N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

14 Jan 2009

TIPS MENGASIHI SUAMI

Salam Semua..

Hah..hah...hah... rasa tak adil kan.. klu tadi aku dah beri tips utk pikat isteri... so kali ni nak kongsi pada isteri mithali plak.. tips mengasihi suami... heh..heh..heh..heh.. pada isteri2 dan bakal2 isteri mithali.. jom kita tgk apa tipsnya.. mana tau blh diikuti utk menambahkan kasih sayang...kita terhadap suami....

PETUA MENGASIHI SUAMI

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarikperhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja. - oh.. selalu gak jeling2 manja ala2 maut gitu.. hah..hah..hah..

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perutsuaminya. - em... memang aku praktikkan.. bersalaman sebelum dan balik keja... dari segi pakaian dan makanannya.. alhamdulilah setakat ni masih mampu aku lakukan demi suami tercinta...

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda.Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.- yup..ada betul tu.. aku keja ni pun sebab nak bantu suami aku..heh..heh..heh.. memang kami selalu merancang masa depan bersama.. dan suami aku memang tukang rujuk aku klu ada benda yg aku kurang yakin nak buat keputusan..

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.- oh itu sudah semestinya.. sapa yg tak sayang suami kan..

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain.Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.- emm.. bab mencuri2 cium idok ler aku lakukan ditmpt terbuka.. tu rahsia tau.. klu dia selalu ler cium kat dahi aku time nak g keja..muahhaahaahaa... klu bab2 pegang tangan tu.. klu time nak lintas jalan je.. pegang2 tgn..klu jln bersama.. sendiri2 la.. :(

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda.Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.- hah..bab ni.. agak payah skit.. sebab.. anak aku tido ngan kami.. so klu tidokan anak aku.. aku duk sama tertido dulu dari suami aku..heh..heh..heh..

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.- sib baik ler aku ni bukan jenis yg suka berleter.. suami aku pun rajin gak tolong.. takyah minta bantuan pun dia tolong.. tu pun dah memadai bagi aku...

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda,suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.- hah yang ni memang betul.. cik abg aku akan tegur aku.. klu aku marah kat budak bulat tu.. sebab tu anak kesayangan dia... :)

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2demikian.- bab memicit2 dan mengurut tu.. memang selalu gak ler aku buat.. maklum ler suami aku ni keja berat.. so sudah semestinya penat kan.. bab mandi bersama.. ooppss... biar la rahsia ku.. hah..hah..hah..

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".- heh..heh.. bab ni tak yah citer la ya.. rahsia rumahtangga kan...

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.- klu dah tido.. mana sedar nak pusing belakang ke.. depan ke.. betul tak... tak dannya nak beritahu pun...heh..heh..heh..

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun,ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.- bab ni memang aku sokong...

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda. - emmm.... mungkin gak ler kot.. setakat ni aku alhamdulilah ler... ok je...hah..hah..hah..

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seoranglelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan. -oppss... ni hanya kaum isteri2 yg tahu bagaimana nak menggoda suami masing2 kan.. 18x...heh..heh..heh..

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.-emmm.... no komen...

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya40 an. - klu suami aku time sakit.. aku tak blh ler tak hiraukan dia... tak sampai hati beb... tgk org tersayang terlantar sakit..lagipun suami aku ni jenis manja giler...klu time sakit..heh...heh.. sakit tak seberapa.. ngada je lebih..hua..hua..huah...

17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya.Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.- hah.. ni memang wajib.. macam pesan mak aku gak.. air tangan seorang isteri ler..pengikat suami tak cari lain.. sejauh mana kebenarannya??? Cuba la sendiri...

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. - aku belum bersedia menghadapi situasi klu suami aku meninggal...akan tetapi seandainya aku alami juga... akan ku didik anak2 aku sebaik mungkin insyallah...

Hah..ni ada skit pesanan utk kaum isteri....
Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian

so pada semua isteri2...amacam..tips kali ni.. ok tak?? rasa2 ada yg nak buat tak... heh..heh..heh.. tepuk dada tanya diri sendiri...

7 ulasan:

eya berkata...

no 1 tuh,menjamu mate somi dgn
memakai pakaian yg menarik perhatiannye..kalo dia suke kite
kai baju kedah yg cm org2 tue pakai tuh,cmne ek..kite lak rase cm makcik je.

Tukang cerita berkata...

Suka n3 nih....
:)

CuTeMiUt78 berkata...

~eya~ heh..heh..heh.. klu bagi dia tu mungkin nampak cantik kot.. ikut kan je la.. heh..heh.heh..

CuTeMiUt78 berkata...

~tukang cite~ heh..heh..heh.. jom ikuti..

babyluv_ayang berkata...

k.fara siap print lagik...hehehhe...utk dijadikan panduan...hehehehe....yg terkurang layanan suami tu kita lebih2kan ler yek...b prepare....

CuTeMiUt78 berkata...

~kakfara~ bagus2 blh yg mana perlu ditambah2 tu.. harus le ditambahkan kak..

~LoVeLyZz CoRnErZz~ berkata...

moga same2 kasih