N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

31 Dis 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Salam Semua..

Hari ni dah hari terakhir utk tahun 2008. Esok dah masuk tahun baru 2009 maka bertambah lah usia kita semua.. apa azam korang utk tahun baru ni..?? Aku ?? emmm.. apa ya azam utk thn ni.. ?? heh..heh..heh.. actually azam dan impian aku.. utk thn lepas.. tak byk yg tercapai.. emm.. dan mungkin akan difwdkan ke thn 2009 ni kot..jom tgk beberapa impian aku utk thn ni..
~ perancangan utk membina rumah idaman akan terlaksana sedikit masa lagi... bila mana geran tanah yg kami duduk sekarang akan menjadi hak mutlak cik abg aku.. (sebelum ni geran tanah tu.. pakcik cik abg aku yg pegang..dan dia dah setuju utk bahagi dua tanah yg kami duduk tu...supaya esok klu dia dah takde.. geran tu dah ada pemilik yg sah..)
~ nak settlekan segala hutang2 yg belum selesai lagi... (emmmm leceh tau bila tak settle.. poning pala..dibuatnya)
~ emmmm mungkin perancangan nak tambah satu lagi kot.. mmuuhahaha..!! ( tak masuk senarai ok)
actually kalau aku nak listkan.. panjang berjela2 la plak.. so buat masa ni aku listkan yg the most important dulu le.. yang lelain tu..akan ku cuba laksanakan mana yg termampu je agaknya.. heh..heh..heh..just wait n see ok..
ok.. citer pasal tahun baru ni.. baru aku teringat tentang top komentar utk bulan disember ni akan berakhir pada malam ini.. so esok akan tersenarai nama yg baru utk top komentar kat blog aku ni.. tapi kan bila aku tgk kat widget tu.. macam ada something wrong ler... napa erk.. point komen tu semakin berkurangan aaarrr... klu tak silap aku ler.. lovelyzz cornerzz dan yg lain2 tu.. byk komen sepanjang bulan disember ni.. klu tak silap smpi 100++ ler gak.. tapi napa la ni tinggal skit je point2 tu erk.. pelik bin ajaib ler... ada sesapa blh tlg explain kan napa jadi cenggitu...?? confused ni.. Tapi utk tidak menghampakan pengomen2 setia ku.. aku amat berbaik hati tau.. nak beri hadiah kat all top 10 yg tersenarai utk komentar bulan ni.. kira hadiah utk tahun baru... tapi.. ish.. ada tapi nya tu.. hadiah yg utk 10 org ni akan diberi mengikut turutan ler.. tak semua hadiah yg korang dapat tu.. sama erk.. for 1st komen paling byk.. harus ler yg agak besar skit kot.. dari yg lain2.. tapi kiranya kesepuluh2 dapat hadiah ler... don't worry ok.. so..ni ler 10 perserta yg akan bakal dapat hadiah dari cutemiut.. ok..

emmm...nampak tak nama sapa yg tersenarai...
ok.. ni nama kesepuluh2 pengomen utk bulan disember ni..
so.. tahniah kepada kesepuluh2 pengomen setia ni ok.. kepada yg tersenarai sila emailkan address korang kat cutemiut78@yahoo.com utk senang aku buat penghantaran hadiah nanti..utk yg tak tersenarai... jgn berputus asa ya... insyallah cuba lagi lain kali...mana tau aku baik hati lagi pemurah.. nak beri kesepuluh semuanya...heh..heh..heh.. utk next masih dalam pertimbangan ok...walau macammana sekalipun aku amat2 berterima kasih diatas keprihatinan kat korang..aku amat2 menghargai korang semua...lov u all..!!!
p/s: utk hadiah2 tu.. akan aku buat n3 khas nanti.. so.. tunggu hadiah2 ittew..!!

30 Dis 2008

Gelagat Mirul Lagi...

Salam Semua..

N3 kali ni nak story mory tentang gelagat mirul masa aku balik JB minggu lepas.. heh..heh..heh.. memang lawak ler budak bam bam sorang ni.. kali ni dia buat aksi korek telinga.. gayanya cam org beso je.. kita layankan gambo dia..




mula2... asyik bebenor main kompang.. tak toleh kiri kanan langsung...

sekali ntah macam mana... blh ternampak plak cotton bud kat atas meja kecik terus di capainya.. tgk je la gaya dia duduk tu..

meh.. close up skit.. klu tgk gayanya memang cam org besa.. isshh takut gak tercucuk kat dlam karang tak pasal je.. tapi dia buat dek je.. bila kita kata jangan.. makin laju plak dia buat aksi korek telinga tu..


heh..heh..heh.. ni plak muka budak dah puas mengorek telinga.... sib baik tak dicucuk sampai dalam.. hai.. mana ntah dia belajar...ni mesti ikut gaya ayah dia ni.. heh..heh..heh

yeeeaaa..... dah lega dah...


hah.. tu dia.. aksi mirul... kadang2 gelagat dia nampak cam dia dah besa dah.. klu blh sekarang ni semua dia nak buat sendiri.. nak berdikari la konon.. bagus2 nak... kecik2 lagi dah pandai ya... harap sampai kebesar ler pandai berdikari sendiri..


29 Dis 2008

Something From Lina

Salam Semua..

Hari awal Muharram ramai yg bercuti kan.. emm.. aku tetap keja gak.. company aku tak sambut awal muharram.. tahun baru pun tak sambut tau.. tak kisah la kan.. dah nama pun keja as a 'kuli' so.. kena la ikut arahan kan.. anyway.. hari ni tgk kat draft aku ada something yg belum dipublishkan.. heh..heh..heh.. .. gift ni memang very cute.. nice.. actually aku dapt gift ni dari dia ni. Masa aku jelajah blog kawan2 hari sabtu tu.. aku ada terbaca ayat ni "Friend/Visitor...Thanks for all your support...Wishing having a good journey & wounderful weekend."... kat blog dia so kira aku ni friend and visitor gak kat blog dia.. jadi aku dpat ler gift ni.. ayat2 nya best kan..


nice picture and nice word...
so.. terima kasih tak terhingga kepada Lina
yg sudi beri gift word ni pada kita.. kita amat2 menghargainya.. thank you very much!!



27 Dis 2008

Maal Hijrah 1430

Salam Semua...

Hari Isnin bersamaan 29 Disember 2008 kita semua umat Islam akan menyambut Maal Hijrah.. so ramai la yg cuti kan.. selamat bercuti kepada sesapa yg bercuti ya.. aku ada dapat email berkenaan doa akhir tahun dan awal tahun ni.. mari la sama2 kita amalkan.. semoga tahun baru ni membawa sinar bahagia kepada kita semua.. insyallah

MA'AL HIJRAH 1430

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun

(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 December 2008)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
**********************************************************************************

Doa Awal Tahun

(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 Decmber 2008)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

.
Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

~ Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
~ Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
~ Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
~ Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~ Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
~ Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
~ Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
~ Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
~ Hari pertama Allah menciptakan alam.
~ Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
~ Hari pertama Allah menurunkan hujan.
~ Allah menjadikan 'Arasy.
~ Allah menjadikan Luh Mahfuz.
~ Allah menjadikan alam.
~ Allah menjadikan Malaikat Jibril.
~ Nabi Isa diangkat ke langit.
Wassalam.


Award Kak Atie

Salam Semua...

Emmm.. hari ni mendung la kat sini... macam nak hujan. Hari ni plak minggu aku keja.. emm. mesti yang dah ramai bercuti sempena krismas hari tu kan.. tak pun terus sambung ke hari Isnin cuti awal Muharam. Aku juga yg tak cuti... nak buat camne.. keja ngan company cina.. cenggini la jadinya.. nak tak nak.. kena la terima hakikat kan.. tak kisah la tu.. asal kan keja kan.. Ok.. n3 kali ni still tentang award lagi.. semalam sempat ler aku jelajah blog kawan2.. heh..heh..heh.. mana yg sempat je la... mana yg tak sempat lagi aku jelajah.. jgn kecik hati tau..and aku masuk blog kak atie ni..kat blog dia ni ada n3 pasal award ni utk all friend dia.. emmm.. kira aku dah masuk dan aku dikira kawan dia la kan. betul tak kak atie..

terima kasih banyak2 kak diatas award yg akak kongsikan tu.. terharu tau.. kita pun suka kenal ngan akak.. harap persahabatan yg terjalin tu.. akan kekal selamanya.. insyallah. Emm.. aku ni memang suka berkawan.. org tua2 kata.. berkawan biar beribu.. tapi tu la kan.. tak semua kawan blh menjadi sahabat setia kan..susah tau sekarang nak cari yg sanggup susah senang bersama.. any way ni la award yg aku dapat tu..




dua award tentang persahabatan.. sungguh bermakna bagi diri aku tau... terima kasih sesangat ya kak atie..
ok.. utk mengeratkan lagi persahabatan antara kita.. kepada all cutemiut reader.. tak kira ler silent reader ke.. follower ke.. sila la ambil award ni.. tanda persahabatan dari aku pada korang semua ok.. bagi aku.. walaupun aku tak mengenali orang.. akan tetapi korang semua adalah sahabat aku dialam maya ni..so.. please take ok. Love u all...!!!! MMMMuuuuaaahhh....!!!


26 Dis 2008

Hadiah Dari Ena..

Salam semua..

Heh..heh..heh.. ni n3 khas ni.. skkkeee tau.. tadi baru je aku buat n3 dapat award dari kak atty kan.. la ni aku dapat prezen plak tau... emmm jauh datangnya ni.. actually aku baru je buka blog dia

baru je komen pasal prezen tu.. sekali td ni.. dlm kul 1.30 guard house ckp ada parcel utk aku.. dari pos laju.. emm.. suspen gak aku.. sapa plak yg hantar barang kat aku erk.. dlm confuse tu.. aku g la ambil.. tgk alamat... PEJABAT S.U.K PAHANG.. emmm... suspen ni.. eh.. sapa erk..

emmm.. pada mulanya tak blh agak dari sapa tau..

Pejabat S.U.K Pahang.. sapa yg keja kat situ sila angkat tangan

so..aku buka ler sampul tu..tgk.. eh.. cam aku pernah tgk sampul bunga2 ni..

baru aku teringat.. tadi masa aku baca kat blog dia aku ada terpandang sampul hadiah ni.. so memang confirm la dari sahabat blog aku yg manja ni.. sapa lagi klu tak ena.


thanks na.. tak sangka plak sampai hari ni.. aku baru je baca kat blog ko.. ko kata baru pos.. rupanya dah sampai..heh..heh..

korang jgn tertanya2 aku menang apa plak.. actually ena ada buat tukar2 pezen kat blog dia.. just emailkan add.. and kena le balas balik hadiah tu kan na.. as a friend aku rasa tu idea yg bernas gak.. so tak salah kan klu kita bertukar2 hadiah.. tak kisah ler berapa harganya murah ke mahal ke.. yg penting hubungan persahabatan tu.. terjalin kan...so ni ler yg aku dapat...

opppsss.. terbalik plak.. siap ada gamba effa family lagi.. thanks ena..

lilin butterfly color purple lagi tau.. siap ngan piring nya.. cantikkk.. skkkkeee tau.. wangi lagi tu..

terima kasih tak terhingga pada ena..sayang kat ko.. heh..heh..heh.. nantikan hadiah dari cutemiut plak ok.. semoga ikatan persahabatan kita berkekalan hendaknya..


Award Kak Atty

Salam Semua..

Tadi sempat ler jengah blog kengkawan satu dua.. mana yg tak sempat tu.. minta maaf ler byk2 ya.. almaklum ler.. sekarang ni bzios .. dan juga agak payah skit heh...heh..heh.... tu yg tak sempat nak jelajah semua.. harap korang tak kecik hati ya.. emm.. actually tadi masa singgah kat blog kak atty..
tetiba ada terbaca ni plak " kty kasi award kepada semua ..yg masuk blog nie..sila..amik..yer.."so aku tadi dah masuk blog kakty kan, jadi aku dapat award ni dari blog dia..

terima kasih ya kak ty sudi kongsi award pada semua.. baik sungguh hati kakty. Semoga hubungan persahabatan kita berkekal hendaknya...


thanks kak atty.. lov u so much.. mmuaaahhhh
ok.. aku pun nak juga kongsikan award ni utk semua yg singgah blog aku ni.. so sila ambil ya.. jgn malu2 ok..

25 Dis 2008

Mari buat Tag...

Salam Semua...

N3 kali ni nak buat tag keja sekolah yg di beri oleh eila ni..actually tag yg dia beri tu.. aku dah buat dah.. tapi tag yg dua ni.. aku tak buat lagi.. kedua2 tag ni datangnya dari eila so eila.. ni kita dah buat tau.. segala tag tu.. hope berpuas hati ok..


First tag.
Rules :1. sila tepek gamba kawin sendiri bukan gamba yg korang google!
2. tarikh korang kawin
3. tag lar sape2 yg korang suke


ni ler gambo2 pengantin aku.. heh..heh..heh..
tarikh kahwin : 7 JULY 2006
and aku pun nak tag pada sesapa yg dah kahwin... so pada sesapa yg dah kahwin tu.. tempek la gambo kahwin korang ya...
ok selesai sudah tag yg pertama.. now second tag plak..

THE RULES
:1. Copy the tag to your blog
2. Add the link the person who share this tag with you…
3. Nominate at least seven blogger
Your 1st Name Tells A Lot About Who You Are
Have a good time knowing the meaning of your name!
♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*
A: Best Gf/Bf any one could have
B: You love a certain someone
C: People cant help but check u out
D: You are really lovable
E: You Are Great Kisser
F: Easy to fall in love with
G: You never let people tell you what to do
H: You have a very good personality and good looks
I: People love you
J: People Adore you
K: You're wild and crazy
L: AWESOME KISSER
M: Handsome/Beautiful
N: Easy to fall in love with
O: Best kisser ever
P: You are popular with all types of people
Q: You are a hypocrite
R: You love to kiss
S: You are Freaking CRAZY!
T: You are loyal to the ones you love
U: You really like to chill
V :your not judgmental
W: You are popular
X: You never let people tell you
Y: Sexiest bitch alive
Z: Never good enough...

ok..disebabkan nama aku panjang sgt.. kira aku ambil singkatan yg selalu dipanggil je ya.. ok ni meaning nama aku
R . I. N. A. You Love to Kiss, People Love you, Easy to fall in love with, Best Bf any one could have
hah tu dia...emmm.... betul ke...?? Hanya aku yg tahu.. hahahahah... :)
emm.. pada sesapa yg belum buat tu.. sila lah buat ya...!!!
ok eila, kita dah buat dah..kira dah settle segala hutang ye...

Happy 1st Anniversary Raffelsia Merah

Salam Semua...

Hari ni... tentunya ramai yg bercutikan.. almaklum ler.. krismas... so public holiday.. tapi tidak bagi company yg aku berkerja ni.. hari ni still hari berkerja.. emmm.. actually aku pun baru je naik keja.. dari cuti 2 hari.. (saja habiskan cuti tahun kan,...) emmmm.. bila dah nak mula keja amat ler malas nya... sib baik cuti dah habis.. klu tak.. harus ler aku sambung lagi cuti... kebetulan hari selasa tu.. aku bawa mirul ke klinik utk rutin check..korang nak tahu berapa berat dia la ni... emmmm.... jeng..jeng.. sekarang berat mirul hampir2 ngan berat beras 2 beg 10kg punya tau.. iaitu.. 17 kg... hah.. aku sendiri tak sangka berat dia.. smpi camtu sekali.. kalah budak darjah satu tau... adoooi la... anak aku dah overwieght... bila tgk graf dia.. dah keluar dari kawasan yg sepatutnya... dan tak pasal2 aku kena refer ke pakar zat pemakanan... issshhh... leceh betul la.. tapi demi utk kesihatan mirul.. so harus ler aku kena jumpa kan.. Nak kata mirul ni kuat makan tak juga.. klu nasi tu.. blh dikatakan sehari sekali je dia makan... tapi klu susu.. hah... tu memang blh dikatakan kuat gak ler.. walaupun cenggitu.. doktor kata.. alhamdulilah mirul aktif.. dan dia sihat sepenuhnya.. dari segala penyakit yg berbahaya.. ishhh. minta dijauhkan la... hendaknya... lagipun memang baka sebelah ayahnya besar2 belaka... jadi tak pelik la klu dia pun sama besar kan.. tak kira la tu.. janji dia sihat...
Ok..nanti kita sambung lagi story mory mirul sepanjang aku cuti 2 hari tu...dan bersantai2 ngan dia... la ni.. aku nak ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan utk 1st member blogger aku ni.. (actually anniversary dia 23hb hari tu...tapi disebabkan aku cuti.. so tak dpt la nak buat n3 khas utk dia...)emmmm aku nak ucapkan bebanyak terima kasih sebab dia la yg memperkenalkan aku ngan dunia blogging ni.. dia la yg banyak tunjuk ajar aku... dan dia la 1st member aku kat alam maya ni... so utk Rizana or Raffelsia Merah.. selamat ulang tahun perkahwinan yg pertama utk ko ngan suami... semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat.. insyallah...




hayati la kata2 ini...

Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga; ia perlu dijaga, disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup subur?


1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri, pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh minat.

2) Berkasih Sayang Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata, sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata-kata.

3) Ambil Berat Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat. Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda. Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan, cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.



22 Dis 2008

Mirul 1thn 8 Bulan

Salam Semua...

Hari ni genap la umur Amirul Hisham 1 thn 8 Bulan.
Sekarang keletah amirul amat2 menghiburkan.. pelbagai perkara yg blh buat kan semua org gelak.. bila tgk gelagat dia. Sekejap je masa berlalu.. dah besar dah rasanya budak bulat Amirul tu.. rasa macam baru semalam je susah payah melahirkan dia.. sekarang ni.. Amirul Hisham dah pandai cakap macam org besar... heh..heh..heh.. dah blh disuruh2.. keletah dia dah macam budak umur 3, 4 thn gitu.. gigi blh dikatakan hampir tumbuh kesemuanya.. makan.. semua dia makan.. tolak batu ngan kayu je... dan yg kelakar tu.. klu org kacau dia.. dia akan kata 'buk..buk...' maknanya sibuk.,. siap ngan memek muka lagi.. pastu klu kena marah.. pandai plak memujuk kita blk.. sambil buat muka kesian.. kononnya macam tanda minta maaf la.. pastu.. klu duk main2 sorang2.. blh siap nyanyi2..la..la..la..la.. tak pun.. nyanyi lagu ABC.. memang kelakar le...



Seandainya Mirul besar nanti.. dan terbaca n3 ni... ibu amat bersyukur ngan perkembangan sihat amirul.. ibu harap.. mirul menjadi anak yg baik.. anak yg soleh.. anak yg pandai... anak yg mendengar kata.. dan juga menjadi org g berguna satu hari nanti.. Insyallah.



So kali ni nak citer pasal aktiviti..hari minggu lepas... aku balik ke JB.. pastu g la jalan2 kat TESCO... mirul klu kesitu.. mesti nak g ke play land ni...jom kita layan kan aksi dia... masa g TESCO...




Hah... budak eksen duk dlm troli... heh..heh..heh.. macam le nak g membeli belah.. padahal.. tak beli apa pun.. saja je senang nak bawa budak bulat tu..




ntah apa la yg dia pandang tu....



heh..heh..heh... mesti nak naik kuda ni...




heh..heh... duk sibuk nak pegang kuda yg belakang la plak..


masa ni.. sibuk dia ketak..ketuk.. tiru aksi kuda berjalan.. sambil kepala terhangguk2...

dan.. yeeehhaaaa.... ala2.. cam koboi la plak....heh..heh..


pastu.. nak naik ni plak.... keta ladybird... yg masuk cam masu duit 50 sen tu... tapi kat play land ni... guna token...


hah.. tu la ketanya... dlm pada tu.. nampak plak ball... dah nak main kesitu plak.. tapi tak dan la nak layan.. buat tak tahu je la....


hah.. tu la gelagat dia... semua org kat situ.. ketawa tgk gelagat dia... memang menghiburkan hati semua org... so.. esok.. aku akan cuti utk bawa mirul g checking berat.. klu berat mirul bertambah.. makanya aku kena refer doktor.. utk pastikan dia sihat... semoga dia aktif dan sihat... insyallah..



Award Ungu Violet

Salam Semua...

Hari ni biasa la kan.. hari senin.. so bzios ler skit.. semua nak kena settlekan hari ni gak.. memandangkan esok aku akan bercuti 2 hari.. menghabiskan saki baki cuti tahunan.. heh..heh..heh.. co aku ni kan kedekutz.. so.. cuti tahunan yg tak habis.. tak blh dibawa kethn berikutnya.. kena habiskan thn yg sama gak.. klu tak habis.. kira burn cam tu je la.. heh..heh..heh.. n3 kali ni nak tempek kan award yg aku dpat dari blog Ungu violet..heh..heh.. skee tau dapat award ni.. rasa dihargai sesangat.. so mekacih byk2 ya mar




so ni la award yg aku dapat... blogger paling harmoni.. so cutekan...
ok.. so time to share this award.. actually ni award ni kena panjang2kan kepada 10 org.. akan tetapi.. dengan bebesar hati aku nak share ni.. kepada all my follower, all my friend blogger freinds, all my reader..tak kira la.. silent reader ke.. atau just singgah sini... sila la ambil award ni.. tanda persahabatan kita.. dan juga tanda penghargaan aku pada korang semua.. so sila la ambil.. jgn malu2 meow...meow ya...!!!

Besday Mommy Kyra

Salam Semua...

Emmm... hari ni pertama2 kalinya nak wish besday kat one of my blogger friend... actually besday diva mommy ni semalam.. tapi memandangkan semalam off.. so hari ni la baru berkesempatan nak wish besday,.... so selamat ulangtahun yg ke 32 kak fara (mommy kyra).. maaf la kak takde hadiah istimewa dari kita.. just this for you.. semoga akak sudi menerimanya... semoga perkenalan kita berkekalan hendaknya...