N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

14 Jan 2009

TIPS PIKAT ISTERI

Salam Semua..

Heh..heh..heh.. hari ni hari ceria je... sebab apa ceria.. sebab memang nak ceria..kah...kah..kah.. sengal kan aku ni.. jgn dihiraukan kesengalan aku pagi ni... n3 kali ni aku nak kongsi ngan korang 'TIPS PIKAT ISTERI'..heh..heh..heh.. utk makluman.. mungkin tips ni berguna bagi pasangan yg dah berkahwin atau pun baru nak membina rumahtangga,... tak digalakkan utk yg baru nak berkenalan ya...so bagi suami2 mithali yg membaca n3 ni.. blh ler gunakan tips ni utk kebahgiaan rumahtangga korang..pada isteri2 tersayang...blh suruh suami baca utk menambah kasih sayang korang ya....heh..heh..heh..jom kita tgk apa tips ya...

1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarikh lahir isteri. - heh..heh..heh.. alhamdulilah ler.. selama hampir 3 thn kami berkahwin ni cik abg aku sentiasa mengingati tarikh2 penting dan segala kenangan kami bersama..semoga hingga keakhir hayat ler dia sentiasa mengingatinya...insyallah

2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.- em... klu cam aku ngan cik abg aku.. hari2.. bukan sekali sehari...berpuluh2 kali.. sebab dia panggil aku ayang.. aku panggil dia yang..mmmuuaahhahhaa...

3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir.- kadang2 buat lupa gak.. siap tanya wah napa cantik hari ni... :(

4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin. - emm... bab bau2an ni memang laki aku sensitif skit.. tapi takde ler sentiasa pakai cantik2..biasa2 sajork.. hah..hah..hah..hah..

5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri. - em.. ni memang aku respect laki aku.. sebab klu dia klu beri teguran, dia akan cakap.. yang.. cuba tambah ni skit..tu skit ke.. so faham2 je la kan.. :)

6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri. - emmm.. tak pernah nya dapat mawar.. sebab laki aku tau... bini dia tak suka mawar.. hua..hua..hua..

7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri. - emm.. yg ni tak kot.. sebab cik abg aku ambil berat gak pasal bini dia ni.. walaupun anak disisi.. dimana ada anak disitu ler ada juga bini dia.. keh..keh..keh..

hah..tu dia.. beberapa tips.. yg klu nak ikut pun blh.. tak ikut pun takpe... sekadar suka2 je kan.. heh..heh..heh.. nnti kita tgk la tips camne nak ngorat suami k..


11 ulasan:

eya berkata...

tips tok pikat somi xde ke?
ekekeke..

kuIna berkata...

nice info... tq

Ciklinn berkata...

harus ku paksa laki aku baca benda ni...

CuTeMiUt78 berkata...

~eya~ heh..heh..heh.. nnti kita buat n3 pasal tu plak yo..

CuTeMiUt78 berkata...

~kuIna Jentayutiara~ heh..heh..heh

attyfir berkata...

bagus..dipraktikkan oleh si suami2 di luar sana..

CuTeMiUt78 berkata...

~ciklinn~ heh..heh..heh.. paksa lagi erk..

CuTeMiUt78 berkata...

~kakatty~ ha'ah kan...biar aman rumah tangga..hah..hah..hah..

~Eila Nur Kaseh~ berkata...

rina...dpt bunga time bezday aje...huhuhuh

CuTeMiUt78 berkata...

~eila~ untung dapat... kita tak berapa minat sgt...heh..heh.

~LoVeLyZz CoRnErZz~ berkata...

pikat memikat lagikk..spy kekal terikat..:)