N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

5 Feb 2009

Tips Utk Anak

Salam Semua...

Actually hari ni aku agak bzios skit.. tapi bukan bzios pasal keja kat office ni..bzios pasal nak siap kan segala benda kelengkapan utk majlis anak sedara aku hari ahad ni.. heh...heh..heh.. aku punya citer.. macam ler majlis ni utk anak aku kan.. yg bebenornya.. anak sedara aku ni yg duk serumah ngan aku..anak kakak ipar aku ler.. kan aku duk ngan kakak ipar.. so as a adik ipar yg baik hati.. aku kena ler.. buat apa yg patut kan.. tak kan ler nak duk melangu je.. korang mesti tertanya2 majlis apa plak yg aku duk sibukkan ni... actually ni majlis kesyukuran & khatam al quran.. kira buat besaran2 gak ler.. kat umah aku dah siap pasang balai / khemah lagi.. dah mcam org nak kawin je.. heh..heh..heh..heh.. tu yg sibuk tu.. ok la.. lupakan jap pasal kebzian aku tu ya. Hari ni aku nak kongsi satu email yg aku dpt..tentang menangani anak.. mungkin ni blh membantu para2 ibu bapa utk mendidik anak2.. jom kita tgk apa tips tu..

Tips Menangani Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambahdegil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu?Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah..."Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lacew:st="on"cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. " Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan"bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

Tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

hah tu dia.. panjang berjela la plak.. mungkin tips2 ni blh membantu kita para2 ibu bapa utk mendidik anak dan mengeratkan kasih antara ibu bapa dan anak.. ok tu tips utk hari ni.. yg aku dpat dan nak kongsikan pada korang....

p/s: korang perasan tak.. bulan lepas aku tak umumkan pemenang top komentar macam bulan2 yg sudah.. actually contest tu diberentikan utk seketika kerana ada masalah teknikal.. akan tetapi korang jgn plak terus berenti komen kat blog cutemiut ni..disebabkan aku tak buat contest top komentar tu..aku akan umumkan bila contest top komentar tu akan disambung semula... selepas aku menyelesaikan masalah teknikal tu ya.. harap korang tak kecil hati. Buat masa ni aku masih lagi dlm proses menilai header2 kreatif tu.. dan pemenangnya akan ku umukan selepas aku selesai menilai setiap satu header.. harap korang bersabar utk mengetahui sapa pemenangnya...

18 ulasan:

attyfir berkata...

thanks rina..for the gud info..

eya berkata...

info yg sgt bergune..

Unknown berkata...

TQ info yg bagusss... kdg2 kita terlepas kan..huhuhuhuh bila baca benda2 camni baru perasan..hahaha

MrsMama berkata...

Aku sker info in. Info menarik macam ni patut dikongsi.

cendawanintim berkata...

info yang menariks..tq

Neeza.Areef berkata...

mekasih atas info itu
leh simpan utk rujukan

CuTeMiUt78 berkata...

~kakty~
sama2 kak

CuTeMiUt78 berkata...

~eya~
ha'ah kan..

CuTeMiUt78 berkata...

~ciklinn~
ha'ah kan.. bila dah terbaca baru perasan apa yg kurang

CuTeMiUt78 berkata...

~ciklinn~
ha'ah kan.. bila dah terbaca baru perasan apa yg kurang

CuTeMiUt78 berkata...

~masnurin~
yup..betul tu.. kita pun ssskkeee

CuTeMiUt78 berkata...

~cendawanintim~
sama2..

CuTeMiUt78 berkata...

~neezareef~
heh..heh..heh.. simpan tau.. jgn tak simpan

Unknown berkata...

erk! leh ke aku jd ibu sebaik dan sesabar tu ek hurmmmm....

ceh! time aku teratas, time tu le ko stop komentar ek huhuhu keciwa!

Masviona berkata...

baguih info nih tq to cutemuit sbb sharing info nih...:)

CuTeMiUt78 berkata...

~ena~
klu ko blh.. pe salahnya kan..
heh..heh..heh.. sorry la na.. bukan takmo buat.. tapi something wrong ngan widget tu..

CuTeMiUt78 berkata...

~masviona~
sama2.. :)

Unknown berkata...

info yg besh...tp kgkdg tuh... mmg cam nak meletop tgk ke'degil'an bdk kecik nih.... ehehehe....