Salam Semua..
Hari ni adalah hari ulangtahun perkahwinan kami
yg ke 4 tahun..
Selamat ulangtahun perkahwinan kita yg ke 4 thn sayang
semoga ikatan perkahwinan kita dan kebahagiaan kita kekal hingga ke akhir hayat
Syurga Rumahtangga
Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tetapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI….Bertakkhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA….Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah….Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah…..Bila gagal tak resah
Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah….Bila berkuasa amanah……Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati"
Suami isteri sama-sama mengerti, maksud terseni takdir Illahi…Itulah zikir yang hakiki
Binalah rumahtangga atas tapak iman…..Tuliskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi" "isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah….Dengan nama Allah….Gerbang perkahwinan pun terserlah
Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan. Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah" "Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf….Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat….Indahnya oleh munajat
Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami" "cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'yang melahirkan 'sholeh dan sholehah'
Kerja dari Rumah klik sini
5 ulasan:
happy anniversary beb..
esok aku nye anniversary plak heheh
selang sehari je kan sama plak tu tahun ke 4
hepi anninersary rina...semog kebahgiaan brkekalan smpai bila2...amin....
selamat ulang tahun perkahwinan ...semoga kekal abadi selamanya..insyaallah..
happy 4th annivesarry!! semoga bahagia selamanya!!!
hepi eniveseri yg ke4 kak
Catat Ulasan