N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

23 Nov 2010

Pantang Larang Sebelum Kahwin

Salam Semua..

Emmmm ni dah pun bermula coti sekolah kan..
kejap je dah nak akhir tahun kan...
bila bermula nya coti sekolah...
makanya byk la 'SURAT SAMAN' yg bakal diterima...
tapi aku tak pasti la plak... berapa byk tuk aku.. :D

Memandangkan ramai yg bakal melangsungkan perkahwinan
akhir2 bulan ni...
so aku ada la terbaca satu email berkenaan ngan bakal2 pengantin gak la..
yg aku rasa ada gak setengah2 adat
yg masih menggunakan pantang2 larang sebelum berkahwin ni...
meh aku kongsi kan kat sini..



44 Pantang Larang Bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.


1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.


4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.


5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.


7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.


8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.


9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.


10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.


11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.


12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)


13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.


14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.


15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.


16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.


17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.


18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.


19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.


20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.


21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.


22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.


23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.


24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.


25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.


26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.


27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).


28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.


29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.


30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.


31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.


32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.


33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.


34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.


35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.


36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.


37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.


38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.


39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.


40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.


41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.


42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.


43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.


44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.


Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.


eemmm tu dia segala pantang larang
ada ke yg masih mengikuti..
seingat aku la kan.. masa sebelum aku kahwin dulu..
ada gak la beberapa pantang larang yg lebih kurang camtu
yg kena aku patuhi...
biasa la kan org tua2 ni.. lebih tau asam garam dunia...
so nak tak nak.. kena gak ikut..
tapi bila fikirkan logika nya..
macam ada betul gak segala pantang larang ni...
tapi tu la.. zaman sekarang ni rasanya takde dah kot yg nak ikut segala pantang larang ni..
korang plak yg dah berkahwin je ya..camne.. ada tak pantang larangnya sebelum kahwin





Kerja dari Rumah klik sini

9 ulasan:

Z.u.r.a and I.w.a.n berkata...

byknya pntang larang ye..hehe.

attyfir berkata...

dulu2 ada gak le kty ikut..ada yang tak ikut

Tanpa Nama berkata...

panjangnya list. yg no.44 tu ada betulnya jugak. manalah tahu klu2 fikiran tak fokus kan :)

CuTeMiUt78 berkata...

~zura@iwan~
eemmm tu la tak sangka kan

CuTeMiUt78 berkata...

~kty~
eemmmm tu la kan... ada gak yg kita ikut.. ada gak yg tak ikut

CuTeMiUt78 berkata...

~eis~
eemmm tul tu...

ninie's corner berkata...

amboi panjang berjela....

CuTeMiUt78 berkata...

~nini'es corner~
panjang kan

Yan berkata...

sbulan sebelum nikah takleh jumpe..
yan plak.. esoknye nikah.. malam tu abg datang uma.. coz baju nikah dia ade pada yan..
padahal buleh jek adik2 dia p amik.. tp dia nak gak datang.. huhu