N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

1 Apr 2011

Perkataan Lazim Kaum Hawa ????

Salam Semua...

Selamat pagi Jumaat..
eemmm lately ni mood nak menghapdet blog cam merundum je..
cam tak berapa semangat nak menghapdet..
adakah kerana kehilangan idea..
adakah kerana tiada apa citer2 yg menarik tuk diceritakan..
eemmmmmmmm..... mungkin gak kot...
yelah kan... klu takde apa nak story mory..
makanya... tak de la hapdet kan...

Tapi.. hari ni nak gak menghapdet..
sebab nya hari ni dah masuk Bulan baru tau..
aahhaaakksss... today 1 APRIL
heh..heh..heh.. bulan April adalah bulan yg akan menggenapkan
usia dak Mirul... yg akan melangkah ke angka 4 thn..
heh..heh..heh... tapi kan hari ni aku bukan nak story mory pasal tu..
aku nak kongsikan satu email berkenaan wanita...
jom baca dan komen.. betul tak kita ni kaum hawa selalu gunakan perkataan2 ni..
(artikel ni pandangan dari kaum adam..)

"PERKATAAN YG LAZIM KAUM HAWA SUKA GUNAKAN "


FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh. - emmmm kadang2 ada gak guna perkataan ni..tapi tak la selalu... pendapat aku la... kadang2 perkataan ni pun blh menjadi punca gaduh gak.,...

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. - eemmmm mungkin ya juga kot.. 5 minit jd 1/2 jam kan.. yelah.. klu setiap masa asyik ckp 5 minit... bila dicampurkan tak jd 1/2 jam gak...

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'. - aahhhaakkkss... so kena la fahamkan situasi kan.. memang maksud takde apa2 tu.. ada apa2 jadinya

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk. - ada berani ke nak cakap cenggitu... klu aku ckp camtu kat my cik abg.. memang confirm2 dia buat tau.. lelaki kan pantang di cabar...

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'. - heh..heh..heh... so guys kena faham kan ya

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas. - yup.. betul..

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'. - eemmmm ye ke...

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar. - yg ni tak berapa faham..

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'. - eemmmm agak juga kot..

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama. - tu tanda ikhlas...

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'. - yup... betul2...

so apa pendapat korang2 yg kaum hawa...???
n bagi kaum adam.. betul ke pendapat2 ni...??
kongsi2 kan k... ;D




4 ulasan:

zino berkata...

tertinggal satu perkataan..

bye bye hehe

Tie HT berkata...

adat berumahtangga kan..sedangkan lidah lagi tergigit :)

CuTeMiUt78 berkata...

~zino~
hik..hik..hik.. betul..betul..

CuTeMiUt78 berkata...

~tihara~
eemmm biasa la tu kan