N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

19 Jun 2009

Doa Sebagai Cara Didik Anak !!

Salam Semua...
Slamat pagi Jumaat.. oppss, Jumaat dah rupanya ya.. kejap kan.. :D sok aku aku tak keja.. minggu aku bercoti2..insyallah klu tak de aral, kami akan blk ke JB.. :D skkee la Mirul jumpa opah n atok dia.. ok hari ni aku nak share satu artikel yg aku terima dari email aku.. tentang didikan anak2.. jom tgk apa isi kandungan artikel tu..
MELIHAT anak hari ini yang agak nakal, sering membuat ibu bapa pening.Segelintir daripada kita menuding jari terhadap ibu bapa kerana gagal melaksanakan tugas atas alasan terlalu sibuk mengejar material sehingga mengabaikan anak sendiri.Sebenarnya banyak sebab yang boleh mengheret anak menjadi nakal, degil, derhaka dan pelbagai perkara negatif sehingga meresahkan ibu bapa, sekolah mahupun masyarakat keseluruhannya.
Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kurang berdoa dalam proses mendidik menjadi sebab anak degil dan tidak mencapai kecemerlangan yang diharapkan.
Beliau berkata, doa tidak makbul jika solat tak dijaga oleh ibu bapa sendiri kerana ia tiang agama. "Peliknya, tanpa sebarang doa mengiringi anak untuk meraih kejayaan dalam hidup tetapi ibu bapa menyimpan angan-angan untuk melihat kejayaan mereka."Kalau mereka sendiri sebagai induk dalam keluarga yang menjadi teladan kepada anak tidak melakukan perkara yang baik terutama mendirikan solat lima waktu, tidak menjaga susila sepatutnya, bagaimana hasrat hendak melihat anak berjaya akan termakbul?"Pastikan jika mahu anak berjaya dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu menitipkan doa untuk kecemerlangan guru," katanya.
Masalah lain yang melanda fenomena anak sekarang katanya, didorong sikap kurang tegas dalam mendidik anak sama ada berkaitan waktu belajar, mengaji, tidur atau riadah.Biarpun bukan semua perkara itu mampu dilakukan dengan sempurna, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam membentuk disiplin sekali gus memastikan setiap peranan itu seiring dengan tindakan yang dilakukan.
Dia turut merumuskan petua lain untuk menjadikan anak cemerlang iaitu dengan mengamalkan makan malam bersama dan hendaklah dilakukan sebelum Maghrib."Lebih banyak memberi belaian negatif (tarhib) daripada belaian positif (targhib) juga menjadi punca kegagalan yang diperkatakan."
Ibu bapa juga dikesan kurang pandai menjadi kawan kepada anak hingga menjadikan mereka melupakan ibu bapa sendiri dengan cara mencari rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah."Pada zaman serba canggih, ibu bapa sepatutnya menjadikan mereka sebagai rakan dengan mengetahui dengan siapa anak bergaul, ke mana mereka pergi dan pergaulan yang bagaimana menjadi amalan."Namun, pada masa sama, rasa hormat dalam batas yang wajar tetap terpelihara," katanya.
Dalam kebanyakan ceramah atau motivasi yang diberikan Dr Fadzilah, beliau kerap menekankan aspek kurang memberi sentuhan kepada anak menjadikan anak degil dan tidak mendengar kata.
Menurutnya, anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata dan jangan sama sekali membezakan kasih sayang sesama mereka."Jika ibu bapa tidak kasihkan anak, anak juga tidak kasih kepada orang tuanya.
"Amalkan mendakap dan memeluk anak yang akan mendatangkan kesan kepada mereka iaitu badan sihat, tahap kecerdasan tinggi, yakin dan mudah ikut contoh baik daripada orang yang berjaya."Sebenarnya, anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata daripada ibu bapa mereka," katanya.

emm....mungkin ada betulnya kan. Peranan ibu bapa utk mendidik anak2 ni.. amat la besar. Ibu bapa la yg menjadi contoh tauladan kepada anak2 kan.. aku setuju sgt ngan pandangan Dato' Fadhilah Kamsah tu.. klu kita didik anak2 tanpa doa, hanya harapan je la tinggi menggunung, tak guna gak kan.. sebab doa la yg membentuk peribadi seseorg anak.. tu pendapat aku la... dan aku rasa bukan aku sorang je ibu2 yg mendoakan kebaikan anak2nya.. semua ibu bapa nak kan yg terbaik utk anak2 kan. Jadi kita sebagai ibu bapa.. doa kita la yg membentuk anak2.. Semoga anak2 kita menjadi anak yg baik, patuh kepada org tua.. :D






16 ulasan:

Ahliahnizam berkata...

Salam ...

Ibu bapa adalah cikgu pertama anak-anak. Anak2 belajar dari akhlak dan tingkah laku kedua orangtuanya. Jika kita hendak menjadikan anak kita insan yg cemerlang, kita juga harus berusaha mencemerlangkan diri kita, Insya-Allah.

Neeza.Areef berkata...

sbg ibu bapa kita mmg nk yg terbaik utk anak kita

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah, ibubapa mana x nak tgk anak berjaya dunia akhirat kan?

NizA berkata...

thanks kak for the info...

attyfir berkata...

sebagai ibu bapa kita adalah guru pertama mereka dan rolemodel yg akan anak2 ikuti ..

Dee berkata...

thx for the info...

CuTeMiUt78 berkata...

~ahliahnizam~
betul tu... kita la yg menjadi cth utk anak2 kan..

CuTeMiUt78 berkata...

~neezareef~
yup..betul tu..

CuTeMiUt78 berkata...

~honeylanz~
eemmm betul tu kan

CuTeMiUt78 berkata...

~kty~
yup.. betu tu kty..

CuTeMiUt78 berkata...

~dee~
sama2 :D

Ieda Zakaria berkata...

yup..setuju ngan tajuk n3..Doa ibu bapa adalah yg paling mujarab...

Yan berkata...

plg dekat sekali kitela sbg ibu/mama/ummi/mak nyer..
janganla doa yg tak elok2 kat anak..

CuTeMiUt78 berkata...

~mama ayin_fasha~
eemmmmm betul kan

CuTeMiUt78 berkata...

~yan~
betul bagai dikata.. :D

ummu berkata...

Salam cutemiut,
bila dah jadi ibu ni barulah saya tahu susahnya nak jadi kawan kepada anak sendiri. huhu