Salam Semua...
Ntah napa perasaan hari ni... bercelaru + berserabut memikirkan masalah yg melanda... aku tau ramai yg bertanya kenapa.. eemmmm tapi aku ni jenis payah nak berkongsi masalah tu.. sebab ianya terlalu peribadi..maaf la korang.. aku tak dpt nak meluah kan apa masalah aku tu di blog ni.. hanya kepada yg rapat ngan aku.. akan ku ceritakan masalah tu..tapi hanya setakat bercerita la kot.. utk membantu aku belum tau blh ke tak.. maklum la sekarang ni nak kena berjaga2 gak kan.. tak semua org blh membantu.. aku faham situasi tu...sebab aku dah byk kali terkena.. berjanji menaburkan harapan tinggi tapi akhirnya aku juga yg kecewa dan aku juga yg menanggunggnya.. apapun aku akan cuba sedaya upaya menyelesaikannya.. actually kan bila bercakap pasal ni.. aku ada terbaca satu email yg aku dpt.. berkenaan ngan kawan atau sahabat sejati ni.. jom tgk isi kandungan email yg aku terima tu..
MENCARI DAN MENJADI SAHABAT SEJATI Didalam menjalani atau meniti kehidupan, salah satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah pemilihan SAHABAT atau KAWAN yang rapat. Ini kerana sahabat akan mempengaruhi dan dipengaruhi. Sebagai contoh yang mudah sekiranya kita berkawan dengan perokok maka sedikit sebanyak kesan dari keburukan merokok akan di perolehi dan mungkin kita juga menjadi perokok. Sekiranya kita berkawan dengan ulama atau ilmuan mungkin kita akan dapat manafaat ilmu nya setidak-tidaknya keberkatan amalan nya.Kalimat Melayu ada menyatakan “ Kawan Biar Seribu, Kekasih Biar Satu”. Didalam Islam kita digalakkan menyambung silaturrahim sesama islam tetapi kita perlu teliti dan tegas dalam memilih sahabat dan kawan. Ini kerana sahabat yang baik akan dapat mendoakan kesejahteraan sahabatnya dan sahabat munafik menarik kearah neraka.H R Al-Hakim” Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan Sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya ”.Sahabat yang baik adalah sahabat yang yang boleh membimbing dan membawa kearah kebaikan serta menambah keyakinan kita kepada Allah
Maka berhati-hatilah memilih sahabat. Jenis sahabat yang perlu di jauhi ;
1) Yang mempunyai sifat tamak - pentingkan diri, banyak meminta daripada memberi serta kedekut. - emmm aku memang tak suka org yg camni.. lebih pentingkan diri sendri...
2) Yang suka kepada perkara lara- Menyukai keseronokan dunia seperti hiburan yang melalaikan, berpesta, membuang masa melepak dan merayau- emmm setakat ni aku tak ramai la kawan yg melalaikan cam ni..
3) Yang mengamalkan sifat boros- Orang yang suka membazir itu adalah sahabat syitan- yg ni bagi aku.. tu hak individu..
4) Yang suka mengampu dan hipokrit- Sikap mengampu adalah sifat yang suka berpura-pura. Berkata Baik didepan danmengutuk dibelakang. -emmmm klu kat ofc aku ni memang ramai yg kaki ampu tu.. aku ada gak kawan yg hipokrit.. lain yg dicakap lain plak yg di laksanakannya..
5) Yang suka kepada kemungkaran- Menolak al quran dan sunnah rasullullah.- emmm alhamdulilah setakat ni tak de la aku kawan yg cam ni...
H R al-Bhukhari yang bermaksud ; Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia kasih kepada saudaranya seperti mana ia kasih kepada dirinya sendiri.Disebalik memilih sahabat kita perlu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita. Kadangkala kita mengharap yang terbaik tetapi kita tidak lakukan yang. terbaik.
Untuk menjadi sahabat yang baik kita perlu :
1) Melindungi sahabat yang berbakti kepada kita
2) Membalas balik persahabatan dengan ikhlas jika dia ingin bersahabat dengan mu
3) Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukan bantuan
4) Menerima dengan baik jika sahabatmu menhulurkan kebaikan
5) Menghargai atau menyebut kebaikan sahabatmu
6) Menutup keburukan sahabatmu
7) Menayakan kesusahan sahabatmu jika dia berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
8) Meringankan kesusahan sahabatmu Jika datang sesuatu bencana menimpa nya
9) Membenarkan perkara yang benar dan menegur dengan bijak perkara yang salah
10) Membantu sahabatmu jika ia merancang sesuatu untuk kebaikan.
11) Lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
12) Membantunya menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13) Mendorongnya mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
aku sokong sgt ke semua fakta yg kat atas ni.. dan ada yg kena ngan sikap aku yg skkee berkawan tu...serta memang aku amalkan pun...
Sepotong hadis rasullullah s.a.w menyebut “ Barang siapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak”.Marilah kita cuba berusaha mengubah diri agar Islam Terus gemilang.
eemmmm... so korang renung2kan la...
so cam aku ni.. actually jenis yg memang skkkee berkawan.. dan skkke membantu kawan.. tapi dikala aku kesusahan... memang tak ramai yg akan membantu aku menghadapinya...dan aku juga bukan jenis yg terhegeh2 nak sgt berkawan ngan org yg tak nak kawan aku... seribu kali org buat baik ngan aku... beribu2 kali aku menghargai persahabatan tu.. tapi seandainya sekali tercalar kekecewaan dihati aku.. makanya aku akan cuba mengelak dari rasa kecewa tu.. dlm erti kata.. lu pikir la sendri... (mungkin aku akan cuba mengelak dari meneruskan perhubungan tu.. ) eemmmm itu la aku..!!! Terpulang la pada korang nak buat penilaian pada aku... tapi itu la kebenarannya...
31 ulasan:
Sy doakan awak tabah menghadapi ujian ini.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2)
Semoga acutemiut mendapat pertolongan Allah, Amin..
situasi kita sama sis...huhuhu...
sedihnya...hanya tuhan saje yg tahu hati ini...:(..
ya Allah..kau beriknlah plndungan kpd sahabat2ku ini...
kau hadiahknlah kasih&sayangmu dmi mmelihara ksjhteraan&kbaikn sahabat ksayangnku ini...krnku tahu hny ENGKAU yg mampu mnjaga dirinya lbih baik drpd sgala2ny..amin...
salam rina.itu ler..kita berhak pilih kawan yg kita nak kwn..disampingtu..jadik ler seorg kwn yg tidak mementingkn diri sendiri..dan tidak cuba mengambil kesempatan atas kebaikan kita..
sabar yer rina...ieda pon pernah alami mcm tu..now..ieda rasa kawan di alam maya lg best...walaupon x bersua tp kita rasa dekat dihati...
has paling x suka ada kwn yg depan kita lain. blkg kita lain..wooho.. kalu boleh avoid n ignore aja kwn2 yg x brp nk ikhlas..sahabat sejati susah nk cari sbb kita sendiri pun tak tau sejati kah kita sebagai seorang sahabat kan ;)
apa2 pun rina take care! ;)
kwn blogger pun besh apa..
semoga awak tabah menghadapi dugaanNya. bab pilih kawan tu memang saya setuju, kita kena berhati hati..:-)
sabar yer...
apapun kita tetap kawan!
Cute ~ Moga masalah ko cepat selesai yer..mmg betui ar..nk cari sahabat sejati mmg susah...kekdgnya baik di depan kita...tp tikam kat belakang...
hmmmm...aku pn cenggitu gk rina..mmg senang berkwn..dan sgt mnghargai kwn..tp skali dia buat taik sori la..aku xleh lupe smpai mati..
apepn aku harap ko sabar ok..tu sume dugaan dari Allah.. :)
setiap dugaan yang datang ada hikmah disebaliknya.. bersabar ye kawanku.. =)
MaMa dah byk jumpa "Kawan MAKAN Kawan"..
Jadi kesimpulannya:
Pandai2lah memilih kawan..
Semoga CuteMiut kembali Ceria yer!!!
Hadapilah setiap dugaan dari Allah dengan tenang,banyak bersabar ya rina.
~ ct nurbaiya~
terima kasih mendoakan kita.. memang kita anggap ni satu dugaan yg perlu kita hadapi dan tempuhi
~reen~
betul tu reen.. betapa tuhan je yg tahu perasaan ni.. disaat kita memerlukan.. org yg diharapkan.. mengecewakan kita.. terima kasih reen mendoakan akak
dlm menilai erti persahabatan tu kena kaji byk2 ciri
kena kenal diri sndiri dulu br lah bg penilaian pd org lain
skang ni byk dah org jenis yg bekwn tp nk amek kesempatan jek
~kty~
betul tu kak.. kita pun memang jenis kawan yg tak penting kan diri..setuju sgt ngan pendapat akak tu..
~ieda~
betul tu da.. memang tgh sabar ni.. alhamdulilah masih blh mengawal keadaan
~honeylanz~
yup betul tu hans.. kita pun tak skke kwn yg depan lain.. belakang lain.. mekacih hanz sebab memberi nasihat
~mummy ayu~
yup.. betul tu kan
~kuina ladyinred~
yup..betul tu..
~gieyana~
walau camne skalipun.. aku kena gak settlekan secepat mungkin masalah tu.. klu tak.. lagi berat jadinya.. memang kan
~suziey~
yup betul tu suziey.. mekacih memberi semangat kat aku
~nurhayati~
yup betul tu... memang tgh bersabar.. mekacih memberi semangat
~mamaqaypo~
emmmm kita pun ada ramai kawan yg camtu.. hope fully kembali ceria la hendaknya
~neezareef~
eemmmm memang la pun... klu tak menilai diri sendiri.. payah tu.. nak mengetahui camne nak berkawan.. yg pasti aku bukan la jenis kwan yg skkee ambil kesempatan keatas kawan yg lain..
aku x la kata ko temasuk dlm kategori yg mcm tu
cuma zaman skg ni aku rasa dah x sesuai pepatah kwn ketawa kwn menangis tu..
~neezareef~
emmm faham maksud ko tu.. aku just meremindkan diri aku.. tak la seperti itu.. memang pepatah tu.. dah tak blh nak guna sekarang ni.. :D
sabo yer kak.. sy doakan masalah akak dpt diselesaikan.. sy tau berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.. semoga akak tabah selalu..
kenapa ni rina....harap sabar dan tabah melaluinya. Jangan lupa berdoa k.
rina sayang,
agak2 rina x selesa kawan gn dia jauhkn diri plahan2.. insyaALLAH hati kita pun x sakit.
sha x ramai kwn rina. sha byk kali kena stabbed. sbb tu sha suka lepak gn family. sahabat pun ade 3org je sha cite my prob :-)
harap rina bsabar yea
kwn memang ramai tapi sahabat??
hopefully sumenye dpt diselesaikan.. sementara tu sabar jerk la yerk!
Catat Ulasan