N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

11 Nov 2012

MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA KEMAS KAWASAN SRI GADING DI UTHM

Salam Semua

Sepatutnya n3 ni publish pada tarikh 5hb November yg lepas ni..
akan tetapi baru sempat nak upload gambo2..
makanya terpublish selepas seminggu kejadian...

Sekarang ni kan dah bermula cuti sekolah..
makanya sana sini bercerita tentang konvokesyen 
aku pun tak ketinggalan tuk berstory mory tentang konvokesyen anak aku..
sapa lagi kalau bukan MOHAMMAD AMIRUL HISHAM
 seminggu sebelum kejadian..
dah terima surat dari sekolah Mirul..
mula2 kan cam confuse gak la..
sebab setahu aku.. budak2 yg 5thn tak terlibat utk majlis konvokesyen tu..
tapi bila dpt surat dari sekolah..
baru tau.. Mirul terbabit utk penerimaan sijil tu...

surat jemputan dari sekolah...

disertakan skali pas masuk berserta pas utk kenderaan..
makanya pada 5hb November tu..
berlangsungnya majlis konvokesyen
Tabika Kemas Kawasan Sri Gading 
Tahun 2012
bertempat di dewan UTHM Batu Pahat...
masa : 2 petang

suasana pentas..
hanya aku ngan Mirul je yg pergi..
ayahnya tak dpt serta.. disebabkan kerja..
tgk dewan tu.. teringat masa zaman2 aku terima ijazah plak..
tapi aku bukan kat UTHM.. aku terima kat UITM SHAH ALAM.. :D
Masa kami sampai tu.. budak2 sekolah Mirul belum ada yg nampak..
kanak2 diminta duduk ditempat yg di sediakan...
ibu bapa plak di tempat yg lain..
makanya aku tinggalkan Mirul bersama cikgunya..
kanak2 yg menerima sijil.. diminta memakai jubah..
alahai cute2 je aku tgk...
sebanyak 45 buah sekolah dan 600 lebih kanak2 bakal menerima sijil..
punya la ramai... riuh rendah dewan tu di buatnya..
sib baik la smpi awal... kalau tak.. takde tmpt duduk di buatnya

oh anak ku..
terharu tgk dia pakai jubah ngan topi tu..
dah macam nak konvo org beso gitu.. 

kesukaan sebab nak ambik sijil ya..

Majlis di rasmikan oleh 
YB Dato Haji Abd Aziz Bin Karpawi
Adun Parit Raja merangkap Exco Kerajaan Negeri Johor
gambo terpaksa ambik dari screen beso...
sebab duduk kat tgh2 susah skit nak keluar masuk ambik gambo..
so zoom je la dri tmpt duduk.. 

selepas ucapan berjela2 Dato..
maka ucapan perasmian majlis di iringi paluan kompang..
menandakan rasmi sudah upacara penerimaan sijil kanak2 tabika Kemas..

acara pembukaan tarian zapin dari kanak2 tabika 

heh..heh..heh.. just nak info je la..
yg jd mc pada hari tu.. cikgu Mirul..
Cikgu Eni yg baik hati..

ni kawan Mirul..
Adam namanya... pelajar cemerlang
mewakili sekolah mirul..
umurnya 6 thn..
dia dah bersekolah di tadika tu.. dari umur dia 4 thn..
kira cam senior la ni.. :D


beratur menunggu giliran 
oh anak ku...paling beso..
smpi baju jubah tu singkat dibuatnya

masa time Mirul ambik sijil tu..
gambo blur plak..
rasa terharu bila tgk anak berada di atas pentas tu.. menerima sijil..
walaupun sekadar sijil tamat persekolahan..
walau pun bukan tersenarai utk pelahar cemerlang..
ibu tetap rasa terharu tgk Mirul pakai baju jubah tu..
ibu bangga ngan anak perkembangan anak ibu...

Pas selesai majlis..
baru la ibu bapa baru blh ambik anak masing2..
Mirul masa mula2 masuk pintu dewan..
dah ckap nak beli bunga yg ada bear tu..
ala bunga yg mcm org konvo tu..
utk kenangan, ibu belikan la Mirul satu..
pastu posing2 dlu sebelum blk..
budak yg dah lepas konvo..
kemain lagi posing kat dewan UTHM


posing2 ngan ibu plak... :D
aahhhaaakkssss.. ibu pun nak interframe gak... :D

Pas posing2 kat dlm dewan..
posing2 plak di luar dewan...



ambik kesempatan utk berposing di dataran Siswazah ni..
dah alang2 ada dpn dewan kan..
posing2 la gitu..
belon tak lepas...
sibuk betul org yg jual belon tu..
memang ambik kesempatan btl..
budak2 ske la.. mak bapak tak blh lari punya..
klu anak dah nak kan..
rega satu belon tu.. RM7 gitu..
rega gitu pun terpaksa gak beli...
sebab takde pilihan...

berposing plak kat air pancut tu..


merasa gak Mirul berposing kat kapal terbang ni..
kalau lalu dpn tu.. Mirul slalu ckp..
Ibu... bila ayul blh naik kapal terbang tu..
smbil tunjuk kat kapat terbang ni..
eemmm kapal terbang ni.. tak blh naik..
hanya blh berposing2 je..
kiranya tercapai sudah hasrat nak bergambo kat kapal terbang tu..
majlis tamat dkt2 kul 6 gak la..
time tu plak.. org berpusu2 nak blk dah..
ofice hour lagi.. makanya jem la jalan..

hah ni la piala cenderahati dari Kemas..
utk majlis penerimaan sijil tu..

yang ni plak.. bunga yg ada bear tu.. 
pilihan Mirul..
tanda kenangan utk majlis konvokesyen tu..

ni plak... patung angry bird..
kemain nak 2 skali arung..

ni la tanda kenangan dari ibu... utk anak ibu
bersempena majlis konvokesyen tu..
nanti kalau Mirul berjaya di majlis konvokesyen yg betul2..
lagi beso bunga tanda ingatan buat Mirul ibu belikan.. :D

ni la sijil Pendidikan Prasekolah Mirul..
namanya cikgu salah taip plak..
apapun ini kenangan yg terindah buat Mirul..
sijil ni dah siap di frame dah..

p/s: cuma rasa ralat gak la.. sebab tak dpt nak bergambo ngan Mirul masa dia pakai Jubah tu... 




 

1 ulasan:

ct rahani berkata...

wah tahniah mirul.. semoga terus berjaya ye syg.. aidil lak x naik pentas sebab tadikanya khas utk yg umor 6 tahun.. next year la baru merasa naik pentas.. :)