N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

25 Dis 2008

Happy 1st Anniversary Raffelsia Merah

Salam Semua...

Hari ni... tentunya ramai yg bercutikan.. almaklum ler.. krismas... so public holiday.. tapi tidak bagi company yg aku berkerja ni.. hari ni still hari berkerja.. emmm.. actually aku pun baru je naik keja.. dari cuti 2 hari.. (saja habiskan cuti tahun kan,...) emmmm.. bila dah nak mula keja amat ler malas nya... sib baik cuti dah habis.. klu tak.. harus ler aku sambung lagi cuti... kebetulan hari selasa tu.. aku bawa mirul ke klinik utk rutin check..korang nak tahu berapa berat dia la ni... emmmm.... jeng..jeng.. sekarang berat mirul hampir2 ngan berat beras 2 beg 10kg punya tau.. iaitu.. 17 kg... hah.. aku sendiri tak sangka berat dia.. smpi camtu sekali.. kalah budak darjah satu tau... adoooi la... anak aku dah overwieght... bila tgk graf dia.. dah keluar dari kawasan yg sepatutnya... dan tak pasal2 aku kena refer ke pakar zat pemakanan... issshhh... leceh betul la.. tapi demi utk kesihatan mirul.. so harus ler aku kena jumpa kan.. Nak kata mirul ni kuat makan tak juga.. klu nasi tu.. blh dikatakan sehari sekali je dia makan... tapi klu susu.. hah... tu memang blh dikatakan kuat gak ler.. walaupun cenggitu.. doktor kata.. alhamdulilah mirul aktif.. dan dia sihat sepenuhnya.. dari segala penyakit yg berbahaya.. ishhh. minta dijauhkan la... hendaknya... lagipun memang baka sebelah ayahnya besar2 belaka... jadi tak pelik la klu dia pun sama besar kan.. tak kira la tu.. janji dia sihat...
Ok..nanti kita sambung lagi story mory mirul sepanjang aku cuti 2 hari tu...dan bersantai2 ngan dia... la ni.. aku nak ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan utk 1st member blogger aku ni.. (actually anniversary dia 23hb hari tu...tapi disebabkan aku cuti.. so tak dpt la nak buat n3 khas utk dia...)emmmm aku nak ucapkan bebanyak terima kasih sebab dia la yg memperkenalkan aku ngan dunia blogging ni.. dia la yg banyak tunjuk ajar aku... dan dia la 1st member aku kat alam maya ni... so utk Rizana or Raffelsia Merah.. selamat ulang tahun perkahwinan yg pertama utk ko ngan suami... semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat.. insyallah...




hayati la kata2 ini...

Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga; ia perlu dijaga, disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup subur?


1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri, pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh minat.

2) Berkasih Sayang Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata, sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata-kata.

3) Ambil Berat Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat. Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda. Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan, cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.



8 ulasan:

atie berkata...

Bagus sekali tips nih...

CuTeMiUt78 berkata...

~atie~ heh..heh.. blh ler diamalkan ya

~LoVeLyZz CoRnErZz~ berkata...

ooo..ni sifunyerrr

CuTeMiUt78 berkata...

~mamaafif~ iyo

SaDi berkata...

benda baik elok dikongsi bersama... betul tak... :)

CuTeMiUt78 berkata...

~sadi~ yup..betul tu..

RaFFLeSiA MeRaH berkata...

thanks la byk2 atas kesudian ko buatkan entry khas utk aku suami isteri....mekasih yerrr....

CuTeMiUt78 berkata...

~RM~ heh..heh..heh.. speciall utk ko tau