N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

30 Jan 2010

Keta2 Artis M'sia

Salam Semua...
Aahhhaaakkss.. ni adalah n3 autopublish
al maklum la.. tuan umah coti2 hujung minggu..
saja ngades nak hapdet gak kan..
yg bebenor nya kan korang.. n3 ni sepatutnya keluar semalam..
tapi semalam n3 aku byk sgt citer2 yg agak berat kan..
so aku tukar date publishnya utk hari ni..
(aaahhaakksss.. saja giler hapdet kan.. )
karang panjang berjela plak korang nak scroll kebawah2...
Semalam aku ada la terima email berkenaan ngan keta2 artis M'sia ni..
Aku teruja betul tgk keta2 artis2 kita ni..
perggghhhh... byk betul duit diaorg kan..
smpi blh beli keta2 cenggini...





























aku tak pasti la.. sama ada keta2 ni betul ke kepunyaan artis2 ni.. atau pun sekadar ambil gambo ngan keta2 tu.. tapi keta2 tu.. amat la menarik kan..
skkkkeee tgk.....
p/s: klu la aku ni jutawan hartawan.. keta yg paling aku minat utk miliki adalah BMW Sport.. pergghh.. memang idaman kalbu tau.. tapi tu la kan.. bila agaknya aku blh jutawan ke hartawan kan.. :D


Kerja dari Rumah klik sini

29 Jan 2010

Promote !!!

Salam Semua..

Hari apa tu.. lupa dah.. aku blogwalking la..
ke rumah kengkawan..
skali ada terbaca pasal n3 dia berkenaan ngan ni

Free advertising
tuk pada sesapa yg rasa nak traffic tinggi la kan..
ahaaakksss... cam menarik dan tertarik gitu tuk aku join..
so tu la banner tuk traffic blog aku ni..
klu korang nak join.. blh klik kat banner tu...
terima kasih pada alimaz sebab sudi berkongsi info berkenaan ni..


**********************************

lagi satu aku nak buat promote skit...
ni terpulang sama ada korang nak join atau tak..
takde paksaan k..
ni berkenaan berkerja dari rumah..
or dari mana jua korang berada..
asalkan ada pc or lappy yg blh diconection kan ke tenet..


hah.. berkenaan berkeja dari rumah ni..
korang blh klik banner tu or klik sini
utk ketahui lebih lanjut..
ataupun korang blh terus email aku di
utk mengetahui cara nak buat keja ni..
sejak aku join ni.,.syukur alhamdulilah..
dpt la menambah pendapatan sampingan..
bukan nak ckp beso la.. tapi ada la hasilnya..
yg penting usaha lebih skit..
cuma perlukan masa beberapa jam tuk teliti kan keja2 yg perlu dibuat tu..
so SELAMAT BERHUJUNG MINGGU TUK KORANG SEMUA..
ESOK MINGGU AKU TAK KEJA..
SKKKEEEE SGT... !!
p/s: ni nak beritahu ni.. aku tak paksa tau klu korang nak join.. tapi klu sapa yg nak join.. apa yg aku nak tekan kan.. klu korang usaha lebih skit.. insyallah dpt la hasilnya k..




Kerja dari Rumah klik sini

Contest : BabyIbu Giveaway

Salam Semua...

N3 contest last minit.. sebab apa last minit..sebab tadi duk jengah la blog BabyIbu terbaca pasal contest ni

@ BabyIbu Giveaway!!
Giveaway kali ni diadakan sempena hari lahir Ibu dan juga sempena mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda sepanjang 2009.

Giveaway kali ni mudah dan senang saja. Terdapat tiga kategori:
TOP TEN MEMBERS - Berdasarkan TOP TEN MEMBERS yang berdaftar dengan Google. Ini cartanya (lanjutan dari contest sebelum ini):

nampak tak nama aku tersenarai as top 10 member ni.. tu yg membuat kan aku teruja gak nak menjoin contest ni..

MOST REFERRALS - Berdasarkan siapa paling banyak refer ke BabyIbu (Ini tak kisah siapa yang klik maka boleh promote reader lain). Diadili berdasarkan Google Analytics.

TOP COMMENTATORS - Berdasarkan siapa paling banyak komen.


Syarat-syarat Penyertaan:
Seorang peserta hanya boleh menang satu kategori sahaja (jadi ramai yang boleh dapat hadiah)
Sekiranya terdapat seorang pemenang yang layak menang dua hadiah, maka salah satu akan diberi kepada peserta seterusnya yang layak .
Setiap kategori akan ada 3 pemenang dan satu pemenang akan dipilih secara random daripada top ten ketiga-tiga kategori. Maka semua ada 10 pemenang.
Hadiah berupakan wristlets tajaan ToteBoutique.
Pihak penaja berhak menukar hadiah dengan nilai yang sama.
Lebih kurang macam ni bentuk wristlet tapi mungkin warna berlainan

Tempoh pertandingan sehingga 31 Januari 2010.
Setiap peserta haruslah menampal banner giveaway di sidebar blog mereka dan link ke entri ini. Sekiranya peserta tiada banner di blog maka penyertaan dibatalkan dan hadiah akan diberi kepada peserta seterusnya yang layak.
Itu saja. Good Luck semua!!

hah.. tu pasal la aku cakap n3 contest last minit.. sebab sebelum ni aku tak perasan pasal n3 contest ni.. sib baik sempat review..dan masih sempat utk menepek kan banner tu kat side bar ku.. so wish me luck k.. !!!


Kerja dari Rumah klik sini

Sebab2 Lelaki Tak Layak Jd Suami

Salam Semua..

Kalau tadi kita bertazkirah kan..
so kali ni meh baca
yg aku terima dari email gak...
(kaum2 lelaki.. pun blh renung2 kan gak.. dan jadikan sebagai pengajaran.. )

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam

2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

3. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

4. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumahdengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

5. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

6. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

7. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

8. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10, letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya diamati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki keranamereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.


hah tu dia panjang lebar segala masalah2 yg melanda kan..
ni adalah sebahagian masalah2 yg melanda..
tapi bagi aku la kan... tepuk dada tanya iman..
terpulang pada masing2 punya penilaian..
aku takmo komen lebih2 bab2 ni..





Meh!! Renungkan Tazkirah Jumaat

Salam Semua..
Pagi Jumaat yg biasa2 saja...
OOpppssss.. Jumaat dah ya..
eh.. cam kejap je kan.. rasa baru lepas Jumaat..
dah Jumaat lagi... aaahhaaakkss..
Hari ni adalah hari terakhir rakyat Johor berkabung tau..
sekejap je kan.. dah seminggu Sultan Johor mangkat..
klu kat kg kan.. pastinya ada kenduri nujuh hari a.k.a tujuh hari..
pastu nanti.. kenduri 40 hari dan diikuti kenduri 100 hari..
tu kira adat la kan... bab2 kenduri ni dah biasa bagi masyarakat kg..
aahhaaaaksss.. tetiba citer pasal kenduri la plak kan..
okies hari ni aku nak kongsi ngan korang satu email yg aku terima
biasa la sharing is caring kan..
so meh layan kan apa kah isi kandungan email tu..
renung2kan la.. mungkin blh dijadikan teladan..

Perkara- Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA :
~ Kurangkan makan bawang besar
~ Kurangkan makan berempah
~ Kurangkan makan ketumbar kering
~ Kurangkan menonton hiburan
~ Kurangkan membaca majalah hiburan
~ Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
~ Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
~ Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
~ Jangan makan kepala ikan
~ Jangan minum air yang ada semut
~ Jangan tidur selepas subuh
~ Jangan tidur selepas asar
~ Jangan tidur selepas makan
~ Jangan makan terlalu kenyang
~ Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
~ Jangan menyapu rumah pada waktu malam
~ Jangan makan yang masam-masam berlebihan
~ Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
~ Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
~ Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
~ Selalu makan makanan yang panas2
~ Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
~ Selalu minum air masak
~ Selalu makan ulam2
~ Selalu mengamalkan pandangan hijau
~ Selalu bersenam
~ Selalu menggunakan imajenasi otak
~ Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
~ Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
~ Jangan ego
~ Jangan dengki pada orang lain
~ Jangan makan dari sumber yang tidak halal
~ Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
~ Jangan makan makanan yang ada pewarna
~ Jangan makan makanan yang ada pengawet
~ Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
~ Jangan mandi selepas 9.00malam......
dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....
1) Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
3) Jangan makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nantirezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintuberkat).
6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
7) Jangan keluar rumahtanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalamperjalanan.
8) Jangan pakai sepatu atau selipar yangberlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelapdiselaputi dosa.
10) Jangan menangguh taubat bila berbuatdosa kerana mati boleh datangbila-bila masa.
11) Jangan ego untuk meminta maaf padaibu bapa dan sesama manusiakalau memang kita bersalah.
12) Jangan mengumpat sesama rakantaulan. Nanti rosak persahabatan kitahilang bahagia.
13) Jangan lupa bergantung kepada ALLAHdalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
14) Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umurdan memurahkan rezeki kita.
15) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
16) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalahciri-ciri munafik danmenghilangkan kasih orang kepada kita.
17) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doamakhluk yang teraniayacepat dimakbulkan ALLAH.
18) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utamadan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
19) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.ALLAH lebih tahu apa yang terbaikuntuk hamba ciptaanNya.
Renung2 kan la... selamat beramal..



28 Jan 2010

Contest : Saat2 Terindah Ibu & Ayah Bersama Si Manja

Salam Semua..


K ni adalah n3 contest lagi..
memandangkan aku dpt jemputan dari pihak penganjur..
dan memandangkan tarikh dateline pun dah hampir tamat..
juga memandangkan contest ni cam menarik gak tuk di join
serta memandangkan aku ada gak gambo yg bersesuaian utk menjoin..
(berapa byk memandang daaaa)
jadi.. dengan ini aku nak menyertai contest ni..


SAAT-SAAT TERINDAH IBU & AYAH BERSAMA SI MANJA
aahhhhaakksss... saja kan.. suka2..
ala tak menang pun.. janji memeriahkan contest..
aku rasa ramai gak yg join contest ni..
dgn menyertakan gambo2 yg menarik..

Contest anjuran blog Ryna
so cam biasa la kan.. dah nama pun contest.. mesti ada syarat2 utk menyertai..
so meh tgk segala syarat2nya k

1) WAJIB jadi follower RAYYANOUTLET ;
2) warganegara MALAYSIA;
3) hantarla pict² terindah ibu & ayah bersama si manja anda.. CONTOH DI ATAS...
4) sila letakkan sticky mode (pic itam pth di bwh tu) di sidebar anda & link kan nya di dlm link list korang
5) copy juga banner rayyanoutlet di side bar anda
(tak paksa, klu nk letak pun boleh, xmau letak pun xpe)
6) sila tinggal kan link anda di kotak komen ya utk tuan umah melawat

Pemenang2 berdasarkan pemilihan JURI TETAP RAYYANOUTLET
Hadiah????

- kitaorang akan bg sesuatu istimewa yg jarang dibuat org...akan jadi satu kenangan utk family kawan2 ye...jgn sedihhhh..upin ipin dah minta ibu sediakan hadiahnyer ...hehehe

CEPAT!!!JOM JOIN SEKARANG!!!CONTEST DITUTUP PD 31 JANUARI 2010

hah tu dia...senang je kan..
tak susah mana pun..
memandangkan tak de pun kata letak berapa keping gambo kan..
makanya aku pertandingkan gambo2 ni tuk contest ni...
(cam aku ni, tak berapa byk gambo yg menarik kami.. hanya ni la yg aku rasa menarik dimata ku.. )
" Saat Terindah kami adalah pertama kali bersama yg tersayang.. permata hati kami Mohammad Amirul Hisham.."
ni adalah gambo pertama kami BERTIGA... ketika ni Mirul baru berusia 2 bulan
**************************
" Saat Terindah kami adalah kali pertama dpt bergambo BERTIGA di pagi hari Raya.."
Ketika ini Mirul dah pun setahun dan kali kedua kami dpt menyambut raya BERTIGA
********************************
" Saat Terindah kami adalah dpt bergambo BERTIGA dan dpt menyambut Raya AidilFitri utk thn yg KETIGA..."
Ketika ini Mirul dah pun berumur 2 thn lebih
*********************************
"Saat Terindah kami adalah dpt meluangkan masa berjalan2 bersama2 juga masih BERTIGA"
ni adalah gambo yg terbaru kami...
eemmm memang rasanya semua indah2 belaka..
tu la kenangan TERINDAH kami BERTIGA..
ahaaakkss... korang perasan tak.. aku beso kan perkataan BERTIGA tu..
saja je kan.. dah memang kami bertiga..
takan aku nak tulis berempat..berlima kot..ahaaakkss..
tu coming soon plak kot..
okies la... harap pihak penganjur berpuas hati..
ngan penyertaan ku kali ini...



Tenet yg Bengong !!!

Salam Semua...
Ahhhaakkss.. lambat bersiaran hari ni..
ntah napa hari ni pagi2 tenet kat ofc ni sengal je..
lemau semacam... bila dah sengal tu..
tu yg semua jd malas tu..
so tadi pagi.. hanya duk baca email2 yg belum di baca..
termasuk la satu email berkenaan ngan blogger yg menghina Almarhum Sultan Johor tu..
blogger tu bernama Aduka Teruna kot.. klu tak silap aku la..
isshh.. baca org2 yg komen kat blog dia tu..
memang patut pun dia di reman kan..
klu blh di jel terus..
memang sakit hati tau.. baca...
(memang sapa anak jati johor pastinya akan rasa marah klu baca n3 berkenaan kes ni..)
tapi la ni katanya n3 tu dah di delete...
eemmm bila baca kat email tu.. ada yg mengataakan..
traffic blog dia naik tinggi mendadak..
kalah kes Tun dulu tu..
uuummmaaiiihhhhh.. glames dia kejap kan..
ish.. takmo la citer pasal dia.. karang tak pasal2 org ban aku plak..
cuma tu peringatan pada blogger2..
beringat2 la.. klu nak meluahkan satu2 perkara yg agak sensitif..
jgn main tulis ikut sedap hati je..
memang la blog tu.. masing2 yg punya kan..
tapi kena la pikir pihak yg membaca...betul tak korang..
k la.. nanti aku sambung ngan n3 contest yg bakal aku join..

27 Jan 2010

Uiissshhh !!!! Takutnya..

Salam Semua..

Eeeeiiii.. takut.. mengerikan..
seram gitu.. ala2 misteri nusantara...
aahhaakkss.. apa yg mengerikan ni..??
korang tgk gambo ni..
** amaran keras.. bagi yg lemah jantung ; lemah semangat atau lemah segala nya.. harap jgn tgk gambo ni.. takut karang..lain plak citernya...
*
*
*
*
*
*
*
uuiiiisshhhh... ngeri tak korang.
walaupun sekadar cam patung.. tapi keadaannya sungguh la mengerikan..
korang tau apa ni..
*
*
*
*
*
*

ahaakksss.. hanya la sekadar pengorek pensil or sharpener
pengorek cam ni pun ada ya..
menakutkan la tgk...
ish...ish.. canggih manggih betul sharpener sekarang ni.. :D
ni la gambo yg aku terima dari email...
mula2 aku tgk.. cam suspen je..
sekali rupanya sharpener je..aahhaakkss..
tertipu tipah... !!!!