N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

22 Feb 2011

INSHA ALLAH - MAHER ZAIN (VERSI MELAYU)

Salam Semua..

Selamat pagi Selasa..
baru sempat nak menghapdet..
semalam kebzian skit..
tapi masih sempat gak menjengah blog kengkawan..
maklum la lama tak menyinggah kan..
takut karang org kata kita menyombong plak... :D
tapi tak kot.. harap faham la ya napa aku tak sempat nak menyinggah blog korang..

Okies hari ni kan nak citer pasal lagu..
eemmm pagi tadi cam biasa klu dlm perjalanan g keja tu..
memang aku akan buka siaran Sinar FM
terhibur dgn celoteh si Krrilll... kak Engku.. ngan SY (Salih Yakob)
ada je idea diaorg nak buat org tergelak.. :D
hari ni ada artis jemputan plak..
sapa yg dgr mesti tau sapa artis tu..
Maher Zain uuuuu..
bila ada artis jemputan tu... mesti la akan bersiaran lagu artis tu..
cam yg korang tau kan.. lagu Insyallah nyanyian Maher Zain ni amat popular kat M'sia ni..
even si Mirul pun skeee lagu tu... skit2.. nyanyi Insyallah..Insyallah..
so pagi tadi bersiaran la lagu dlm versi Melayu...
ntah napa bila aku dgr lagu tu..
aku jadi cam sayu..
padahal sebelum2 ni aku tak rasa apa2 pun bila dgr lagu ni..
mungkin kali ni aku dgr dlm versi melayu kan..
tu agak cam terasa dan sayu hati kot..
meh kita renungkan dan hayati maksud tersirat lirik lagu ni



lagu Insha Allah (versi Melayu) – Maher Zain

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang gelap
Tiada bantuan, tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

Chorus

InshaAllah… InshaAllah…
InshaAllah… Ada Jalannya…

InshaAllah… InshaAllah…
InshaAllah… Ada Jalannya…

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada yang Esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa
OOoo Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

so camne.. apa yg korang rasa..??
mungkin takde rasa apa..
rasa cam biasa2 je ke..??
tapi bagi aku amat2 menyentuh hati..
lebih2 lagi dlm keadaan aku yg penuh ngan delima masalah2..
bila menghayati tu yg buat cam aku sayu hati tu..
lebih2 lagi tang corus dia tu..
Insyallah.. insyallah.. insyallah ada jalannya..
hah.. bila menghayati tu... cam nak menitik air mata pun ada tau..
sib baik la tgh drive kan..
klu tak.. haru gak la rasanya..
eemm tu je la story mory nya..
okies dh luahkan kat sini..
nak sambung keja dulu.. :D



8 ulasan:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

best saya pun suka dengaq lagu ni....

Admin berkata...

Apa yang berlaku semuanya insyallah(dengan izin allah)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

Pernah dengar lagu Maher zain versi melayu ni kat Suria FM...best :)

CuTeMiUt78 berkata...

~alimaz~
eemm tu la.. best gak kan

CuTeMiUt78 berkata...

~aku dan teksi~
eemmmm betul tu

CuTeMiUt78 berkata...

~mawar berduri~
eemmm tu la.. kita pun baru dgr kat sinar fm

Yan berkata...

tak penah lg dengar versi melayu

lirik yg ade kat entri akak ni try jugakla yan nyanyi ikut melodi asal... heheheh

CuTeMiUt78 berkata...

~yan~
aahhaakksss.. ikut jgn tak ikut.. tapi versi melayu pun best gak yan