N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

14 Mac 2012

SEMOGA ARWAH 'DIRANG' TENANG DISANA....

Salam Semua

Pergghhh.. lama plak rasanya tak bersiaran..
kira cam lama tak berhapdet gitu...
maklum la.. keja lebih utama kan...
so kena la settle kan dlu...
tapi dlm pada sibuk2 pun..
masih lagi sempat mengikuti isu semasa...
terutama berkaitan ngan kanak2 yg hilang tu..
amat2 menyayat hati..
hingga menyebabkan aku patut hapdet story mory tu kat sini...
sebagai tanda peringatan...

Korang tentunya tahu kan kisah "DIRANG"
atau adik Nurul Nadhirah
seluruh dunia gempar ngan berita kehilangan dia..
dan kemuncak kes dia..
dia ditemui mati dengan tragis sekali...
mari kita sama2 berkongsi kronologi kes kematian DIRANG
yg aku terima dari email


Kisah mengenai mayat kanak kanak, Nurul Nadhirah yang dibunuh dan dibakar boleh anda baca di entry sebelum ini Nurul Nadhirah @ Dirang-5 Tahun, Mati Dibakar Hingga Rentung

image

Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak di sebuah rumah kosong berhampiran kediaman mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini Khamis lalu.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 36 hingga 40 tahun itu diberkas hasil maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka di rumah kosong berkenaan sejak Disember lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek ditahan pada hari yang sama selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak berusia 5 tahun itu, Nurul Nadirah Abdullah.
“Kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi Khamis lalu.
Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera 2 bungkus dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah, kata ibunya, Roselyn Alan, 25.
Mohd. Mokhtar berkata, setakat ini, polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu, namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.
Polis, kata beliau, sedang menjalankan siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis telah menemui sebelah selipar mangsa pada jarak 200 meter dari lokasi rumahnya manakala sebelah lagi 500 meter iaitu di kawasan ladang kelapa sawit.
Katanya, polis turut menemui mi segera dan telur yang sudah pecah selain gula-gula dipercayai dibeli oleh mangsa sebelum itu.
“Siasatan polis setakat ini percaya motif kejadian bermotifkan dendam yang disyaki dilakukan oleh suspek. “Suspek berbuat demikian disebabkan nenek mangsa pernah memarahinya kerana melihatnya mencuri kabel malah pernah memberi amaran kepada keluarga mangsa supaya tidak mencampuri urusannya,” katanya.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibungkus dengan kain batik sebelum dibawa keluar dari rumah suspek yang berhadapan dengan kediaman mangsa.
Ini kerana terdapat saksi yang melihat jari tangan mangsa terkeluar dari bungkusan itu. Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya lagi.
Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.
Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/03/kronologi-kes-bunuh-dan-bakar-nurul.html

****************************************************
Masa mula2 berita kehilangan arwah...
aku amat2 marah ngan mak dia..
sebabnya.. maknya lebih utamakan FACEBOOK
dari keselamatan anak dia...
ada ke patut budak umur 5tahun di suruh ke kedai beli MEGI + TELOR
dengan hanya memberi nota dan duit RM4..
aduhhaaiiii agak2 la berFACEBOOK tu..
arwah Dirang sebaya Mirul okey...
apa la budak tu tau..
geram rasanya...

Sekarang anak tu dah jadi arwah dah...
nyesal pun dah tak guna...
bukan blh nak kembali kan nyawa anak tu..
so nak guna FACEBOOK tu.. berpada2 la...

Aku pun rasa kesal amat sgt ngan sikap pembunuh arwah Dirang tu..
tak berperikemanusiaan langsung..
hanya kerana berdendam ngan nenek arwah..
cucu yg jadi mangsa...
apa la salah budak tu kan..
dah la dibunuh.. pastu dibakar tu..
addduuuhhaaaiiiii dimana kah sikap kemanusiaan tu...
sedih yg amat...
pembunuhnya pun dah dpt tangkap kan...
memang patut kena hukuman bunuh je...
biar setimpal ngan apa yg telah dia lakukan
semoga roh arwah tenang DISANA...




6 ulasan:

Nida berkata...

Sekarang ni manusia lebih teruk dari binatang... kemanakah sifat kasih sayang dalam diri mereka ye

Unknown berkata...

tula pasai...
hukum kaw2 sape yg buat tu kan..
cinabeng sungguhhh!!!!
hukum skali mak dia tu, kasi hantuk laptop yg ade fesbuk tu kat kepala dia 3x huh!

ct rahani berkata...

risokan kak.. skrg kes kehilangan kanak2 makin berleluasa.. semoga anak2 kiter sentiasa di bawah lindungan Allah.. amin..

CuTeMiUt78 berkata...

~nida~
yup betul tu.. setuju sgt

CuTeMiUt78 berkata...

~ena qalinsya~
eemmm pasal hukuman tu.. yg buat tu sorang lepas kan... yg lagi dua tu.. memang patut hukum mati..

CuTeMiUt78 berkata...

~ct rahani~
dunia sekarang dah tak aman... semoga anak2 kita dilindungi