N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

18 Ogo 2011

MIRUL ADA UDANG KARA ???

Salam Semua

Bersiaran kembali... aahhaakksss..
cam siaran langsung plak.. nak bersiaran2 gitu kan..
eemmm yg bebenornya tensen ni..
sebab system tgh problem..
so tak blh nak buat pe2...
makanya tuk menghilangkan kebosanan..
duk buka blog jap..
tgk2 kat draft.. mana2 n3 yg rasa2 cam nak di publish...
eemmmm tgk gambo2 kat draft tu....
terbekenan plak ngan gambo ni..
trus... TING !!!!
dpt idea nak mengarang citer... :D
gambo apa tu erk...
meh tgk..
*
*
*
*
*
hah.. korang nampak tak... tu apa..
eemmmm tu la dia... UDANG KARA
my cik abg dpt.. masa dia g mancing..
bila..?? aku pun tak ingat...
sekarang ni.. hayat udang tu masih idup lagi tau..
jd peliharaan Mirul plak dah..
siap ayah dia.. belikan aquarium kecik tu ha..
semata2 nak letak udang tu...
citer pasal udang kara ni..
teringat aku ada terbaca kat paper Metro hari Ahad lepas tak silap aku..
kat email pun aku ada terima citer pasal udang kara
yg berharga RM100

CABAR SELERA... udang kara yang menjadi tumpuan pengunjung bazar Ramadan di Taman Melawati.
CABAR SELERA... udang kara yang menjadi tumpuan pengunjung bazar Ramadan di Taman Melawati.
KUALA LUMPUR: Kebiasaannya bazar Ramadan dikaitkan dengan jualan makanan murah atau sederhana tetapi lain pula di Taman Melawati, di sini, apabila sebuah gerai menawarkan udang kara bakar berharga RM100 seekor.
Keunikan itu menyebabkan gerai Botak Ikan Bakar menjadi tumpuan pengunjung bazar itu hingga pengusahanya tidak menang tangan melayan pelanggan.
Pemilik gerai, Ahmad Rahamat, 48, berkata dia menjual udang kara seberat satu kilogram pada harga RM100 selepas siap dibakar dengan ramuannya yang pasti membangkitkan selera pelanggan.
“Saya tidak menjual udang kara setiap hari, sebaliknya bergantung kepada jumlah udang yang saya berjaya dapatkan di pasar sekitar Kuala Lumpur.
“Sambutan diberi sungguh menggalakkan. Walaupun ada yang mengatakannya mahal, bagi individu yang tahu nilai sebenar udang ini, harga itu berpatutan,” katanya.
Dia yang menjalankan perniagaan sejak tiga tahun lalu berkata, selain ikan bakar, dia menjual ketam, udang dan sotong bakar serta menampilkan pelbagai pilihan hidupan laut yang lain.
Sementara itu, Suhaimi Yahman, 37, sanggup meninggalkan sementara kerja tetapnya selama sebulan semata-mata mahu merebut peluang menjalankan perniagaan pada bulan puasa.
Katanya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikannya kerana pada masa itulah gerainya kembali beroperasi selepas berehat 11 bulan sebelumnya.
Suhaimi yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta berkata, dia memohon cuti sebulan hanya kerana mahu berniaga di bazar Ramadan dan persiapan dilakukan beberapa minggu sebelum itu.
“Saya menjalankan perniagaan roti john hanya pada Ramadan sejak berusia 18 tahun lagi kerana bulan ini meriah dengan pelbagai juadah makanan dan mendatangkan rahmat kepada peniaga.
“Tidak seperti hari biasa, tempoh sebulan ini dianggap peluang menjana pendapatan kerana kebanyakan umat Islam gemar mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan juadah berbuka,” katanya.
Sekali imbas, gerai roti johnnya di bazar Ramadan Taman Setiawangsa, di sini, mungkin sama dengan gerai lain tetapi apabila dilihat secara dekat, roti john yang dijualnya mempunyai kelainan.
Tidak seperti roti john yang biasanya hanya berintikan daging atau ayam, dia menawarkan dua jenis inti tambahan yang unik iaitu rendang dan sardin.
Katanya, dia mendapat idea menukar inti roti john itu selepas mendapat maklum balas daripada pelanggannya yang mahukan kelainan dan daripada situ tercetusnya idea untuk membuat inti itu.
“Pada awal perniagaan, saya hanya menjual roti john biasa tetapi sejak kira-kira lima tahun lalu, saya menjual roti john berintikan sardin dan rendang. Sambutan diberi pelanggan sungguh menggalakkan, malah saya ada pelanggan tetap.
“Saya menjual roti john biasa berukuran 30 sentimeter panjang dengan harga RM3.50 manakala bagi inti sardin dan rendang, saya meletakkan harga RM5 setiap satu,” katanya.
Suhaimi berkata dia berjaya menjual 300 biji sehari dan berdasarkan hasil jualan tahun lalu, dia mampu mengaut keuntungan sekitar RM10,000 hanya dalam tempoh sebulan berniaga.


eemmmm jual udang bakar blh jd kayo kan...
eemmm tapi yg kat umah tu.. tak la kata nak di bakor..
lagipun kat umah tu.. kecik skit dri yg dijual kat bazar2 ramadhan tu..
karang klu aku goreng udang tu.. ada yg melalak plak :D


Align Center

2 ulasan:

Yan berkata...

tak penah umur... makan udang kara...


kak... dah 2 kali sms akak pasal little tree tp takde reply dr akak... hp akak ok ke??? kite tak pat lg little tree tu

CuTeMiUt78 berkata...

~yan~
oh ya ke...
eemmm akak blm smpt pos la yan.. nanti ya.. insyallah sebelum raya smpi