Salam Semua..
Story mory masih lagi berkisar tentang raya..
ate raya kan sebulan..makanya citer raya tu tak habis2 la kan..
tapi takpe.. korang jgn risau.. aku punya citer raya mungkin setakat ni kot..
maklum la bila dah seminggu raya.. jadi citer raya kami hanya seminggu je la..
okies.. utk raya ketiga kami..
macam tahun2 lepas gak la.. raya ke-3 ni mesti ada baraan a.k.a marhaban beramai utk kaum lelaki. Dah nama pun kami ni duk kg kan.. makanya kena la join masyarakat kg dlm prorgam2 camne.. klu tak nnti org ingat kita sombong tak mau bercampur ngan masyarakat..
so bagi aku la.. saat camni la yg seronok dpt berjumpa dan bermaafan diantara satu ngan lain.
Memang meriah.. baraan kg cik abg aku ni.
Blh dikatakan semua rumah kat kg tu akan disinggah dan marhaban bersama2...
Sama gak la ngan baraan utk org perempuan.
Cuma utk org perempuan ni.. baraannya pada hari raya - 4.
Jadi pada yg dah keja tu.. tak dpt la nak menjoinkan diri..
utk thn ni aku dpt ikut baraan bersama org2 kg ni.. seronok tau.. dpt kenal antara satu sama lain
maklum la cam aku ni kan bekerja.. jd tak dan nak kenal semua org2 kg tau.. saat ni la dpt kenal antara satu ngan lain..
Utk budak2 tuan rumah pastinya menyediakan jajan2 dlm plastik kecik
berserta duit syiling 50 sen.. jadi meriah la budak2 yg ikut..
Mirul plak.. thn ni dpt gak join baraan ni..
tapi tak semua umah la dpt g..
mungkin bagi dia suasana tu.. baru kan.
Masa baraan lelaki ayah dia bawa gak la.. tapi budak kan..
panas la.. rimas la ngan org2 ramai.. makanya dpt la dua tiga buah rumah..
jadi la kan.. saja nak bagi dia rasa suasana tu..
memang meriah dan memang seronok..
gambo2 masa baraan tu.. idak le aku snap kan..
karang ada plak yg kata aku jakun kan..
segan gitu... so aku abadikan dlm bentuk karangan je la ya..
(pada yg duk kg cam aku, mesti rasa suasana baraan beramai2 ni..)
so utk raya ke -3 dan ke -4,
kami tak la beraya kemana2...
ate dah join baraan kan..
bukan skit tau umah kat kg aku ni.. ada dlm 120 buah rumah..
tu yg kena start baraan awal pagi.. klu nak cepat habis la..
tu pun masa habis baraan tu.. dkt kul 3 ptg gak la..
tu tak semua umah yg ada org..
nasib2 la kan.. penat memang penat..
tapi puas hati sebab dpt beraya satu kg..
bila lagi nak beraya satu kg.. ni la saat nya.. :D
Pas dah habis baraan perempuan pada raya ke-4 tu
kami kena hantar kakak abg aku blk ke Felda Moakil..
makanya aku blk je dari baraan, mandi2 salin2 dan siap2 semua..
terus kami bergerak ke Felda Moakil.
jom layan gambo kami yg tak seberapa tu dulu..
(karang klu baca je.. juling plak mata korang kan..so cuci mata tgk gambo la plak)
hai semua... gambo ni masa dah siap2 nak g hantar kakak ipar aku blk ke Moakil..
hik..hik..hik.. disebabkan gambo kami berdua di hari raya kedua adik aku terdelete.. makanya tebus gambo kami berdua utk hari ni.. cuma bezanya cik abg aku tak berbaju melayu..
kami lagi.. blues clues gitu.. aaahhaaakkkk
dan sudah semestinya kami bertiga... (oh.. Mirul bertambah2 semangat gitu.. ayah pun tak larat nak dukung dah tu..)
So dlm perjalanan ke Moakil tu.. kami sempat lagi g beraya kerumah sedara mara belah biras aku kat Yong Peng.. tu pun sebab biras aku ajak, klu tak idak le kami beraya kot. Sebelum hantar kakak ipar aku blk terus ke Moakil, kami cadang terus beraya kerumah kakak abg aku yg sulung kat Felda Redong.. nanti kan senang, tak yah nak fikir2 bila nak g beraya kan.. dah namapun satu hala.. (kakak ipar aku yg duk Moakil ni.. kakak abg aku yg kedua..) so kami terus la ke Redong, smpi2 pun dah petang sgt dah.. biasa la kan.. klu raya umah adik beradik ni.. bukan blh kejap2.. duk beraya sambil bersantai gitu.. makan2.. borak2.. dkt kul 10 mlm juga baru gerak ke Moakil. Ate klu dah mlm tu.. alamatnya kami terus tido umah kakak ipar aku yg kat Moakil tu je la.. sib baik memang dah prepare baju semua.. klu tak, mau tak berbaju kan.. :D
Pagi2 raya ke-5 kami terus gerak blk kerumah.. bila dah blk umah.. duk berehat2 je la kat umah sambil tunggu org datang beraya.. tapi takde yg datang beraya.. ate dah raya ke-5 kan.. tentunya dah ramai yg mula keja..
Raya ke-6 plak.. cik abg aku pun dah mula keja.. cuma aku je la yg masih lagi duk sambung coti2.. so mlm tu la baru kami gerak beraya kerumah sepupu2 dan sedara mara abg kat BP.. dan pada mlm tu gak la biras aku yg sakit kat spital Sultan Ismail tu..dibawa blk ke hospital BP dengan ambulans.. sempat gak kami jumpa kakak ipar aku tu kat spital BP.
Raya ke-7 dan ke-8 kami tak beraya kemana pun... cuma beraya ke rumah sedara2 yg masih belum pergi.. lagipun masa tu cam dah takde semangat nak raya.. memandangkan keadaan biras aku yg hampir2 tenat tika itu..
so tu je la story mory raya aku..utk seminggu raya tu.. tamat sudah. Utk kengkawan blogger yg sedaerah ngan aku, insyallah ada masa aku dtg beraya kerumah korang erk.. tapi jgn plak tutup pintu tau.. sian aku nak dtg beraya.. apapun kepada rakan blogger yg sedaerah ngan aku, klu aku nak dtg beraya.. akan ku info dan calling korang.. (tu pun klu korang sudi nak terima aku dtg umah korang la..klu tak, takpe la.. aku tak berkecil hati pun :D )
tambah pendapatan korang..