N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

21 Mac 2010

Contest : Pengalaman Berpantang

Salam Semua...

Kali ni n3 contest plak..
rasanya dah lama aku tak menjoin contest2 kan..
ada gak beberapa contest yg tak sempat aku nak menjoin..
al maklum la.. masa tuk bertenet sekarang ni amat la terhad.
so tuk menjoin semua contest yg sedia ada.. memang tak dan la...
minta ampun dan maaf pada rakan blogger yg menganjur kan contest dan invite aku tuk join..
bukan tak berminat nak join..
cuma tak berkesempatan je.. nak buat n3..
tapi apa pun.. mana yg aku sempat join..
akan aku join gak...
so kali ni aku nak join contest ni....


Buku 1
Buku 2
Buku 3
okies...ni adalah senarai2 buku2 yg terpilih tuk contest ini..
caranya amat mudah..
ada 2 kategori...jom tgk terma & syarat

Terma & Syarat

1. Menjadi Follower-www.masayuahmad.blogspot.com
2. Pautan bloghttp://www.masayuahmad.blogspot.com/di blog anda (pilihan tambahan)
3. Pilih buku dan ketegori- sila letakkan di side bar blog anda, pautan terus ke blog ini.
4. Uar-uarkan peraduan ini di blog anda.
5. Kategori A, semua peserta layak untuk menang. Cabutan undian akan dibuat oleh kanak-kanak riang.
6. Kategori B, pengalaman pemenang akan disiarkan dalam projek penulisan saya, anda juga layak mendapat satu lagi buku misteri (penjagaan kesihatan wanita). Maksudnya anda akan mendapat dua buku.
7. Setiap orang boleh menyertai kedua-dua kategori serentak atau salah satu sahaja.
8. Tarikh tutup: Sehingga diberitahu kelak.

Kategori A: Cabutan Secara rawak
1. Hanya pilih buku, nyatakan kategori pilihan.

Contoh: Ya saya mahu buku 1 untuk Kategori A

Kategori B

1. Ceritakan pengalaman berpantang anda, boleh juga gambar bayi semasa pantang.
2. Anda layak mendapat buku peraduan dan buku misteri (penjagaan kesihatan wanita)

Nyatakan:

Nama: Maiza Azrina Bt. Ismail
Email: cutemiut78@yahoo.com
Kategori: A & B
Buku pilihan: Buku 3 tuk kategori A



eemmm tu semua terma dan syarat..
so kali ni aku nak join tuk kedua2 kategori
kategori A aku telah pun nyatakan pilihan buku
so tuk kategori B aku akan menceritakan pengalaman berpantang ku plak..
3 tahun yg lepas.. selepas aku melahirkan Putera kesayangan kami
Mohammad Amirul Hisham...
aku berpantang di rumah mak aku di Johor Bahru..
tempoh berpantang selama 44 hari tu...
memang satu pengalaman yg aku rasa satu pengalaman baru
bagi aku pertama kali merasakan pengalaman berpantang..
aku rasa pengalaman berpantang ni bergantung dengan cara setiap individu yg bersalin
bergantung sama ada secara normal atau pun melalui pembedahan..
Memandangkan aku bersalin secara normal..
makanya cara penjagaannya memang la amat teliti..
mak aku memang jaga betul2 masa aku berpantang tu...
2 minggu awal lepas bersalin..
mak aku akan pastikan.. aku mandi dengan daun2 herba tuk kesegaran badan..
selepas itu.. aku diurut oleh mak bidan..
dan di persiapkan dengan memakai 'bengkung'
mak aku pastikan 'bengkung' tu amat ketat..
(sampaikan kadang2 tu aku rasa cam tak blh nak bernafas tau)
tapi demi utk kesihatan dan badan kembali normal makanya aku ikut juga...
maklum la.. badan bila dah lepas bersalin.. ala2.. byk la yg gelebeh2 kan..
korang blh bayangkan tak.. berat aku sebelum aku mengandung.. 45kg je..
tapi bila mengandung berat aku naik mendadak tau..sebanyak 68kg..
emmm banyakkan.. so utk aku dpt kan kembali berat asal
makanya.. nak atau tak.. aku kena gak ikut..
alhamdulilah.. aku dpt kembali berat asal aku..dan maintain smpi sekarang
sebelum aku pakai bengkung tu.. badan aku terutama disekira pinggang dan perut serta peha..
kena lumurkan kapur + limau nipis... baru blh pakai bengkung tu..
bengkung tu plak.. adalah dari paras bawah buah dada hingga la ke peha..
keadaan aku pun ala2 dah macam org jepun berjalan tu ha..
tak blh lasak2 tau... pastu baru la.. pakai pilis dan param...
pilis dan param tu.. utk menaikkan seri wajah dan tuk mengelakkan dari bentan..
eemm tu yg mak aku cakap la..
pastu duduk pun tak blh la duduk cara cam kita duduk biasa tu..
kena duk tegak bersandar... dan pastikan kaki jgn berjuntai..
bab nak baring tu plak.. tak blh baring mengiring..
baring pun kena ala2 cam bersandar..
klu nak baring pun.. kena pastikan.. bantal kepala kena tinggi...
pastu bab2 tungku dan tawas tu.. hah.. bab ni aku guna moden skit..
mak aku kata..duk je kat dlm beg sauna..
(kat umah mak aku ni memang ada beg sauna ni.. bila masuk hanya nampak kepala je... duk kat atas kusi yg berlubang tgh tu...memang panas giler.. wap2 tu... aku masuk 5 minit je.. dah rasa pergghhhh... panas yg amat..tapi badan jd segar tau.. )
tu dari segi penjagaan diri...
dari segi pemakanan plak.. mak aku tak beri aku byk minum air..
nanti kembang katanya.. klu nak kena minum air akar2 kayu yg suam2 tu ha..
memang pahit yg amat.. air2 sejuk ke.. air masak ke.. tak blh au..
makanan plak.. lauk aku memang kena ada lada itam tumbuk ngan bilis..
pastu.. ikan haruan mak aku masak sup berserta dengan lada itam gak..
bagi panas badan katanya... dan juga sayur2 yg blh menambahkan air susu...
makan dengan nasi panas2..
ikan haruan tu.. biar luka2 dalaman cepat baik..
makanan lain cam terlor ke ayam ke.. daging ke.. apa2 je la tak blh makan..
jadi selama 44 hari tu.. makanan aku tu je la.. haruan ngan lada itam serta bilis je...
waktu makan.. kena on the time.. tak blh lambat..dan tak blh cepat...
oh lupa plak aku.. setiap pagi sebelum mandi.. mak aku akan pastikan aku minum air pegaga + kunyit yg telah diblander sebanyak 5 cawan setiap hari..
untuk penjagaan dan merapatkan luka lepas bersalin
(harap maklum.. air pegaga ni memang bagus utk jagaan bhgn bawah perempuan tu.. sorry erk.. tersensored skit.. )
hah tu bab pemakanan aku...
bab2 lain cam.. pantang larang plak..
aku tak dibenarkan keluar umah...
aku tak dibenarkan.. tido je..
aku tak dibenarkan byk bergerak...
aku tak dibenarkan makan berlebihan...
aku tak dibenarkan dekat2 ngan somi aku...
(bab ni mak aku kata.. klu dekat2 sgt.. nanti.. luka bawah tu lambat baik.. memang betul tau...)
so memang bab2 berpantang ni.. mak aku jaga sangat..
maklum la.. aku ni kan bersalin anak sulung.. so mak aku kata.. yg mula2 ni la nak kena jaganya betul2...sebab badan ni nak pakai lama... so klu tak jaga awal2.. hah.. sok2 belum lagi tua dah sakit sana sini.. aku rasa la kan.. ada logik gak la.. mak aku cakap tu...
so aku rasa tu je la pengalaman berpantang aku..
mungkin pengalaman org lain lebih menarik dari aku kan...
ni pun aku just citer.. yg apa aku alami la... tak begitu detail..
harap pihak penganjur berpuas hati la ya..

hah ni gambo2 Mirul masa dalam pantang....








Kerja dari Rumah klik sini

4 ulasan:

Masayu Ahmad berkata...

salam perkenalan ;D

terima kasih ya, join contest

Yan berkata...

menarik cerita akak..

yan tak joinla... cite pantang yan bukan bespun.. yan tak berpantang sangat.. pagi2 mak mentua siap bg sarap nasi lemak lagik hehehe...
bengkung pun buat separuh jalan.. sebab lemas..

Suziey Ahmad berkata...

ish teringt moment masa pantang..hehe

mummy_ayu berkata...

tomeinya mirul time baby...so cute!!