N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

21 Okt 2011

Jumaat Penuh Emosional

Salam Semua

Selamat hari Jumaat...
hari ni mood nak g keja cam ada skit malas..
maklum la Jumaat kan..so mood malas tu mula la menguasai diri..
heh..heh...heh..heh...
okies story mory Jumaat...
pagi2 tadi g keja.. agak jem la..
tu perkara biasa la kan klu kat JB ni..
pagi ptg jem memanjang..
tapi hari ni jem tu bertambah2 jem di sebabkan
ada kemalangan yg berlaku kat sekitar pandan tadi...
melibatkan 4 keta di lorong paling kanan..
senang citer lorong tuk laluan laju la kan..
eemmm 4 keta berlanggar secara bertunda2...
tu yg menyebabkan jem panjang gak la..
sib baik aku masih smpt smpi office..
masa aku lalu tu.. 2 keta dah beralih ketepi jalan..
2 keta masih lagi di tmpt kejadian..
dan aku nampak.. salah sorang pemandu tu adalah perempuan...
eemmm tgk keadaan ketanya tak la berapa teruk...
keta yang belakangnya agak teruk gak la..
aku yg bebenornya bukan nak story mory pasal keadaan keta tu...
tapi attitude rakyat m'sia ni..
bila berlaku kemalangan camtu..
ramai plak yg prihatin kan....
terutama bila kaum perempuan terbabit dlm kemalangan tu..
bagus..bagus.. di keprihatinan rakyat m'sia ni...
prihatin smpi menyebabkan kesesakan jalan raya pun ya gak la kan..

Akan tetapi attitude di China plak lain..
tak de sifat keprihatinan terhadap manusia..
napa tetiba plak aku citer pasal kat China kan..
eemmm korang2 mesti tau kisah budak tecit 2 thn yg kena langgar tu kan..
sedang hangat di perkatakan sekarang ni...
kesian.. sedih.. pilu.. ngan keadaan budak tu sekarang...
geram... sakit hati ngan attitude mereka2 disana yg tak berperikemanusiaan..
marah ngan undang2 di sana....
dimana aku ada terbaca kat satu email yg aku terima
berkenaan kenapa rakyat2 disana taknak membantu budak yg kena langgar tu
meh baca apa yg aku copy n paste kan dari email

**** copy from email ***
Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."
Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?
Jom kita baca...
"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...
Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.
HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah

Sekarang tao nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,
Sila jangan tolong..ASAL?
PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..

Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?
Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.
Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,
die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die
kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu
akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...
Tao berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !
JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...
Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...
Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri
***********************
eemmmm see.. sedih kan... dimana sifat keperimanusiaan...
sgt2 kesian...
pastu pagi tadi kat MHI pun keluar isu ni..
ramai rakyat M'sia yg mempertikaikan culture yg diamalkan kat China tu..
tak patut kan...
sedangkan binatang yg tak berakal pun tau bantu membantu antara satu sama lain..
ini kan manusia yg berakal...takde perasaan langsung...
ishhh..emo ni...
so apa pandangan korang plak...



20 ulasan:

eis berkata...

sedih sgt.

Neeza.Areef berkata...

dah itu amalan negara dier kan..nk wat camne..

J@J@ / Bini The Rock berkata...

Bos aku (Cina) x nak plk mengulas cerita kenapa masyarakat kat China sana mcm tu dia punya 'sikap buruk' dia..walhal setiap hari setiap waktu asek membanggakan kemajuan dan org2 di China dan S'pore, siap merendah2 kan org kat Malaysia ni ha (walhal sampai skrg xmo plk dia berhijrah ke China sana, menyampah!)..
Bila berlaku kes bdk ni kena langgar berkali2, tak berani plk dia menyanjung org2 china sana..hohh!

hmm..
mgkn kat China sana dah terlalu ramai manosia..nyawa tu mcm dah tak berapa penting...kan??

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

arhgghh..sakit hati la sis....diorang ni tak berperikemanusiaan langsung..anjing pun ade perasaan taw .......

mekchu berkata...

semalam baru terasa kuat semangat nak tgk.. hasben dah pesan jgn tegk.. tp degil.. pas tu menyesal sbb tgk..

atty's berkata...

undang2 negara china dah tetapkan camtu..bersyukur sbb tinggal di malaysia

Tihara berkata...

pelik kan negara cina ni..tamadun mereka antara yg tertua di dunia tapi attitude rasanya paling mundur..

NzA berkata...

bila lihat dr sudut prundangan, mmg menakutkan kalau jadi camtu...trpaksa brfikir brkali2 utk membantu n hilang sifat kemanusiaan demi menyelamatkan diri...
Sedih sgtkan.....

kakyong berkata...

hmm, kalo tgk drama china.. mcm tu lah.. sapa yg di nampak sedang pegang org yg sedang jatuh @ kemalangan, terus dituduh salah.. gamaknya, polis negara china ni dah malas nak buat koje kot, malas nak buat siasatan..

jgn lah terjadi mcm tu di negara kita nih...

Nida berkata...

Salam...

Kat Pandan tu sokmo jammed..

Adik Yue Yue telahpun berada di tempat yang aman.. kehilangannya memberikan pengajaran kepada semua masyarakat dunia tentang hilangnya sifat berperikemanusiaan manusia sekarang...

CuTeMiUt78 berkata...

~eis~
yup.. sedih kan

CuTeMiUt78 berkata...

~neeza~
yup betul.. tapi biar la beperikemanusiaan... budak 2 thn.. apa la yg diaorg tahu kan

CuTeMiUt78 berkata...

~j@j@ bini the rock~
aaahhh.. sama la.. akku dlu keja di bawah arahan cina gak.. pergghhh... klu dah dasar komunis tu... komunis gak la...

CuTeMiUt78 berkata...

~mawar berduri~
eemmm btl tu...

CuTeMiUt78 berkata...

~mekchu~
aah sama kita.. mula2 cam tak nak tgk.. tapi tertengok gak.. pastu nyesal tak sudah

CuTeMiUt78 berkata...

~kty~
yyelah kty... harap2 kita di negara m'sia tak terjadi cenggitu kan

CuTeMiUt78 berkata...

~tihara~
yup betul tu....

CuTeMiUt78 berkata...

~kak nza~
aah la kak.. sedih sgt

CuTeMiUt78 berkata...

~kak yong~
eemmm agak kot... harap2 negara tak cam tu kan

CuTeMiUt78 berkata...

~nida~
eemmm mana tak nya.. asyik la buat jalan sana.. buat jalan sini.. tu yg jam memanjang..
eemm betul tu...