N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

8 Dis 2010

Citer Apa Plak Hari Ni

Salam Semua...

Selamat pagi Rabu...aahhhhaakksss..
semalam kan cuti2 gitu.. so ingat cam hari ni hari Senin la plak..
eemmm semalam cuti sempena Maal hijrah kan...
pagi ni nak kata bersemangat tu... tak sgt kot..
al maklum la tgh2 minggu kan..

Semalam duk umah seharian...
memang tak planning nak kemana2..
ala cuti sehari je kan..
tak blk BP pun... penat weeeiiiii...
lagipun klu blk bukannya my cik abg ada..
dia keja semalam... keja kilang memang la kan..
tak semua public holiday diaorg ambik kan.. :D
so semalam duk umah layan dak Mirul..
skkkeee la dia.. bila celik mata tgk ibu dia ada..
cuma pagi semalam g Giant jap
atok ngan opah Mirul ajak g beli barang..
tu je la.. pastu cocer ptg semalam ujan plak tu..
eemmmm lagi la bermalasan kat umah je.. :D

Semalam seharian bertenet kat umah..
bergilir2 ngan adik aku..
pastu baca la segala email yg tak terbaca..
sekali terbaca pasal satu artikel ni...


Siti Aishah Saman Uncle Seekers

aku pun duk baca la...kisahnya..
nak tau.. meh aku kongsi kan kat sini...


KUALA LUMPUR: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman mengemukakan writ saman memohon injunksi terhadap Syed Abdullah Hussien Al-Attas dan bapanya, Syed Hussien Al- Attas di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang kelmarin bagi menghalang mereka menyebar atau menerbitkan sebarang bentuk maklumat berkaitan rawatan dijalaninya sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dalam blog, akhbar, buku, majalah, laman web atau risalah.

Peguam beliau, T Gunaseelan dan Anthony Sebastian pada sidang media di sini semalam berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Disember ini bagi perbicaraan kes berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah berkata, lebih kurang Jun lalu, beliau meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah seperti itu.
Siti Aishah berkata, antara persetujuan di antaranya dan Syed Abdullah ialah beliau (Syed Abdullah) akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksploitasi dirinya dalam sebarang bentuk.

Pada November 2010, Syed Abdullah dalam blognya iaitu www.uncleseekers.blogspot.com mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi antara saya dengannya ketika saya menjalani rawatan terbabit.

Antara butir pendedahan itu ialah gambar yang menunjukkan saya dan defendan, gambar rumah dan keluarga saya serta perkara yang diberitahu oleh saya kepada beliau, katanya.

Siti Aishah berkata, sebuah akhbar tabloid pada 27 November lalu menyiarkan artikel mengenai perbualannya dan Syed Abdullah selain memaparkan gambar dirinya dengan defendan pertama dan bapanya serta ahli keluarga masing-masing.
Keratan akhbar itu mendedahkan perkara yang berkaitan dengan hubungan profesional antara saya dan Syed Abdullah sedangkan beliau mengetahui kewajipannya untuk merahsiakan segala komunikasi antara kami berdua dan segala maklumat saya yang diketahui ketika mengubati saya.

Syed Hussien (defendan kedua) juga mengetahui bahawa Syed Abdullah memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat berkenaan kepada beliau (Syed Hussien), katanya.

Siti Aishah berkata, Syed Hussien juga memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat itu kepada akhbar itu manakala Syed Abdullah di dalam blognya mengugut untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan hubungan mereka, menyebabkan beliau rasa dihina dan mengalami gangguan emosi yang teruk akibat pendedahan itu.

Sehubungan itu, Siti Aishah memohon supaya kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, teladan dan kos lain yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Sementara itu Gunaseelan berkata, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers mendakwa dirinya sebagai pengkaji aktiviti paranormal dan berkelayakan untuk mengubati mana-mana individu yang mengalami gangguan emosi atau tekanan mental manakala defendan kedua iaitu Syed Hussein pula lebih dikenali sebagai penulis buku genre politik.

Ini ialah kali pertama injunksi seperti ini, iaitu perlanggaran maklumat sulit (breach of confidentiality) difailkan di Malaysia dan ia difailkan atas arahan Siti Aishah sendiri kerana kedua-dua defendan telah mendedahkan maklumat sulit yang seharusnya dirahsiakan.

Tindakan ini dilakukan selepas pihak kami mendapati wujud unsur ugutan di dalam blog defendan pertama iaitu kenyataan beliau bahawa sebuah buku mengenai dirinya dan Siti Aishah akan diterbitkan untuk bacaan umum, katanya.

Beliau berkata, Syed Abdullah menerima writ saman itu pada jam 3.45 petang semalam di kediamannya di Janda Baik, Pahang manakala writ saman ke atas bapanya tidak dapat diserahkan kerana defendan kedua berada di Melaka ketika ini.



Sumber : Berita Harian Online
SAMAN.. JANGAN TAK SAMAN...
APA MOTIF UNCLE SEEKERS TU DOK SIAR BERITA DIA DENGAN BEKAS PERMAISURI AGUNG PUN TAK TAU LA.... MENCARI PUBLISITI ?

p/s : Nak baca di blog uncle seekers tu ? http://uncleseekers.blogspot.com/ <-- klik sini

**********************************
tu aku copy n paste kan semula email yg aku terima..
jgn plak ada yg banned aku pasal isu ni..
aku sekadar kongsikan email yg aku terima...

sapa masih ingat ngan Siti Aishah bekas Permaisuri agong kita dulu..
aku ada terbaca pasal ni kat blog Yan klu tak silap aku..
pasal uncle seekers ni..
tapi masa tu aku cam tak ambik port la pasal ni...
just baca sekali lalu je.. aku pun yg bebenornya tak berapa mengikuti citer yg sebenar..
tapi dah terbaca kat blog yan aritu..
tu yg rasa cam eh.. ya ke.. jd cam ni..
eemmmm wallahua'alam....






Kerja dari Rumah klik sini

10 ulasan:

notti netti berkata...

biasaaaaa........nak duit.....e

Ummi Eisya berkata...

Aishah ni ada masalah pe..ada tgk kat kecok2 hari tu,tapi tak follow pun..

atty's berkata...

macam2 hal..

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

biasa la sibuk hal org.... diri sendiri tak terurus

imz berkata...

ada jgk tgk blog uncle seeker tu..mmg bykla pendedahan dia buat..

CuTeMiUt78 berkata...

~notti netti~
emmm agak kot

CuTeMiUt78 berkata...

~umi eisya~
eemmmm ntah la.. tak berapa pasti

CuTeMiUt78 berkata...

~kty~
a'ah kan kty

CuTeMiUt78 berkata...

~alimaz~
eemmmmmm

CuTeMiUt78 berkata...

~imz~
oh ya ke... tak berapa mengikuti sgt.. baca sekali lalu je