N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

8 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Salam Semua..


As korang semua tau kan hari Ibu jatuh pada hari Ahad ni 10 May 2009. So hari ni nak publishkan skit email yg aku terima pasal ibu.. mak.. mama.. ummi.. mommy.. dan seangkatannya ngannya.. jom kita renung2kan...

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah renungan ini kepada sahabat- sahabat anda.


So Touching kan.. khas utk ibu aku.. yg amat aku sayangi, yg amat aku sanjungi, yg amat aku rindui.. baca la ni kahs utk mu.. "Pengorbanan mak amat2 la besar, tak terbalas rasanya segala pengorbanan mu itu.. mak seorang yg tabah dan kuat semangat utk menempuh segala dugaan.. rasa tak tercapai semangat ku utk menjadi seperti mu..rasa sungguh2 terharu dengan segala apa yg mak tempuhi. Dari itu.. ketahuilah diri ini amat2 menyayangi mak yg tiada ganti nya.. kaulah satu2nya ratu hati ku.. :D"
ni memang luahan dari hati ku khas utk Ibu ku Pn. Zaharah Bt. Zakaria.. harap dia membaca n3 aku ni.. (aku tulis ni siap bergenang air mata )


ni la ratu hati ku.. Pn. Zaharah a.ka. mak aku.. lovee uu mom.. mmmuuuaaahhhhh..!!



28 ulasan:

Unknown berkata...

selamat hari ibu.. kepada kak ciutmiut dan mak akak dan ibu2 seluruh dunia...moga hepi2 selalu..

Tanpa Nama berkata...

selamat hari ibu jugak!!

ct rahani berkata...

selamat ari ibu gak utk akak..

penah gak dpt email nih.. sedih jer bila baca.. huhuhu..

Masviona berkata...

selamat hari ibu untuk mak akak n untuk mak mirul juge (akak lah tuh) serta tak lupa semua ibu² n mak² diseluruh dunia.

Kak, nama mak akak sama lah ngan nama mak saya...hikss

Suziey Ahmad berkata...

eh eh same la muka..eheheh..hepi mothers day:)

atie berkata...

A ah betul cakap suziey tu, samalah...em selamat hari ibu...

Neeza.Areef berkata...

slmt hari ibu makcik

slmt hari ibu utk ko jugak

MrsMama berkata...

Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu.

De' Sal berkata...

Selamat hari ibu kepada yang bergelar ibu.

Tanpa Nama berkata...

mcm penah dngr je citer ni...tp kt ne ek...

ibu sama2 cun ngn sis?bape umo ibu?

selamat hari ibu!!!

CuTeMiUt78 berkata...

~jivebumz~
mekacih ya dik

CuTeMiUt78 berkata...

~honeylanz~
selamat hari ibu :D

CuTeMiUt78 berkata...

~ct rahani~
selamat hari ibu sedih kan

CuTeMiUt78 berkata...

~masviona~
sama la kita.. oh ya ke.. :D

CuTeMiUt78 berkata...

~suziey~
sama kan.. cam kakak ngan adik la plak.. happy mothers day to

CuTeMiUt78 berkata...

~kak atie~
heh..heh..heh.. slamat hari ibu kak

CuTeMiUt78 berkata...

~neezareef~
selamat hari ibu utk ko gak

CuTeMiUt78 berkata...

~mas~
yup selamat utk semua ibu

CuTeMiUt78 berkata...

~de'sal~
selamat hari ibu ya kak

CuTeMiUt78 berkata...

~reen~
sedih kan citer tu.. umur mak akak 54 thn dik.. selamat hari ibu reen

Yan berkata...

amboi cik.. interframe jugak yer.. hikhikk

watie wyyn berkata...

selamat hari ibu!

CuTeMiUt78 berkata...

~yan~
harus gitu kan..

CuTeMiUt78 berkata...

~mummyyaeesh~
selamat hari ibu gak :D

Unknown berkata...

camat ari ibu gak buat ko cute...

babyluv_ayang berkata...

happie mothers 2 u, dik...suka baca n3 ni...bab2 mak ni ler...buat k.fara sedih ni...

CuTeMiUt78 berkata...

~ena~
selamat hari ibu utk ko gak

CuTeMiUt78 berkata...

~kak fara~
happy mother day utk akak gak..