N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

30 Apr 2009

Supermummy Amazing Award

Salam Semua..

** CEPAT2 KORANG TINGGAL BEBERAPA HARI JE UTK TARIKH TUTUP CONTEST NI.. SESAPA YG BELUM VOTE CUTEMIUT..DAN SESAPA YG NAK VOTE LAGI.. DIPERSILAKAN. VOTE LA CUTEMIUT BLOG .. TERIMA KASIH KAT KORANG YG MEMBERI SOKONGAN.. **

****************************************************



Wah.. very surprised ok.. tetiba kan tgk kat shout box ada msg dari supermummy mengatakan blog cutemiut ni tersenarai utk The supermummy Amazing blogger award..cam tak caya plak aku rasa.. ramai gak tu yg terpilih.. ada 60 org semua skali.. perrgghhh.. agak2 korang kan..blh tak aku menang...emmmm.. so ni aku nak mepromotekan blog ni.. minta jasa korang yg mengikuti dan suka ngan blog aku ni.. jom klik dan undi blog aku ni ya.. korang just klik kan kat banner bawah..


ni aku siap copy n pastekan dari blog supermummy, sorry ya supermummy just for my readers sharing



Invite or even paksa your readers to click on the banner!
Top 10 highest clicks will be selected to enter the final round.
I will monitor the clicks daily based on statistics by the ever supposedly dependable Google Analytics.
The clicks statistics will start counting from tomorrow, 17 April 2009 until Tuesday, 30 April 2009. And only clicks/hits during this period will be counted.
To all the blogs' readers
Do your part and help your favourite blog to be the top 10 finalist for The Supermummy Amazing Blogger Award!
Lastly, thank you for the amazing support

hah.. tu dia..pesanan dari penaja.. so cepat2 korang.. sila la vote blog cutemiut ni bermula dari 17 April until 30 April 2009.. segala support korang utk blog cutemiut ni..amat2 aku hargai.. tanpa korang semua.. tidak terkenal la blog cutemiut ni.. terima kasih pada korang semua.. lov U all..!!

p/s: ni adalah sticky mode.. n3 terbaru sila scroll ke bawah ya


Selamat Bercuti & Pemenangnya Adalah..

Salam Semua..

Uuuuaarrgghhhhhh.....sorry la korang.. hari ni kebizian melanda.. mcm tak cukup kaki tangan plak rasanya.. maklum ler semua perlu disettle kan hari ni sebab sok kan dah cuti.. dan sepatutnya hari Sabtu ni adalah minggu aku bekerja.. tapi akan ku sambung cuti smpi la hari Ahad. So Isnin baru kerja balik.. heh..heh..heh. dah ala2 cam keja gomen la kan.. Cuti panjang.. senin baru start keja.. So apa planning korang.. ?? Aku tak ler kemana2.. cuma duk umah dan berkemungkinan ada la buat makan2 skit kat umah tu.. kononnya perancangan nak buat besday mirul tu..just utk adik beradik belah cik abg syg plak.. kena la adil dan saksama kan.. atenya minggu lepas dah dibuat kat mak aku kan.. sekarang ni tenet kat umah aku mengong la plak.. pas je aku uploadkan IE8 tu.. terus tak blh buka la plak.. ntah apa yg hilang ntah.. tensen aku jap.. tak tau dah apa yg aku nak godekkan lagi... ada sesapa yg blh tlg... so klu tenet kat umah tu ok.. ada la siaran langsung dari rumah ya.. klu tak.. tunggu je la hari Isnin baru aku hapdet kan.. ok.. sebelum tu kan aku nak umumkan pemenang utk Contest komen supermummy tu.. cam yg dah aku britahu kan contest tu dah pun tutup pada pukul 9 pagi tadi... makanya komen2 selepas tu.. idak ler aku ambil kira ya.. maaf la kepada sesapa yg komen selepas waktu tu.. tapi korang still blh vote blog aku ni utk menyenaraikan blog cutemiut ni antara top 10 supermummy amazing award tu..( aku sendri tak pasti samaada terpilih atau tak.. tu bergantung pada puan intan a.k.a supermummy unites punya blog dah.. utk memilih blog aku ni.. )just tawakal dan berdoa la harap2 aku tersenarai ya.. insyallah. Ok ni aku nak beritahu.. pemenang utk pengomen terbanyak telah dimenangi oleh..
NENEKROCK A.K.A ADIK ELLY dgn pungutan mata 160 (tu mata pungutan sebelum kul 9 pagi tadi.. selepas dari itu.. idak la dikira lagi ya..)
Makanya sekaligus adalah pemenang utk pengomen paling top utk bulan April (saja aku buat surprise ok.. utk pengomen top komentar ni..) so tahniah utk adik elly a.k.a nenekrock. Kepada yg tak berjaya tu.. aku berharap sgt.. jgn la berkecil hati dan patah semangat atau merajuk kerana tak memenangi contest kali ni.. anggap la ni just utk suka2 je.. disamping mengeratkan hubungan antara kita...insyallah aku akan buat lagi contest yg senang2 supaya korang2 semua blh sertai.. tak lupa gak TERIMA KASIH sesangat kat
Ena (pesaing terhebat nenekrockdlm contest ni..)
Mummy Dasy
De'sal
Nurhayati
Suziey
Ktyfir
Masviona
KakAtie
Reen
Mrs Lvoe
MamaManja
Ibu Arifa
Ct Bum Bum
Zino
Ct Rahani
CikLinn
Sheila
MakSu
Shiemz
KakLady
Mummy_Ayu
Yan
dan juga kepada korang2 yg mana nama2 korang tak tersenarai kat sini tapi dah memvote blog cutemiut ni utk supermummy amazing award tu..(nama2 tu.. yg dah meninggalkan komen kat n3 tu) aku ucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan korang tu.. menang atau tak.. tu kira adat la kan.. yg penting sokongan korang kepada blog aku ni.. memang aku amat2 terharu skali.. mmmmmuuuuaaahhhh.... utk korang semua..
ok.. tamat sudah ya.. kita tunggu kan je pengumuman dari supermummy blog nanti..
******************************************
So disebabkan sok dah pun bermula cuti kan.. makanya.. jom tgk gambo2 budak bulat+gebus+debab+debot+bam bam utk pengubat windu2 korang masa cuti nanti...
eeemmm... budak bulat yg kepanasan.. (abaikan kaki cik abg aku tu..) waktu ni jam udah pun menunjukkan ke angka 12.05mlm tau...tapi budak bulat ni.. still bulat matanya nak main
see.. siap buat up itu moto... siap ckp..ma ambo yul ma.. (ma ambil gambo ayul ma..)siyes k.. memang dia yg sibuk nak posing bagai..
adduusss.. sungguh gebus ini budak.. perut tu.. sama bulat je...korang mesti geram & nak gigit2 kan.. jom kita gigit2 ini budak.. :D
so tu je la hapdet hari ni.. selamat hari buruh.. selamat bercoti2.. kepada yg berjalan jauh2 tu.. bebaik dan berhati2 la ya.. kepada yg duk bersantai2 kat umah tu.. selamat bersantai.. klu tenet aku ok, akan ku bersiaran lagi.. tapi klu tak.. kita jumpa Isnin nanti.. Salam semua.. :D


29 Apr 2009

Pengumuman & Langsingnya Aku..!!

Salam Semua...

Wah.. hari ni last day utk tarikh contest tu kan.. aku tgk tadi ni dah mencecah ke 230 pengomen (tapi dari 2 org pengomen yg bersaing utk merebut gelaran pengomen terbanyak utk n3 tu.. ) ok thanks pada kedua2nya.. so dengan ini aku menyatakan... contest utk pengomen terbanyak kat n3 supermummy amazing award tu.. ditutup bermula dari sekarang. Terima kasih aku ucapkan kepada yg menyertai.. aku akan mula membuat perkiraan utk pengomen2 tu.. dan keputusannya akan aku beritahu pada petang ni..

*******************************************************

Ok.. kita tinggalkan pasal contest tu ya.. sekarang ni aku nak setelkan lagi satu hutang yg ada duk kat draft aku ni.. Off course la utang tag kan.. so tag kali ni datangnya dari ZuraIwan.. actually masa aku menziarah blog kengkawan.. masuk kat blog dia ni.. skali terbaca kat last ayat tu.. tag ni ditujukan kepada semua yg ada dlm list kengkawan dia.. bermaksud nama aku pun ada.. so utk tidak menghampakan kengkawan.. makanya aku buat la tag ni.. jom tgk tag kali ni..

TAG CABARAN LANGSING
1) Berapakah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?
BERAT= 45-46g
TINGGI= 160cm

2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?
eemmmmm berat aku paling tinggi adalah 65kg dan masa tu aku berusia 29 thn (masa ngandungkan mirul da..)

3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut
heh..heh..heh..heh.. takdenya mkn sampingan.. tapi disebabkan mak aku terlalu jaga pantang aku...berat aku turun ngan sendiri nya pas je aku habis pantang.. .

4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?
eemmm... berat paling rendah ya..?? rasanya takde yg paling rendah kot.. maintain je.. sebelum kawin berat aku 45kg... sekarang pun still 45kg

5) Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda
ooppps tak pernah la sertai program pelangsingan ni..tapi aku memang aktif bersukan la.. cuma sekarang ni pas kawin aku aktif ngan anak aku plak.. tu yg mungkin berat tu kembali asal kot

6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?
eemmmm... takde la plak aku nak berdiet2 bagai.. cuma aku jga pemakanan la.. tak la mkn yg kurang berzat dan byk kolestrol gitu..kadang2 je.. mkn yg berkolestrol tu..

7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?
emmmmm.. disebabkan aku mengandung lor.. selera mkn bertambah la plak masa tu..

8) Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?
eemmm... tak de target2..dah memang sedia kurus.. tak tau la akan dtg camne plak.. :D

9) Miliki gambar anda dahulu dan kini?

ooppppss.. tang gambo dulu dan kini .. ini je yg ada dlm folder kat pc aku.. kira gambo penuh la.. yg lain hanya gambo tang muka je.. idak ler nampak aku gemuk ke kurus..

hah ni gambo masa aku pas habis pantang... ada la naik skit badan tu..sekarang ni memang makin kurus tau.. maintain gitu

ok yg ni plak masa aku mula2 masuk keja kat sini..kira sebelum kawin la ni

10) sila upload ok?

dah tu dua keping kat atas tu.. tak jauh beza kan aku dulu dan sekarang...

emmm... ok.. settle udah. Mekacih ya zura sebab sudi mengtag kita ni.. harap berpuas hati la ya.. emmm korang nak buat ke... aku taknak tag sesapa... tapi pada sesapa yg nak buat.. dipersilakan jgn malu..jgn segan utk buat tag langsing ni.. :D



Sapa Nak Hadiah..!!!

Salam Semua..
Ok kali ni nak beritahu pasal contest yg akan ada kat blog cutemiut ni.. actually ni last minit punya perancangan.. ada beberapa contest yg akan aku adakan..

utk first contest tu.. berkenaan ngan 'SUPER MUMMY AMAZING AWARD' tu.. baru ni aku terfikir nak beri cenderahati pada sesapa yg paling byk meninggalkan komen kat ruangan komen pada n3 tu.. tapi dgn syarat.. org tu mesti klik gak pada banner tu utk vote blog cutemiut ni.. sambil meninggalkan komen kat blog aku. Sekali klik.. sekali komen..nak klik berkali dalam setiap masa pun blh dgn syarat setiap kali klik.. mesti tinggalkan komen kat n3 pasal award supermummy tu.. (komen dari n3 ni takkan dikira..)Tak kira la seberapa byk dan seberapa kerap korang nak komen.. tarikh tutup sama ngan tarikh tutup utk contest tu.. iaitu 30/4/09.
(kepada yg terbanyak beri komen tu.. akan dpt cenderahati dari cutemiut.. sebagai tanda terima kasih kerana memberi sokongan kat blog aku ni..)
**********************************************
second contest is..

ok.. ni hah.. print screen kan capture 7678 & 7876 salah satu la kan.. ada hadiah misteri menanti..

so tu je la contest yg akan berlangsung kat blog cutemiut ni.. jadi kepada sesapa yg nak hadiah dari cutemiut.. jom join.. good luck for you all..!!




Citer Pasal Pasangan la plak..!!!

Salam Semua..

Pagi ni nak settle kan satu lagi hutang yg blh dikatakan agak lama duk bertapa kat dlm draft aku tu..as a blogger hutang apa lagi kan klu bukan hutang tag kan.. maaf la pada yg mengtag aku ya.. disebabkan kelupaan utk menyiapkan tag ni secepat yg mungkin. So tag kali ni dari ciklinn yg cute tu.. mekacih ya linn sudi tag aku ni hah.. dan bebanyak maaf lor sebab kelewatan utk menyelesaikannya.. ok jom layankan tag kali ni..

Tag tentang pasangan anda..
ok ni la pasangan aku a.k.a suami aku yg terchenta.. gambo ni masa muda dolu2 ya.. disebabkan takde gambo berseorangan yg terbaru buat masa ni.. kebanyakkannya gambo dia ngan budak bulat tu..

dan ni plak.. saja ngades nak publish kat sini.. masa ni kami dah tunang ok..see sungguh beza kan gambo dia masa muda dan masa zaman nak kawin.. actually ada citer disebalik tu.. tapi biarla hanya kami yg mengetahuinya..ok jom tgk soklannya..


1) Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya
heh..heh....heh.. kami dipertemukan utk pertama kalinya kat tmpt kerja. Masa tu.. dia la org pertama yg berani tegur aku tau.. masa tu aku baru je mula keja kat tmpt yg sekarang aku keja ni.. dan masa tu.. aku memang tak mengenali sesapa lagi.. kiranya cam malu2 kucing gak la kan.. :D

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan
emmm..pandangan peribadi aku masa mula2 berkenalan tu.. dia ni so peramah la.. baik hati... take care..suka buat lawak.. pastu seorg yg skeee berterus terang tentang kisah silam.. (uish.. jgn dok fikir apa k..) aku memang skkkee org yg berterus terang ni.. yg tak selindung2 tentang kehidupan dia..

3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda
heh..heh..tempat dating kitaorg ya.. actuallykan byk tau.. tapi masa dia meluahkan perasaan tu..just send kat SMS je.. mulanya aku ingat dia main2.. aku just ignore kan je la.. sebab masa tu, aku tau dia dah ada makwe..dan aku juga tau.. dia tgh bermasalah ngan makwe dia.. tapi disebabkan kesungguhan dia meluahkan dan menyatakan perasaan dia kat aku.. dan mengatakan terus nak pinang aku..aku cam agak blurr+happy la kan.. dan alhamdulilah aku terima dia seadanya..

4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya
heh..heh..heh.. ayat pertama masa dia meluahkan perasaannya tu.. " Sy Syg Awak..yg nytanya sy teramat syg awak, cintakan awak" cehh..cehh.. masa tu berawak sy k..memang aku rasa cam nak gelak tau.. tapi tu la msg pertama luahan hati dia.. dan klu korang nak tau.. smpi la ni aku msih simpan msg tu tau..
5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
eemmm....lama gak hubungan kami ni byk perkara susah senang kami tempuhi bersama.. pas dlm 5thn kami berkawan.. baru la kami sah menjadi suami isteri...


6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
7 July 2006 kami dinikahkan.. makanya 7 July 2009 ni genaplah 3 thn usia perkahwinan kami

ni gambo perkahwinan kami yg telah dieditkan oleh fotographer kami


7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda

kejutannya..? eemmm.. klu tak silap aku pernah sekali dia buat kejutan.. belikan gelang masa besday aku yg keberapa aku lupa dah.. tapi memang surprise la masa tu..

8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …
sama macam org lain yg dah berumahtangga.. sudah semestinya mengharapkan kebahagian kekal hingga keakhir hayat.. insyallah.

9) Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
suami aku ni.. memang penyayang.. dan cara dia melayan kerenah anak dia cukup sabar k.. cuma2 kadang2 ada garang gak la klu budak bulat tu buat hal kan..


10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
eemmmm... kira ok la gak.. blh layan kerenah bapak mertua ngan adik beradik aku.. walaupun kadang2 tgk cam kena paksa gitu.. heh..heh..heh..heh..
Nak list sape?
emmm... hari ni aku baik, takmo la tag sesapa.. tapi pada sesapa yg nak buat.. dipersilakan..


ok tamat sudah.. tag ni.. so linn harap ko berpuas hati ngan segala jawapan jujur aku tu ya.. (takde corner2 punya tau..straight je jawapan tu..)


Pengumuman
**
CEPAT2 KORANG TINGGAL BEBERAPA HARI JE UTK TARIKH TUTUP CONTEST SUPERMUMMY AMAZING AWARD . SESAPA YG BELUM VOTE CUTEMIUT..DAN SESAPA YG NAK VOTE LAGI. DIPERSILAKAN. VOTE LA CUTEMIUT BLOG . TERIMA KASIH KAT KORANG YG MEMBERI SOKONGAN.**



28 Apr 2009

Bakal Penerima Hadiah..

Salam Semua..

Sepatutnya kan n3 ni dipublishkan pagi tadi.. tapi disebabkan kelupaan kan + membuat tag nenekrock tu ...makanya baru ni la keluar ya.. yg bebenornya semalam tghari aku sempat la ke Pej. Pos.. ala pej. pos yg berdekatan ngan tmpt keja aku ni..utk urusan kat bawah ni..


jeng..jeng.. sapa plak yg bakal menerima hadiah dari cutemiut kan..korang nak tau sapa..tunggu je la penerima hadiah tu buat laporan terkini pasal hadiah cutemiut tu ya..


so ni gambo pagi tadi... ala2 gedik la plak snapkan gambo sendiri..heh..heh..heh..


so utk mengetahui sapa yg dah pun menerima hadiah2 dari cutemiut tu.. korang blh refer kat side bar under "Bakal Penerima Hadiah Cutemiut" yg aku highlight kan under Red color bertulisan 'Settle' tu.. maksudnya aku dah pun uruskan pengeposan dan penerima tu dah pun terima hadiah tu..dan dah buat laporan (n3) pasal hadiah2 tu.. nnti akan ku publishkan n3 mereka yg dah menerima hadiah2 tu ya.. just tanda terima kasih dari aku kerana sudi menerima hadiah2 yg tak seberapa dari cutemiut. So pada yg belum buat n3 tu.. sila2 la buat.. jom kita kongsikan pada readers2 yg lain.. apa korang dpt.. :D

Kepada yg namanya tersenarai utk bakal penerima hadiah tu.. tapi still blm terima hadiah2 tu.. korang jgn susah hati ya.. hadiah2 didalam proses pengeposan dan korang bakal menerima dlm masa terdekat ni.. insyallah.

p/s: nntikan ada lagi contest kat blog cutemiut ni.. rerajin la jelajah side bar cutemiut.. ada hadiah misteri menanti.. :P




Ooooppsss Skali Tag Da..!!

Salam Semua..

Semalam check2 la kat ruang edit posting ni.. tetiba terpandang ada draft yg still blm dipublishkan lagi.. haaaiitt... skali buka tgk draft tag da... uish.. maaf la tuan yg telah mengtag aku ni.. akak terlupa la dik..aka baru nak menguploadkan gambo yg dikehendaki.. so utk tidak menghampakan dan tidak mau tuan yg mengtag ni ternanti2.. makanya aku ketepikan dulu story mory tentang besday Mirul tu ya.. (yg bebenor nya ada lagi satu n3 perjumpaan ngan kengkawan la plak.. ) tapi takpe.. demi mu dik, akak buat la yo.. jom layankan tag kali ni dari nenekrock

SILA PAMERKAN GAMBAR ANDA KETIKA KECIL (MAXIMUM GAMBAR ADALAH 5 KEPING)

oopppss maaf la ya.. tak menepati syarat2 la plak.. hanya ada 2 keping je dlm simpanan album so ni je la.. yg ada..maaf la gambo enggak berapa terang.. atenya gambo lama kan..


SILA PERIHALKAN GAMBAR TERSEBUT (CTH: TIKA@SEWAKTU BILA, DIMANA, OR ETC)
ooppppsss.. gambo ni klu tak silap la masa umur aku 4-5thn gitu.. ingat2 lupa2 da.. dan bertempat di rumah mak & ayah aku dimana masa tu kami duk menyewa kat area2 Desa Rahmat ala sekarang ni dah jadi Angsana JB tu..
TIKA INI ANDA MERUPAKAN ANAK YANG KEBERAPA DALAM KELUARGA
oh tika ini aku adalah anak sulung aka anak perempuan tunggal yo..
PRIHALKAH TINGKAHLAKU/TABIAT/PE'EL,PERANGAI ANDA WAKTU ITU
eemmmmmm...tingkah laku waktu ni.. klu mengikut story mory mak aku.. waktu ni aku suka berangan sorang2.. skkeee main sorang2.. maklum ler aku blm ada adik waktu ni.. skeee bergaya.. pantang nampak kamera mesti nak posing baik punya.. gitu la yg mak aku beritahu..
KONGSIKAN BERSAMA TAG INI KEPADA RAKAN ANDA (MAXIMUM 15 ORG)
uuiitsss.. nak maximum 15 org yo...so kepada yg tersenarai bersiap sedia la anda utk melaksanakan tugas yo..
  1. Ena
  2. De'sal
  3. Yan
  4. Masviona
  5. Ct Rahani
  6. Ktyfir
  7. Mummy Dasy
  8. Mama Aqilah
  9. Edryana a.k.a mommy Mimil
  10. Jivebumz
  11. Mama Qaypo
  12. Nurhayati a.k.a mummy Zara
  13. Suziey
  14. Reen
  15. Cik Linn

so kepada yg tersenarai jgn lupa utk membuat tugasan ni dan sila la panjang2kan kepada yg lain2 plak ya.. klu dah buat sila sediakan bukti.. akan ku buat sport check plak... hua..hua..hua..(gelak jahat la plak kan..) ada unsur2 paksaan kan..

dan pada nenekrock a.k.a dik elly, akak dah selesaikan tugasan yg diberikan ni.. kira settle utang ya.. mekacih sudi tag akak ko ni.. tu tanda ingatan selalu kat akak ni.. (dik, susah payah tau akak ko ni selongkar blk album lama2 semata2 nak cari gambo2 ni.. heh..heh..heh..) apapun harap berpuas hati la ya.... :D

p/s: ada lagi satu tag yg belum settle ni..



Calling!! Calling !!!


Salam Semua..


Actually n3 ni ditujukan khas utk seseorg. Dimana aku masih lagi menunggu...tertunggu..tunggu...menanti.. dan terus menanti respon utk ketemu.. supaya dpt kuserahkan hadiah hari lahirnya yg ke 31 thn tu.. (gambo hadiah yg kat atas tu lor..) dari 17hb tu.. hingga kini masih belum dpt jwapan dari dia bagaimana hendak ku serahkan hadiah ni.. hai..la hadiah.. kesian ko ya.. masih menunggu dia utk menerima ko.. apapun seandainya dia membaca n3 ni.. silalah beri respon, samaada msg atau meninggalkan komen kat sini....akan ku hantar kan terus ketangan penerimanya.. :)
p/s: aku akan buat n3 ni sebagai sticky mode.. smpi la penerimanya beri respon pada aku..utk menerima..



27 Apr 2009

Pertemuan Blogger yg Kedua..

Salam Semua..


Ok sambung lagi... next pertemuan ngan blogger yg ke dua... ni kira tetamu yg last la dtg.. Masa aku tgh sibuk2 msk, tetiba dpt msg dari dia ni.. mengatakan tak dpt dtg mulanya.. katanya takde kenderaan disebabkan cik abe dia kejo la plak kan.. tapi katanya klu mlm tu.. blh la jumpa kat mana2 gitu.. oh...oh.. aku bls la blk kan.. mengatakan.. majlis tu.. tak semestinya pada waktu yg ditetapkan tu.. nak dtg mlm pun takpe...so dia pun kata ok.. akan dia dtg mlm la plak.. wah.. aku dah excited ni.. maklum ler.. aku ni kan ssskkee jumpa kengkawan ni.. memang saat yg dinantikan..
hah.. ni la dia.. member blogger aku yg kedua aku jumpa.. Ct Rahani mama Aidil (heh..heh..heh.. gambo tu actually memasing pandang kamera masing2.. aku pandang cik abg aku... ct pandang cik abe dia.. ) tu la rupa kami..ceh..ceh.. cam dah kenal lama je kami ni kan.. posing ala2 ngades gitu..hua..hua..hua.. apapun ct ni.. lagi sweet dan peramah tau bila jumpa begini.. masa ni.. umah aku dah takde org dtg dah.. makanya... sempat la kami berposing2... sorry la Yan, akak tak sempat nak bergambar ngan Yan..makanya ngan Ct ni.. sempat la ambil sekeping dua.. apapun...pertemuan kita semua..akak hargai sesangat...
so bila dah berjumpa.. makanya anak2 pun beramah mesra gak..
see.. Aidil ngan budak gebus tu..

dan aksi melampau Mirul.. yg merimaskan Aidil.. haip... Mirul over ya... semua budak yg baya2 dia.. semua dia nak kiss tau.. ish... ish.. memang over la Mirul ni..Mirul ni asyik la nak mengusik Aidil je.. di pegang la tgn si Aidil tu.. di genggam la.. tgn Aidil yg kecik tu.. addduuss... bahaya sungguh anak ibu ni tau.. karang tak pasal2 patah plak tgn anak org.. kesian Aidil, cocer yg panas hari tu.. smpi naik ruam seluruh badan dia.. merah2 jadinya.. makanya cik abe Ct, bukakan baju Aidil.. supaya dia tak berpeluh sesangat..

dan.. harus ler berposing2 sebelum ct blk kan.. Ct Rahani n Aidil + Cutemiut n Mirul
heh..heh..heh.. cian Ct, disebabkan ketidak selesaan Aidil smpi terlupa nak bawa blk kasut Aidil..sib baik la umah dekat je kan Ct, blh la ambil blk kasut Aidil tu..
so.. tu je la story mory tentang 2 blogger yg sudi menghadirkan diri ke majlis besday Mirul.. terima kasih sesangat kat korang berdua.. sudi datang.. akak betul2 hargai ngan korang.. maaf la ya klu layanan kurang memuaskan... apapun klu akak blk JB lagi.. kita setkan masa... utk gather2 sama2 lagi ya.. insyallah....



Pertemuan Blogger la plak..!!!

Salam Semua..


So ni kira sambungan dari n3 Majlis Mirul tu k.. klu tadi aku dah ceritakan suasana masa majlis.. kali ni aku citerkan plak.. pertemuan rakan blogger yg menghadiri majlis Besday Mirul tu.. korang mesti duk tertanya2 kan.. anak sapa yg comel je duk sebelah Mirul tu kan..hah.. dia ni la yg jadi first guest aku yg dtg masa aku tgh kalut2 buat persiapan tu..dan budak kecik cute yg duk kat sebelah mirul tu.. adalah anak dia.. Qistina yg very2 cute je tau..Mirul pun asyik la.. nak mengusik si Qis ni..

so.. ni la orgnya.. Yan & Qis.. heh..heh..heh.. sorry yan, gambo candid.. Yan ni kan.. actually lebih mengenali mak aku dari aku tau.. disebabkan umah kami kira berdekatan gak ler.. tapi tu sebelum Yan kawin kan Yan..aku pun baru ni kenal ngan Yan.. dan ni la first time kami jumpa tau.. sekarang ni Yan tak lagi duk situ.. dan korang nak tau.. umah ayah ni betul2 kat belakang umah pelakon Sharifah Shahora tu.. ala yg cantik2 gitu..aku pun kenal gak ngan family Sharifah Shahora ni.. mak pah yg jual ragi kat tmn tu.. kan Yan.. dulu atok aku duk sebelah umah Sharifah Shahora tu.. tapi sekarang ni.. makcik aku yg duk situ.. Sharifah Shahora tu pun dah hangkut mak pak dia ke KL so umah tu sekarang kosong lor.. dan utk pengetahuan korang kan.. sepupu aku blh plak kenal ngan si Yan ni.. disebabkan mereka sama tmpt belajar gitu.. klu nak tau.. Yan pun ada gak menceritakan pasal ni.. kat n3 dia..korang blh klik sini utk baca kisah dia tu..heh..heh..heh (sorry Yan, promote la plak..)

Ok.. bila dah citer pasal ibu dia.. jom tgk gelagat bila 2 anak blogger berjumpa..

so ni la besday boy & Qistina.. nak tau apa yg Mirul buat kat Qis..

see.. Mirul siap nak kiss Qis tu...ish..ish.. gatai aarrr anak ibu ni..kacau ana dara org ya..

hah.. close up skit.. uish.. Qis takut erk.. ngan Abg Ayul.. heh.heh..heh..heh..

so tu la first blogger yg sampai umah mak ptg tu.. sorry la Yan, klu layanan tak memuaskan..terima kasih bebanyak.. sebab sudi dtg.. utk pengetahuan korang kan.. Yan dtg ngan Qis je.. disebabkan hubby Yan ni pemalu katanya.. bila diajak masuk dia takmo.. blh la dia g ke CC main game kata Yan.. apapun best dpt jumpa ko Yan.. jgn serik jumpa akak lagi ya.. :) So nnti kan next n3 pertemuan ngan sorang lagi blogger...



Besday Party Mirul at Johor Jaya JB

Salam Semua...


Slamat hari Isnin...dan selamat kembali bertugas utk yg berkerja la ya.. kepada yg tak berkerja tu.. selamat bekerja gak.. (khusus utk suri2 rumahtangga..yg sentiasa berkerja.. walaupun hari cuti..) actually ada byk nak story mory ni.. tapi disebabkan semalam kat umah aku tak blh nak upload dan hapdet story mory aktiviti hari minggu merangkap besday party Mirul tu disebabkan streamxy yg amat lemau dan sengal semalam..makanya ni baru sempat aku nak hapdetkan story mory pasal besday party Mirul yg kami sambut kat umah mak aku kat JB. Ni pun setelah selesai semua kerja2 urgent. Biasa la kan.. pagi Isnin adalah hari yg amat bzios.. semua nak cepat kan.. tu pun salah satu sebab aku lambat menghapdetkan story mory aku ni..(nnti ada plak yg dok kata.. eh, ko tak de keja ke.. asyik duk hapdet blog je.. heh..heh..heh..heh..sapa la tu kan..)
ok la..aku story mory hari ni.. pasal besday Mirul tu dulu ok.. (actually n3 pasal besday Mirul ni akan aku buat dari majlisnya hingga la ke perjumpaan 2 rakan blogger yg sempat aku jumpa..nak tahu sapa.. nnti aku tulis next n3 k..) so hari Sabtu, aku dari BP dlm kul 11 pagi.. selepas dah siap mengemas, membasuh.. memasak bagai.. budak Bulat tu.. sgt2 la excited bila kita kata nak blk umah opah dia.. smpi tertido2 kat dlm perjalanan.. perjalanan BP-JB mengambil masa dlm 1 jan lebih gak ler.. kami just ikut highway je.. mls la plak nak ikut jln lama yg byk lori tu kan.. tak kose ok. Dgn panas terik bagai... sesampai je kami kat umah mak aku, budak bulat yg dah bgn tu... melompat2 kesukaan sebab dah smpi kan.. dan akan ada yg duk melayan kerenah dia.. sapa lagi klu bukan adik bongsu merangkap pakcik dia lor.. yg sanggup nak layan dia.. aku dah mula sibuk sesampai je umah mak aku.. sib baik majlis pas asar tau.. klu tak.. haru gak ler.. makanya aku ngan mak aku bersilat berdua kat dapur, cik abg syg aku rehatkan diri dulu.. maklum ler drive kan.. dan waktu panas2 ni.. memang mata nak tertutup je kan.. si budak bulat tu plak.. dah ada yg melayan.. apa dia heran.. ngan ibu n ayah dia.. so menu utk besday mirul ni just simple menu.... mee Muar kata mak aku ler. tapi lebih kepada mee Bandung gitu.. heh..heh..heh..+ nasi goreng cina + ayam goreng berempah + nugget + air sirap hijau tapi minta maaf la korang ya.. aku blh terlupa plak nak snap kan gambo2 masakan tu.. atenya sibuk kat dapur kan.. so dlm kul 4 lebih tu.. dah siap la masak.. tinggal nak hidangkan je.. dlm pada tu..ada tetamu yg mula2 skali smpi.. very surprise ok.. aku belum siap apa2 pun masa tu.. tetamu ku tu.. dah muncul n dia adalah org pertama2 yg dtg..nak tau sapa.. nanti aku beritahu next n3.. heh..heh..heh..jeng..jeng..jeng.. sapa la tu kan.. tak lama pastu.. baru la yg sedara mara ngan kengkawan aku yg lain dtg.. majlis sederhana je ya korang.. aku pun tak invite ramai2.. just sedara mara ngan kengkawan je.. walaupun camtu.. kira meriah gak ler.. so jom layankan gambo2 yg sempat aku snapkan

heh..heh... gambo kek yg disponsor oleh pakcik Mirul.. adik aku yg no 2.. opps tersnap ngan tgn opah yg tgh nak menghidupkan lilin tu..disebabkan jemputan tak berapa nak ramai.. cukup la kek tu kan...

hah.. ni la besday boy.. sebelum majlis bermula.. siap mandi dah cantik2 lor.. tapi tak smpi berapa minit.. kena tukar baju lain.. sebab ini budak tak reti duk diam.. asyik nak berlari sana sini.. pastu.. minum air.. tumpah2 bagai.. smpi lencun baju tu dibuatnya.. (sorry ya, gambo ni ambil dari dia ni.. sebab aku tak dan nak snap byk2 gambo2.. akibat kelupaan + melayan tetamu yg dtg..)

ok.. sesi memotong kek.. see budak bulat tu... belum nak nyanyi bagai.. dia dah tiup lilin tu okey.. makanya kena la pasang blk lilin tu.. (tgk kan dah bertukar baju tu..) dan korang kenal tak budak pompuan kecik yg cute belah Mirul tu.. anak sapa..?

ok.. kita bagi close up skit.. nak tau anak sapa.. sambung next n3.



24 Apr 2009

Mirul & Buku la plak..!!

Salam Semua..


Tadi dah kita tgk keta tunda mirul kan.. so sekarang ni time utk belajo plak.. actually kan Mirul ni ikut mood dia gak.. klu time mood dia ok.. makanya ok la dia nyebut A, B, C sambil tulis conteng2 kat buku.. tapi klu mood dia tak ok.. emmmm alamat, habis dia duk conteng segalanya.. kali ni jom tgk aksi Mirul ngan buku..
masa ni dia tak perasan yg ibu asyik duk peratikan dia je.. masa ni yg bebenornya dah mlm dan waktu utk tido k.. tapi dia sibuk la nak menulis A, B, C la kononnya..
see smpi muncung2 mulut tu.. kononnya.. baca A, B, C

tapi.. tu dia.. A,B,C dia.. habis dia duk conteng2 plak..

dan ini la hasilnya.. ntah.. jadi apa ntah ni..

hah.. tu la budak bulat Mirul punya citer.. padahal kan.. masa tu, mata ibu ni dah rasa cam dah dilekat2 dah.. tapi budak bulat tu.. still lagi nak menyonteng.. dah tak kose nak layan dah.. biarkan je la.. So ok la korang.. esok aku bercuti, insyallah akan ada majlis besday utk budak bulat tu kat umah mak aku di Johor Jaya, JB. Ala2 sederhana je buatnya... So kepada blogger2 JB yg ingin berjumpa cutemiut ni.. dipersilakan dtg utk memeriahkan suasana.. (mana yg nak hubungi aku.. blh la emailkan contact no korang utk aku britahu alamat umah mak aku tu ya..kepada yg dah ada contact no aku tu, akan ku berikan alamatnya pasni.. so korang blh emailakan contact no korang tu kat cutemiut78atyahoodotcom) selamat berhujung minggu semua.. dan selamat bersantai2..