N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

31 Ogo 2013

SEMANGAT BERKOBAR2... HAPDET !!!!!!

Salam Semua

Wah.... lama dah tak menghapdet blog blues clues ni...
bukan setakat sawang je yg ada..
sarang labah2... sarang segala sarang semua ada..
aaahhhaaakkkksss....
ni la baru bersemangat nak hadpet...
sebelum2 ni bukan takmo hapdet..
tapi tak asal nak buka blog je...
terus semangat takde...
terus diselubungi perasaan malas...
eemmmm mungkin di sebabkan kerana ni kot ..

 hehehehehe....
syukur alhamdulilah... sekarang ni puan punya blog sedang dlm prosess mengembangkan badan...
hhehehehehe... disebabkan PENYAKIT BUATAN ORANG.. :D
mungkin disebabkan pembawaan kot.. tu yg virus M melanda je..
tu yang malas nak berblog... 
padahal....byk story mory yang nak di luahkan kat sni...
sekarang ni BUKU MERAH dah ada dua...
dan Mirul bakal menjadi abang.. syukur alhamdulilah dengan rezeki yg Allah S.W.T
dan sekarang berkemungkinan blog ni akan kembali meriah
dengan story mory tentang baby.. Insyallah..
tengok pada mood puan blog ni la... :D

Tahun ni memang ramai kengkawan blogger yang mengandung..
ada yg dah bersalin dah...
kalau ikut perkiraan sekarang ni aku dah 20 minggu = 5 bulan..
emmm kalau ikut jangkaan doktor..
tahun depan baru aku bersalin...Insyallah... :D

So la ni... blog ni akan aku hapdet setiap hari..
tak pun akan ada auto n3 untuk setiap minggu tentang perkembangan bayi...

Minggu 1

Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Minggu 2

Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3

Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4

Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

Minggu 5

Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.

Minggu 6

Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 8

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 9

Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.

Minggu 10

Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.

Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.

Minggu 11 

Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.

Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

Minggu 12

Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.

Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.

Minggu 13

Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.

Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.

Minggu 15

Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.

Minggu 16

Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.

Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.

Minggu 17

Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.

Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.

Minggu 18

Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.

Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.

Minggu 19

Bayi Anda
Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.

Tubuh anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.

Minggu 20

Bayi Anda
Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.

Tubuh Anda
Rahim semakin cepat membesar  dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.

Emmmm yang aku highlightkan tu adalah perkembangan bayi dalam perut aku buat masa ni..
ini kerana usia kandungan sekarang ni dah masuk ke 20 minggu..
aku berharap.. insyallah semuanya akan kekal sempurna dan sihat sejahtera..
ketika ini aku dah mula merasakan pergerakan baby dlm perut..
kadang2 tu sampai keras perut dibuatnya..
pengalaman kedua aku yang tak dapat dilupakan..
sama gak cam abgnya dulu ketika dalam perut..
sangat2 aktif... :D
semoga kali ini pun sama seperti 6 tahun dulu..
semoga semuanya dipermudahkan..
sihat dan sejahtera....insyallah 
gambo terkini mak buyong...
 
 hehehehe.. gambo raya 2013
kembang sekembangnya..
sib baik di lindungi dak Mirul... :D
jadi tak nampak la ibunya yg mengembang tu... :D



 

14 Jun 2013

OOOOOOPPSSSS BERSAWANG SUDAH...

Salam Semua


 Wah... lama giler tak menghapdet blog cutemiut ni..
hampir sebulan gak blog ni terabai gitu je..
penuh dah ngan sawang2...
emmmmm ada ke yg masih sudi tuk menjengah blog blues clues ni..
maaf la ya... mood tuan rumah kelaut... ;(
ni pun tahap lemau nak membersihkan sawang2 kat rumah blues clues ni..
eemmmm story mory terkini..???
dak Mirul alhamdulilah..
semakin membesar dengan jayanya..
bab persekolahannya pun berkembang dengan baik...
sungguh memberangsangkan..
cikgu dia pun cakap... 
Mirul ni cepat pickup apa yg di ajar...
tapi klu dtg bab dia malas... dlm kelas dia nak baring pun jadi...
bab membaca dan mengenal huruf 
alhamdulilah... tulisan2 kat paper2.. kat tv..
dah pandai eja dan baca sendiri...
syukur alhamdulilah... umur 6 thn.. dia dah boleh membaca dengan jayanya...
so boleh la pas ni Mirul diharapkan untuk menjadi abang... ;)
oooppssss.... insyallah...coming soon... ;)
hahahahaha... ayat2 kiasan tu... :D
okey la.. tak blh lama2 tgk laptop... cam mabuk plak... pening pala..
so ada masa.. insyallah berhapdet lagi sambil membersihkan sawang2 yg ado... :D
 
 p/s: ntah bila nak menghapdet bagai... tunggu Mirul dapat adik kot... hahahahahahahaha



 

12 Mei 2013

SELAMAT HARI IBU

Salam Semua

Hari ni hari istimewa untuk semua ibu, emak, umi, bonda, mama dan seangkatannya..
so untuk semua yg bergelar ibu, emak, bonda, mama.. dan seangkatannya..
selamat hari ibu buat semua...




 KHAS BUAT IBUNDA KU TERSAYANG...
TERIMA KASIH DIATAS SEGALA PENGORBANAN MU..
PENGORBANAN MU UNTUK MEMBESARKAN AKU, 
TELAH MENGAJARKU ERTI KEHIDUPAN..
PENGORBANANMU... TAK TERBALAS RASANYA
BESAR SUNGGUH PENGORBANANMU...
ENGKAULAH RATU HATI KU..
TIADA BANDINGAN.... ENGKAU LAH SATU2NYA IBU KU YG MELAHIRKAN KU DUNIA..
SAYANG IBUNDA KU...
PUAN ZAHARAH ZAKARIA..

p/s: tahun lepas.. aku dapat kad ucapan dari anakanda Mirul... terharu gak... tersentuh hati bila baca kad dia buat sendiri... walaupun comot2... dan tak seberapa... aku tetap hargai.. dan simpan hingga kini dan selamanya....tahun ni... takde kot... :)
 
 



 

4 Mei 2013

PERANG BENDERA SEBELUM PILIHANRAYA

Salam Semua

Tajuk utk n3 hari ni..
almaklum la.. musim2 pilihanraya kan..
so sana sini penuh ngan bendera2..
macam2 warna.. meriah gitu...



 

 

 ni la suasana kat area aku..
sana sini bendera berkibar2 dengan megahnya..
ada biru.. hijau.. biru muda..
biasa la kan.. ikut pada pakatan masing2..
sepanjang jalan penuh dengan bendera2..
semakin dekat tarikh nak mengundi..
semakin rancak sesi pacak memacak bendera..
ni bilik gerakan kat kg aku..
kemain meriah tau..
dkt je ngan umah aku pun..
seberang jambatan je..



meriah kan..
sebab ada pertandingan bilik gerakan tercantik..
pintu gerbang terbaik..
tu yg setiap bilik gerakan sakan menghias..
almaklum la.. bukan selalu dpt tgk situasi camni..
4 tahun sekali je pun..
tu yg meriah yg amat..

hehehehehe...
ni semangat piliharanya ni..
smpi keta pun nak kena hias..  :)

Ok la... selamat mengundi ... selamat memangkah
kepada warga negara yg berhak mengundi..
apa pun yg kita undi.. undi kita adalah rahsia
 
p/s: n3 pendek je.. tapi gambo terlebih story mory.. ;)



 

2 Mei 2013

COTI2 1 MEI : TASIK Y A.K.A TAMAN DINOSOUR

Salam Semua

Sebelum mula n3 utk story mory ni..
SELAMAT HARI PEKERJA UTK SEMUA PEKERJA2 SELURUH DUNIA..
terlambat skit nak wish..
al maklum la.... baru la ni sempat nak menghapdet bagai... :D

Okies 1 MAY ari tu.. tak planning pun nak kemana2..
tapi di sebabkan kesian plak dak Mirul tak jalan2 kemana waktu ibu n ayah dia cuti..
so just bawa dia g main2 kat taman dinosour a.k.a Tasik Y Batu Pahat
wah sgt2 seronok la dia..
dapat jenjalan walau pun hanya ke tasik Y.. 
yeehhaaaa... meh naik dinosour..
goyang jgn tak goyang... :D

biasalakan... budak2 memang confirm suka main2 playground2 cam ni..
kat tasik Y tu.. segala gelongsor dari kecik hingga beso.. semua ada..
tinggi rendah pun ada...nak ngan tak nak je mainnya..

si ayah melayan anak main dari satu tempat ke satu tempat..
semua tmpt permainan dia nak main.. 
si ibu.. duduk2 lalalalala....

dua ekor dinosour yg tak pernah berubah2 tempatnya...
di situ la berdiri teguh dari azali.. :D
si ayah ngan si anak yg duk bersantai2 di tepi tasik...
muka budak puas hati dapat main kat taman permainan..

jap2.. posing2 dlu kat kaki dinosour..
dengan pertanyaan kat kepala..
napa dinosour ni tak gerak2... :D
gelongsor ni palint tinggi yg bebenornya..
dak Mirul skee btl main gelongsor ni..
dia akan panjat smpi ke puncaknya..
pastu... masuk dlm terowong gelongsor tu..
berpusing2 nak turun.. 

dah puas main gelongsor tu..
duk la main panjat2 spiderman ni ha..
ibu yg takut.. maklum la.. karang klu jatuh..
tak pasal2 je kan..
tapi tu la anak jantan.. bab panjat memanjat ni..
serah la pada dia... 

Dah puas main.. lapo plak kan..
makanya g la sesi cari2 makan..
al maklum la.. kan cuti2.. makanya masak pun cuti gak erk..
pas dah kenyang perut baru la sesi balik kerumah
utk bersantai2 kat rumah plak.. :D

p/s: walaupun hanya sekejap je jenjalan.. si anak sgt puas hati..almaklum la dapat keluar jenjalan.. :D




 

SESI POTONG KEK BESDAY MIRUL KAT RUMAH PLAK

Salam Semua
 
Heh..heh..heh.. masih lagi mood nak menghapdet citer besday dak Mirul..
yg bebenornya.. lambat upload gambo sesi potong kek kat umah
kejadian masa malam besday Mirul...
ate siang sambut kat sekolah..
blk rumah blh plak request nak potong kek lagi...
tapi nak potong kek ngan ibu n ayah..
aaayyyaaarrkkkksss....
nak tak nak.. balik keja..
g la si ibu beli kek lagi sebiji 
demi nak memuaskan hati besday boy...


Jam menunjukkan kul 10 malam
baru la nak buat sesi potong kek tanpa ayah di sisi...
disebabkan si ayah masih belum balik dari keja..
almaklum la byk keja... so tak dpt la nak join sama..
apapun kira ok la.. ada sepupu 2 org yg duk serumah
memeriahkan sesi potong kek... 
jadi la kan... dari takde...

aahhaaakksss... muka besday boy
tak puas hati tak dpt potong kek ngan ayah..
takpe la nak... ibu ada kan..
so boleh la... janji dpt potong kek lagi... :D
kek besday coklat 
klu siangnya kek bluebery ada spiderman..
telah selamat di dalam perut kengkawan dak Mirul masa kat sekolah..
malam plak.. kek coklat ada moto racing di atas kek..
so happy.. bab dpt moto racing atas kek tu.. :D

p/s: untung la.. dpt potong kek byk kali.. klu ibu.. tak merasa la nk dpt potong kek byk kali.. ate dah tuakan.. ;D





 

26 Apr 2013

MIRUL SAMBUT BESDAY DI PRA SEKOLAH NUR KASIH

Salam Semua

Hehehehehehe...baru kini la nak menghapdet psl besday Mirul..
bukan apa... ibunya bz bagai... tak dan nak menghapdet blog...
sib baik sempat la menguploadkan gambo masa besday..
kalau tak.. takde kenangan la besday Mirul utk thn ni.. 
eemmm bulan ni story mory berkaitan ngan besday Mirul...

Mohammad Amirul Hisham dah pun berusia 6 thn untuk tahu ni..
makin membesar.. makin panjang akal fikirannya..
perkembangan dia sekarang ni... semakin la berkembang2..
sama cam orangnya gak.. :D
kat sekolah.. cikgu dia kata.. dia sgt2 la proaktif juga sgt2 talkative..
aahhhaaakkksss... ikut sapa la tu ya...
mulut asyik nak bercakap dan bertanya..
sampai tak terjawab di buatnya...
itulah dia Amirul Hisham punya karenah.. :D

Okies meh story mory pasal besday dia aritu..
tahun ni siap request... nak buat besday kat sekolah aje..
nak sambut ngan kengkawan katanya...
makanya ibunya gagahkan gak buat persiapan kecil2 an tuk si anak sambut besdaynya...
ala biasala kan utk budak2 ni..
at least ada la bungkus jajan2 skit..
pun dah kira suka la budak2 tu...
meh tgk gambo sebagai penyeri cerita... :D
tu dia segala bungkusan goodies tuk besday si anak...
ni kira kes kejadian sehari sebelum besday dia..
sempat la belikan jajan ni...
pastu duk simpan dlm keta...
siap balik umah mak aku kat JB lagi..
nak bungkus goodies2 ni semua...

ni la goodies yg dah siap di packing..
heh...heh..heh..heh.. simple2 je la..
sempat la buatkan tag nama utk lekatkan kat goodies tu...
bagi nampak menarik skit...
pastu masa hari kejadiannya..
22 April 2013...baru la hantar goodies2 ni semua kat sekolah dia...
tapi sebelum tu... aku memang dah planning nak bagi cup cake je
kalau jadi buat besday thn ni..
makanya.. dah siap tempah cup cake yg sgt2 maveles..
siap ada gambo boboi lagi tu..
al maklum la..dak Mirul minat ngan katoon tu..
ada gak katoon lain.. tapi lebih berkenan ngan katoon tu..

hah ni la dia cup cake tu..
so nice kan..
cam tau2 je aku nak kaler biru..
lebih sesuai kan utk boboi... :D
ada beberapa gambo boboi tu sgt2 cute..
rasanya pun sgt2 maveles...
so senang kan... :D
meh close up skit




ok kan..dak Mirul sgt2 suka makan cup cake ok....
tu yg aku tempah lebih..
kononnya dpt la makan tuk org2 lain selain dari kawan2 Mirul kat sekolah..
aku tempah 48 pcs.. 30 pcs hntr ke sekolah Mirul..
yg selebihnya bagi anak jiran ngan kengkawan aku..
dan ada la dpt balance dlm 7 pcs aku simpan kat umah..
yelah kan.. baru adil.. semua dpt rasa.. :D
selain dari cup cake tu..
cikgu Mirul ada gak ckp.. klu nak potong kek.. beli je kek yg kecik2..
sekadar.. saja2 buat syarat kononya..
makanya ada gak la kek kecik selain dari cup cake tu

cute coklat kek..
khas utk dak Mirul potong kek..
gigih ibunya g beli kat kedai kek pagi2..
siap tolong buka kan skali kedai kek.. :D
siap ada ultra man tecit tu..
almaklum pagi2 tak byk pilihan.. tu je yg ada..
so jadi la kan.. dari takde...


situasi kat sekolah Mirul...
kalau thn lepas dak Mirul sambut besday kat sekolah Tadika Kemas..
tahun ni dia sambut besday kat PRA SEKOLAH NUR KASIH, PINTAS PUDING, PT RAJA plak..
situasi yg berbeza.. yelah la kan... dah sekolah lain...
dlu masih blh ikut dan je...
tapi la ni.. kena ikut law ya..
time makan kul 10 pagi... makanya ibu gagahkan g beli kek
siap tolong bukakan pintu kedai kek lagi..
semata2 nak kejo masa waktu rehat sekolah..
tu yg kek.. apa yg ada je la sempat di beli... :D
apapun janji dia happy...
okies tu je la story mory sambutan besday Mirul kat sekolah..
nanti kita sambung ngan story mory mini besday Mirul plak ya... ;D

 
 

22 Apr 2013

SELAMAT ULANGTAHUN YG KE 6 THN SAYANG..

Salam Semua


Hari ni 22 April 2013 
 Hari yg memang ditunggu2... 
Hari ni ulangtahun kelahiran anak bujang aku.. 
meh kita wish besday untuk besday boy..
 " ALLAH SELAMATKAN KAMU.."
 " ALLAH SELAMATKAN KAMU.."
 " ALLAH SELAMATKAN AMIRUL HISHAM.."
 " ALLAH SELAMATKAN KAMU.."
Dah beso dah anak ibu ni..
dah semakin bijak dan pandai..
alhamdulilah ibu bangga dengan perkembangan Mirul..
semoga anak ibu ini menjadi anak yg soleh..
berjaya di dunia & akhirat..
insyallah.. ibu sentiasa berdoa semoga anak ibu ni
menjadi yg terbaik di dalam kehidupan..
di permudahkan segala urusan kehidupan..
insyallah..
Itu harapan ibu dan ayah..