N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

18 Mei 2010

Bangau Oh Bangau !!!

Salam Semua...

Hari ni sempat la nak menghapdet..
aahhaakkss.. boss takde arini... yeeehhaaa....
(sshhhuuuttt... jgn beri tau bos aku aarrr.. aku berblog ni.. aahhaaksss..)
actually keja arini tak berapa sibuk la...
memandangkan boss.. boss..boss..boss (berapa byk bos daaa)
kena attend event di Pontian..
makanya hari hanya tinggal staff2 je la kan..
tu yg masing2 merdeka.. !!! merdeka.. !!!
eemmm actually story mory hari ni bukan nak citer pasal keja ni..
tapi pasal gambo ni
*
*
*
*
*

Go to fullsize image


Go to fullsize image
picture from pakcik google..

hah sapa tau gambo apa tu...??
sudah semestinya la "BANGAU"
eemmm pe ke halnya plak pagi2 ni nak story mory pasal bangau kan..
yg bebenornya ada kisah disebalik gambo bangau ni
alkisahnya la... si Dak Mirul punya citer..
sekarang ni dia teramat la skeee nyanyi lagu "Bangau Oh Bangau.."
ala lagu masa zaman aku kecik2 dulu la....
klu dulu dia skee sgt nyanyi lagu "Kaulah Kekasih ku" dari kump. Axl tu..
sekarang dah berubah ke lagu Bangau la plak..
nak tido sebelum baca doa tido.. nak kena nyanyikan lagu bangau ni dulu..
nak naik keta.. selepas baca doa.. nak kena nyanyi lagu bangau ni gak..
tgh main.. pun nak gak nyanyi lagu bangau ni..
tapi bukan dia yg nyanyi.. suruh kita nyanyi kan..
pastu dia ikut la.... kadang tu.. aku saja nyanyikan rangkap pertama
pastu aku suruh dia nyanyi rangkap berikutnya...
aahhaakksss...
meh kita layan lagu Bangau oh Bangau ni..

"BANGAU OH BANGAU.."
"KENAPA ENGKAU KURUS.."
"MACAM MANA AKU TAK KURUS..."
"IKAN TAK MAU TIMBUL.."

"IKAN OH IKAN.."
"KENAPA ENGKAU TAK MAU TIMBUL.."
"MACAM MANA AKU NAK TIMBUL"
"RUMPUT PANJANG SGT.."

"RUMPUT OH RUMPUT.."
"KENAPA ENGKAU PANGJANG SGT.."
"MACAM MANA AKU TAK PANJANG.."
"KERBAU TAK MAKAN AKU.."

"KERBAU OH KERBAU.."
"KENAPA TAK MAKAN RUMPUT.."
"MACAM MANA AKU NAK MAKAN.."
"PERUT AKU SAKIT.."

"PERUT OH PERUT.."
"KENAPA ENGKAU SAKIT.."
"MACAM MANA AKU TAK SAKIT.."
"MAKAN NASI MENTAH.."

"NASI OH NASI.."
"KENAPA ENGKAU MENTAH.."
"MACAM MANA AKU TAK MENTAH.."
"KAYU HABIS BASAH.."

"KAYU OH KAYU.."
"KENAPA ENGKAU BASAH.."
"MACAM MANA AKU TAK BASAH.."
"HUJAN TIMPA AKU.."

"HUJAN OH HUJAN.."
"KENAPA ENGKAU TIMPA KAYU.."
"MACAM MANA AKU TAK TIMPA.."
"KATAK PANGGIL AKU.."

"KATAK OH KATAK.."
"KENAPA ENGKAU PANGGIL HUJAN.."
"MACAM MANA AKU TAK PANGGIL.."
"ULAR NAK MAKAN AKU.."

"ULAR OH ULAR.."
"KENAPA ENGKAU NAK MAKAN KATAK.."
"MACAM MANA AKU TAK MAKAN.."
"MEMANG MAKANAN AKU.."

hah gitu la... rangkap lagu Bangau oh Bangau tu..
sapa yg sezaman ngan aku...mesti ingat kan..!!
so sekarang ni lagu ni dah jd turun menurun ke anak2 plak... :D
tu la kisah dak Mirul dan lagu... :D




Kerja dari Rumah klik sini

9 ulasan:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

teringat kecik2 dulu selalu nyanyikan lagi ni kat adik....

Tanpa Nama berkata...

wah! bos takde..naik tocang la staff2 nyer!
keh keh kehhhhhh....

aku pon suka gak lagu ni dedulu. Tak sangka sampai ke anak2 pon lagu ni masih jd lagu hangat kan

maslinamansor berkata...

mas tak pernah lupa lirik lagu nie...

CuTeMiUt78 berkata...

~alimaz~
aahaaaaksss... lagu turun menurun gitu kan

CuTeMiUt78 berkata...

~j@j@ bini the rock~
aaahhaakkksss... bukan setakat tocang je... lebih dari tocang naik ni.. :D

ate lagu turun menurun... gitu kan

CuTeMiUt78 berkata...

~maslina~
lirik lagu yg akan kekal smpi bila2..

Dee berkata...

suka lagu ni..mmg sesuai utk budak2 kan..

Mak Su berkata...

maksu suka nyanyikan lagu ni kat w , hihihi

NzA berkata...

lagu tu mmg famous....