N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

17 Nov 2011

HANYA KERANA SEBATANG LIPSTICK

Salam Semua

Hari ni bersiaran dari ofc BP plak..
heh..heh..heh..heh.. jap kat BP..jap kat JB..
macam duk dkt2 sebelah umah je gitu kan..
yg bebenornya.. minggu ni kami ada open kaunter kat UTHM BP plak..
tu yg kena blk BP minggu ni.. nak kena buat persediaan awal2..
eemmm yg bebenornya bukan nak story mory pasal tu..
tapi aku nak kongsi ngan korang pasal satu story mory yg aku receive dari email..
sgt2 menyentuh hati...



Hanya Kerana Sebatang lipstick

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya,
"Mama, adik baru saja melukis pakai lipstick mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstick mahal yang baru
saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju
anak perempuan telah penuh dengan lipstick tersebut. Dengan sangat
marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang
malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut
kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak
perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan
tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuan-
nya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu
tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis:
"Sayang Mama
Sampai Bila Bila".

******************************************
Sangat2 sensitif bab2 cenggini...
nak marah anak pun berpada2 la kan..
hanya kerana sebatang lipstik yg mahal reganya konon..
telah mengorbankan nyawa anak sendiri..
bila baca citer ni teringat pernah gak ada satu citer yg berkaitan cam ni..
tapi tu... hanya kerana anak dia conteng kat dinding keta yg mahal..
anak kecil tu telah hilang kedua belah tangan klu tak silap aku..
tapi ni dah melibatkan nyawa...
sungguh2 kecewa ngan sikap ibunya itu...
harap2 citer2 cenggini menjadi pengajaran kepada kita hendaknya...
Ingatlah wahai ibu bapa...
anak2 itu adalah satu amanah dari Allah S.W.T
tuk kita menjaga, mendidik dan menyayanginya sepenuh jiwa raga..
jgn terlalu mengikut perasaan marah...




8 ulasan:

Nida berkata...

sedihnya cerita ni... teringat cerita seorang anak kecil cuba cuci kereta ayahnya dengan berus dawai.. kemudian ayahnya memukul tangan anaknya sehingga hancur...:(

J@J@ / Bini The Rock berkata...

Sama la ni macam anak aku ..suka main lipstik!

So, skrg lipstik AVON aku dah jd hakmilik dia utk dia tonyoh kat mana2 dia suka...
Anggap aje itu satu dari 'perkembangan minda' dia..mana la tau, nnt akan jd Pelukis Batik terkenal..

hhuhuhu!!

ehh..aku klu dah geram tahap Harimau..aku jentik tangan dia, lepas tu cepat2 suruh dia mintak maaf kat aku...

:P

Neeza.Areef berkata...

bila nk dtg uthm..btau yer

ct rahani berkata...

sedih baca citer nih.. sy pun kdg2 terlepas marah pukul gak anak2 dgn niat mengajar.. tp x der la pukul sampai x sedar diri..

CuTeMiUt78 berkata...

~nida~
a'ah.. ingat citer tu.. kesian kan

CuTeMiUt78 berkata...

~j@j@ bini the rock~
memang betul tu ja... aku pun sama.. kadang2 bila dah geram.. gitu gak aku buat.. pastu siap ckp kat dia.. jgn ulangi lagi..

CuTeMiUt78 berkata...

~neeza~
eemmm kat uthm 3 hari je

CuTeMiUt78 berkata...

~ct rahani~
yup betul tu..