N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

24 Jan 2010

Sultan Johor Mangkat

Salam Semua..

Mlm tadi kita semua rakyat M'sia dikejutkan ngan berita
Kemangkatan Sultan Johor iaitu Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail


ni berita yg aku copy dari Utusan online hari ni
Sultan Johor mangkat

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.
Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.


Al- Fatihah utk Baginda. Semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman. Amin
makanya mulai hari ni kami rakyat Johor Berkabung selama 7 hari.
p/s: aku still keja tau.. tak de pengumuman apa2 mengatakan hari ni coti..









24 ulasan:

umminabilah berkata...

Al-fatihah dan salam takziah buat Tuanku Sultan johor...

MommyCT berkata...

Al-fatihah...Takziah utk keluar rakyat johor ( i jugak). Lepas ni TMJ bertukar menjadi SJ..wow!

Tanpa Nama berkata...

al-fatihah

i z z a berkata...

Salam Takziah

Ummi Eisya&Amani berkata...

takziah untuk keluarga di raja..

keje ke ari ni??sekolah ganti hari ni dibatalkan..

Unknown berkata...

alfatiha..

dengar2 warga johor kene berkabung kan..

Ain berkata...

al-fatihah...

terbaca kat blog mama qaseh semalam...

eezah berkata...

al-fatihah..

keje jugak..alahai kesian nya..

Nida n' Hanafi berkata...

Al-Fatihah...

Sebagai rakyat Johor, Nida turut berasa sedih atas pemergiannya, semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya

Diver Mom berkata...

alfatihah...

oh ya, di my-alia.com ada giveaway, jemput jenguk ya! tq... :)

attyfir berkata...

al fatihah ..semoga rohnya dicucuri rahmat ..dan dtmptkan dikalangan org2 yg beriman .amin ..

CuTeMiUt78 berkata...

~umminabilah~
al-fatihah.. amin..

CuTeMiUt78 berkata...

~mommyct~
alfatihah.. a'ah kan.. tukar status la plak

CuTeMiUt78 berkata...

~honeylanz~
alfatihah.. amin

CuTeMiUt78 berkata...

~izza~
salam

CuTeMiUt78 berkata...

~mrs. adz~
a;ah keja.. tak cuti pun

CuTeMiUt78 berkata...

~chugie~
yup.. memang kena berkabung selama 7 hari

CuTeMiUt78 berkata...

~ain~
eemmm yup

CuTeMiUt78 berkata...

~eezah~
keja nak buat camne.. keja ngan komunis

CuTeMiUt78 berkata...

~nida~
alfatihah.. amin

CuTeMiUt78 berkata...

~zuhaini~
oh ada give away ya.. insyallah klu sempat nanti kita tgk k

CuTeMiUt78 berkata...

~atty's~
alfatihah.. amin

masdila berkata...

kiter g kak istana dyer,,,time tu iter ader interview kat jb ari jumaat pg

mummy_ayu berkata...

alfatihah...
kalu org johor, tapi keja kat kl..agak agak leh dpt cuti tak? he he he