N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

24 Dis 2010

Jumaat !!!!!

Salam Semua...

Selamat pagi Jumaat...
Yea..yea..Jumat dah ni..
dah last keja hari ni..
pastu coti panjang...yabedabedoooooo.... :D
hari ni mood amat la gembira..
maklum la kan.. nak coti dah...
keja pun dah byk settle....
so nanti thn dpn naik keja...
tak la nak fikirkan keja yg lama..
for sure ada keja yg baru plak...

Jalan g keja arini lancar je..
even aku keluar umah lambat arini..
tapi di sebabkan jln lenganng...
smpi office pun cam masih awal gak..
sooookkkkaaaa... :D

Hari ni nak uruskan beberapa hal...
sebelum aku cuti panjang..
yelah.. kita nak bercuti.. nak kena rehatkan minda kan..
tak kan nak serabut kan pala plak...
so sebolehnya aku nak settle kan apa yg belum settle..

Nanti time aku bercuti tu.. rasanya tak dan la nak beron9 kot..
tapi tgk la.. klu sempat.. aku blh la on9..
klu tak sempat.... aku akan try buat beberapa n3
utk di autopublishkan.. :D
wah.. semangat nak buat n3 la plak...
tgk la nanti.. klu sempat erk..
okies la korang.. aku nak settlekan keja yg ada lagi skit ni..
pastu nanti nak keluar jap.. settle kan pebenda yg blm settle..
selamat bercuti2 semua.... :D

p/s: eemmm pasal pemilihan tmpt yg aku nak bercuti tu..insyallah... nanti aku hapdet lagi...kita tgk sapa tmpt dan pandangan sapa yg kami pilih..




Kerja dari Rumah klik sini

23 Dis 2010

Tolong!!!.. Tolong..!!! Sy Perlukan Pandangan Anda

Salam Semua...

Selamat pagi Khamis...
yeaa.... dah Khamis... tinggal sehari lagi nak keja...
pastu cuti panjang....
hik..hik..hik...

Hari ni kat Jb cocer hujan..
sejukkk weeeiiii...
wah.. cocer pun ala2 dah suam2 kuku je....
cam tau je.. dah nak cuti2 kan.. :D

Emmmmm cuti panjang ni...
planning nak g mana erk.. ??
eemmm cam kami ni tak blh nak planning awal2..
nanti tak menjadi.. tu yg mencik tu..
kena planning last minit baru menjadi..
tapi tu la kadang planning last minit ni...
ada je yg tak kena...
cam cth klu kata nak berjalan2 ke tmpt yg menarik...
mesti la nak cari tmpt menginap kan..
dah tentu2nya full...
ate kan public holiday + cuti sekolah...
nak jln2 ke tmpt yg tak yah menginap...
nanti cam tak best la plak... sebab kejap je jenjalan..
dah rushing nak blk..
eemmmm payah gak tu...
my cik abg pun plan nak cuti gak..
habis kan cuti thn dia..
so takkan nak duk umah je kan..
seminggu cuti tak kemana2....
kesian dak Mirul...

ok apa pandangan korang..
blh bagi cadangan kat aku
apa planning n mana tmpt2 yg menarik
yg blh kami lawati...
komen kat sini erk... tq... :D

Ok nak siap kan keja dulu....
nanti tak siap... payah gak... dah la nak cuti kan..
so make sure semua kena settle kan..

**** update***
eemmm aku rasakan cam nak bagi hadiah la
kat sapa yg bagi pandangan kat sini..

maksud aku.. aku mungkin akan pilih satu tmpt yg menarik
yg mana korang cadangkan tu..
aku akan decide ngan my cik abg mana nak bwa mirul
insyallah ada la skit souvenir dari tmpt tu..
tuk dijadikan kenangan pada blogger yg memberi cadangan tmpt tu..
eemm faham ke apa yg aku maksudkan ni..
harap faham je la ya.. :D
sapa yg terpilih aku akan umumkan selepas naik keja
awal thn dpn erk...





Kerja dari Rumah klik sini

22 Dis 2010

Wah... !!! Cepatnya Arini

Salam Semua...

Selamat pagi cikgu...
(kena baca ala2 nada si Mail dlm citer upin ipin aaaaarr...)
hik..hik..hik..tetiba citer upin ipin la plak... :D
hari ni perjalanan ke ofc amat la seronok..
sebabnya pagi ni aku tak menempuh jammed cam biasa..
jalan lengang..cuma jammed skit je...
eemmm agak la kan ... ramai yg dh duk bercoti2 kot...
so pagi ni smpi ofc 7.55 pagi tau..
1/2 jam je perjalanan aku dari umah ke ofc..
selalunya klu menempuh jammed bagai...
ambik masa dlm 45 minit gak nak smpi ofc...
so bila dah cepat ni... bbbbaaiiikkknya aku dpt parking ari ni..


see susunan keta parking ari ni..
aahhhaakksss... Myvi group...
ni kira parking yg paling depan2 la ni..
hik..hik..hik.. gambo ala2 cam nak turun bukit plak..
yg bebenornya ambik gambo sambil berjalan...
tu yg ala2 cam nak turun bukit.. :D

Mood pagi ni amat2 ok + skkkeee yg amat..
sebabnya minggu ni adalah minggu last kami bekerja..
minggu depan aku dah tak keja..
tak keja bukan bermakna berenti keja erk..
tapi bercoti2.... tmpt aku coti selama seminggu..
sempena Krismas gitu..
(memang setiap kali perayaan memang kena cuti seminggu..)
tu yg seronok tu... yabadabedooooo.... :D
so minggu ni memang kena rushing giler2 siapkan keja..
sib baik la keja aku dh tak berapa byk...
klu tak tensen gak.. nak cuti panjang...
keja tak settle....
so ok... nak buat keja dulu...
nanti ada masa aku hapdet lagi story mory.. :D
(cehh..ceh... cam la byk story mory..)



Kerja dari Rumah klik sini

21 Dis 2010

Citer Kemalangan Berkaitan ngan Bas

Salam Semua...

Dah lunch ke..
tadi ni sempat la aku check email..
terbaca la pasal satu email yg aku terima
berkenaan kemalangan bas yg berlaku kat Cameron Highland tu..
issshhhh mengerikan..
27 org terkorban tu...
meh baca pasal kemalangan tu..
yg aku copy n paste kan blk kat sini..








SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.

Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.
Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.


KRONOLOGI

# 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai
# 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan
# 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan
# 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup
# 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan
# 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan
# 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba
# 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan
# 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan
# 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula
# 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai

INFO
Senarai mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Rakyat Malaysia


1. Omar Shahidan, 48 (tahun) (pemandu bas)
2. Soontorn a/l Kian, 38 (pemandu pelancong)

Rakyat Thailand (lelaki)
3. Poonporn Poolsaeng, 41
4. Charcart Knagsuwan, 48
5. Sumruay Swatphet, 48
6. Pongthanest Akkrarachewwanont, 45
7. Thitisak Pongtanarat, 51
8. Ekachai Na Banexane, 64
9. Phayone Krujinli, 49
10. Weera Chungtanagon

Rakyat Thailand (wanita)
11. Natkritta Poolsaeng, 6
12. Thanyarat Poolseng, 36
13. Achara Wiwati, 36
14. Nutthiya Inyim, 50
15. Puthnaree Akkrarachewwanont, 42
16. Sunchanchira Chaigueai, 40
17. Sriwai Swatphet, 42
18. Priya Prassakul Chai, 38
19. Chutima Throukooi, 25
20. Junpen Pongtanarat, 50
21. Mantana Phromduang, 51
22. Maliwan Mekmahaprom, 53
23. Ampaiwan Thianhtham, 50
24. Isariya Thiangtham, 25
25. Darunee Songsern
26. Rung Da
27. Areena Songserm


Sumber : Berita Harian Online, Utusan Malaysia Online, Kosmo Online



*******************************************

iissshhhhhh takut kan...
banyak kes kemalangan yg berkaitan ngan bas ni..
ni yg menjadikan lebih phobia nak naik bas..

Teringat dulu masa aku duk kat KL..
Bas la kenderaan aku tuk blk JB..
masa tu.. takde bas dua tingkat..
syukur alhamdulilah.. masa tu takde la dgr kemalangan yg berkaitan ngan bas2 ni..
sekarang ni.. semakin tinggi bas.. semakin byk kemalangan bas yg berlaku..
tapi klu dah kata nak kena..
tak kira la bas setingkat ke.. dua tingkat ke.. bertingkat2 ke..
yg penting pemanduan tu...
iiisshhhh minta di jauhkan la.. dari berlaku perkara cam ni..




Kerja dari Rumah klik sini

G Ngeteh Lagi...!!!!

Salam Semua...

Ni nak story mory pasal malam tadi punya citer....
malam tadi atok ngan opah Mirul ajak g ngeteh kat luar..
kebetulan nak cari lauk kat Pasar Borong Pandan..
so klu dah kesana tu.. mana lagi tmpt nak ngeteh kan..
tentunya la medan seleranya..



hah ni muka budak puas hati sebab dpt pau beli mainan ngan ibu dia

oh..oh... tembak opah...
sian opah.. smpi terpejam2 mata kena tembak ngan cucu :D
menu kali ni...


aku ngan mak aku.. order set bubur ni..
emmmm ok la kot... ada telur masin + ikan masin di cincang halus + sambal tumis + kacang + kangkung goreng belacan + ikan bilis goreng ngan bawang...


menu tuk dak Mirul set ayam goreng + kentang ni...
Mirul klu kat sini takmo mkn nasi ke mee ke.. mesti nak yg western..
ammmboooii selera mat salih gitu.. :D


ayah ngan adik aku order szilling mee ni..
adik aku ambil meat beef mee..
ayah aku plak ambik seafood szilling mee
pastu ada gak kami order satay...
air semua order Lai Chi Kang sejuk...
Mirul je nak teh O ais...
bbbbrrruuuuppp... alhamdulilah..
dah kenyang...
baru blh jenjalan cuci2 mata
ibu tak membeli apa pun..
tapi dak Mirul kemain skeee dpt beli menan..


hah ni la menan yg dia nak...


pistol... yg keluar cahaya... siap ada benda pusing2 tu..
pakai bateri


ngan patung otomen ni..
yg blh keluar cahaya n blh keluar sore "FIRE..FIRE.."
pun pakai bateri gak...

Sejak dah beso ni.. menan pun nak demand erk..
tak main la menan yg rega dua hinggit..
paling2 koman pun mesti menan atas 5 hinngit tau..
pastu... nak yg mesti guna bateri tau...
isshh...issshhh... tu kira ok la..
klu tak.. dia nak beli keta kontrol yg beso tu..
rega bukan 10 hinggit 20 hinggit... main ratus2 tu...
mmmmaaaaaakkkkkkk hhhhaaiiihhhh..
bankrup ibu dibuatnya...
sib baik aku ckp la..
nanti tunggu Mirul dah beso panjang baru beli menan keta kontrol tu erk..
sekarang tak blh...
sib baik la ko faham nak... ;D





Kerja dari Rumah klik sini

20 Dis 2010

Selamat Ulangtahun Yan !!!

Salam Semua..

Hari ni kan..ada reminder kat hp aku..
reminder tuk b'day..
eemmm hari ni 20 hb adalah b'day salah sorang blogger tegar..
hik..hik..hik..
so meh ramai2 kita wish kan slamat ulangthn pada
yan a.k.a umi qis n adhwa

"ALLAH SELAMATKAN KAMU.."
"ALLAH SELAMATKAN KAMU.."
"ALLAH SELAMATKAN YAN DAN KELUARGA.."
"ALLAH SELAMAT KAN KAMU.."


sorry la.. takde hadiah nak bagi..
hanya n3 ni sebagai tanda kenangan tuk yan...



opppsss.. sory ya yan.. akak publishkan gambo yg berkaitan ngan contest yan..
tak dan nak copy gambo baru..jgn marah aaaarr...




Kerja dari Rumah klik sini

Aktiviti Wikend G Tgk MotoCross 2010

Salam Semua..

Kembali bersiaran..
setelah agak lama tidak bersiaran..
cehhh.... cam la bertahun tak bersiaran gitu kan..
padahal cuma beberapa hari je tak bersiaran..
ahhhhaakkkss..

Selamat pagi Senin..
ada yg black monday ke pagi2 ni..
cehhh.. black monday erk... padahal pagi yg cerah tu..
tak la kata black pun.. aahhaaksss..
sengal punya ayat...

Emmm pagi ni rasa ceria je..
sebab wikend yg penuh ngan aktiviti bersama family...
sgt la happy.. asyik duk tersengih2 je..
aahhhhaakkksss.. sengal lagi..

Okies hari ni aku nak story mory pasal wikend kami
yg konon ala2 penuh ngan aktiviti..
padahal tak la pack mana pun..
just santai2 ngan family je...

Hari Sabtu... just duk bersantai2 kat umah..
tak planning nak kemana..
masa tu la nak mengemas la.... membasuh la... memasak la..
cam biasa aktiviti bila menjadi suri rumah... :D

Cuma pada hari Ahad..
baru la ada aktiviti luar..
eemmm aktiviti menghadiri jemputan...

aha... ni la muka budak yg eksen nak duk depan..
masa ni dlm perjalanan nak g jemputan..


ibu jd mem kat belakang ya..


ayah.. jd driver.. aahhaaakksss..
ofcos la ayah kena memandu...
klu dah ibu jd mem kan.. :D

Sampai umah majlis..
makan2.. makan2.. dan makan2..
ate memang time tghari kan..
so masing2 ala2 cam kebulur tak makan.. aahhhaakksss...
pas dah kenyang makan2..
apa lagi balik la kan.. tak kan nak duk berumah tangga kat situ plak..

Blk tu.. si dak Mirul sibuk nak tgk motocross kat Ayer Itam..
aku ingatkan my cik abg nak blk umah dulu..
salin baju ke apa kan..
rupanya tak.. terus je nak g tghari buta tu..
dah la panas2 kan..
nak layan kan kehendak anak punya pasal...
ngan tak salin bajunya.. dari rumah jemputan terus je ke ayer itam....
aaayyyaaakkkk... ibu ngan baju kurungnya.. ngan ala2 vogue
g tgk motocrosss.... iiisshhhh... rasa cam tak sesuai gitu..


hah tu banner motocros
pastu dah la bebaju kurung kan..
g panjat bukit nak tgk lagi dekat kononnya..
ahhh.. hilang malu dah.. :D




demi anak kan.. sanggup tu.. duk tgk atas bukit..
siap snap gambo lagi..
ngan debu..panasnya jgn citer la..
last2... aku turun.. tunggu kat pondok yg berdekatan je..
hanya si Mirul ngan ayah je duk layan tgk kat atas bukit tu..
ibu dah tak kose nak layan...
panas weeeiiiii.. dah aku la berbaju kurung..
dah puas tgk.. baru la gerak blk..

Masa smpi kat keta.. tetiba kan tgk kat keta..
ada satu surat daaaaa...
ingatkan surat apa.. rupanya surat saman...
chhheeiiitt... hampeh betul la...
saman sebab keta parking kat tepi jalan berdekatan ngan line tu ha...
hampeh je... masa tu pun nak saman ke..
bukan keta aku je tau... keta yg parking berdekatan..
depan belakang keta aku pun kena gak...
eemmmm nasib2... demi anak punya pasal..
parking keta kena bayar mahal tu...

Emmm tu la kisah hari wikend kami...
dah.. nak buat keja dulu.. :D
selamat bertugas tuk semua...




Kerja dari Rumah klik sini

15 Dis 2010

LELAKI VS PEREMPUAN

Salam Semua...

Selamat pagi Khamis...
mlm tadi kat JB ujan....
blh dikatakan lebat gak la...
so pagi ni ala2 cocer cam sejuk2 gitu kan..
klu tak memikirkan hari ni baru Khamis..
rasanya mau tarik selimut blk... :D
ooooppssss virus 'M' cam dah mula menyerang..
ohhh tidak... :D
buat masa ni masih dpt menepis virus 'M' tu... aahhaakksss..

Emmmm cam biasa la kan..
pagi2 cam blur2 nak mencari idea gitu..
tapi tetap nak menghapdet...
apa nak di ceritakan hari ni ya..
eemmmm teringat semalam ada simpan satu email kat draft..
email mengenai
LELAKI VS PEREMPUAN

meh baca apa yg aku nak kongsikan..
*
*
*
*
*

Sekadar renungan

Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.

Bila meja lelaki bersepah-sepah,
Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.
Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.

Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.
Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.

Bila lelaki tidak berada di mejanya,
Mesti dia tu tengah pergi meeting,
Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,

Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.
Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.

Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.

Bila BOSS mengkritik lelaki,
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,
Adakah dia marah?
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,
Adakah dia menangis?

Bila lelaki akan berkahwin,
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.

Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.

Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.
Bila wainta keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?

Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian

Moral: Tak baik buruk sangka kat sesape pun kerana....
Muflis Dunia bererti tidak dapat membayar hutang dalam hidupnya.
Muflis Akhirat bererti kehabisan semua pahala amalan yang dibuatnya
kerana membayar segala hutang dosa kpd orang2 yang dianiaya
semasa hidupnya seperti mengumpat, memfitnah, mengecewakan dsbnya.
***************************************

apa komen korang ???
sekadar hiburan di pagi Khamis...




Kerja dari Rumah klik sini

Lunch Nasi Ayam Penyet

Salam Semua...

Dah lunch ke korang..
aahhhaakkss...
saja nak menggedik hapdet ni..
yg bebenor nya takde nak story mory sgt..
cuma tadi ni masa lunch g la mkn kat area Bakar Batu..
duk pekena ni..


Nasi Ayam Penyet..
eemmm ok not bad la..
cuma cam aku ni yg bebenornya 1st time mkn nasi ayam penyet ni..
tu yg agak cam 'jakun'
sebab selalunya aku mkn nasi ayam...
for sure la nasinya nasi ayam.. ada sup.. n ayam kan..
ada salad sebagai ulamnya..
tapi kali ni mkn nasi ayam PENYET..
siap ada sambal belacan + kobis + kacang panjang
yg lain sama je cam mkn nasi ayam biasa..
eemmm agak ni la rupa Nasi Ayam Penyet erk...
ok la.. dah kenyang perut dah... :D




Kerja dari Rumah klik sini

Thank You Imz !!!!

Salam Semua...

Selamat pagi semua...
hari ni cocer kat JB amat cerah...
eemm alhamdulilah la.. beberapa hari ni cocer agak baik...
hari ni kan nak publishkan citer pasal satu surprise yg aku terima
nak tau apa dia...

hah nampak tak korang...
gift dari imz..
thanks a lot imz..
korang ingat tak.. aku kan pernah join contest nama baby dari blog imz..
memandangkan imz ngan hubby dia pening nak memilih nama baby yg menarik..
so dia mengumumkan semua yg join contest tu adalah pemenang..
kira aku tersenarai sebagai pemenang gak la kan..
sebab aku join contest dia tu.. :D
nak tau apa yg aku dpt..


hadiah yg masih berbalut lagi tu..



tu dia... towel bear tomei...
sgt cute...
(sila abaikan tgn yg memegang hadiah tu ya..)
gift ni smpi hari Sabtu klu tak silap aku..
sebab alamat ke rumah mak aku..
so masa tu aku kat BP..
blk semula ke JB tgk2 ada gift ni..
sgt2 berterima kasih pada imz
sebab sudi bagi gift ni..



p/s: si dak Mirul plak yg excited nak buka hadiah ni tau...sekarang ni klu nak snap gambo pun hanya blh guna hp je.. tu pasal ala2 blur2... kamera rosak..




Kerja dari Rumah klik sini

14 Dis 2010

TUDUNG + LEGGING ????

Salam Semua...

Dah lunch ke...
aku ari ni lunch cam biasa2 gak...
apa lagi nasi campur je la.. :D
eemmm pastu duk kat dpn pc check2 la email..
terbaca la satu email ni hah..
rasanya isu ni aku pernah story mory kat sini...
isu pasal org yg gemar berpakaian tudung tapi berlegging ni..
nak tau lebih lanjut..
tgk artikel ni..


nak baca klik bagi enlarge kan ya
so apa pendapat korang... ???





Kerja dari Rumah klik sini

Baru Nak Berhapdet

Salam Semua...

Selamat pagi Selasa...
aahhhhaakkksss... Selasa rupanya ya..
sib baik tadi aku tak cakap selamat pagi Isnin... :D
ntah napa rasa hari ni cam senin plak....
semalam ke bzian melanda...
tak dan nak menghapdet bagai..
n3 contest yg terpublish semalam pun adalah autopublish.. :D
tu pun tghari baru keluar kan..
okies apa plak yg nak story mory hari ni ya..
eemmmm citer ujung minggu la... apa lagi...

Hari Sabtu kan aku ada event kat PC Fair BP Mall..
so citer2 kat suasana tu je la..
Sabtu tu.. pagi aku hantar Mirul ke rumah abg ipar aku..
diaorg nak g jemputan ke Segamat..
aku ngan my cik abg tak ikut... sebab masing2 keja kan..
so hantar anak je la wakil g sana.. boleh gitu.. :D
pas hantar Mirul baru aku gerak ke BP Mall..
masa tu jam dah menunjukkan 10.30 pagi..
tapi sorang pun budak2 aku tak smpi lagi..
kira aku la yg terawal.. ceeehhhh semangat gitu..
so hari Sabtu tu.. aktiviti di BP Mall...
org memang ramai giler.. tapi sale tak berapa nak ado..
mana taknya.. booth kami berdekatan ngan Maxis , P1, semua tu..
so agak kkkuuuuurrrreeennngggg la skit hari Sabtu tu..
tapi budak2 ni masih bersemangat buat sale... :D

Tapi aku tak la seharian kat sana... dlm kul 4 tu aku blk dah..
mana blh lama2.. karang bising my cik abg tu..
maklum la kan.. bini balik ujung minggu je..
so nak la bermanja2 lebih gitu.. aahhhhaakksss...
blk ke rumah.. aku baru la mengemas2 umah yg macam tongkang pechah...
maklum la umah aku ni kena tunggu aku blk hujung minggu baru la berkemas..
(ate kakak ipar aku tak skee mengemas.. aiiseeehh ngumpat pagi2)
pas dh kemas2... baru la blk lepak2..
sementara tunggu my cik abg blk dari keja..
ingat klu dia blk cepat.. blh gak kitaorg nyusul anak kat Segamat..
tapi nan ado... dia blk dah dkt kul 6 ptg..
dah penat.. sudahnya kami berdua je la kat umah.. ;D
pas maghrib... tipon abg ipar yg bawa anak aku tu..
cakap kita org ambik Mirul kat Air Itam je..
kebetulan my cik abg ajak g 'ngeteh'

Dalam kul 9 mlm gak.. baru la anak aku blk..
sib baik kami duk tunggu kat expo air itam..
sempena sukan pemotoran yg akan berlangsung minggu dpn ni ha..
so tak la boring duk tunggu abg ipar aku tu..
pastu baru la kami g ngeteh sama2..
memandangkan kami pun belum makan lagi kan..
so kira dinner sekali la... :D

Hari Ahad plak..
tak planning pun kemana2...
duk rehat2 kat umah.. bersantai2 bersama..
emmm tu je la citer aktiviti2 hari minggu... :D

p/s: hampeh je rasa... gambo2 kat PC fair BP Mall yg sempat aku snap kat hp....semuanya hilang.. si dak Mirul g tekan delete plak... tu yg n3 tanpa bergambo.. ;D






Kerja dari Rumah klik sini

13 Dis 2010

Contest : GA Teka & Menang Ibu 3A

Salam Semua...


N3 contest lagi..
emmmm kali ni nak try cuba test tuk join contest ni...



hah.. contest berkenaan teka dan menang
teka berapa nilai duit syiling seperti yg tertera ni..




hah... mari mengira... sapa yg advance bab kira mengira ni... aku ni nak kata advance.. tak berapa la kot.. tapi saja nak cuba2 gak kira..
so tuk contest kak yong ni.. aku siap besarkan gambo duit tu..
dan jawapannya..

Pertama : RM 85.03
Kedua : RM 86.05

tak berapa pasti jawapan ni..
apapun aku KUNCI jawapan ni.. :D
harap kak yong berpuas hati ya...

hah segala syarat2 rasanya aku dah laksanakan..
dah tepek kan list blog kak yong kat blog list cutemiut..
nak tau apa segala syarat2 tuk join contest ni..




Kerja dari Rumah klik sini

9 Dis 2010

Jom Dtg Ke PC Fair BP Mall

Salam Semua....

N3 pengumuman...
heh..heh..heh.. blh gitu...
apa yg nak diumumkan tu...
hah ni hah...

"WAHAI PENGGEMAR2 ATAU PEMINAT2 YG BERKAITAN NGAN PC , LAPTOP ATAU APA SAJA YG BERKAITAN NGAN PERKARA2 IT LA SENANG CITER.... NI AKU NAK BAGI TAU.. MEH DATANG BERAMAI2 KE PC FAIR DI BATU PAHAT MALL... SAMBIL MENINJAU BARANG2 IT.. MEH DATANG KE BOOTH STREAMYX... ADA PROMOSI2 BBBBAAAIIIIKKKK PUNYA... PC FAIR DI BATU PAHAT MALL AKAN BERLANGSUNG DARI 10 DISEMBER 2010 HINGGA 12 DISEMBER ; PROMOSI AKAN BERMULA PADA JAM 10 PAGI HINGGA 10 MALAM...MARI2 RAMAI2 MEMERIAHKAN PC FAIR"

eemmmm aku akan bertugas di booth streamyx pada hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga 5 ptg...
so sesapa warga Batu Pahat yg nak tanya pakej2 menarik streamyx.... blh dtg berjumpa aku.. :D


p/s: hik...hik..hik.. baik punya promosi kan...





Kerja dari Rumah klik sini

Citer Org Lelaki Plak !!!

Salam Semua....

Dah lunch belum...
korang lunch apa hari ni...
aku cam biasa gak..
(aaahhhaakkss... asyik la cam biasa kan.. ntah apa yg cam biasa..)
makan nasi campur je kat kantin... malas nak g mana2...
eemmm tadi pagi kan aku dah publishkan n3 berkenaan wanita..
sekarang ni aku nak kongsikan ngan korang pasal SOMI a.k.a lelaki plak..
eemmm adil la kan.. tak la kata asyik citer pasal pompuan je..
kena gak citer pasal lelaki gak kan..
okies nak tau apa dia..
meh baca email yg aku dpt ni..


( Gambar Hiasan )

PENGORBANAN SUAMI PADA ISTERI/LELAKI PADA WANITA


Pada akhir zaman yg serba canggih dan moden ini,ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yg di lakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yg lelaki korbankan utk wanita ataupun isteri..



1. KAIN, kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung daripada seluar lelaki. Lelaki sanggup beli kain yg banyak utk isteri.



2. MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan mcm lagi mesin kat dapur rumah, semuanya lelaki lebih rela tak pakai, semuanya ikhlas bagi isteri guna.



3. SABUN, BERUS, PENYAPU, sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik. Lelaki sanggup beli setiap bulan utk isterinya sedangkan lelaki tak pernah gunakannya.



4. TUALA, lelaki Cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar- tukar tuala..



5. BAJU, lelaki Cuma pakai sehelai saje baju dlm satu masa, tp wanita pakai dua (baju dalam)..



6. BARANG KEMAS, lelaki tak pun pakai rantai emas, subang emas, gelang emas. tp beli jugak utkisteri.



7. ALAT SOLEK, lelaki rela tak pakai gincu, maskara, eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi Sanggup beli utk isteri.



8. KASUT, lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumittinggi.



9. REHAT, 90 hari wanita di beri rehat slps melahirkan anak sedangkan lelaki mungkin akan diberhentikan Kerja kalau rehat sebegitu lama.



10. AMBULAN, setiap kali nak melahirkan anak, wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki, Cuma ikut dr belakang dgn kenderaan sendiri.



MORAL : JGN DERHAKA PADA SUAMI..TAK ELOK TAU.. HAHAHAHA...


Sumber : Email Yahoo Group
JANGAN MARAH YER..


***********************************************

aahhhaaakkssss.... sekadar citer2 kosong di tghari...
layan kan... :D





Kerja dari Rumah klik sini

Cara Memikat Hati Wanita

Salam Semua...

Selamat pagi Khamis...
Khamis yg biasa2 je...
yg biasa tu maksudnya...
sama gak cam hari2 yg di lalui..
pagi2 bgn mempersiapkan diri...
hantar Mirul... gerak ke ofc, menempuh jammed bagai...
kira biasa la kan...
takde la apa yg menarik pagi2 ni...

Emmmmm hari ni nak celoteh pasal apa ya..
aahhaaa.. semalam aku ada save kan satu email kat daft..
email berkenaan wanita....
so hapdet hari ni nak kongsikan ngan korang pasal ni


Cara Memikat Hati Wanita

meh baca...

1) Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wanita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

2) Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

3) Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

4) Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

5) Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

6) Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.

7) Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

8) Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

9) Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

10) Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

11) Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

12) Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

13) Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk. Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

******************************************

so apa pendapat para wanita diluar sana... setuju tak ngan artikel yg aku kongsikan ni... meh kongsikan kat sini....





Kerja dari Rumah klik sini

8 Dis 2010

Citer Apa Plak Hari Ni

Salam Semua...

Selamat pagi Rabu...aahhhhaakksss..
semalam kan cuti2 gitu.. so ingat cam hari ni hari Senin la plak..
eemmm semalam cuti sempena Maal hijrah kan...
pagi ni nak kata bersemangat tu... tak sgt kot..
al maklum la tgh2 minggu kan..

Semalam duk umah seharian...
memang tak planning nak kemana2..
ala cuti sehari je kan..
tak blk BP pun... penat weeeiiiii...
lagipun klu blk bukannya my cik abg ada..
dia keja semalam... keja kilang memang la kan..
tak semua public holiday diaorg ambik kan.. :D
so semalam duk umah layan dak Mirul..
skkkeee la dia.. bila celik mata tgk ibu dia ada..
cuma pagi semalam g Giant jap
atok ngan opah Mirul ajak g beli barang..
tu je la.. pastu cocer ptg semalam ujan plak tu..
eemmmm lagi la bermalasan kat umah je.. :D

Semalam seharian bertenet kat umah..
bergilir2 ngan adik aku..
pastu baca la segala email yg tak terbaca..
sekali terbaca pasal satu artikel ni...


Siti Aishah Saman Uncle Seekers

aku pun duk baca la...kisahnya..
nak tau.. meh aku kongsi kan kat sini...


KUALA LUMPUR: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman mengemukakan writ saman memohon injunksi terhadap Syed Abdullah Hussien Al-Attas dan bapanya, Syed Hussien Al- Attas di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang kelmarin bagi menghalang mereka menyebar atau menerbitkan sebarang bentuk maklumat berkaitan rawatan dijalaninya sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dalam blog, akhbar, buku, majalah, laman web atau risalah.

Peguam beliau, T Gunaseelan dan Anthony Sebastian pada sidang media di sini semalam berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Disember ini bagi perbicaraan kes berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah berkata, lebih kurang Jun lalu, beliau meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah seperti itu.
Siti Aishah berkata, antara persetujuan di antaranya dan Syed Abdullah ialah beliau (Syed Abdullah) akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksploitasi dirinya dalam sebarang bentuk.

Pada November 2010, Syed Abdullah dalam blognya iaitu www.uncleseekers.blogspot.com mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi antara saya dengannya ketika saya menjalani rawatan terbabit.

Antara butir pendedahan itu ialah gambar yang menunjukkan saya dan defendan, gambar rumah dan keluarga saya serta perkara yang diberitahu oleh saya kepada beliau, katanya.

Siti Aishah berkata, sebuah akhbar tabloid pada 27 November lalu menyiarkan artikel mengenai perbualannya dan Syed Abdullah selain memaparkan gambar dirinya dengan defendan pertama dan bapanya serta ahli keluarga masing-masing.
Keratan akhbar itu mendedahkan perkara yang berkaitan dengan hubungan profesional antara saya dan Syed Abdullah sedangkan beliau mengetahui kewajipannya untuk merahsiakan segala komunikasi antara kami berdua dan segala maklumat saya yang diketahui ketika mengubati saya.

Syed Hussien (defendan kedua) juga mengetahui bahawa Syed Abdullah memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat berkenaan kepada beliau (Syed Hussien), katanya.

Siti Aishah berkata, Syed Hussien juga memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat itu kepada akhbar itu manakala Syed Abdullah di dalam blognya mengugut untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan hubungan mereka, menyebabkan beliau rasa dihina dan mengalami gangguan emosi yang teruk akibat pendedahan itu.

Sehubungan itu, Siti Aishah memohon supaya kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, teladan dan kos lain yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Sementara itu Gunaseelan berkata, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers mendakwa dirinya sebagai pengkaji aktiviti paranormal dan berkelayakan untuk mengubati mana-mana individu yang mengalami gangguan emosi atau tekanan mental manakala defendan kedua iaitu Syed Hussein pula lebih dikenali sebagai penulis buku genre politik.

Ini ialah kali pertama injunksi seperti ini, iaitu perlanggaran maklumat sulit (breach of confidentiality) difailkan di Malaysia dan ia difailkan atas arahan Siti Aishah sendiri kerana kedua-dua defendan telah mendedahkan maklumat sulit yang seharusnya dirahsiakan.

Tindakan ini dilakukan selepas pihak kami mendapati wujud unsur ugutan di dalam blog defendan pertama iaitu kenyataan beliau bahawa sebuah buku mengenai dirinya dan Siti Aishah akan diterbitkan untuk bacaan umum, katanya.

Beliau berkata, Syed Abdullah menerima writ saman itu pada jam 3.45 petang semalam di kediamannya di Janda Baik, Pahang manakala writ saman ke atas bapanya tidak dapat diserahkan kerana defendan kedua berada di Melaka ketika ini.



Sumber : Berita Harian Online
SAMAN.. JANGAN TAK SAMAN...
APA MOTIF UNCLE SEEKERS TU DOK SIAR BERITA DIA DENGAN BEKAS PERMAISURI AGUNG PUN TAK TAU LA.... MENCARI PUBLISITI ?

p/s : Nak baca di blog uncle seekers tu ? http://uncleseekers.blogspot.com/ <-- klik sini

**********************************
tu aku copy n paste kan semula email yg aku terima..
jgn plak ada yg banned aku pasal isu ni..
aku sekadar kongsikan email yg aku terima...

sapa masih ingat ngan Siti Aishah bekas Permaisuri agong kita dulu..
aku ada terbaca pasal ni kat blog Yan klu tak silap aku..
pasal uncle seekers ni..
tapi masa tu aku cam tak ambik port la pasal ni...
just baca sekali lalu je.. aku pun yg bebenornya tak berapa mengikuti citer yg sebenar..
tapi dah terbaca kat blog yan aritu..
tu yg rasa cam eh.. ya ke.. jd cam ni..
eemmmm wallahua'alam....






Kerja dari Rumah klik sini