N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

31 Jan 2009

CONTEST HEADER KREATIF

[ENTRY NI ADALAH STICKY MODE..ENTRY BARU DI BAWAH YER...TQ]

Salam Semua..

Memandangkan... aku terima byk respon yg setuju utk contest header kreatif tu.. so dengan ini aku umumkan.. contest header kreatif tu akan bermula dari Hari Sabtu ni bersamaan 10/01/09 hingga 31/01/09.. heh..heh..heh.. biar lama skit.. senang utk korang kumpul idea2 utk buat header2 tu kan.. contest ni terbuka kepada semua.. tak kira ler.. kreatif ke tak.. klu rasa nak join dialu2kan.. tapi ada prosudernya tau... gambo2 utk header2 tu.. kena la korang cari sendiri dari blog aku ni..(aku akan tempekkan gambo2 terbaru..dont worry ok).. rekacoraknya.. klu blh..jgn ler terlalu crowded sgt... karang jadi lain plak kan...biar simple but nice... kiranya amat ler sesuai ngan tema blog ni.. CUTEMIUT...blh gitu..hah..hah..hah.. emm.. tak kisah berapa byk yg korang nak buat.. tapi klu nak hantar tu.. biar sekaligus.. jgn ler plak.. satu..satu hantar kat email aku tu.. tu klu pada sesapa yg rajin nak buat lebih ler....no limited.. terpulang pada korang.. ok bila dah siap.. sila hantar kan ke email aku... cutemiut78@yahoo.com sila beritahu nama sebenar dan url blog masing2 ya...

segala header2 tu akan dinilai dari segi pada sesapa yg ikut prosuder dan sapa paling kreatif.. so good luck 4 you all..!!! Try your best ok...hadiah misteri menanti pemenang...

30 Jan 2009

PENGUMUMAN

Salam Semua..

Hah..hari ni dah 30hb.. so ni nak beritahu kat korang semua ni.. mana2 yg masih lagi nak sertai contest header kreatif kat blog cutemiut ni.. silalah hantarkan segala hasil nukilan anda ke email cutemiut78 at yahoo dot com sebelum ptg esok iaitu 31hb January 2009. Aku akan nilaikan hasil2 nukilan korang tu selepas 31hb ni. Setakat ni hanya 3 peserta yg dah pun menghantar hasil nukilan masing2.. so pada sesapa yg masih blm hantar tu.. masih sempat lagi. Kepada yg dah hantar tu.. klu nak menambah lagi hasil nukilan kreatif tu.. pun dipersilakan.. Terima kasih diatas kesudian korang yg menyertai..hadiah misteri menanti pemenang..

Gelagat Gedik Mirul

Salam Semua..

Hari ni dah ramai gak staff cina kat office aku mula keja.. riuh la skit kat office ni.. walau pun tak semua mula keja hari ni. Pagi2 dah memekak je diaorg ni tau.. Bingit telinga aku ni.. klu macam semalam sunyi je macam takde org. Aman damai je.. takde deringan telifon.. takde org bising2 cakap macam org pekak.. terjerit2.. issshhh... pening pala aku tau.. Ok la malas nak citer situasi office aku ni.. dah macam pasar jual ikan plak.. So n3 kali ni jom kita layankan gelagat gedik Amirul Hisham masa kitaorg blk JB cuti yg lepas..

heh..heh..heh... ni kan gambo budak nak snap gambo sendiri.. see apa yg jadi tu.. separuh gelap..separuh terang.. ish..ish.. mana la belajo ni.. sib baik tak jatuh kamera tu tau..

hah.. masa ni kan.. dia nampak cicak tau.. kat tgn dia ada telur, dia blh cakap 'cak nak..nak..'(cicak nak..nak) sambil tunjuk telur kat tgn dia pada cicak kat dinding tu.. pada mulanya tak faham gak.. tapi bila tgk kat dinding tu.. baru aku faham.. adddoooi ler.. ada ke nak beri kat cicak tu.. ada ke patut..

pastu hah tgk la tu .. dia naik atas kerusi tu.. makan sambil meniarap.. pastu konon baca surat khabar kat atas kusi tu.. eksen je..

hah... tu la beberapa aksi yg sempat aku snap kan.. sungguh aku sendiri tak menjangkakan tindakan spontan dia tu.. ada je.. yg gelagat dia buat org terhibur. Telur yg dia makan tu.. telur rebus. Memang kesukaan dia.. lebih2 lagi klu telur pindang.. akan tetapi aku tak galakkan sgt dia makan telur tu... takut gak kan.. dah la badan dia camtu.. karang klu apa2 jadi susah plak karang. Sib baik dia makan telur yg putih je.. yg kuning ibu dia yg makan. Ok la tu je citernya.. ada masa aku update lagi ya..


29 Jan 2009

Projek Hijaukan Laman Anda

Salam Semua

Hari ni sempat la terjah blog kengkawan kan.. emm.. sementara aku masih takde mood nak buat keja kan.. so aku jengah ler blog kengkawan aku mana yg sempat aku terjah.. pastu singgah ler sini baru aku teringat nama aku tersenarai utk projek Hijaukan laman anda.. emmmm.. ni kira cam tag juga la kan.. projek ni kan adalah dari blog Masviona Dot Com heh..heh..heh.. mekacih ya viona n prebetsabu sebab menjemput cutemiut utk menjayakan projek hijaukan laman ni.. utk menjayakan projek ni kena ada rules dia tau.. so jom kita tgk apa projek yg aku hijaukan...




hah... ni dia.. actually aku ni tak berapa pandai sgt nak bercucuk tanam ni... tapi cik abg aku memang seorang yg kreatif dan dia minat ngan hias2 dan reka bonsai so.. gambo2 yg kat atas tu.. adalah hasil tangan suami tercinta ku.. heh..heh..heh..gambo2 ni sebenarnya diambil kat belakang rumah aku..sebab tu keadaan keliling cam semak skit k.. so abaikan keadaan sekeliling yg macam utan tu..


tgk siap ada berus gigi.. cik abg aku siap gosok gigi oppss.. batang pokok bonsai tu ya.. katanya bagi kilat..pokok yg belah belakang tu.. pokok cili padi..hasil tanaman aku.. (yg mana aku main campak je biji lada tu.. tak sangka plak hidup segar bugar..)



korang jgn salah anggap ya.. dibelah bawah tu.. bukan semak samun.. tapi adalah pokok kangkung..





emmm.. tu la yg dihijaukan buat masa ni.. sebenarnya pokok bonsai kat umah aku byk.. blh dikatakan keliling rumah..tapi hanya yg ni je sempat aku snap kan.. yg lain tak dan la nak snap semua.. apa pun harap2 viona n prebetsabu berpuas hati ngan projek aku hijaukan laman ni ya..
ok.. macam aku cakap kan tadi kan.. projek ni kira cam tag juga la kan.. so ni rules dia..


sila ambil poster ni dan publishkan kat blog korang ya

PROJEK: Hijaukan Laman AndaJom Ramai² kita hijaukan bumi dengan menghijaukan laman rumah kita!

Ambil gambar laman/balkoni/rumah yang anda telah hijaukan... dan sebarkan kehijauan kepada 6 org lagi!
4-ena


so kepada nama2 yg tersenarai diatas.. marilah sama2 kita berkempen ya

SAYA TELAH MENGHIJAUKAN LAMAN SAYA.. ANDA BAGAIMANA?


Citer Cuti 2

Salam Semua..


Emmm...boring ni + malas nak buat keja.. maklum ler kan.. lama cuti.. tu yg lemau skit nak mulakan keja... lagipun takde org kat office ni kan.. senyap sunyi je bertambah2 lemau ler aku dibuatnya.. heh..heh..heh.. ok la kita sambung citer pasal percutian aku ke Tg. Sedili tu ya.. ish korang jgn boring plak.. ok kali ni last citer pasal kat sana tu.. so jom kita layankan gambo2 budak bulat tu lagi..


dah puas sesi pujuk memujuk.. kami beri dia bakul ni.. supaya dia lupa kan nak gi mandi laut lagi..nak tahu apa isi dlm bakul ni..


hah tu dia.... mak aku siap bawakan sebakul bola golf utk cucu dia main.. hah tu dia tgh korek bola tu kat bakul.. (tu bawa separuh je tu..sib baik tak bawa semua.. klu tak.. habis semua tmpt dia nak sepahkan ngan bola tu.. jenuh nak kutip balik tau)

dah diambil dibaling2.. kat sekeliling tu.. sib baik tanah lapang.. klu tak haru gak.. keletung kena pala plak karang.. addoooiii la

tak puas hati.. plak tu.. siap nak diangkat bakul tu.. nak dikeluarkan semua bola2 yg ada kat dlm bakul tu

heh..heh..heh.. buat muka bllluurr bila kita suruh dia pergi kutip bola yg dia dah duk baling2 tadi tu..

hah tau pun kutip balik segala bola2 tu kan (heh..heh..heh.. tu la chalet mutiara motor tu..) yg duk tgk tu.. takde kena mengena ngan ini cerita ya

ok.. dah kutip.. bola2 tu... jalan sambil nyanyi.. ntah lagu apa ntah yg dia nyanyi.. cuma faham.. oooi..ooiii.. tu je.. yg lain nyanyi ikut bahasa dia je

hah.. tu tgk.. penuh tgn pegang bola golf tu.. nak masukkan balik dlm bakul tu tadi..

konon eksen nak campak je kat dlm bakul.. bukan masuk pun.. duk keluar balik ada la..

boring je muka.. baling2 bola kat dlm bakul tapi keluar je.. tak masuk2 pun... masa ni opah ngan atuk dia sibuk melayan karenah cucunya.. aku tak kose nak layan dah.. penat tau....lari sana.. lari sini.. kejar bola2 tu.. takut terkena org plak karang.. naya je

dah boring kutip bola2 golf tu.. hah dia duk tendang plak bola tu...

hah.. dah penat.. sibuk cari air tak.. (air kotak) bukan main sopan lagi anak ibu ni duduk.. siap bersimpuh lagi..heh..heh..

dah penat main bola.. dah minum, sambung main lagi.. kali ni main kayu ni plak.. actually kayu ni buat pengikat tali khemah kitaorg.. khemah kitaorg dekat skit ngan pokok besar.. bukan apa.. angin punya la kuat.. habis terbang semua.. so kitaorang ikat la tali khemah tu kat kayu pokok ni.. supaya khemah kitaorg tak terbang ditiup angin.. tau apa yg dia buat ngan palang kayu tu..

dia buat aksi naik motor.. siap ada bunyi wweeenngg...wwweeennnngg lagi.. ada ke patut

hah tu siap lentok2 bagai.. konon aksi si rempit la.. rempit ngan batang pokok.. blh gitu..

heh..heh..heh..kami bertolak balik dalam pukul 5 ptg.. budak bulat tu.. masuk je keta.. terus terbongkang.. tak sedar dunia.. tido sepanjang perjalanan balik.. penat la tu..ok la tu je la citer aku.. tak bestkan.. biasa2 je..so habis dah citer percutian aku kali ni..sorry la tak byk gambo2 kat pantai disebabkan kelupaan aku membawa kamera.. gambo2 yg diambil ni pun ehsan dari hp adik aku..


Citer Cuti 1

Salam Semua..

Aku dah kembali bertugas hari ni.. malas je rasanya nak keja kan.. bila dah cuti lama ni.. hari ni office pun lengang je.. hanya staff melayu je yg keja.. termasuk la aku kan.. staff cina kebanyakannya sambung cuti lagi.. sakan diaorang cuti.. takpe, ni kan raya diaorang.. hah cuti ler puas2kan.. sok time raya aku, aku plak nak cuti lama2... hah..hah..hah.. Ok la nak sambung citer cuti aku.. heh..heh..heh.. macam korang sedia maklum kan.. aku bercuti ke Tg. Sedili. Emm..kami duk kat Mutiara Motor (ala bapak mertua Juliana Banos punya chalet)Tg. Sedili. Tapi tak ler dok chalet just sewa tapak utk khemah je.. kami pasang khemah kat situ.. utk satu hari.. bukan pe.. senang skit klu budak bulat tu nak golek2 ke apa kan.. emm.. pemandangan dia memang cantik tapi bab air laut tu... nak kata ok tu.. tak berapa kot.. airnya tak bersih sgt la.. klu aku la syok lagi klu kat air papan Mersing.. aku pun tak mandi masa kat pantai.. hanya layankan sibudak bulat tu je.. maklum ler ni first time dia mandi laut.. sebelum ni pergi mandi2 kat air terjun je.. tu yg over excited.. heh..heh..heh.. walaupun camtu.. org still ramai.. memang dia seronok sgt.. nak nak... bila time ombak datang tu.. dia blh nak lari.. dari ombak tu.. kami tak ler gi tgh2 laut tu.. just duk kat tepi2 pantai je.. takut gak la kan.. ombak besar. Tapi masa kat pantai tu.. tak dan nak ambil gambo..heh..heh..heh.. So ni la gambo2 yg sempat disnapkan masa kat sana.. jom kita layan gambo budak bulat tu ya..

actually gambo ni.. lepas naik dari laut... klu blh dia takmo naik.. muka smpi naik merah.. dia nak pergi kearah laut tu lagi...

hah.. tgk.. tu tgh nak ajak atuk dia.. pergi kat laut tu.. tu la pemandangan kat tgh laut tu..masa tu air dah surut..

bukan main eksen lagi.. dia jalan..


ni tgh sesi pujuk memujuk.. cakap air dah surut tak blh nak pergi mandi.. (yg benornya malas nak layan dia pergi mandi lagi..)


muka budak tak puas hati.. nak pergi mandi lagi..
heh..heh..heh.. ada lagi gambo2 dia.. nnti senang2 aku update lagi pasal percutian aku kali ni ya.. (harap korang tak jemu plak nak membacanya)




27 Jan 2009

Citer Cuti

Salam Semua

Ni bersiaran langsung di JB.. heh..heh.. cuti kali ni memang menyeronokkan.. semalam bawa budak bulat tu mandi laut.. tak g jauh2 pun.. setakat Tanjung Sedili Kota tinggi je.. orang memang ramai.. ni ler first time budak bulat tu mandi laut.. wah.. seronok betul dia gambo2 tak blh nak upload ler plak.. maklum ler.. tak berapa faham function laptop adik aku ni.. canggih manggih.. tak macam pc aku.. tu yg tak berapa pandai tu..heh..heh.. takpe.. gambo2 percutian kali ni akan dipublishkan lepas aku naik keja nnti ya.. so hari ni dah nak balik BP. Sok seharian ler kat rumah plak.. biasa la kan balik bercuti.. banyak benda nak kena kemas.. ok.. la.. jumpa lagi hari Khamis ya.. ngan citer percutian aku plak.. see u all..


25 Jan 2009

Bersiaran Dari JB

Salam Semua

Aku bersiaran langsung dari JB sekarang ni.. alhamdulilah aku dah pun selamat tiba di rumah mak ayah aku di JB pada pukul 4.30 ptg td.. heh..heh..he. Ni nak info kat korang ni... semalam aku sebelum balik ke JB, aku sempat bertemu dengan adik laling aku.. terima kasih ya EitaKz sebab sudi gak jumpa akak.. walaupun hanya seketika. Semoga tak serik la jumpa akak lagi ya.. ok la korang.. nnti kita sambung lagi ya.. budak bulat tu.. nak kena mandi dulu.. kesukaan main je dia.. see you..




24 Jan 2009

Selamat Bercuti...

Salam Semua..

Wah.. sunyi la hari ni.. tentu ramai yg dah bercuti kan.. aku gak yg still duk tercongok kat dpn pc office ni.. semalam pc aku sengal... tak blh nak upload gambo.. tak blh nak publish n3.. hanya blh duk komen je.. slow macam kura2.. bengang betul aku dibuatnya..sib baik hari ni ok la dari semalam.. agaknya pc ni pun tau.. dah nak cuti kan.. buat hal la plak..heh...heh..heh.. hari ni kat office pun hanya staff melayu ngan 2,3 org staff cina je yg keja.. yg lain dah selamat bercuti.. office aku pun lengang je.. takdo org sgt.. klu hari2 camni kan bagus.. heh..heh..heh.. suka hati aku je kan.. bila baca kat blog member.. ramai yg bercuti seminggu.. perggghh.. bestnya cuti lama2 kan.. cam aku hanya cuti 3 hari je.. khamis dah naik dah.. tapi bagus gak.. tak luak cuti tahun aku.. hah..hah.hah.. Ok lah.. kepada sesapa yg pulang bercuti kekampung tu.. berhati2 memandu.. ingat pakai tali pinggang kaledar.. dan ingatlah org tersayang... semoga korang selamat pergi ke destinasi yg dituju dan selamat kembali bertugas semula.. Aku plak insyallah klu takde apa aral.. aku akan blk ke JB umah mak ayah aku esok dan bercuti disana.. so pada sesapa blogger yg kat JB tu.. klu ada rasa nak jumpa aku.. sila lah.. info2 aku ya.. heh..heh..heh.. (ada ke yg nak jumpa erk..) insyallah klu berkesempatan akan berjumpa la kita.. Ok lah takmo bebel panjang2 hari ni.. so SELAMAT TAHUN BARU CINA bagi kaum yg menyambutnya.. dan SELAMAT BERCUTI SEMUA.... INSYALLAH PANJANG USIA..KITA JUMPA LAGI HARI KHAMIS 29/01 k.... take care semua... !!!!

p/s: klu aku rajin.... aku akan bersiaran langsung dari JB la plak.. hah..hah..hah..

22 Jan 2009

Mirul & Buku

Salam Semua..


Addoooiii la hai.. tensen + geram betul la hari ni.. habis semua keja yg aku uploadkan dari folder aku ke folder HQ hilang tak dpt dikesan... rasa cam nak hempas2 je.. pc ni tau... dah lah semalam slow cam labi2... eh.. kura2.. (sama la spesis tu kan)... sib baik la aku ada simpan hard disknya.. klu tak..apa aku nak jawab pada boss.. ada karang potong gaji...he..he..heh.. ok la takmo citer pasal keja aku tu.. sakit hati + sakit jiwa semua nnti.. hari ni aku nak story mory pasal budak mirul lagi.. (harap korang tak jemu la baca pasal mirul ni je kan..eh..kan dah nama pun blog utk mirul.. mesti la byk citer pasal dia..betul tak..?? layankan je kesengalan aku tu..ha.hah..hah..)
ok..ok.. kali ni nak citer pasal malam tadi punya hal.. semalam ayah dia balik lambat lagi.. kesian kan budak bulat ni.. asyik ler duk tunggu ayah dia je nak main sama2.. tapi semalam punya hal.. dia bukan tunggu ayah dia sambil main.. tapi nunggu ayah dia sambil baca buku dia tau..actualluy mirul ni blh dikatakan cepat belajar dan faham apa yg kita ajar.. kita ajar sekali je.. dia dah blh faham dan blh ikut... macam aku ajar dia A B C... dia akan ikut gaya kita ajar dia.. klu kita sambil nyanyi.. nnti dia pun buat sambil nyanyi.. klu kita ajar dia doa.. dia pun akan ikut cara kita berdoa sambil tadah tangan dia.. even klu kita setakat baca 'bismillah' tu pun dia akan tadah tangan dia.. so semalam masa dia baca buku A B C dia..macam2 gaya bahasa yg dia buat semalam.. kelakor la plak.. korang tgk je la aksi2 dia tu..

hah.. tu siap terkakang baca buku A B C tu.. siap mulutnya terkumat kamit konon membaca.. tu sebelah tu.. buku bebird dia.. dia suka sgt tgk gambo2 burung tu..siap tanya kita ni...ni..ni.. maksudnya tanya ni burung apa..ni burung apa.. pastu kita kena terangkan.. sambil kena siap bunyi2nya sekali...
dah boring baring.. dia bangun plak.. sambil tunjuk kat kita.. ma.. ni..ma... ni...

pastu tukar plak posisi lain.. sambil baca lagi.. A...nab.. (A..Arnab)


pastu.. penat dah kot.. tutup la buku tu..

pastu tgk plak buku bebird dia tu.. sambil suruh kita buat bunyi segala burung yg ada kat dlm buku tu...
hah tu dia gelagat dia dan buku2 dia.... sib baik malam tadi dlm kul 10.30 malam, ayah dia dah blk.. dan budak bulat tu belum tido.. hah apa lagi.. melonjak kesukaan la dia.. ayah dia dah blk, dia suka bukan pasal apa.. pasal klu ayah dia blk dpt la dia naik motor ngan ayah dia..dan dapat ler dia main ngan ayah dia sebelum dia tido...rindu la katakan..heh..heh..heh.. tu la citer pasal budak bulat tu semalam.



21 Jan 2009

Amirul

Salam Semua...

Malam tadi cik abg aku blk keja lambat.. kesian budak bulat mirul tu mencari2 ayahnya..asal bunyi motor lalu je dia ingat ayah dia... sampai penat dah aku nak jawab soklan dia tu.. selalu sebelum nak tido... memang dia akan main2 ngan ayah dia.. baru dia tido..tapi semalam dia main sendirian sampai dia terlelap sendriri... boring agaknya tunggu ayah dia tak balik2.. actually bukan semalam je dia menunggu ayah dia balik keja.. sebelum2 ni pun macam tu gak.. biasa la kan lately ni memang keja tgh melambak.. almaklum ler nak cuti CNY...cik abg aku pun blk dah malam.. kekadang sempat gak ler main ngan budak bulat tu.. kadang2 tak sempat langsung...tgk pada budak bulat tu... tido cepat ke lambat la.. kesian tau.. tapi nak buat camne kan.. dah nama pun keja.. nak tak nak.. terpaksa la gak kan..sib baik ada ibu ni kan.. blh la gak.. dok melayan dia main.. so semalam.. sempat la aku snap beberapa keping gambo mirul duk main sorang2.. jom kita layan gambo mirul k...

muka budak dah ngantuk tapi still nak main.. tgk je.. la apa yg dia main.. habis semua dut..dut.. (motor) dia sepah atas katil...

sempat lagi posing ngan ibu sambil baring2 kat katil...heh..heh..heh..(abaikan muka aku yg mcm apa tu.. )

masa ni.. sibuk tanya... ayah..ayah..ayah.. sambil masih lagi pegang motor tu...

dah mula boring... takde sapa nak layan kan.. main sorang2....

dan akhirnya.. tewas gak ler.. ngan dlm tido tu pun.. still lagi pegang.. motor tu..

tu la citer malam tadi punya hal.. bila tgk dia tido.. alahai.. kesiannya la.. tunggu ayah smpi tido.. heh..heh..heh..heh.. ok tu je.. !!!