Salam Semua..
Eemmmm....ok iklan jap.. (karang klu aku asyik story mory pasal coti2 takut ada plak yg boring..) jd aku selitkan n3 ni..
Sekarang ni byk bebenor kan blogger buat contest.. sana sini aku baca pasal contest.. heh..heh..heh..heh.. aku bukan setakat baca je tau.. aku pun jadi excited gitu utk menjoin kan diri.. bukan nya aku nak glamer ke apa.. saja memeriahkan lagi contest yg berlangsung disamping beri support utk blogger2 lain kan.. dan juga aku blh menambah kenalan.. kan best.. ramai2 gitu, meriah beb.. so kali ni aku menjoinkan diri lagi.. kali ni masih contest berkenaan ngan ayah.. maklum la bulan 6 ni kan FATHER'S DAY makanya contest2 yg berlangsung pun.. berkenaan ngan Father, ayah, walid, bapa dan seangkatannya.. contest kali ni dari
Mamamanja..
seperti contest2 yg lain.. contest ni pun ada gak syarat2 yg perlu diikuti.. ni aku copy n pastekan pesanan penganjur dan syarat2nya...
Salam...
Bukan nak menyertai contest yang sedia ada.... tapi, aku sendiri yang nak buat contest ni plak. Kiranya ini contest yang pertama kali aku buat. Walaupun niat tu dah lama ada nak cuba buat contest, cuma baru kali ni berkesempatan.
Contest ni juga x bermakna aku nak meniru contest kengkawan yang sedia ada... tapi contest aku ni lain sket. Yang aku tengok skang, contest antara anak blogger ngan ayah.... tapi contest aku ni adalah antara blogger sendiri dengan ayahnya. Bermakna contest ini terbuka kepada semua blogger yang x kira status dirinya dah kawin ke belum... atau dah ada anak ke belum. Jadi pada kengkawan yang x dapat join contest yang dianjurkan oleh kengkawan lain, boleh cuba pulak join contest yang aku buat nih.
Macam yang korang sedia maklum la... contest ni sempena ngan hari bapa. Jadi, mari kengkawan cuba join FATHER'S DAY CONTEST ini.
Contest ini akan bermula pada hari ini,
7 Jun 2009 dan akan berakhir pada 26 Jun 2009, jam 5 petang. Kenapa 26 Jun??? Sebab tu tarikh besday aku hehehehe.. dan keputusannya akan diumumkan pada 29 Jun 2009. Ada la masa 2 hari tuk aku buat keputusan pemenang.
Macam contest2 lain gak... syarat2 tuk menyertai contest ini ialah:
1. Menjadi FOLLOWER
Mamamanja ok.. aku dah memang jadi follower Mamamanja.. tak gitu mamamanja.. :D
link mamamanja dah memang ada kat cutemiut78link.blogspot.com
3. Upload gambar FATHER'S DAY CONTEST di atas sebagai banner di blog korang
ok.. dah di upload kan gambo banner tu..
4. Hanya yang mempunyai BLOG sahaja yang boleh join contest ini. Blog apa... x kisah, janji blog. hah.. ni la blog aku kan.. :D
Dan cara untuk menyertai contest ini adalah:
1. Upload gambar korang bersama ngan ayah. X kira gambar zaman bila.... Tapi kalau dah x jumpa sangat gambar korang ngan ayah, gambar ayah sorang pun boleh ler... tapi markah lebih sket pada yang upload gambar bersama ngan ayah. (Aku edit balik entry ni... GAMBAR AYAH SEORANG PUN BOLEH - bagi peluang pada yang telah kehilangan ayah cam aku sendiri tuk meluahkan rasa penghargaan mereka)
so.. ni la ayah aku.. sorry la mamamanja.. hanya ni je gambo yg rasa ok kot.. yg lain2 tu... tak berapa nak jadi la plak.. dan tak byk simpanan gambo ayah kita tu
2. Nyatakan NAMA AYAH & UMUR (jika ayah dah tiada, nyatakan)
Nama Ayah : EN. ISMAIL BIN OTHMAN
Umur : 60 thn dah..
3. Buat sket ucapan kepada ayah korang yang melambangkan penghargaan korang terhadapnya.
ok aku nak tujukan khas utk ayah aku yg tersayang..
Ayahanda Tercinta..
Ketika Kejauhan, masih terasa hangat kasihmu ayah..
Betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku..
Terbayang ketenangan yg selalu kau pamerkan..
Bagai tiada keresahan..
Ayahanda Tercinta..
Walaupun hatimu sering terluka..
Tika diriku terlanjur kata..
Tak pernah sekali kau tinggalkan ku sendirian..
Malah kau berikan kata2 azimat...
Ayahanda Tercinta..
Tika ku berjaya.. terpancar kebanggaan dlm senyumanmu..
Tika ku gagal.. engkau nyalakan semangat pada diriku..
Pengorbanan mu tidak dpt ku gambarkan..
Tidak terbalas rasanya segala jasa pengorbananmu itu..
Terima kasih yg tak terhingga khas utk mu ayah.. Kami amat menyayangi mu...
SELAMAT HARI BAPA UTK SEMUA BAPA/ AYAH/ WALID/DADDY DAN SEANGKATANNYA.. :D
eemm panjang la plak.. ucapan aku tu ya.. harap mamamanja blh terima la ya...
4. Jangan lupa citer ler sket kat blog korang pasal contest ini dan jangan lupa masukkan link
MAMAMANJA. Bila dah beres semua tinggalkan link entry korang kat ruangan komen entry ini.
ok.. dah citer pun.. siap copy n pastekan lagi.. :D
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan ucapan dan hanya sorang saja pemenang.
Ok, mudah saja kan??? Jadik mari ler kengkawan semua join FATHER'S DAY CONTEST ini.
p/s: tq pada awek zz yang turut menyumbangkan idea tentang contest ini. nanti den bajo makan eh??? x lupa juga... adiah bukan ler BERAS cam yang aku penah war2kan sebelum nih. tapi, kalo korang berminat ngan adiah tu, aku xde hal.. boleh aje heheh
ho..ho.. ho. hadiah nya betul ke beras mamamanja..
Ni sticky mode tau.. story mory terkini.. sila la jenguk kebawah2 ya...