N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

29 Dis 2009

Citer Pagi ni.. ???

Salam Semua...

Camne nak mulakan story mory utk hari ni.. ??
tetiba blank... ????
hilang idea plak pagi2 ni...
aahhaaksss...
blh gitu...??
padahal tadi sebelum masuk blog..
ada rasa macam2 idea nak mengarang...
tapi bila log in je.. tetiba "tap" (ahaakss siap bunyi tu..) idea hilang
eemmmmmmm??????
okies la.. memandangkan idea aku terbang entah kemana pagi2 ni kan..
meh aku kongsikan satu citer yg aku terima dari email salah satu yahoo group
tak pasti benar atau tak.. tapi bagi aku la tentu pernah terjadi perkara sebegini
citer ni perlu dijadikan iktibar utk kita terutama kaum perempuan a.k.a isteri2

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......

eemm... so apa pandangan korang...???
bagi aku la kan.. memang kita sebagai isteri wajib menjaga penampilan kita di mata somi..
biar hari2 dia pandang kita cantik + seksi (aahhaakss..ayat maut ni.. )
biar dia tak pandang ferempuan lain... (eemmm tapi kadang2 pandang gak kan.. ate namanya lelaki.. )
kita jaga pemakanan dan segala keperluan dia...
insyallah somi kita tak cari lain..
betul tak kakak2 dan semua isteri2 yg dah lama berkahwin.. ???
eemmmm cam aku ni kira baru gak la dlm pengurusan rumah tangga..
aku byk gak pelajari dari org2 yg lebih berpengalaman
sapa yg nak somi cari lain kan...
seorang isteri mesti nak kan sominya hanya utk isterinya je kan..
eemmm semoga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. insyallah..

p/s: dlm pada blank tak idea tu.. jd panjang berjela plak n3 aku ni.. ;)



28 Dis 2009

Lagi Berita Gembira itu..

Salam Semua...


Lagi berita yg buatkan aku duk tersengih2 sorang2 kat dpn PC ni..
nak tau sebab apa.. sebab ni ha...

ahhaaaksss.. Mirul tersenarai top 5 plak dlm contes umminabilah
kan hari tu aku ada buat n3 yg Mirul tersenarai as top 10
la ni syukur sesangat Mirul tersenarai lagi as a top 5 plak..
eemmm tak tau la.. sama ada Mirul blh menang as top 3 ke tak..
sebab nya.. yg lain2 pun not bad gak la...
apapun kita nantikan je pengumuman pemenang contest ni..
mekacih pada juri yg telah membuat pilihan..
syukur alhamdulilah..

nak tau lebih lanjut klik sini







Citer Gelagat Mirul

Salam Semua...
Eemmm ni kira kesinambungan dari n3 Mirul merajuk tu..
dari pada dia duk merajuk2 tu kan.. makanya nak suruh dia diam aku suruh dia main game
okies.. kali ni kan.. meh tgk camne Mirul main game plak..
heh..heh..heh.. tgk betul2 posisi Mirul masa tgh main game ni..

ahaaksss.. see dak Mirul ala2 kusyuk main game..
(abaikan kain2 kat bawah Mirul tu ya.. ate kan aku tgh melipat kain.. )
padahal tak tau main pun.. asal tekan keluar bunyi.. dah kira terror la tu konon..
korang blh bayangkan tak.. camne bebenornya posisi Mirul ni..
*
*
*
*

hah.. see yg bebenornya dia blh duk terbalik kat sofa tu..
pala kat bawah.. kaki ke atas..
siap cakap kat ibu dia ni..
"cepat ambil gambo ayul"
ahhaakss... blh gitu.. ??
ikut skee dia je kan...
lantak la nak.. asalkan ko duk diam..
keh..keh..keh..keh..





Merajuknya Seorang Anak !!

Salam Semua..

Ahhhaakkkss... n3 kali ni nak story mory pasal dak Mirul..
eemmm pasal apa lagi kan.. biasa la gelagat2 Mirul..
ni semua ku coretkan di blog cutemiut ni..
biar esok2 bila Mirul dah beso.. blh baca blk segala apa yg berlaku..
dan macam mana.. gelagat2 dia masa kecik...
insyallah... harapnya camtu la kan.. dan tu la tujuan blog cutemiut ni..
okies.. kali ni kan.. meh tgk camne Mirul merajuk..

see memang camtu la dia klu merajuk..
duk tutup muka ngan tangan camtu..
(dlm pada merajuk tu.. nampak gak ibu dia pegang kamera.. tu yg dia duk toleh skit.. )
ni kira ok la duk merajuk kat atas keta menan dia tu..
klu tak.. mau dia meniarap ngan gaya tangan tutup muka tu..
aahaaaksss.. lawak je aku tgk..


emmm muka budak merajuk
sebab kena marah ngan ibu dia..
dah tu.. sapa suruh sibuk nak lipat baju..
eemm kejadian ni masa hari Ahad yg lepas..
aku blk dari jemputan tu..
makanya sambil tgk TV duk melipat kain la kan..
budak Mirul ni pun sibuk gak nak tolong kononnya..
tapi bukan tolong.. menyepah kan lagi ada la..
ada ke.. baju yg dah dilipat.. dikirainya blk..
sapa yg tak hangin kan..
tu yg dia merajuk tu..
heh..heh..heh.. apa la budak laki merajuk kan..
lawak tau Mirul...



Berita Gembira itu..???

Salam Semua...


Ahhaaakksss... ni tgh excited ni...
tadi masa nak masuk blog.. nak buat new n3..
terbaca la kat shout box aku tu berkenaan ngan ni..
eemmm nampak tak korang..
msg dari lyafrina
mengatakan finalist utk contest I'm yours tu dah dipublish dah..
so aku pun berdesup la ke blog dia..
tgk kategori A.. eemmm tak de pun tersenarai..
gi plak kategori B... ish.. takde gak la..
agak memang takde harapan la kan utk jd finalist..
tgk plak kategori C.... skali terpandang kan gambo cik abg aku tgh duk gelak tu..
waaallaaaa... dlm tiga2 kategori... tersangkut gak as a finalist kat kategori C


hah.. tgk yg aku bulat kan tu..
tak sangka plak gambo tu menjadi pilihan juri
walaupun as a finalist je kan..
heh..heh..heh.. apapun good luck la ya...
tak tau lagi sapa yg menang... ;D
sebab tgk.. lain2 perserta pun tidak kurang hebatnya...
tapi tu pun dah buat kan aku syukur sesangat...
sebab tersenarai gak sebagai salah sorang finalist
mekacih pada semua juri..
nak tau lebih lanjut meh klik sini