N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

3 Mac 2011

KENALI PASANGAN MELALUI MAKANAN

Salam Semua

Selamat pagi Khamis.. ;D
heh..heh..heh.. Khamis dah ya...
ceria2 pagi ni...
cocer kat JB ni pun cerah je...
alhamdulilah... ;D
okies pagi ni warm up hapdet
aku nak kongsikan lagi satu artikel yg aku terima dari email..
biasa la kan.. time tgh kering idea nak story mory...
artikel2 yg di terima kat email la jd bahan tuk menghapdet.. ;D
hari ni artikel berkenaan
KENALI PASANGAN MELALUI MAKANAN..
meh baca apa..


Terdapat banyak cara untuk menilai keperibadian pasangan. Ia boleh dilakukan menerusi penelitian dan pemerhatian. Proses tersebut pula bukanlah mudah. Justeru sifat pasangan anda semasa tempoh bercinta atau berbulan madu tidak boleh dijadikan ukuran untuk menilai keperibadiannya yang sebenar.

Tapi salah satu cara untuk anda mengenali keperibadian pasangan ialah dengan memerhati apa yang menjadi makanan kegemarannya. Ia mudah dan boleh memberi banyak gambaran jelas tentang sifat sebenar pasangan anda itu.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan seorang penyelidik di Barat, Baxters, terhadap rakyat Inggeris dan Scotland mendapati bahawa kebanyakan lelaki atau wanita yang gemar memakan sayuran jenis wortel umumnya memiliki sifat pengasih dan berfikiran luas. Tapi sayangnya juga, orang yang suka memakan sayuran jenis ini, juga memiliki sikap ekstrovert dan agak bersifat bossy.

Bila pasangan anda seorang yang amat suka makan ayam goreng, ayam kuah opor dan berbagai masakan dari ayam, maka dia adalah jenis orang yang selalu bersikap realistik . Dia juga seorang yang berfikiran logik dan boleh mempertimbangkan sesuatu perkara dengan rasional. Pasangan jenis ini amat jarang melibatkan perasaan dalam menilai sesuatu perkara.

Jika pasangan anda jenis yang setia pada ubat-ubatan seperti multi vitamin, jamu dan sebagainya, maka anda janganlah merasakan dia seorang yang begitu cerewet. Ini kerana, menurut kajian yang telah dijalankan oleh Baxters, golongan seperti ini sebenarnya mempunyai tahap kesetiaan yang tinggi. Buktinya, sebanyak 92 peratus orang Inggeris dan Scotland yang memang mendisiplinkan diri dengan pengambilan vitamin tambahan juga adalah seorang yang terbukti setia pada pasangannya.

Apabila pasangan anda gemar makan makanan dari jenis mi sama ada mi segera atau yang telah dibuat kuah seperti mi sup, dia sebenarnya berkecenderungan memiliki personaliti berdikari.

Mengikut kajian Baxters lagi, golongan yang banyak mengambil makanan jenis mi terutama mi segera ialah golongan mahasiswa.

Golongan ini memang biasanya boleh hidup dengan sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Lain pula halnya dengan golongan yang suka makan minestrone, sejenis sup yang disertai mi yang diperbuat daripada gandum yang dipotong kecil, golongan ini kata Baxters amat suka kepada kesempurnaan.

Adakah pasangan anda suka makan buah tomato? Anda bertuah kerana pasangan anda itu sebenarnya mempunyai sifat berani dan bersemangat tinggi.

Tapi ada juga yang berpendapat bahawa mereka yang gemar makan sup tomato pula adalah dari jenis yang mudah tergoda dengan rayuan.

Apa lagi cuba perhatikan pasangan anda, apakah makanan kegemarannya?

Oleh Noor FazRina KamaL


so pasangan korang dari golongan yang mana????
jom kita perhatikan pasangan masing2... ;D

p/s: tgh gigih nak buat n3 berkenaan contest.. nantikan contest apa yg bakal aku join.. ;D




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

camne plak klw pasangan kita ni xde yg peberet seme dia telan hahaah

CuTeMiUt78 berkata...

~nana~
a'ah kan.. takde plak tersenarai.. agaknya merangkumi semua kot.. ;D