Salam Semua....
Pagi yg cerah dan ceria...
hik..hik..hik..hik..
actually biasa2 je la pagi ni...
Story mory hari ni nak kongsi ngan korang pasal
satu email yg berkenaan
Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!
Actually aku dpt email berkenaan ngan citer rompakan ni..
dan juga semalam duk terbaca kes yg sama dari blog Alimaz
jom baca ni apa yg aku nak kongsikan kat korang...
Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah.
Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.
Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang
23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.
Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar),
pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.
Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan.
Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan. Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa.
Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi... Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan.
Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.
Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan.
3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.
Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.
3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya...
Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat.
Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.
Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan -
lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.
Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat.
Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan:
1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun,
ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven,
atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.
Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga,
sedara mara dan rakan-rakan Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.
P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. .
Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita,
kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.
takut kan bila jadi camtu..
so kepada all pemandu2 tak kira la di lebuh raya ke.. atau dimana jua..
berhati2 selalu...
ish... seriau plak aku...ate aku pun pemandu wanita kan...
tambah pendapatan
20 ulasan:
pernah dpt email pasal benda nih.. takut tul kan..
takutnya..berhati2 ye cute bila drive..
ish bahayanye...takut lak rase...
mmg sentiasa kena berhati-hati..skang nie mcm2 taktik kan pencuri guna
Uit..bahaya sungguh skrang yek..
seram je..
hubby selalu suruh simpan besi ke kayu besbol dlm kete..
tp ntahlah..perlu ke tak yek???
mcm2 cara orang nak buat jahat kan
~honeylanz~
ha'ah tu la... kecut perut gak
~dee~
eemmm tu la pasal...
~umminabilah~
yup..betul tu
~zh-ena~
ha'ah la kan ena
~mama suri~
emmm mungkin berguna gak kan.. tapi dah women driver.. emmm agak perlu kot
~mrs.K~
ha'ah tu la pasal
huuhu...bahaya..bahaya....macam2 taktik orang jahat ni kan....kita kne berhati2....
ish..teruk btl la kn..mcm2 diaorg guna..smpai kn telur pn diorg leh jd kn taktik nk merompak..bijak2
wohh..bahaya! bahaya! berhati2 semua ya..
huhh! takotnyer hakuuu
~mawar_berduri~
ha'ah kan.. tu la pasal
~rohaiza~
ha'ah dik.. sekarang ni apa diaorg kira... telur pun blh gak tau
~eis~
yeloh.. bahaya kan
~j@j@ bini the rock~
ha'ah.. aku pun takut gak
Catat Ulasan