N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

4 Sep 2009

Jumaat Yg Biasa2 je..

Salam Semua..


Slamat pagi Jumaat...
Kejap je kan dah Jumaat... dan sekejap je kita semua umat Islam dah berpuasa masuk hari ke -14.. dah dua minggu gak la kita semua umat Islam berpuasa kan..
tinggal beberapa minggu je nak raya plak dah...
camne ngan persiapan raya korang... dah siap semua nya..
thn ni aku cam thn lepas2 gak la.. yg penting persiapan anak dan suami dulu baru fikirkan persiapan utk diri sendiri..
okies la korang.. nnti2 baru kita citer pasal persiapan raya k..
sebelum aku memulakan story mory hari ni..
jom renungkan doa harian ramadhan utk hari ke -14 ni..



Doa Hari – 14
Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Kulakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan.Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan MalapetakaDengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.


***********************************


Okies la korang.. hari ni aku nak share ngan korang perasaan aku
napa plak aku ni kan.. pagi2 dah nak meluahkan perasaan gitu...
korang masih ingat tak.. aku ada story mory berkenaan biras aku yg kena buatan org tu dulu..
sekarang ni biras aku tu ada di hospital BP, koma tak sedarkan diri..
actually dah sebulan lebih gak dia duk kat umah kami..
pelbagai kaedah dan alternatif yg dilakukan utk dia sihat kembali..
pergi berurut la.. berubat cara kg la.. g spital tu sudah tentu la kan..
sepanjang dia berada kat umah tu.. nampak gak la perubahan demi perubahan..
cuma satu je.. dia tak berapa nak mkn..
sepanjang dia berada kat umah aku tu.. hanya 2 kali je aku rasa dia makan nasi..
tu pun tak smpi 2 suap.. selebihnya dia hanya bergantung ngan nestum dan susu je..
utk pengetahuan korang.. kakak ipar aku bukan tak nak beri dia makan..
akan tetapi dia sendiri yg tak nak makan.. katanya tekak dia sakit klu makan..
kami kadang2 tu.. paksa gak dia makan...
dan oleh kerana tu la badan dia jadi lembik dan lemah longlai...memang tak bermaya..
memang kesian sgt la...
dan semalam masa lepas berbuka sepatutnya dia dibawa berurut utk perbetulkan urat saraf dia yg dah tersimpul2.. yg menyebabkan dia tak blh berjalan..harapan kami agar dia dpt berjalan semula..
tapi keadaan diri dia yg amat2 lemah.. kami cadang terus bawa dia ke spital je..
takut gak la kan.. apa2 jadi karang.. tak pasal2 je..
maka mlm tadi anak sedara cik abg aku.. dan biras aku yg duk serumah ngan kami tu bawa dia ke hospital dan dengan keadaan dirinya camtu.. memang2 la kena tahan kat wad..
dan dimasukan air.
Pastu pagi tadi masa sahur.. kami duk tipon kakak ipar tanya keadaan dia camne..
amat memeranjatkan kami bila mana kakak ipar aku kata.. dia tak sedarkan diri dah.. dan sekarang ni pernafasannya di bantu ngan mesin..
rasa cam kesian + sedih ngan situasi kakak ipar aku sekarang ni..
maklum la.. dah la dlm bulan pose.. pastu suaminya dlm keadaan camtu.. lagi la haru sgt..
dan sedih yg amat... kakak ipar aku asyik nangis je masa bercakap kat tipon..
kami yg dengar ni pun turut rasa sedih + simpati sgt tau..
tu yg sampai la ni.. aku rasa cam sebak sgt...
pasal kes dia kena buatan org tu... actuallykan korang.. bukan org nak buat dia..
tapi disebabkan penurunan SAKA dari atok dia..
tapi disebabkan badan dia tak dpt nak menerima makanya begitu la keadaan nya..
klu difikirkan zaman yg serba moden ni pun masih ada lagi org2 yg guna kan SAKA ni kan..
eemmm tak tahu la nak kata apa..
bila rujuk ngan spital.. blh plak doc tak dpt kesan dia sakit apa..
berubat cara kg plak emmm rasanya sama je semua kata benda yg sama..
kakak ipar aku dah byk tmpt g berubat kg ni
segala ceruk yg dia tahu pandai berubat.. semua di pergi..
yg penting kan usaha..
sapa yg tak nak lihat suami sihat cam sedia kala kan..
kakak ipar aku ni memang tabah la..
aku rasa klu la aku kat tmpt dia.. emmm adakah aku blh setabah dia..

ni la family kakak ipar aku kakak cik abg aku yg ke -7

gambo ni masa raya thn lepas..

ngan family dia.. laki dia merangkap biras aku tu la yg sedang sakit sekarang ni..

korang tgk la.. sesihat2 org.. sekarang ni dia dah tak bermaya..
apapun aku hanya mampu berdoa
semoga biras aku tu.. cepat sembuh hendaknya.. insyallah..







jom tambah pendapatan utk buat duit raya.. pastinya pulangan berganda2...
http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277

13 ulasan:

Dee berkata...

kesiannya..napa x dipulangkan saka tu..or buang..rasanya ada org yg tau caranya..cubalah..

Unknown berkata...

siannya dia kak.. mudah2an cepat sembuh yer!

yanadzul berkata...

ishh seram kan.. harap2 sihat..
kesian yana dengaq

miemiey berkata...

sedih tul dgr..kl miemiey tau dri awal boley cuba berubat kat cni..dlu kes cam gini ada gak terjadi kat sepupu..tak nak makn..cuma sepupu kata nk tgu mati sbb ada org buat dia mati..pastu berubat lebih 10 tempat tak jadi apa..last ayag mimi bawa dia ke bomoh ni...alhamdulilah menjadi kak..cuma bomoh tu nak pasir kubur sbb org yg buat tu nk dia mati...tapi tulaa kl daa koma nk buat cam ane..kkita berdoa je pada tuhan agar dia kembali pulih..sekurang2nya sedar dari koma tu..sedih sgt2 tapi nk buat cam ane semua yg terjadi ditentukan allah...

Nurhayati berkata...

masyaAllah sape la yang dengki tu kan.. zaman skang pun masih ada orang buat macam tu lagi..

kita doakan yang terbaik buat biras u sis. InsyaAllah.

CuTeMiUt78 berkata...

~dee~
memang niat asal nak dipulangkan pada tuannya.. tapi tu la benda tu akan berbalik2 camtu gak.. kakak ipar kata semalam.. org yg dia berubat kat benut tu.. dah tlg buangkan terus..

CuTeMiUt78 berkata...

~jivebumz~
betul dik.. kesian sgt..insyallah

CuTeMiUt78 berkata...

~yanadzul~
emmm tu la.. insyallah

CuTeMiUt78 berkata...

~miemiey~
kami pun ikthiar gak bawa berubat sana sini.. dan syukur la benda tu dah keluar dah.. emmmm nak buat camne.. saka tu turun temurun..

CuTeMiUt78 berkata...

~nurhayati~
emmm org yg buat tu.. darah daging sendiri gak.. kira cam keturunan la.. eemmm tu la kan

Mummy Dasy berkata...

try gi Darul Syifa' berubat...

Tanpa Nama berkata...

Kesian pulak sakit2 mcm ni kn..bab2 saka ni yg org takut & taknak kn..moga cepat sembuh

Tanpa Nama berkata...

sis..memang seksa klu kena SAKA ni...smlm(jumaat) baru tngok kisah antu raya ni..
aduh...dhsyat tu..
sis dh try g brubat kt parit karjo lom??
ms sy&fmly in law g tu kn ada gak kes SAKA cm ni...serrramm sjuk sy tngok...
semoga biras sis cpat smbuh ye..jngn putus asa berubat..