N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

23 Ogo 2011

Koleksi Keta Control Mirul

Salam Semua...

He..he..he.. kali ni nak story mory pasal dak Mirul n koleksi2 keta control dia..
padahal..story mory ni dah lama terperuk cam jeruk kat dlm draft..
cam biasa la kan.. tuan umah ni baru nak berhapdet gitu..
walau pun gambo2 dah basi..
citer tetap sensasi...
eh.. sensasi la sgt.... ;D

Okies meh tgk koleksi2 keta control mirul..
dari mula2 dia tau main keta ni..smpi la yg terkini..

hah...ni antara koleksi2 terawal dia..
ada yg beli.. ada yg diberi...


tuan empunya keta control berposing baik punya bersama keta2nya..

kemain lagi posing maut ko erk....
dia yg request ambik gambo keta2 control ni semua
dan ni antara yg terkini..

klu di kira2 dah ada 6 buah keta control dia...
tapi satu pun tak de dlm keadaan baik..
ada yg dah tanggal tayarnya..
ada yg dah tanggal bumbungnya..
ada yg dah takde rupa keta langsung..
ada yg badan tah kemana.. remote tah kemana...
bab bateri2 jgn ckp la... habis semua tak berbateri dah...
lasak sungguh dia main.. ate dah nama pun anak lelaki kan..
klu blh semua dia nak explore...
bila dah terbarai.. makanya.. pergi kedalam tong sampah la jawabnya...
pastu.. sesedap dia je minta yg lain plak..
siap request kali ni.. klu beli yg baru..
dia nak yg beso punya.. tak nak dah yg tecit2 tu..
ish...ish...ish...dah pandai nak demand
dia ingat hari2 ibu ayah dia cop duit tuk beli menan dia je...
oh anak.. ketahui la... walaupun tecit.. tapi reganya dah sama rega ngan beli susu tau..
klu nak beli yg beso2 tu.. tapi tak pandai nak jaga.. tak ke membazir namanya tu..
baik beli susu.. makanan.. kenyang perut kan...





22 Ogo 2011

Majlis Berbuka Pose di SANGKAR KRISTAL, LC KATERING JB

Salam Semua

Selamat hari Senin..
emmmm black monday ka...???
aku?? eemmmm separuh2 kot..
separuh ok.. separuh tak ok..
rasa cam malas nak g keja arini...
ntah napa ntah..
dah mula dilanda virus 'M' kot...
al maklum la.. dah nak raya ni kan..
mood nak keja tu cam hilang jap...
eemmm yg bebenornya bukan nak story mory pasal mood keja tu..
hapdet hari ni.. just nak story mory pasal last week punya citer..
story mory pasal celebrate birthday bos kami..
heh..heh..heh.. bagus kan staff ni...
sanggup kongsi2 semata2 nak celebrate besday bos ;D
okies kita go to the story mory la kan..

Masa Kejadian : Waktu berbuka pose
Lokasi kejadian : Sangkar Kristal LC katering..

hah ni la tempat kejadian.. heh..heh..heh.. tmpt kejadian cam kejadian apa la kan..
padahal.. hanya sesi berbuka pose ngan celebrate besday bos je pun..
heh..heh..heh.. LC katering ni.. tak jauh dari tmpt ofc pun..
actually tak rancang nak ke sini...
rancang nak berbuka kat tmpt lain...
tapi setelah berbincang2.. kami sebulat suara nak buat kat sini je..
padahal.. masa booking tu.. masing2 tak tau kat mana la LC katering ni..
tapi kira redah je la ni...
hari tu.. aku blk awal, sebab nak bawa budak Mirul tu..
kesian plak dia...kan... emmm tu la ibu kan.. apa2 mesti anak.. :D
pastu perancangan aku.. aku mesti keluar umah secepat yg mungkin..
konon2 niat di hati tu.. klu keluar cepat.. blh la survey2 tmpt LC katering ni..
kat area mana...
alhamdulilah.. tak susah rupanya g LC katering ni...
lokasi.. berhampiran ngan umah Tengku Mahkota Johor (TMJ)
betul2 simpang ke Leisure Mall
sesapa yg duk JB.. mesti tau kan...
so dah alang2 aku cepat kan..
duk la tunggu dlm keta..
masa aku smpi tu.. dlm kul 6.30 gak la..
sementara tunggu tu.. dak Mirul aku biarkan tido dlm keta..
(dia masuk keta dari umah je.. dah pejam mata..)

heh..heh..heh..
tgk terlentang tidonya.. lena sungguh..
sementara tunggu yg lain2 smpi kan..
so aku biarkan je dia..tido dlu..
klu tak nanti dia ngamok2...
bila semua dah smpi..
kami saing2 la masuk dewan...
dak Mirul aku kejutkan gak.. tak kan aku nak tinggal dia je kan.. ;D
emm ni pemandangan kat penjuru tangga menuju ke dewan buffet...
kraftangan anyaman...
hah.. tgk barisan2 makanan yg terhidang..

teramat la byk..
menu2 kat sini.. tuk hari tu.. ada lebih kurang 90 menu...
tak tersenarai dibuatnya..
ada bermacam2 jenis lauk..
ada bermacam2 jenis kuih..
melantak la smpi kenyang... ;D

ni menu tuk Mirul..
aku ambik kan dia.. nasi putih..
walaupun ada nasi lain..
tapi tuk Mirul.. nasi putih gak yg dia nak..
meehoon goreng putih..
ayam kurma + ayam kicap..
tu je yg dia nak..
air ribena..
menu ibu plak..
nasi serai + ayam masak merah + udang goreng butter + kuew tew maveles..
air pun ribena gak. cllaasss gitu..
ambik skit2 dlu..
maklum la.. byk sgt menunya kan..
so kena makan skit2.. gitu..
baru blh mkn apa yg teringin di makan..
emmm apa pun anak kena di utamakan..
org lain blm lagi ambik makanan..
Mirul aku dah ambikan dlu..

makan bersungguh2 gitu...

eemmm tgk tu.. air dia..
belum apa2 dia punya dah tinggal suku je..

emmmm ni la dia staff2 yg nak meraikan besday bos tu..

sesi makan...makan.. dan makan... :D
heh..heh..heh.. gambo2 ni semua candid tau..
tgk la tu.. gambo aku tgh menyuap makanan pun ada gak..
pas dah kekenyangan,..
makanya berlangsung la acara meraikan besday boy..
acara kejutan dari kami..
heh..heh..heh.. kek besday tlh awal2 kami standbykan.
dan minta kerjasama staff2 LC katering buat kejutan..
bawa kek dari kitchen ke arah meja kami..
sambil diiringi pemuzik yg duk main keyboard kat atas pentas
pentas yg pada mulanya.. kosong

heh..heh.. ni la pemain keyboard tu..
riuh rendah dewan tu seketika..
masa tu.. bos kitaorg tak tau lagi yang kitaorg ni celebrate besday dia..
bila kek tu di bawa menuju ke arah dia..
baru dia perasan.. merah padam muka dia..
heh..heh..heh.. sorry bos..
saja buat surprise gitu kan....
utk pengetahuan korang.. bos kitaorg ni muda belia..
eemmm tak yah la publish muka dia kot..
tapi aku blh bg skit clue..
klu korang perasan masa gambo kami makan2 ramai2 tu..
bos kitaorg duk tepi skali.. pakai baju coklat
masa sesi potong kek tu..
sib baik dakMirul tak join skali potong kek..
sebab selalunya.. klu nampak kek besday..
mesti dia ingat besday tu tuk dia..
so dia pun sama nak potong kek..
tapi kali ni.. dia hanya nak makan coklat2 kat atas kek tu..


hah.. tu la gelagat2 dia.. bila dpt coklat2 tu..
smpi kembung2 pipi dibuatnya.. :D
ni la rupa kek walnut coklat tu..
sssshhhhheeeeddaaapppp....
pas dah sesi potong kek..
makan2.. lagi...
sambil tu kami di dendangkan plak.. ngan irama 2 musician ni..
nyanyi guna gitar plak..

dak Mirul kusyuk tgk org tu main gitar kecik tu..

heh..heh.. smpi tak larat nak makn dah..
duk borak2 dlu.. sebelum blk..sambil melayan musician tu.. :D
sebelum blk.. pose 2 beranak ni dlu..
eeemmm tu je la.. story mory pasal berbuka pose kami tuk minggu lepas..

p/s: citer minggu lepas, tapi stroy mory hari ni... blh la kan..







18 Ogo 2011

MIRUL ADA UDANG KARA ???

Salam Semua

Bersiaran kembali... aahhaakksss..
cam siaran langsung plak.. nak bersiaran2 gitu kan..
eemmm yg bebenornya tensen ni..
sebab system tgh problem..
so tak blh nak buat pe2...
makanya tuk menghilangkan kebosanan..
duk buka blog jap..
tgk2 kat draft.. mana2 n3 yg rasa2 cam nak di publish...
eemmmm tgk gambo2 kat draft tu....
terbekenan plak ngan gambo ni..
trus... TING !!!!
dpt idea nak mengarang citer... :D
gambo apa tu erk...
meh tgk..
*
*
*
*
*
hah.. korang nampak tak... tu apa..
eemmmm tu la dia... UDANG KARA
my cik abg dpt.. masa dia g mancing..
bila..?? aku pun tak ingat...
sekarang ni.. hayat udang tu masih idup lagi tau..
jd peliharaan Mirul plak dah..
siap ayah dia.. belikan aquarium kecik tu ha..
semata2 nak letak udang tu...
citer pasal udang kara ni..
teringat aku ada terbaca kat paper Metro hari Ahad lepas tak silap aku..
kat email pun aku ada terima citer pasal udang kara
yg berharga RM100

CABAR SELERA... udang kara yang menjadi tumpuan pengunjung bazar Ramadan di Taman Melawati.
CABAR SELERA... udang kara yang menjadi tumpuan pengunjung bazar Ramadan di Taman Melawati.
KUALA LUMPUR: Kebiasaannya bazar Ramadan dikaitkan dengan jualan makanan murah atau sederhana tetapi lain pula di Taman Melawati, di sini, apabila sebuah gerai menawarkan udang kara bakar berharga RM100 seekor.
Keunikan itu menyebabkan gerai Botak Ikan Bakar menjadi tumpuan pengunjung bazar itu hingga pengusahanya tidak menang tangan melayan pelanggan.
Pemilik gerai, Ahmad Rahamat, 48, berkata dia menjual udang kara seberat satu kilogram pada harga RM100 selepas siap dibakar dengan ramuannya yang pasti membangkitkan selera pelanggan.
“Saya tidak menjual udang kara setiap hari, sebaliknya bergantung kepada jumlah udang yang saya berjaya dapatkan di pasar sekitar Kuala Lumpur.
“Sambutan diberi sungguh menggalakkan. Walaupun ada yang mengatakannya mahal, bagi individu yang tahu nilai sebenar udang ini, harga itu berpatutan,” katanya.
Dia yang menjalankan perniagaan sejak tiga tahun lalu berkata, selain ikan bakar, dia menjual ketam, udang dan sotong bakar serta menampilkan pelbagai pilihan hidupan laut yang lain.
Sementara itu, Suhaimi Yahman, 37, sanggup meninggalkan sementara kerja tetapnya selama sebulan semata-mata mahu merebut peluang menjalankan perniagaan pada bulan puasa.
Katanya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikannya kerana pada masa itulah gerainya kembali beroperasi selepas berehat 11 bulan sebelumnya.
Suhaimi yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta berkata, dia memohon cuti sebulan hanya kerana mahu berniaga di bazar Ramadan dan persiapan dilakukan beberapa minggu sebelum itu.
“Saya menjalankan perniagaan roti john hanya pada Ramadan sejak berusia 18 tahun lagi kerana bulan ini meriah dengan pelbagai juadah makanan dan mendatangkan rahmat kepada peniaga.
“Tidak seperti hari biasa, tempoh sebulan ini dianggap peluang menjana pendapatan kerana kebanyakan umat Islam gemar mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan juadah berbuka,” katanya.
Sekali imbas, gerai roti johnnya di bazar Ramadan Taman Setiawangsa, di sini, mungkin sama dengan gerai lain tetapi apabila dilihat secara dekat, roti john yang dijualnya mempunyai kelainan.
Tidak seperti roti john yang biasanya hanya berintikan daging atau ayam, dia menawarkan dua jenis inti tambahan yang unik iaitu rendang dan sardin.
Katanya, dia mendapat idea menukar inti roti john itu selepas mendapat maklum balas daripada pelanggannya yang mahukan kelainan dan daripada situ tercetusnya idea untuk membuat inti itu.
“Pada awal perniagaan, saya hanya menjual roti john biasa tetapi sejak kira-kira lima tahun lalu, saya menjual roti john berintikan sardin dan rendang. Sambutan diberi pelanggan sungguh menggalakkan, malah saya ada pelanggan tetap.
“Saya menjual roti john biasa berukuran 30 sentimeter panjang dengan harga RM3.50 manakala bagi inti sardin dan rendang, saya meletakkan harga RM5 setiap satu,” katanya.
Suhaimi berkata dia berjaya menjual 300 biji sehari dan berdasarkan hasil jualan tahun lalu, dia mampu mengaut keuntungan sekitar RM10,000 hanya dalam tempoh sebulan berniaga.


eemmmm jual udang bakar blh jd kayo kan...
eemmm tapi yg kat umah tu.. tak la kata nak di bakor..
lagipun kat umah tu.. kecik skit dri yg dijual kat bazar2 ramadhan tu..
karang klu aku goreng udang tu.. ada yg melalak plak :D


Align Center

17 Ogo 2011

DURIAN RUNTUH DARI NUFFNANG !!

Salam Semua

Waduh...waduh...lama tak berhapdet umah blues clues ni...
dah berhabuk dah...
ish..ish..ish... nampak sgt tuan umah ni malas nak menghapdet dah..
aahhhaakksss... emmm takde apa nak story mory sgt pun..
tu pasal tak berhapdet.. smpi berhabuk dibuatnya.. :D
eemm hari ni dh 17 hari semua umat islam berpuasa kan..
ada yg dah buat persiapan raya ke... ??
aku belum buat apa2 pun lg..
cuma baju Mirul je la.. dah beli skit...
peruntukan raya thn ni lari dari bajet yg sepatutnya..
dgn keta buat hal... moto my cik abg rosak..
emmm dugaan sungguh.. byk memerlukan duit bulan ni..

Walaupun cenggitu.. syukur alhamdulilah..
di saat kesempitan tu.. ada gak rezeki utk Mirul berhari raya..
aku terima cek dari nuffnang ari tu..





walaupun tak seberapa.. tapi alhamdulilah.. ada la rezeki tuk Mirul..
dah selamat pun aku cash kan dan dah selamat pun aku beli baju raya Mirul..
syukur alhamdulilah... dpt la 2 pasang baju raya Mirul..
jadi la... janji dia happy..
ibu ayah.. tak de baju raya takpe..
pakai je baju raya thn lepas..
anak kena di dahulukan...
bab2 yg lain.. sekadar ala kadar je kot...
apapun alhamdulilah... terima kasih NUFFNANG


p/s: ni kali kedua aku cash kan duit dari NUFFNANG...


8 Ogo 2011

Dah Seminggu Berpuasa

Salam Semua

Selamat pagi Senin..
heh..heh..heh.. baru ni sempat nak menghapdet ya..
seminggu tak berhapdet...
al maklum la.. kena keja luar..
makanya... tak dan menghadpet bagai..

Emmm hari ni dah 8 Ramadhan kan..
kejap je dah seminggu kita semua umat islam berpuasa...
heh..heh..heh...aku baru nak citer pasal pose..
org lain dah hari2 citer pasal pose kan...
takpe la.. at least blh menghapdet dah ni..

Emmm pose thn ni... amat2 menduga keimanan aku tau..
First day pose aku telah di duga..
aku mula pose sambil menghadapi bengkak gusi..
perrggghhhh.. memang tak tahan rasanya.. berdenyut2...
sampai pening pala aku dibuatnya...
seharian aku terbaring je... sib baik la.. first day tu.. aku coti..
klu tak... memang tak blh buat keja langsung la...
hari kedua... aku dah start keja luar...
sib baik la.. masuk hari kedua tu...gusi dah tak bengkak sgt..
lepas aku mkn ubat...
tapi dugaan bagi ku gak..
kena keja luar di panas terik tu..
oohhh... sgt mencabar gak tu...
apapun... aku tetap teruskan ibadah poseku..
aku pertahankan... dan kuatkan semangat..
sepanjang 5 hari kena keja luar...
berpanas terik... tapi tetap ku tempuh...
tu semua dugaan kan...

Bila citer bab sahur... alhamdulilah..
belum lagi la.. terlajak utk masa ni...
bab berbuka plak... memang best la kan..
setiap hari g PARAM kat Pt. Raja...
suasana tu.. hanya terdapat dlm bulan Ramadhan je...
memang meriah...
macam2 juadah ada...
tapi aku tak la memborong sakan..
sekadar beli apa yg perlu je..
kan kita tak digalakan bersikap membazir...
lagipun.. setiap balik keja.. aku masih sempat masak..
menghidangkan makanan... utk keluarga...
pergi PARAM pun beli kuih2 n air tambahan je..
maklum la.. cocer panas kan.. asyik nak minum air je...rasanya..

Citer pasal pose ni..
sepanjang seminggu berpose...
Mirul memang aku ajar gak berpose..
tapi hanya blh bertahan smpi kul 10 pagi je..pastu.. ma.. nak susu... :D
sepanjang seminggu tu.. dia bgn sahur sekali je..
hari lain.. dikejut2... tak nak bgn...
bila bangun tu siap minta makan
pastu aku ajar gak dia niat pose..
ok la.. blh ikut...
heh..heh..heh.. takpe la kan..
pelan2...
emmm ok la.. tu je hapdet ringkas...
nanti free2 aku hapdet lagi k...