Salam Semua..
Hari ni dah Jumaat kan.. semalam adalah hari terakhir Syawal.. sib baik kuih2 kat umah aku dah habis awal2 raya lagi.. klu tak.. harus ler kuih2 tu.. tersimpan utk raya akan datang plak.. heh...heh..heh.. blh gitu.. tapi umah aku tak ler sampai tersimpan kuih tu utk raya akan datang.. paling2 lama pun duk kat balang kuih.. 2 minggu raya.. je.. pastu.. kosong ler balang2 kuih tu.. bila org datang beraya pas tu.. memang tak de kuih ler umah aku tu.. heh..heh...heh.. ok ler kita tutup citer raya.. hari ni aku nak kongsikan satu email yg aku dapat ni.. tak tahu ler sejauh mana kebenarannya.. baca blh.. percaya jangan.. klu ada sangkut skit2 ngan diri tu.. mungkin sekadar kebetulan kot.. so jom kita baca...
Rahsia Gaya Tidur
Secara purata jika dalam tempoh seminggu anda mengamalkan satu gaya tidur selama 5 malam, itulah gaya tidur yang melambangkan peribadi anda.
JANIN PENUH (gaya tidur merengkok) ~ Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.
TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala) ~ Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.
PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk) ~ Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.
ROYAL (Tidur terlentang)~ Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.
FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus) ~ Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.
PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan) ~ Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda
So.. apa gaya korang tido.. ??
20 ulasan:
ermm... x pasti plak camner gaya tidonya huhuhu
~mamamanja~ heh...heh..heh.. tu ler sebab kita tido bukannya nampak gaya kita kan..
tido pn ada rahsia jgk ek...
ada tak tido yg takde rahsia...
malulah kang tgh tido..
org leh tafsir lak..
hehehehe...
~shafa~ hah...tu ler.. tak tau plak tido pun ada rahsia.. baru ni tau.. heh..heh.heh
adehhh tak pasti plak aku tdo camne...
kena tunggu malam ni la tgk aku tdo ekekeke... Adeh tdo gaya penunggang pun ade wakakaka kelako..kelako...
~ena~ hah.. ada ke gitu.. tu le.. aku pun baru ni tau ada gaya tido camtu..
klau dh tdooo...x ingat apo dhh...ko skodeng la...hehehehe
macam2 gaya ikut rasa selesa hihihi
~mamaafif~ heh..heh..heh.. tak kose nak skodeng ko tido..
~idashah~ betul lah..
dik, tak berapa perasan ler k.fara tidur mcmana...kena paksa Si Bob ler suh perhatikan...heheheheh....
kalau dah tido, dah tak kisah dah camne gayanya asalkan selesa :p
~kak fara~ heh..heh.heh.heh.. blh gitu kak..
~yatie~ hah tu ler..
tau x po...tgk mirul tdo..lg bagusss
~mamaafif~ heh..heh..heh.. mirul tido.. tak tau rupo pe dah.. habis pusing 360 darjah..
huhuhu...
baru ku tahu....
~su~ tu la kan..
tak pasan lak..camne kty tido..ekekkeek
~kakty~ kena check ngan along ler.. camner kakty tido.. heh..heh..heh..
Catat Ulasan