N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

31 Mac 2009

Terkini..

Salam Semua..

Ni berita terkini dari abg ipar aku berkenaan kak Ila, tadi doc dah buat X-ray kali ke-3..selepas kak Ila mengatakan sakit dada.. doc mengatakan tulang rusuk kak Ila retak 3 btg.. hampir2 nak patah.. dan seandainya patah blh menusuk ke paru2 kak Ila.. dan keadaan akan jadi lebih parah.. uisshh.. tak blh nak bayangkan ler.. kesian kak Ila, dengan keadaan bahu yg patah.. serta tulang rusuk yg hampir2 patah tu.. menyukarkan pergerakan kak Ila, sekarang ni keadaan kak Ila, tak blh nak duduk.. dan tak blh nak bercakap lama.. sedih rasanya.. Kak Ila ni, seorang yg amat aktif dan lincah gak ler.. Jenis yg memang tak blh nak duduk diam.. tapi bila dah jadi cenggini.. mesti amat sukar nak hadapi gak ler.. sekarang ni doc tak blh nak buat apa.. just beri ubat.. dan suruh kak Ila berehat.. dan mungkin akan mengambil masa yg lama gak ler utk tulang tu bercantum..uiisshhh... aku tak blh nak bayangkan camne la nak duk tunggu tulang tu bercantum.. kesian kak Ila, terpaksa hadapi gak kan.. apapun aku harap Kak Ila tabah dan semoga dia cepat sembuh.. terima kasih pada kengkawan yg mendoakan kesihatan kak Ila, rasa terharu ngan segala komne2 korang tu.. aku hargai sesangat. Sama2 la kita berdoa.. semoga keadaan tak menjadi lebih serius..




Kemalangan..!!

Salam Semua..

Semalam ptg aku terima berita yg agak sedih gak ler.. kakak ipar aku yg paling sporting (kak Ila ) accident masa hantar anak dia kesekolah.. so semalam petang, blk kerja je terus aku ngan kakak ipar aku yg duk serumah ngan aku tu.. g ke spital. Dengarnya keadaan dia agak serius gak ler.. kami smpi spital pun dah dekat2 nak habis waktu melawat.. tapi alhamdulilah sempat gak kami jumpa kak Ila.. tgk kan keadaan dia.. memang kesian.. bahu kirinya patah.. mengikut citer abg ipar aku.. masa kejadian tu ada yg nampak..kak Ila hantar anak dia yg bongsu ke sekolah dan tiba2 ada budak sekolah naik motor gak ler langgar kak Ila ngan anak dia ni.. kiranya motor ngan motor la ni.. budak sekolah tu tak apa2.. anak kak Ila tercampak.. tapi alhamdulilah dia tak teruk.. hanya luka2 kecil je, tapi dah budak kecik kan.. sudah tentunya terperanjat ngan kejadian ni.. kak ila plak masa kejadian tu.. terus pengsan. Bila tanya ngan kak Ila.. kak Ila sendiri tak tahu apa2.. tau2..je dia kat spital.. kesian sgt.. nak bergerak pun payah.. bayangkan betapa sakitnya klu bahu kita yg patah.. perrgghh... sedangkan terseliuh je dah sakitnya.. apatah lagi patah kan.. masa kami smpi tu, sempat la berbual2 kejap ngan kak Ila..alhamdulilah dia dah sedar dari pengsan.. pastu kak Ila terus dibawa ke bilik X-ray.. lagipun waktu melawat dah habis kan.. makanya kami pun minta diri utk blk, sebelum blk kami jumpa ngan anak kak Ila yg dijaga oleh neneknya kat keta.. kesian Aziq (anak kak Ila yg bongsu) tangannya luka2.. kepala ada luka skit.. tapi alhamdulilah dia dibenarkan blk. Sib baik ada nenek dia.. klu tak ish tak tahu ler camne.. Aziq baru darjah 2. Masih perlukan perhatian ibu dan ayah kan.. dah nasib menimpa.. tu la yg aku takut sgt dan selalu berpesan ngan cik abg aku sebab dia hari2 naik moto kan.. malang tak berbau.. kita memandu baik2.. ikut peraturan tapi org lain tak sama cam kita kan.. ikut sesuka hati je..kekadang geram gak ngan sikap pemandu2 kat m'sia ni.. nak2 yg tak ikut peraturan tu.. tapi klu dah ketentuan tuhan tu.. kita pun tak blh nak ngelak dah kan.. Apa pun harap2 kak Ila cepat sembuh hendaknya..




AdikBijak.com

Salam Semua...
(Ni adalah sticky mode..n3 terbaru dibawah n3 ni..terima kasih)

N3 kali ni nak buat promote skit tentang AdikBijak.com kepada semua ni aku nak maklumkan kepada sesapa yg berminat utk mendapatkan pelbagai buku2 pengajaran dan panduan utk rumahtangga, utk mendidik anak2 menjadi lebih cerdik dan cemerlang, utk mempertingkatkan diri.. blh ler layari laman ni AdikBijak.com




Ni sedikit fakta tentang AdikBijak.com ni..

Bolehkah anak berusia 15 bulan membaca? Apa pandangan anda? Mustahil bukan? Tetapi pada usia inilah anak anda perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca supaya pada usia 3 tahun nanti mereka bersedia untuk membaca. Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan. Ibu bapa bukan sahaja perlu bijak memilih buku yang sesuai tetapi juga pandai menggunakan buku untuk merangsang minat membaca kepada anak-anak kecil Untuk itu kami telah menyediakan rangkaian produk Siri Cepat Membaca yang telah lama terbukti berjaya dalam melahirkan anak-anak yang boleh membaca pada usia yang awal. Jangan lepaskan peluang ini demi masa depan anak-anak anda. Anak-anak yang boleh membaca pastinya selangkah lebih bijak berbanding kanak-kanak lain.



selain daripada buku2 utk didikan anak2.. korang blh gak dptkan buku2 lain... yg dijual dgn harga yg berpatutan gak ler.. aku dah beli 4 , 5 buah buku gak dari adikbijak ni.. emmm..berkesan gak ler..so pada korang yg nak tgk ke.. nak membeli ke.. nak jadi ahli ke.. jom ramai2 jengah AdikBijak.com ni k..



30 Mac 2009

Cenderahati...

Salam Semua..

So ni sambungan n3 aktiviti hari minggu aku.. hari Ahad plak.. kt masjid kg mengadaan majlis Maulidur Rasul..makanya.. kami semua dijemput hadir.. tapi tak berapa ramai yg dtg.. disebabkan tersaing ngan PIBG sek kat kg kitaorg gak ler.. makanya hanya separuh je la yg memeriahkan majlis maulidur Rasul tu.. ni kira kali ke dua la budak bulat tu.. aku bawa ke majlis maulidur rasul ni.. tahun lepas.. dia belum pandai sgt berjalan.. tapi tahun ni.. addduss la hai.. agak sukar nak kawal dia yg over aktif nak..nak.. bila dah jumpa kawan.. tak ingat punya.. lari sana.. lari sini.. sampaikan aku nak dgr ceramah pun tak blh nak tumpu kan betul2... penat melayan karenah dia, yg bestnya sambutan maulidur rasul ni.. time makannya.. mkn dlm dulang besar.. duduk bersila ramai2.. perrgghh.. masa ni ler yg best. Korang jgn pelik plak ya.. klu kat sini memang apa2 majlis pun.. tak kira ler.. kenduri yasin ke.. kenduri doa selamat ke.. apa saja dikatakan kenduri.. mesti mkn nya dlm dulang besar tu.. atau pun lebih dikenali ngan mkn ambeng.. satu dulang duk 4 org.. mkn sama2 apa yg ada kat dulang besar tu...kecuali kenduri kawin.. hah tu tak ler mkn dlm dulang..disebabkan aku tak bawa kamera makanya takde la gambo masa majlis dan gambo nasi dlm dulang besar tu.. takpe la lain kali aku.. so hari minggu tu.. kira off masak ler.. sebab dpt mkn kat masjid.. pastu siap ada berkat lagi.. makanya lauk melambak2 giler.. jadi membazir je klu masak lain kan.. so mkn nasi kenduri je la...heh..heh..heh..

Ok tamat sudah citer pasal hari minggu aku.. ni nak publishkan cenderahati yg aku terima dari masviona..masa perjumpaan kami hari Sabtu tu..jom tgk apa yg aku dpt..





emmm.. ni ler yg aku terima...from Bali lagi tau



ni FM (friedge Magnet) dari Bali

ni beg kain pun dari Bali..

oh terharu sesangat tau.. viona sanggup simpan benda ni.. semata2 nak beri kat aku.. so nice. Actually viona ni thn lepas ada ler melancong ke Bali.. tu yg adanya cenderahati ni... apapun mekacih sesangat viona.. actually bukan ni je yg dia beri.. ada gak kerepek2 yg dia beri kat aku.. tapi tak dan nak ambil gambo ler.. habis sudah dikerjakan ngan anak2 sedara cik abg aku...heh..heh...takpe la.. lain kali klu kita jumpa lagi.. akak plak nak beri cenderahati kat viona n prebetsabu k.. so tu ler story mory utk hujung minggu ni..


Jumpa Sapa?

Salam Semua...

Selamat Pagi Isnin.. hari ni mood nak mula kerja.. amat2 ler down. Biasa la kan Monday blues.. setelah 2 hari duk bersantai2 kat rumah, makanya utk mulakan kerja tu.. lambat skit mood nak dtg.. heh..heh..heh.. teruk kan. Anyway... hari ni nak story mory pasal aktiviti hari minggu.. as a yg korang tahu kan.. aku meet someone blogger hari Sabtu tu.. so ni aku beritahu sapa kah gerangan blogger tersebut.. actually gambo2 ni.. amat ler lemau klu aku uploadkan dari rumah.. makanya ni kira siaran tertunda la ya.. heh..heh..heh.. jom tgk sapa yg aku jumpa..


heh..heh..heh.. ada sesapa kenal anak sapa ni.... kita mulakan ngan aksi 2 org budak ni..


tgk ler mirul tu... kemain lagi asyik bebenor pegang tgn girlfriend baru.. nama girl friend baru mirul.. Avin Damia.. anak kepada.....


tarrraaa.... ni ler bondanya masviona & walidnya prebetsabu... (sorry la ya.. gambo prebetsabu dan berserta ayah mirul tak de kat sini.. disebabkan kaum bapa hanya terlibat dlm pengambilan gambo ibu2 saja..heh..heh..heh..)

so.. ni ler masviona n cutemiut berserta anak2 yg sama2 cute.. Amirul Hisham dan Avin Damia


so.. terjawab sudah kan.. sapa yg aku jumpa... kebetulan viona & prebetsabu ada meeting di JB makanya.. perancangan nak jumpa ni sememangnya sudah dirancang awal2 lagi.. dan alhamdulilah perancangan utk berjumpa tu.. berjaya gak.. walaupun hanya seketika.. tapi sungguh bermakna.. mekacih kat Viona dan PrebetSabu yg sudi jumpa kami sekeluarga... siap ada cenderahati lagi tu.. harap tak serik utk ketemu lagi dilain hari. Emmm... tu la story mory utk hari Sabtu..




29 Mac 2009

Award 4 Followers Cutemiut78

Salam Semua..
(n3 ni adalah sticky mode.. n3 terbaru.. kat bawah ni ya..)

Wah..hari ni nak beritahu kat all cutemiut78 followers. Hari ni korang plak terima award dari aku.. as a pengikut setia.. sorry la ya.. aku tak berapa nak kreatif sgt.. tapi menghargai korang yg jd pengikut setia aku.. makanya terima la award yg tak seberapa dari aku ni...



so.. kepada 50 followers blog cutemiut ni.. sila la ambil ya... tak larat nak senaraikan nama masing2... sesapa yg perasan gambo dia berada di cutemiut follower tu.. sila la ambil k. Terima kasih byk2 sebab sudi menjadi followers cutemiut78.. sayang korang semua.. mmmmuuuaahhhh!!





28 Mac 2009

Oppsss..operasi jumpa blogger..

Salam Semua..

Wah.. dah terlaksana sudah program utk hari ni... korang tentu tertanya2 kan, sapa blogger yg aku jumpa hari ni.. kira dia ni laki bini blogger gak ler.. dtg nun jauh.. nak tau sapa.. nantikan next n3 k.. heh..heh...heh.. saja bagi saspen dulu... lagipun nak uploadkan gambo2 kitaorg ni.. amat ler lemaunya.. malas aku nak duk tunggu.. mata pun dah letih dah, badan pun dah penat kan.. atenya hari ni sebelum jumpa dia ni.. aku rewang da.. tu yg penat tu..anyway..pada dia dan keluarga ni.. mekacih ya sudi dtg sini dan jumpa akak ni.. so sweet mengenali korang... siap ada ole2 lagi.. malu akak tau.. takde balasan pun dari akak utk korang.. harap korang tak serik la ya.. lain kali sila la calling2 lagi, kita buat temujanji k. Harap persahabatan yg terjalin.. bertambah2 erat hendaknya.. so.. selamat malam korang.. nanti aku citer ngan sapa aku jumpa k




27 Mac 2009

Eh..!!! Hari ni Hari Jumaat

Salam Semua...


Selamat pagi Jumaat.. hah... dah Jumaat, yea..yea.. dah nak hujung minggu rupanya.. mesti korang pun manyak ssyyoookkk kan.. sebab dah Jumaat. Sok cuti.. hip..hip..horey.. :) aku pun esok cuti gak.. sok minggu aku cuti.. blh ler bersantai2 kat umah..ngan budak bulat yg gedebus tu..hua..hua..bahasa tak hingat punya.. gedebus lagi.. anyway, hari Ahad ni ada sambutan Maulidur Rasul kat kg aku.. makanya harus ler pergi kan. Makan nasi dulang..hua..hua..hua.. manyak ssyyyookk.. (macam ler aku sorang yg duk pulun sedulang tu...) ok la korang.. hari ni aku nak menghias rumah ni lagi dengan award2 yg aku terima.. (kan musim minggu kumpul award sekarang ni..) award kali ni aku terima dari sahabat yg nak kata jauh tu.. dekat je.. tapi jarang bersua muka.. hanya berselisih jalan je... heh..heh..heh.. dari neezareef. Mekacih yo sebab sudi kongsikan award2 yg cute ni kat cutemiut.. ssskkkeee kan dpt award.. rasa dihargai dan disanjungi k... jom tgk award2 yg tergantung utk umah aku ni...





2 award freinds.. cute kan..


ok tu dia.. korang nak tak.. klu aku nak kongsi kan award2 cute ni..?? nak..? ke taknak..? ok klu nak.. pada all 60 followers cutemiut dan juga kengkawan yg mana namanya tersenarai kat
cute-miut78link..sila ambil la ya.. tak larat aku nak senarai (kena check sendiri la kat
cute-miut78link tu.. tgk nama korang ada.. ambil ler award ni k..) selamat berhujung minggu... dan bersantai2 ya!

p/s: esok insyallah akan berjumpa teman blogger yg dtg dari jauh.. klu jd.. tunggukan next n3 k...



26 Mac 2009

Oh... mari membuat tag..

Salam Semua..

Waduh..waduh.. pagi tadi bzios la plak.. biasa la kan.. klu dah nama nya pun kerja.. kadang2 blh rileks2..kadang2... bzios nya sampai tak cukup kaki tangan rasanya.. sib baik sebelum lunch tadi ni.. dah settle dah segala menda yg urgent2 tu.. baru ler blh jelajah blog member ni.. heh..heh..heh.. cam tu ler rutin aku.. klu berkesempatan akan ku jelajah blog member2.. so tadi ni jelajah ler kat blog dia ni..sekali terpandang nama aku ada tersenarai salah sorang yg kena tag.. hah tu dia.. tag lagi k. Emmm.. demi persahabatan yg baru je terjalin ni.. makanya dgn sukacita aku membuat tag ni.. mekacih ya reen

sebab sudi tag akak ko ni..heh..heh...heh..sib baik dah siap keja kan....klu tak mau ler.. aku simpan kat draft dulu.. k jom tgk apa soklan tag kali ni

1) lelaki no.1 dalam hidup anda?
off course ler cik abg aku.. sapa lagi.. (karang klu aku jwb lain karang.. nnti perang besar u see.. :)
2) Perdana Menteri MALAYSIA no.4
ishhh.. sapa lagi klu bukan Tun Dr. Mahathir... takkan ler pak lah kan..
3) gossip d tangga no.2 sekarang?
hah....bblluurr... gossip..?? gossip apa ya yg di tangga no. 2....malas ler ambil port bab2 gossip ni
4) selebriti paling chumel no.1?
selebriti yo...?? emmmm... nora danish...
5) kakak no.4?
kakak ke...kakak ipar blh tak... sebab aku takde kakak kandung... kira blh la kan..kakak juga tu kan..namanya kak ila.. org yg amat sporting... skkee ajak aku g mana2.. sebab dia tak tahu drive.. blh gitu.. (heh..heh..heh.. tapi klu diikutkan semua kakak ipar aku tak pandai drive k.. so klu nak g mana2.. aku ler jadi driver.. sebab kitaorg lebih skkkee jalan sesama kaum pompuan.. sonang...)
6) teman rapat no.10?
alamak yg ke 10... dah tak kira teman rapat da... teman rapat aku sorang je.. yg lain2 tu.. dah kira sahabat handai
7) kawan paling kudukut no.6?
setakat ni aku tak de lagi kwn yg kudukut... :)
8) kekasih no.2 anda?
Mohammad Amirul Hisham... kenai tak sapa..?? budak bulat tu ler :)
9) artis lelaki no.1 di hati anda?
emmmmm.... sapa ya... ZED Zaidi kot.. napa aku pilih dia.. emmmm ntah.. sebab rasa dia ok skit dari yg lain2...
10) adik no.3?
oh... adik aku.. no 3 lelaki.. Mohammad Khawarizmi namanya.. sekarang ni tingkatan 4.
ok.. settle sudah.. hip..hip.. horeyy..!!! so reen harap berpuas hati ngan segala jawapan yg telah akak buat ni k.. ada sesapa yg nak buat tag..?? heh..heh..heh.. sapa yg nak buat.. dipersilakan.. aku mls ler nak tag sesapa...




25 Mac 2009

Happy Besday Nisa (VP)

Salam Semua..

N3 ni khas utk An- Nisa Abriza Bte Shamsul yg menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 2 thn. Anak kepada pasangan Pn. Zaimah a.ka. Viruspadu (Vp) & En. Shamsul a.k.a laloque yg memang terkenal dikalangan blogger tegar. Kira ni family yg agak fofular ler dikalangan blogger... kan Vp.

Semoga Nisa menjadi anak yg Solehah, anak yg bijak pandai dan menjadi seorang yg terkenal satu hari nanti.. (macam mama nisa kan. fofular tau..) heh..heh..heh..heh.. suka tau tgk gelagat nisa ni.. comel je macam mama dia gak..kan.. so semoga keluarga VP berbahagia hingga ke akhir hayat..!!



Thanks Catlina

Salam Semua....


Pagi ni tak habis lagi dengan penerimaan award.. kali ni aku diberitahu melalui chatbox ada award yg menanti.. makanya dengan sepantas kilat.. aku g ke blog dia ni.. dan terima itu award.. so apa lagi.. sesi menggantungkan award yg diterima plak kan.. menghiaskan umah plak... heh..heh...heh..heh.. skkkke je bila time dpt award ni ya... Ok la award kali ni aku terima dari catlina (doc vet) dari kluang.. sekarang ni dia tgh berpantang..baru je lepas melahirkan puteri kesayangan yg bernama Nur Dayana Insyirah atau pun E-in.. bila baca n3 dia pasal saat2 bersalin ni.. teringat masa aku nak bersalin kan Mirul dulu.. lebih kurang gak ler... masanya.. tapi aku normal je.. hanya 3 kali teran.. makanya keluar la budak bulat tu... mcm catlina ni.. dia kena vacum.. pergh.. sian dia.. anyway terima kasih catlina.. diatas pemberian award2 yg cute2 ni.. skkkkeee tau.. byk sudah award yg aku terima dari catlina.. mekacih yg tak terhingga catlina..semoga catlina dan keluarga sihat sejahtera hendaknya.. insyallah. Selamat menjadi ibu... ok jom tgk award cute2 ni...





first award.. kucing... so sweet kan.. tomey je...



2nd award... burung plak... blue bird... so nice...


cantik dan cute2 kan.. ok sapa nak award ni..sila angkat tangan..heh..heh..heh..heh.. Masa utk berkongsi award plak.. so kepada semua followers cutemiut, semua pembaca n3 ni dan yg meninggalkan komen kat n3 ni.. sila la ambil award ni... hiaskan kat umah korang plak k. Takmo malu2... ambil je....!!





24 Mac 2009

Vangga Jap...!!!

Salam semua..


Wah... manyak syyookkk wwooo..!!! memang minggu ni melimpah2 plak aku terima award... skkkee... sgt k. Heh...heh..heh..heh... Award kali ni aku terima dari [-suziey-]. Tak sangka plak tersenarai lagi nama aku ni utk penerimaan award ni.. mekacih byk2 suziey sebab bermurah hati menyenaraikan nama kita utk penerimaan award ni.. mengikut kata suzie ni..'teruskan perjuangan sebagai blogger tegar' (ayat lebih kurang ler suzie..) heh..heh..heh..heh.. harus ler kan.. so jom tgk award kali ni


hah tu dia award blog kreatif..
emmmm... tang mana yg kreatif tu ya suzie..? apapun mekacih byk2... sayang suziey....!!!






Opps.. Mirul :)

Salam Semua..


Setakat ni spotcheck utk award followers tu.. just certain blog yg dah ambil dan gantungkan kat umah masing2.. terima kasih byk2 pada yg dah ambil dan gantung kat umah masing2 ya.. makanya pada followers yg belum ambil tu.. sila la ambil sebelum akhir bulan ni k dan gantungkan kat umah masing2... sekarang ni pun followers aku pun makin meningkat.. tak sangka gak aku.. ramai yg meminati blog ni.. (cehh perasan fofular jap k..) pada followers yg tak tersenarai utk award kali ni.. minta maaf byk2 k.. sebab award ni just for 50 followers cutemiut yg terawal.. tapi yg belum terima tu.. jgn sedih2 tau.. akan ada coming soon award utk korang.. dari blog ni.. so just tunggu pengumuman yg bakal aku buat k. Ok la kita tinggal kan jap pasal award ni... kali ni aku nak story mory lagi pasal budak bulat tu punya gelagat. Kali ni budak bulat mirul tu... nak solat asar la plak.. tapi kan... amat ler idak menutup aurat k.. ikut skkkee dia je.. tak caya...? jom tgk gambo2 ni...


tak nampak ke.. jom tgk kat bawah ni plak..


ni nak bentang sejadah kecik tu.,.. nak solat kononnya..


pastu kasi adjust2 skit.... hah.. terselah keseksian tu...

ok ibu..dah siap nak solat ni...seee... terbalik lagi arah kiblat tu nak oooii...

ok.. tukar songkok plak k.. kononnya angkat takbir ler tu.. tapi failed ler.. sebab berseluar pendek.. tak sah solat tu nak ooiii... kan aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut..

hah.. tu dia.. gelagat dia. Actually masa ni aku masih lagi bertelekung baru selesai solat asar... disebabkan takde sapa kat umah.. hanya aku dan budak bulat yg tinggal.. makanya aku biarkan je dia ngan gaya dia tu.. tak kusyuk aku nak solat k. Alhamdulilah ler.. dia tak ganggu pun aku solat... tu ler citer budak bulat mirul masa hari minggu tu...



La..La..La... Award lagi..!!

Salam Semua..

Masa utk tempek award la plak..lala..lala..lala... ske tau dpt award ni.. heh..heh..heh.. sapa yg tak suka....sila angkat kaki ya.. (heh..heh..heh... ada yg nak angkat kaki ke..)

award dari [suziey] mekacih ya suziey... kita skkkee + teharu gak ler.. sebab tersenarai menerima award ni..thank you very much dear



award dari ibu arifa. Actually aku dah dpt award ni kan.. tapi dah org beri lagi.. harus ler terima lagi.. mekacih ya ibu arifa.. skkkeee tau... bila dihargai..