N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

27 Dis 2012

RENUNG2KAN

Salam Semua

Ish..ish... lama tak berhapdet dah...
eemmmm dah mula la mood malas menjelma + mood bz skarg ni..
sampai tak sempat nak berblogwalking bagai...
okies memandangkan lagi beberapa hari lagi kita semua bakal menyambut thn baru kan..
aku akan cuba try test utk menghapdetkan story mory yg masih berbaki di draft blog ni..
heh..heh..heh..heh.. harap2 berjaya la terpublish semuanya..
okies salah satu n3 yg terperap kat draft blog ni..
satu renungan utk kita semua 
terutama utk kesemua ibu bapa...
meh baca n renungkan
sumber dari status salah sorang rakan facebook ku

 Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
********************************
 so kepada semua ibu dan bapa meh kita amalkan...
semoga ia menjadi amalan yg baik utk kita semua ibu bapa



 

15 Dis 2012

PATMAH KITCHEN BATU PAHAT

Salam Semua

Sabtu yg biasa2 je..
eemmmm boring je kan bila Sabtu kna kja...
rasa cam lemau je...
ni nak story mory pasal hari Sabtu yg lepas...

Sabtu lepas pas waktu keja pengurus kitaorg ajak g makan2..
ate pengurus nak belanjakan..
so sakan la semua... ;)
excited gitu..
bertempat di belakang Carefour Batu Pahat

heh..heh..heh..
sebelum makan harus la posing2 dulu..

ni je la staff yg tinggal..
yg pakai cermin mata tu.. kitaorg punya pengurus..
kak Jazlina..

posing2 bertiga2...
heh..heh..heh..
bertiga lagi.. kali ni ngan dak Mirul..
aku kalau bab makan2 ni memang kena bwa Mirul..
tu yg ada gak dia kali ni.. ;D

 heh..heh.. gambo terblur plak..
kalau dulu ikut ibu g makan2 kat Pizza
ni kat Patmah plak..
skee eh.. dpt g makan2..


gambo posing2 lagi
kak Zai ngan Kak Jaz
dua kakak yg lebih tua dari aku

ni menu kami
chicken chop yg maveles..
and bapak beso...
tak terhabis aku sorang makan..
tapi tetap habiskan gak.. ate org dah belanja kan..

air epal

jemput makan...
heh..heh..heh.. kusyuk bebenor nak makan ya..
guna pisau garfu..
terkial2 nak guna..
heh..heh..heh.. belajo ya nak..

pas makan posing2 lagi..
kali posing2 kat taman luar patmah kitchen tu..
posing2 ngan dak Mirul dlu..

pastu baru posing2 ngan kengkawan..
dak Mirul tetap nak nyibuk posing2 gak..
tak blh la nak posing2 ngan kengkawan ibu tau..
rumusan : makanan kat Patmah Kitchen ni.. ok sedap.. kena ngan citarasa ku.. :D
rega dia pun not bad gak.. berbaloi ngan size dan rasa..
so pas ni blh return blk kat sni klu nak cari western food..
pastu balik sempat lagi singgah Carefour..
cari barang keperluan dak Mirul..
ate kan dah nak sekolah ni..
cari barang2 stationary dia je..

p/s: mood nak hapdet kembali malas... :(


 

12 Dis 2012

12.12.12

Salam Semua

Wah hari ni no cantik...
12.12.12
ada ke yg mengabadikan kenangan no 12.12.12 ni..??
yelah.. kejadian no cantik ni..
bukan selalu kan..
so aku pun nak abadikan kenangan 12.12.12 ni kat blog ni
heh..heh..heh..heh.. 
saja je kan... n3 pendek khas utk 
no 12.12.12


 p/s: hapdet jam 12.12 minit... :D nak gak no 12 tu



 

7 Dis 2012

5 DISEMBER 2012 : PHOBIA DAN TRAUMA

Salam Semua

Ya 5hb yg lepas ni.. telah terjadi sesuatu perkara yg tak di ingini kat tmpt keja aku tu
kejadian yg membuatkan kami2 yg keja kat situ phobia n trauma

Lokasi tmpt keja 
story mory bermula bila aku sampai ke office..
cam biasa masuk office.. tapi agak pelik bila tgk pengurus aku duduk kat kaunter dpn..
sepanjang aku keja kat situ..
jarang tgk pengurus duk kat kaunter dpn pagi2...
pastu tetiba salah sorang staff kitaorg maklumkan..
office kitaorg kena rompak...
pergghhhhh... terus rasa menggigil bila dgr..
dan2.. tu terus g tgk bilik pengurus...

 mula2 yg nampak..
pintu belakang dah ternganga cam gambo kat atas tu...
mengikut story mory staff yg mula2 sampai
masa buka pintu depan 
agak terkejut la bila tgk pintu tgh dah ternganga..
aircond idup.. sedangkan masa blk sebelum tu..
memang semuanya dah tertutup rapat..
pastu bila masuk kat bilik pengurus nak punch kad..
lagi terkejut beso bila tgk pintu belakang dah ternganga..
dan keadaan bilik pengurus bersepah2..... 
meja pengurus dah beralih arah...
rupanya perompak dah hambik peti besi yg terletak di bawah meja 
kat bilik pengurus tu...
perrrgghhhh..... peti besi yg beratnya 300kg blh dihangkut oleh perompak2 tu..

 yg aku bulatkan tu.. adalah tmpt dimana peti besi tersimpan..
dalam peti besi tu ada cash money dlm RM11ribu lebih wokey...
cek 2 keping bernilai RM500 lebih..
berserta duit float untuk kaunter...
perompak tu memang profesional..
kat office aku tu ada 8 cctv wokey..
perompak tu dah hambik skali dvd recoder utk cctv tu..
dvd tu terletak bersebelahan ngan peti besi tu..
perompak tu tak nak sebarang bukti yg tinggal la konon..

 ni meja pengurus aku yg dah beralih arah..
meja ni kedudukan asalnya..
cam bentuk L dari tmpt peti besi yg hilang tu..
kedudukannya berubah melintang dari asal...
carpet kat bilik pengurus tu ada kesan tapak kasut..
serta kesan benda berat ditarik...
kami rasanya kesan peti besi yg kena seret agaknya..

 pastu kt dpn kaunter ada almari tuk letak barang2 produk
baru kami perasan.. pintu cermin tu terbuka
kat dlm tu ada 2 biji kamera kodak digital
yg berharga RM300lebih setiap satu..
kamera tu memang display utk dijual kepada customer2 yg berminat nak beli..
pun lesap diambil perompak2 tu..
pintu kaca tu.. telah dipotong kuncinya..
nak tau dari mana perompak2 tu masuk..
 dari tingkap kecik bilik air ni..
perompak tu potong gril tu.. 
dan juga siap potong wayar alarm n cctv..
anak panah tu menunjukkan kedudukan wayar cctv ngan alarm
kedudukannya berada di atas grill tu..
cekap dan profesional kan..
bukan calang2 org blh buat camni..
masuk ikut tingkap.. keluar ikut pintu bilik pengurus tadi..

Laporan polis telah dibuat..
dan sekarang ni dalam siasatan polis..
anggaran kerugian dlm RM12 ribu lebih..
suspek telah dapat di kenal pasti..
berdasarkan master cctv..
eemmm tu la kan sepandai2 tupai melompat..
akhirnya jatuh jua ketanah..
begitu gak ngan kes pecah masuk kat office kami..
masa polis datang...
ada satu benda yg polis jumpa 
apa dia.. biarlah rahsia..
tapi sebelum hari kejadian tu..
memang ada seseorg yg di curigai telah masuk kedai kami..
aku ingatkan cust nak tnya produk.. kalau cust biasa la kan.. 
kena la layan seperti biasa..
walaupun cam ada something yg tak kena...
tapi masa tu.. tak la syak apa2 pun.. cuma rasa curiga je..
selepas dah terjadi baru la perasan dan teringat... pasal cust yg dicurigai tu..
tapi benda dah nak kena kan..
mana la kita tau nak jadi kan..
Lepas dari kejadian tu.. 
pengurus aku yg sememangnya ada darah tinggi..
makin tinggi la darahnya.. 
sampai ketahap kena tahan wad kat spital..
sib baik la masa kejadian pecah masuk tu..
waktu malam... kalau time waktu kami berkerja..
isshhh... tak blh di bayangkan..
takut jadinya.. kalau la perompak tu ada senjata lagi la bahaya..
 hingga kini kami2 yg kat office masih lagi rasa phobia...

p/s: minta dijauhkan la semua perkara2 yg tak diingini..




 

4 Dis 2012

YEA!!! YEA!! MIRUL DAPAT BESKAL BARU

Salam Semua
 
Hik..hik..hik...hik..
story mory sebulan yg lepas...
al kisah dak Mirul dapat beskal baru..
wah skeee kemain...
senyum sampai ketelinga..
 masa belum dapat..
punya merengek2 sampai takmo makan gitu..
ish..ish..ish..
asyik muncung sampai blh gantung hanger kat mulut tu..
pastu blh plak dia cakap 
"ala... ibu ni kedekut la.. takmo beli kan beskal baru utk ayul.. "
sambil peluk tubuh ngan muncung2 mulutnya
oh la anak... bukan tau ibunya ada duit ke tak..
ko ingat.. nak beli beskal tu setakat seposen dua posen ke..
ish...isshhh.... 
yg dia tau... masa tu minta.. masa tu gak dia blh dapat...
ggeeerrrrr....ggeeerrr....
walau camne sekali pun.. dah janji nak belikan yg baru..
memandangkan beskal yg lama tu memang dah uzur bebenor..
almaklum la beskal yg lama tu..
atok dia belikan masa umur dia 2 thn ke 3 thn gitu..
la ni umur dia dah 5 thn nak masuk 6 dah..
puas dia main sampai lunyai beskal tu..
sampai dah tanggal rantainya..
tayar nya dah pernah meletup..
sampai tayarnya pun dah botak habis dah..
seat nya pun sampai dah tak blh nak naik kan lagi..
kiranya puas la gitu..
kesian plak kat dia kan..
so masa time dpt gaji yg lepas..
si ibu ngan si ayah kongsi2 duit belikan beskal baru utk dia...
 
muka ceria dpt beskal baru..
beso skit dari yg lama..
ate budaknya pun makin membesa kan..
agak tinggi skit la..
biar beli beso skit.. biar puas mainnya..

posing2 ngan beskal baru..
nak kaler merah gak..
tak nak kaler lain..
ibu suruh ambik kaler lain..
blh dia kata..
 "ala merah nampak garang tau bu..nampak kuat.."
addeehhh.. bijak sungguh ko berkata2 ya nak..
mana la ko tau merah tu nampak kuat... adddooohhaaaiii la anak

cewah... tak sempat buka tanda rega..
sampai rumah terus main pusing2 kat laman tu..
kalau boleh tido pun nak dia bawa beskal tu..

hah tu la beskal yg lama tu..
dah cam besi buruk kat belakang tu..
ni la beskal yg atok dia belikan 3 thn lepas...
tgk seatnya.. tu kira dah habis naik dah tu..
pun masih dikira rendah lagi..
ate budaknya dah beso.. so bila naik beskal kecik cam terlebih panjang plak kakinya..
sekarang ni sejak dah ada beskal baru..
g ngaji siap nak naik beskal..
takmo ayah hantar.. takmo ibu tgk2kan..
nak g sendiri..kemain lagi... 
sib baik la tmpt ngaji tu.. jaraknya dalam 5, 6 buah dari rumah..
so aku intai je dari jauh.. 
yelah risau gak.. walaupun dekat tapi tetap lalu jalan raya...
pastu kalau g ngaji sekarang ni siap nak bwa duit 2 hengget..
nak beli kuih ngan nasi lemak katanya..
sebab depan rumah org ngaji tu ada warung jual kuih..
dah pandai dah.. tahu nilai duit.. 
nasi lemak singgit.. kuih singgit..
tu yg minta duit biru dua keping katanya..
aahhhaakkksss....
masa waktu cuti sekolah ni.. memang dia ngaji pagi..
senang skit... tak la kelam kabut ibunya blk keja ptg nak menghantar.. 
tu citer beskalnya..

Citer pasal dak Mirul ngan duit plak..
sekarang ni dah tau gak.. duit hijau rm5 katanya..
sebab ada no 5 kat situ.. kalau duit merah rm10 katanya..
tapi setakat ni dia hanya tau guna duit rm1 je.. ;)
takpe.. pelan2 ajor...
citer pasal Mirul ngan duit ni..
hari minggu yg lepas ni.. masa aku hantar kakak ipar blk Moakil..
dia ngan anak sedara g la kedai depan umah kakak ipar aku tu..
beli meggi ngan telor... bagi la duit kat anak sedara tu..
pastu blk dari kedai anak sedara tu cakap..
"c.na.. duit tak cukup.. sebab ayul beli nenas.."
hah..?? terpinga2 la kitaorg yg kat umah tu..
ingatkan nenas apa.. rupanya nata de coco perasa nenas yg dia beli..
ho..ho..ho..ho..ho..
patut la duit tak cukup..
tu dah satu hal la.. blh plak makcik kedai tu bagi dia bwa blk dlu..
bayar kemudian.. rega nata tu RM 4.50 
percaya bebenor makcik tu ngan budak2 ni..
anak sedara tu citer la... kejadian kat kedai tu..
dak Mirul siap blh cakap ngan makcik kedai tu..
"makcik, ni tak blh kurang ke.."
ayyyoorrkkk... dah la tak cukup duit.. siap blh minta kurang rega lagi..
ish..ish..ish... bikin malu je la dak Mirul ni.. ;D
kami yg dengar citer anak sedara tu.. mau tak tergelak di buatnya...
hah tu la story mory Mirul..
adduuhaaaiii... sekarang ni kemain bijak berkata2...
kadang sampai tak terlayan ngan karenah dia... 
apapun alhamdulilah ngan perkembangan dia...
semakin nak masuk sekolah pra ni..
semakin bijak plak dia bercakap... 

p/s: mood ok tgh nk hapdet story mory dak Mirul...
 




 

3 Dis 2012

CITER2 SI ANAK

Salam Semua

Selamat pagi Senin..
wah.. cerah cocer hari ni ya...
rasa cam malas nak g keja arini.. 
no mood... :(
semalam hari minggu bersantai2 di Moakil..
aahhhaakkss... sesi menghantar kakak ipar aku blk umah dia..
pagi2 kami dah gerak..
so bila dah duk bersantai2 tu.. hilang skit rasa stress...
aktiviti kait2 buah rambutan..buah manggis..
melambak2 cam nak buat jual plak...
makan2... pastu lepak... pastu makan2... pastu lepak...
berapa byk pastu daaaa...
 oh teringat satu kejadian..
masa tu tgh kait2 buah rambutan dlm keadan cocer hujan renyai2...
si ibu panggil anaknya supaya jgn main ujan
ibu: anak dah la... g masuk ujan ni...
anak : jap la... byk lagi ni..
ibu: eh jgn lawan ckp ibu eh...
anak: eh..mana ada lawan.. 
ibu: abistu napa bila ibu ckp.. tk nak dgr..
anak :  mana ada tk dgr... dgr la.. saja je buat2 tak dgr..
huhuhuhu... blh jawapannya gitu..
anak sapa la tu... ish.... ;)
anak2 sekarang ni kemain lagi erk...
byk mulut plak... 
makin membesar ni.. makin panjang akalnya..
byk lagi kejadian2 perbualan ngan si anak..
yg kadang2 geram pun ada.. 
gelihati pun ada...
kadang2 tu.. smpi tak blh nak jawab pun ada...
addduuhaaaiii la anak...

p/s: thn depan si anak dah nak masuk sekolah Pra... persediaan belum buat satu pun... aaaiiiiissshhhhh
 
 




 

1 Dis 2012

N3 PERMULAAN DISEMBER

Salam Semua

 Selamat pagi Sabtu..
pagi yg membosankan..
sebabnya kena keja...
rasa tak semangat nak g keja arini..
sebab malas nak menghadap muka2 yg bermuka2..
heh..heh..heh.. byk no muka erk..
tapi kena gak g..
kalau tak.. nanti harimau mengaum plak..
sekarang ni keja pun tak semangat..
sebab rasa macam KOSONG...KOSONG..
(sila baca ikut nada Najwa Latif yo..)
ni semua di sebabkan kejadian semalam..
menyampah.. meluat....marah semua ada..
tu yg jadi bertambah sttreessss...
addduuhhhaaiii... tak ske keja dlm tekanan..
di sebabkan masalah org lain..
tak pasal2 aku plak yg kena..
hampeh betul rasanya..
adddooooiii... tensssseeennnnnn...
sesuatu tindakan drastik perlu di buat ni..
eemmm takpe2.. ada masa sebulan je lagi..
utk ke tahun baru akan ada perubahan baru plak..


P/S: n3 permulaan yg tiada gambo... hanya sekadar luahan perasaan yg tak puas hati.. kena marah atas kesalahan org lain... nyampah... :(