N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

2 Mac 2011

INDAH NYA..!!!!!

Salam Semua

Okies kalau tadi dah story mory pasal kecanggihan
vending machine kan..
la ni nak story mory pasal keindahan masjid2 kat Malaysia ni..
rasa cam bangga gak la bila Malaysia mempunyai arkitek2
yg berpengalaman dan kreatif tuk pembinaan kat Malaysia ni..
artikel ni pun aku dpt dari email..
(kebelakangan ni more n3 aku paste dari email2 je kan... kira ok la berhapdet ngan n3 email.. saja skee berkongsi apa yg aku terima.. )

******************************************
Masjid merupakan rumah ibadat untuk umat Islam. Di Malaysia, masjid-masjid kebanyakannya mempunyai senibina yang menarik sehingga menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang ingin melihat keindahan Malaysia. Antara masjid yang tercantik di Malaysia ialah:

Masjid Ubudiah

Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.


Masjid Wilayah Persekutuan

Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.


Masjid Kristal

Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.


Masjid Putra

Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.


Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.
*********************************************

cantik2 kan.. aku skeee tgk struktur bangunan masjid ni..
satu keunikan...satu ketenangan...





Canggih nya..!!!!!

Salam Semua

Pagi yg cerah...
perjalanan ke office pun hari ni agak lancar la..
dua tiga hari ni... hantar Mirul ke rumah pengasuh pun..
tak byk karenah sebabnya masa di hantar tu..
dia masih tido...
so just angkat dukung je la..
di kejut memang takmo celik mata..
tu yg tak yah nak memujuk2 dia klu dia merengek..
senang skit.. bagi susu pejam blk matanya... ;D
ok tu kisah Mirul...

Hari ni nak story mory pasal Vending Machine..
eemmm tetiba plak nak citer pasal ni kan..
actually aku dpt dari email pasal vending machine ni..
meh tgk kecanggihan vending machine yg terkenal kat negara Jepun ni



Di Jepun, vending machine sudah menjadi kebiasaan dan sering dilihat di tempat-tempat tertentu. Tetapi mesin-mesin ini bukan sekadar menjual minuman seperti biasa, malah pelbagai lagi barangan yang mungkin kita fikir tak mungkin boleh dijual melalui mesin ini. Menurut Persatuan Pembuat Mesin Runcit, Jepun mempunyai satu mesin runcit bagi setiap 23 orang penduduk.

Mesin Minuman – Menjual pelbagai jenis minuman ringan. Terdapat juga minuman panas dan minuman tenaga. Satu tin minuman ringan selalunya berharga 120 yen dan bagi tin lebih kecil seperti kopi biasanya lebih murah.


drink2

Mesin Rokok – Merokok dilarang bagi mereka yang berusia 20 tahun ke bawah. Namun terdapat lebih kurang 500,000 buah mesin runcit yang menjual rokok di Jepun. Mesin ini selalunya ditutup antara 11 malam hingga 6 pagi.


cigarette

Mesin Beras - Nasi ialah makanan ruji orang Jepun. Jadi bukan sesuatu yang pelik jika terdapat mesin yang menjual beg-beg beras sehingga 10kg. Terdapat juga mesin yang menjual beras dalam bekas seperti tin minuman.


rice

Mesin Bunga - Dengan kesibukan kebanyakan pekerja di Jepun, mungkin mesin ini ada gunanya. Mereka boleh membeli bunga bila-bila masa sahaja untuk berbaik-baik semula dengan pasangan masing-masing.


flower

Mesin Pakaian Tidur/Dalam – Bagi mereka yang tak berkesempatan beli ketika kedai masih dibuka :-p


lingerie


Mesin Alkohol – Minuman beralkohol juga dilarang bagi mereka yang di bawah 20 tahun. Jadi mesin ini akan ditutup antara 11 malam hingga 6 pagi bagi mengelakkan golongan muda membeli minuman ini.


alcohol

Mesin Bateri – Dengan kedai elektronik yang banyak di Jepun, agak pelik bila melihat bateri juga dijual melalui mesin sebegini.


battery


Mesin Tisu Tandas - Anda mungkin menganggapnya remeh tetapi anda pasti memerlukannya satu masa nanti.


toilet paper


Mesin Payung – Sediakan payung sebelum hujan! Tetapi mungkin yang lebih tepat sekarang, sediakan syiling sebelum hujan kerana anda boleh mendapatkan payung hanya dari mesin!


umbrella

Mesin Telur – Jangan risau jika telur yang dibeli akan pecah kerana mesin ini mempunyai sistem yang baik bagi mengeluarkan telur yang anda beli.


egg


eemmm... canggih yg amat kan..
agak2 korang la.. klu la vending2 machine ni berada kat Malaysia...
mesti senang kan klu time2 emergency... ;D



1 Mac 2011

Salam Perkenalan : FACEBLOG

Salam Semua..

Emmmm tadi konon ala2 blogwalking la..
ziarah menziarahi kengkawan yang lama tak di jenguk..
baca setiap n3 yg tertinggal..
maklum la aku ni lama dah tak berblogwalking..
jd mana blog yg aku singgah tu..
aku akan marathon baca n3 yg tertinggal..
ni pun masih ada lagi blog yg tak sempat nak baca n ziarah..
tengah2 memblogwalking tu.. sekali terbaca pasal
FACEBLOG ni

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit


terus rasa cam tertarik n menarik nak menjoinkan diri..
so kepada ahli2 FACEBLOG
salam kenal dari saya cutemiut78 ..... ;D



Yummy..Yummy !!!!

Salam Semua

Heh..heh..heh.. time lunch kan..
so memang sesuai la ngan n3 pasal makan2 kan.. :D
actually kejadian makan2 ni 2 minggu lepas punya story mory..
baru teringat nak menghapdet hari ni.. dulik aaaarrr....

So masa.. hari Jumaat 2 minggu yg lepas
mak aku ajak teman kan dia g hantar auter baju uniform dia..
memandangkan masa tu mak aku tak bawa keta..
so aku la yg menjadi driver kan..
tepat waktu lunch.. terus berdesup ambik mak aku kat ofice dia..
pas dah hantar baju tu.. planning plak ke Angsana...
niat asal hanya nak membelikan air herba tuk makcik aku..
pas dah g membeli apa yg di cari..
sesi mencari makan2 plak..
g la kat food court Angsana kat bawah tu..
rambang mata n selera tak tau nak makan apa..
last2 decide makan ni...


aahhaakksss.. ABC + aiskrim...
giler beso punya mangkuk..
di sebabkan beso gaban kan..
kami kongsi je 1 mangkuk tu = 2 beranak..


makannya.. yong tau hu /fu..
klu kat Jb ni memang terkenal ngan yong tauhu/fu ni..
klu area sini memang makannya..ala2 cam mkn steam boat tu..
kuahnya adalah sup..dan bahan2nya di celur dulu..
klu tmpt lain klu tak silap aku.. cara nya lain..
bukan makan ngan sup.. tapi ada gak ngan kuah kacang
so tuk menu yong tauhu/fu ni pun kami order 1 mangkuk..
giler beso... makan kongsi 2 org..
buuurrrppppp alhamdulilah.. kenyang..

Tengah2 sedap2 menikmati hidangan...
tetiba hujan turun ngan lebatnya..
siap guruh bagai berdentam dentum..
dah la area tmpt makan tu.. open air..
makanya tempias la jadinya..
sib baik la kedudukan kami kedalam skit...
klu tak.. mau gak lencun kami di buatnya.. :D
habis sesi makan2.. baru la hantar mak aku blk ke office..
dan aku pun blk ke office gak la...
heh..heh..heh.. tu je la citer pasal makan2.. :D



KASIH SAYANG..!!!

Salam Semua...

Wah kejap je dah 1 Mac 2011
dah masuk bulan ke 3 kita di dalam thn 2011
Kejap je masa berputar kan.. karang tup2 dah nak pertengahan tahun..
pastu dah akhir thn..tu la lumrah kan...

Emmmm hari ni cocer kat JB cam ala2 mendung gitu..
nak kata cam nak ujan.. macam tak hujan..
nak kata cam tak hujan.. tapi mendung...
senang citer.. mendung tak bererti ujan la senang.. :D
heh..heh..heh.. tetiba plak feelling2 pagi ni...
sampai ofc tadi.. cam kebiasaan la..
mesti check email dulu...
tgk apa2 yg penting...
pastu check plak personal mail..
wow wweeeeiii... berderet2 plak email yg ntah apa2 masuk kat mail box..
boring je kan.. nak kena delete satu2...
eemm yelah kena buka tgk baca dlu..
mana yg tak berkenaan memang2 sah kena delete la..
mana2 artikel2 yg menarik blh simpan kat folder..
ataupun kongsikan kat sini..
citer pasal mail ni.. masa baca2 email tadi tu...
terjumpa satu email berkenaan
seseorang yg meluahkan perasaan terhadap erti
"SAYANG"
meh aku kongsi kan ngan korang berkenaan artikel tu..


Bila kiter sayangg org tu
Kita tunggu dia lame pun x per
Tapi bila dia tnggu kite??? dia marah2
Hati kata ala, adatlah ada yang menunggu n dtunggu

Bila kita sayang org tu
Kita x tido pun x pe layan dia yg tgh bosan,
Tp bila kita bosan.... Ada dia layan kita?
Hati kata x pe dia busy kott

Bila kita sayag org tu
Kita gaduh ngan dia, kita dim je
Tp dia heboh 1 dunia
Hati kata x pe, dia tension tuu

Bila kita sayang org tu
Kita call nak cakap ngan dia
Tp dia bagi phone kat org lain atau matikan
Bila jd camtu, x pe
Hati kata, x pe, layan je, kawan dia, kawan kita gak

Bila kita sayang org tu
Kita bercerita dgn dia,rasanya citer ngan tunggul lg baik
Tapi bila dia bercerita ngan kita
Kita dengar sepatah2 kite kena ingat...
klu x ingat kita yang kena marah

Hati kata x pe sayang katakan…

Bila kita syg org tu...
Kita n dia lapar
Tp kita bagi sume roti kita kat dia
Hati kata, ala jagalah hati dia, sian dia….

Bila kita sayang org tu
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
Tp bila kita letih, dia suruh jugak kita
layan dia bila dia bosan
Adil ke? Hati kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita sayang org tu
Kita jadi cam org giler dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap keluar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Hati kata, ala x pe, x kan dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Bila kita sayang org tu
Kita x pernah pentingkan diri sndri
Tapi dia hipokrit tahap ngaban
Hati kata x per, dia memang camtu kena lah terima..

Bila kita syg org tu
Kita sayang nak tinggalkan dia selama2nya
Tapi dia x tahu kiter berdepan dgn maut,
Walaupun kita sakit,dia kata kat kita
sakit
biasa2 jer, jgn nak mengarut
Hati kata, camnelah dia bila kita x de,
mesti dia hepi

Bila kita sayang org tu
Kita x sanggup tengok dia derita
Tapi dia x pernah hargai diri kita,
Hati kata, tau x betapa kita sayang kan dia????

Bila kita sayang org tu
Kita sanggup tinggalkn dia selama2nya untuk dia bahagia
Tapi adakah dia tahu pengorbanan kita??
Hati kata, x pe, janji dia bahagia

Dan……
Bila kita dh tinggalkan dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kita
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mengata kita
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukan call kita
Dia mintak maaf sebab pernah x dengar luahan hati kita
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia
Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan sakit kita
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendri
Dia mintak maaf sebab x pernah tengok penderitaan kita

Bila kita sayang org tu
Kita buat semuanya kan?
Tapi dia x pernah faham kan?

Dan…
Bila kita tinggalkan dia
Dia dtg pd kita and kata

Sorry….
Sorry???selepas lukakan hati kita?

Bila kita sayang org tu
Kita kata x pe lah
Aku dh tinggalkan dunia,
Moga dia bahagia tanpa kita..
Dan hati kita kata
X pe lah apapun yg dia buat...
Kita tetap sayang org tu…..


Sukar ke untuk meminta maaf pada orang yg telah kita buat silap???

eemmm apa pun, bila sentuh bab2 pengorbanan kasih sayang ni
cuma satu ingatan...
"JIKA KITA SAYANGKAN SESEORANG TU.. TINGGALKAN SEDIKIT BENCI,
JIKA KITA BENCI SESEORANG ITU... TINGGALKAN SEDIKIT SAYANG..."
"HARGAI LA KASIH SAYANG ITU SEBAIK2NYA.. "