N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

25 Nov 2010

Hari ni Ada Petua Kebahgiaan

Salam Semua...

Selamat pagi Khamis....
heh...heh..heh.. dah Khamis dah kan..
apa nak celoteh pagi2 ni kan...eemmmmmmm????
niat nak menghapdet tapi hilang idea la plak..
cam tak tau nak story mory apa..
so takpe... aku ada satu email yg nak kongsikan kat korang...
(ni sebab kes dah kering idea la kan)
klu nak baca.. baca la...
taknak baca klik je butang X kat atas tu..
bagi aku la... email ni agak bagus gak tuk di jadikan panduan
terutama tuk org yg dah berumahtangga cam aku ni hah...
yg byk lagi nak belajar tentang dunia rumahtangga
nak tau pasal apa.. jom baca...





Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut I love you sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


sapa yg tak kenal ngan Dr Fadzilah Kamsah kan...
pakar motivasi yg terkenal kat M'sia ni..
aku memang skeee baca petua2 dia..
byk dah koleksi petua2 dia yg aku simpan dlm folder..
bagus kan tuk di jadikan panduan...
so tu je tuk hari ni yg aku nak kongsikan kat korang :D



Kerja dari Rumah klik sini

7 ulasan:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

rajin2 bergurau senda.....petua yang bagus....

Z.u.r.a and I.w.a.n berkata...

slm ari kamis kak...

sy pon x de idea ni..hikss...

best info ni..thks sharing kak...

pstt; kak cm mn kak buat Reactions kt stiap n3 tu..

mummy_ayu berkata...

infor..tq tq.....banyak lagi yg perlu dipraktik kan tu..

CuTeMiUt78 berkata...

~alimaz~
yup betul tu...

CuTeMiUt78 berkata...

~zura@iwan~
eemmmm tu la kan.. camne nak jd blogger tegar kan.. :D
pasal reaction tu.. klu tak silap akak kan.. setting kat ruang bawah posting kat area2 configure blog post tu..

CuTeMiUt78 berkata...

~mummy ayu~
a'ah kan.... byk menda nak kena belajar

poster printing berkata...

klu tak silap akak kan.. setting kat ruang bawah posting kat area configure blog post tu.