." adakah ko sudi menjd suri hidup ku".. ala2 rentak dealova gak..
aku masa tu cam blur2 blh ckp.. "eh.. mana ada lirik tu.. kat lagu tu.." :D
waallaaa masa tu dia dah hint tapi aku blh blurr lagi..
last2 dia ckp.. " memang la takde lirik tu.. lirik tu ciptaan sendiri je menyatakan nak kawin ngan aku.. "
hah ambik.. sekali direct je dia ckp... :D.
Masa tu tak tau camne nak terang kan perasaan tau.. rasa malu.. tapi mau..keh..keh..keh..
kenangan gak tu.. klu diingatkan mau aku tersenyum2 sendiri gitu.. :D
*************************
okies ni lagu kedua aku..
Tajuk lagu : Pada Syurga Di wajah Mu
Penyanyi : Nash
Lirik:
Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar
Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...
eemmmm okies ni lagu yg amat2 menjadi kenangan dlm hidup aku ngan cik abg aku..
korang mesti tertanya2 apa yg maksud lagi ni bagi aku ngan cik abg aku kan..kan lagu ni sedih kan..
actuallykan korang ada peristiwa yg berlaku seawal usia perkahwinan kami.. aku pendek kan citer la ya.. karang mau terburai air mata klu aku story mory lelebih..
saat tu kami baru je 3 miggu berkahwin okies..
ada hadirnya org ketiga... eemmmm org ketiga tu aku bukan maksudkan Amirul ya..
tapi perempuan lain.. dlm erti kata lain x gf cik abg aku.. yg mengganggu keharmonian rumah tangga kami yg baru terbina..hati isteri mana yg tak sakit kan.. bila suami sendiri layan org lain walaupun sekadar bersms..
bayang kan la sepatutnya masa tu adalah waktu honeymoon kami tapi aku tak merasakannya.. dan kerana perkara itu.. (tak usah la aku menceritakan apa yg berlaku.. cukup je la korang tau keharmonian rumah tangga aku di ganggu.. )
aku merajuk dan menjeruk rasa dan tak bertegur sapa selama seminggu ngan cik abg aku.. eemm berdosa kan aku masa tu.. tapi tanggungjwab sebagai isteri mesti la buat gak kan.. karang ada tak cium bau syurga.. keh..keh...keh..
masa tu, memang sedih yg amat..sepatutnya tika itu... adalah saat terindah setiap pasangan pengantin baru kan.. tapi tidak aku..
mungkin aku tak sepatutnya menceritakan tentang tu lagi...
tapi itu la yg terjadi.. hingga kan aku rasa macam nak mengalah dan membawa diri jauh2 tau.. betul2 merajuk sgt..
Tapi alhamdulilah perkara tu tak lama.. syukur gak..
tuhan memberi petunjuk yg sebenar kepada cik abg aku.
Utk memujuk kembali isteri nya ni ..
cik abg aku telah memberi kan lagu ni melalui surat yg diletakkan kat atas bantal..
dan dibawah lirik lagu ni siap ada mengatakan..
"terima la dia kembali dan mohon ampun diatas apa yg terjadi.. apapun yg terjadi antara kami aku la isteri yg amat disayangi.. dunia dan akhirat.. dan tiada ganti..dia berjanji takkan mengulangi lagi "
(klu korang nak tau.. smpi sekarang aku masih lagi simpan surat tu.. tapi tidak la aku publishkan disini..kerana sebab2 tertentu..)
eemm pada mulanya aku cam tak berapa yakin.. aku masih lagi dlm rajuk ku..
hingga la satu hari aku di sahkan mengandung..selang seminggu pas kejadian tu..
masa tu sukar nak perkatakan.. ada suka.. ada sedih.. macam2 perasaan yg aku rasa..
untuk menenangkan persaan masa tu... aku minta petunjuk ngan allah..
makanya aku pun pohon kemaafan pada dia..diatas segala perbuatan aku
kami sama2 menangis dan berjanji akan sama2 mempertahankan rumahtangga kami..alhamduliah jodoh kami masih panjang.. dan harap biar la berkekalan hingga keakhir hayat.. Insyallah
Setiap kali berkumandang lagu ni.. mesti aku akan sebak tau... sebab aku merasai camne hati seorng isteri disakiti.. eemmm teremo la plak..
so tu la kedua2 lagu dan kisah yg terjadi pada aku.. emmmm tu bukan rekaan semata2 ya korang.. tu la memori aku.. yg tak akan aku lupa smpi bila2.. dan aku harap kisah dan lagu ni dpt menarik perhatian juri..
klu tak menang pun.. aku tak kisah.. yg pasti aku menceritakan berdasar apa yg aku alami dan apa yg aku rasa..