N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

Memaparkan catatan dengan label sedih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedih. Papar semua catatan

14 Mac 2012

SEMOGA ARWAH 'DIRANG' TENANG DISANA....

Salam Semua

Pergghhh.. lama plak rasanya tak bersiaran..
kira cam lama tak berhapdet gitu...
maklum la.. keja lebih utama kan...
so kena la settle kan dlu...
tapi dlm pada sibuk2 pun..
masih lagi sempat mengikuti isu semasa...
terutama berkaitan ngan kanak2 yg hilang tu..
amat2 menyayat hati..
hingga menyebabkan aku patut hapdet story mory tu kat sini...
sebagai tanda peringatan...

Korang tentunya tahu kan kisah "DIRANG"
atau adik Nurul Nadhirah
seluruh dunia gempar ngan berita kehilangan dia..
dan kemuncak kes dia..
dia ditemui mati dengan tragis sekali...
mari kita sama2 berkongsi kronologi kes kematian DIRANG
yg aku terima dari email


Kisah mengenai mayat kanak kanak, Nurul Nadhirah yang dibunuh dan dibakar boleh anda baca di entry sebelum ini Nurul Nadhirah @ Dirang-5 Tahun, Mati Dibakar Hingga Rentung

image

Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak di sebuah rumah kosong berhampiran kediaman mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini Khamis lalu.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 36 hingga 40 tahun itu diberkas hasil maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka di rumah kosong berkenaan sejak Disember lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek ditahan pada hari yang sama selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak berusia 5 tahun itu, Nurul Nadirah Abdullah.
“Kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi Khamis lalu.
Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera 2 bungkus dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah, kata ibunya, Roselyn Alan, 25.
Mohd. Mokhtar berkata, setakat ini, polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu, namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.
Polis, kata beliau, sedang menjalankan siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis telah menemui sebelah selipar mangsa pada jarak 200 meter dari lokasi rumahnya manakala sebelah lagi 500 meter iaitu di kawasan ladang kelapa sawit.
Katanya, polis turut menemui mi segera dan telur yang sudah pecah selain gula-gula dipercayai dibeli oleh mangsa sebelum itu.
“Siasatan polis setakat ini percaya motif kejadian bermotifkan dendam yang disyaki dilakukan oleh suspek. “Suspek berbuat demikian disebabkan nenek mangsa pernah memarahinya kerana melihatnya mencuri kabel malah pernah memberi amaran kepada keluarga mangsa supaya tidak mencampuri urusannya,” katanya.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibungkus dengan kain batik sebelum dibawa keluar dari rumah suspek yang berhadapan dengan kediaman mangsa.
Ini kerana terdapat saksi yang melihat jari tangan mangsa terkeluar dari bungkusan itu. Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya lagi.
Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.
Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/03/kronologi-kes-bunuh-dan-bakar-nurul.html

****************************************************
Masa mula2 berita kehilangan arwah...
aku amat2 marah ngan mak dia..
sebabnya.. maknya lebih utamakan FACEBOOK
dari keselamatan anak dia...
ada ke patut budak umur 5tahun di suruh ke kedai beli MEGI + TELOR
dengan hanya memberi nota dan duit RM4..
aduhhaaiiii agak2 la berFACEBOOK tu..
arwah Dirang sebaya Mirul okey...
apa la budak tu tau..
geram rasanya...

Sekarang anak tu dah jadi arwah dah...
nyesal pun dah tak guna...
bukan blh nak kembali kan nyawa anak tu..
so nak guna FACEBOOK tu.. berpada2 la...

Aku pun rasa kesal amat sgt ngan sikap pembunuh arwah Dirang tu..
tak berperikemanusiaan langsung..
hanya kerana berdendam ngan nenek arwah..
cucu yg jadi mangsa...
apa la salah budak tu kan..
dah la dibunuh.. pastu dibakar tu..
addduuuhhaaaiiiii dimana kah sikap kemanusiaan tu...
sedih yg amat...
pembunuhnya pun dah dpt tangkap kan...
memang patut kena hukuman bunuh je...
biar setimpal ngan apa yg telah dia lakukan
semoga roh arwah tenang DISANA...




2 Feb 2010

Hari Ini Dlm Sejarah HidupKu

Salam Semua...
Eemmmmm nak tarik nafas dulu..
tarik.. lepas..tarik.. lepas...
fffuuuuhhhhh......
Hari ni akan satu sejarah dlm hidup ku....
hari ni akan tamat la perkhidmatan ku di co ni..
setelah 9 thn berkhidmat di co ni..
disebabkan kes yg berkaitan sebelum ni...
makanya aku ngan cik abg berbincang..
salah sorang dari kami mesti keluar dari co ni..
memandangkan aku je yg ada kelulusan...
makanya kami sebulat suara.. aku yg akan berenti kerja..
dan mungkin akan mencari rezeki di tmpt lain..
memang rasa sukar sgt... tapi demi masa depan kami..
aku kena kuat hadapi ni semua...
bayangkan la... selama 9 thn berkhidmat,
dan nak berenti keja diatas sebab2 yg tertentu..
mau tak sedih ke... mesti sedih punya....
tapi nak buat camne kan.. aku terpaksa...
takpe... aku redha dengan apa semua yg berlaku..
mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ni..
apapun aku harap kan org tu bahagia ngan keputusan ni...
puas la hati mereka2 tu.... :(
so hari ni adalah last aku berada di co ni..
esok akan aku mula menghabis kan coti yg sedia ada...
pastu akan ku mulakan ngan kehidupan yg baru...
so.. aku akan jadikan ni satu pengajaran dlm hidup ku...
apapun dunia blogging ni takkan hilang dari kehidupan..
cuma sekarang ni mungkin aku tak akan hapdet seperti biasa la..
kalau berkesempatan insyallah aku akan hapdet citer2 kami..
biasa la kan... masa sekarang ni nak kena sesuaikan diri
dengan kehidupan yg baru dulu...
so doakan aku bahagia ngan kehidupan yg baru ni k..
p/s: sapa2 yg tau mana2 co ada kekosongan di sekitar Batu Pahat / Johor... sila info aku di cutemiut78@yahoo.com


Kerja dari Rumah klik sini

5 Okt 2009

Pagi Yg Suram!!

Salam semua...

Slamat pagi Isnin..
Isnin yg agak blues hari ni..
dan gak Isnin yg suram serta sibuk (tang jalan lorr..)
Napa aku katakan suram.. ???
sebabnya mood hari ni adalah dlm keadaan yg agak kurrreenngg stabil..
so camne ngan wikend korang...??
enjoy ngan wikend korang...?
like me... mlm minggu tu..adalah mlm yg hapening pada mulanya
dan disudahi ngan kesedihan..
mukadimah... dah macam nak buat karangan Bahasa Melayu time SPM la plak.. :D
hapening sebabnya.. apa yg dirancang utk pertemuan antara 2 blogger terlaksana ngan jayanya..
nak tgk gambo sapa kah 2 blogger tu.. nantikan next n3 k..
hari ni aku nak mulakan ngan berita yg amat menyedihkan kami sekeluarga dulu..
Pada Sabtu malam 3 Oct 2009 bersamaan 14 Syawal 1430 H..
tepat jam 10.45 pm kami dpt panggilan dari kakak ipar aku
mengatakan biras aku yg sakit hari tu..
(sapa yg mengikuti jalan citer blog ni, tau la kan. biras aku yg dlm keadaan tenat tu.. )
telah meninggalkan kami semua.. menemui yg maha Esa.
tika itu.. tetamu blogger aku baru je balik kerumah masing2 tau...
memang kami rasa kehilangan yg amat...
makanya hingga kan aku bllluurrr cam tak tau nak buat apa dah..
kerana kami memang rapat ngan arwah..
dlm kul 12 mlm selepas mengemas2 apa yg patut..
makanya kami pun bertolak ke Pt. Benu , Pt Yusof.. BP.
Kakak ipar aku yg duk serumah ngan aku berserta abg ipar aku yg duk sebelah rumah,
bertolak dari Segamat pada waktu yg sama..
(mereka2 ni g beraya kerumah kakak2 kat Redong n Moakil)
jadi masa terima berita yg menyedihkan tu.,mereka2 ni tak de kat BP..
Dlm perjalanan sempat gak aku msg kat rakan blog ni.. mengatakan keadaan tu..
Mekacih ya, kerana memahami situasi kami..
Masing2 senyap melayan perasaan...
tiba di Pt. Sulong BP, kami saing2 ngan yg lain2...
tetapi.. aku tak ikut serta.. memandangkan aku ada anak kecik kan..
makanya org tua2 kata.. tak elok bawa budak mlm2 ni utk melawat..
jadi aku telah bermalam dirumah anak sedara cik abg aku kat Pt. Sulong, hanya cik abg aku yg meneruskan perjalanan ke rumah arwah..berserta abg2 dan kakak2nya..
jadi mlm tu.. aku tak tahu bagaimana situasi di rumah arwah..
yg pastinya semuanya dlm kesedihan yg amat sgt..
aku ngan Mirul hanya dibenarkan menghadiri upacara pengebumian arwah..
pada keesokan paginya
tika kami smpi pun baru je selesai upacara solat jenazah
dan tak lama tu.. jenazah diusung ke tanah perkuburan..
walaupun aku tak sempat melihat arwah tika saat akhir..
tapi aku tak terkilan kerana sempat la melawat dan jaga dia tika dia sakit dulu..
dan kami redha ngan pemergiannya..
Mirul pun cam tau je.. dia tak pandang pun..
jenazah tika diusung keluar dari rumah ke tanah perkuburan..
cuma dia asyik la merengek nak dukung je...
Arwah meninggalkan isterinya (kakak ipar aku) berserta dua anak perempuan..
yg sulung tingkatan 1 dan yg kecik darjah 3
Arwah meninggal ketika usianya menjangkau 41 thn...
amat sedih ngan situasi keluarganya...
kami hanya mampu bantu apa yg patut..
Al- fatihah utk arwah..
Semoga rohnya bersama org2 yg beriman..
Insyallah !!!




http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277
http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78


26 Mei 2009

Apa Erti Sahabat????

Salam Semua...


Ntah napa perasaan hari ni... bercelaru + berserabut memikirkan masalah yg melanda... aku tau ramai yg bertanya kenapa.. eemmmm tapi aku ni jenis payah nak berkongsi masalah tu.. sebab ianya terlalu peribadi..maaf la korang.. aku tak dpt nak meluah kan apa masalah aku tu di blog ni.. hanya kepada yg rapat ngan aku.. akan ku ceritakan masalah tu..tapi hanya setakat bercerita la kot.. utk membantu aku belum tau blh ke tak.. maklum la sekarang ni nak kena berjaga2 gak kan.. tak semua org blh membantu.. aku faham situasi tu...sebab aku dah byk kali terkena.. berjanji menaburkan harapan tinggi tapi akhirnya aku juga yg kecewa dan aku juga yg menanggunggnya.. apapun aku akan cuba sedaya upaya menyelesaikannya.. actually kan bila bercakap pasal ni.. aku ada terbaca satu email yg aku dpt.. berkenaan ngan kawan atau sahabat sejati ni.. jom tgk isi kandungan email yg aku terima tu..

MENCARI DAN MENJADI SAHABAT SEJATI
Didalam menjalani atau meniti kehidupan, salah satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah pemilihan SAHABAT atau KAWAN yang rapat. Ini kerana sahabat akan mempengaruhi dan dipengaruhi. Sebagai contoh yang mudah sekiranya kita berkawan dengan perokok maka sedikit sebanyak kesan dari keburukan merokok akan di perolehi dan mungkin kita juga menjadi perokok. Sekiranya kita berkawan dengan ulama atau ilmuan mungkin kita akan dapat manafaat ilmu nya setidak-tidaknya keberkatan amalan nya.Kalimat Melayu ada menyatakan “ Kawan Biar Seribu, Kekasih Biar Satu”. Didalam Islam kita digalakkan menyambung silaturrahim sesama islam tetapi kita perlu teliti dan tegas dalam memilih sahabat dan kawan. Ini kerana sahabat yang baik akan dapat mendoakan kesejahteraan sahabatnya dan sahabat munafik menarik kearah neraka.H R Al-Hakim” Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan Sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya ”.Sahabat yang baik adalah sahabat yang yang boleh membimbing dan membawa kearah kebaikan serta menambah keyakinan kita kepada Allah

Maka berhati-hatilah memilih sahabat. Jenis sahabat yang perlu di jauhi ;

1) Yang mempunyai sifat tamak - pentingkan diri, banyak meminta daripada memberi serta kedekut. - emmm aku memang tak suka org yg camni.. lebih pentingkan diri sendri...

2) Yang suka kepada perkara lara- Menyukai keseronokan dunia seperti hiburan yang melalaikan, berpesta, membuang masa melepak dan merayau- emmm setakat ni aku tak ramai la kawan yg melalaikan cam ni..

3) Yang mengamalkan sifat boros- Orang yang suka membazir itu adalah sahabat syitan- yg ni bagi aku.. tu hak individu..

4) Yang suka mengampu dan hipokrit- Sikap mengampu adalah sifat yang suka berpura-pura. Berkata Baik didepan danmengutuk dibelakang. -emmmm klu kat ofc aku ni memang ramai yg kaki ampu tu.. aku ada gak kawan yg hipokrit.. lain yg dicakap lain plak yg di laksanakannya..

5) Yang suka kepada kemungkaran- Menolak al quran dan sunnah rasullullah.- emmm alhamdulilah setakat ni tak de la aku kawan yg cam ni...

H R al-Bhukhari yang bermaksud ; Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia kasih kepada saudaranya seperti mana ia kasih kepada dirinya sendiri.Disebalik memilih sahabat kita perlu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita. Kadangkala kita mengharap yang terbaik tetapi kita tidak lakukan yang. terbaik.

Untuk menjadi sahabat yang baik kita perlu :
1) Melindungi sahabat yang berbakti kepada kita
2) Membalas balik persahabatan dengan ikhlas jika dia ingin bersahabat dengan mu
3) Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukan bantuan
4) Menerima dengan baik jika sahabatmu menhulurkan kebaikan
5) Menghargai atau menyebut kebaikan sahabatmu
6) Menutup keburukan sahabatmu
7) Menayakan kesusahan sahabatmu jika dia berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
8) Meringankan kesusahan sahabatmu Jika datang sesuatu bencana menimpa nya
9) Membenarkan perkara yang benar dan menegur dengan bijak perkara yang salah
10) Membantu sahabatmu jika ia merancang sesuatu untuk kebaikan.
11) Lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
12) Membantunya menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13) Mendorongnya mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
aku sokong sgt ke semua fakta yg kat atas ni.. dan ada yg kena ngan sikap aku yg skkee berkawan tu...serta memang aku amalkan pun...
Sepotong hadis rasullullah s.a.w menyebut “ Barang siapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak”.Marilah kita cuba berusaha mengubah diri agar Islam Terus gemilang.

eemmmm... so korang renung2kan la...

so cam aku ni.. actually jenis yg memang skkkee berkawan.. dan skkke membantu kawan.. tapi dikala aku kesusahan... memang tak ramai yg akan membantu aku menghadapinya...dan aku juga bukan jenis yg terhegeh2 nak sgt berkawan ngan org yg tak nak kawan aku... seribu kali org buat baik ngan aku... beribu2 kali aku menghargai persahabatan tu.. tapi seandainya sekali tercalar kekecewaan dihati aku.. makanya aku akan cuba mengelak dari rasa kecewa tu.. dlm erti kata.. lu pikir la sendri... (mungkin aku akan cuba mengelak dari meneruskan perhubungan tu.. ) eemmmm itu la aku..!!! Terpulang la pada korang nak buat penilaian pada aku... tapi itu la kebenarannya...



21 Mei 2009

Cutemiut Tgh Down...!!!

Salam Semua
Just nak beritahu... aku dlm keadaan down + stress + bengang + nak marah + sedih + bzios tahap melampau.. sorry ya korang... aku malas nak story mory hari ni... no mood :( just nak meluahkan apa yg terbuku dihati tentang apa yg berlaku pada aku semalam... apapun.. mekacih pada kengkawan yg sudi membantu dan ambil tahu.. rasa terharu gak sebab sudi mendengar luahan dan masalah aku.. terima kasih sesangat..aku hargai sesangat persahabatan kita..
p/s: tgk la klu mood aku dah ok nnti ada la story mory kat blog ni.. :(



16 Feb 2009

Ahhhh.... Tolong..!!!

Salam Semua..

Addduuuhh..addduuhhh... fening pala aku dibuatnya.. disebabkan kegatalan aku kononnya nak tukar template... habis hilang sudah segala link kengkawan aku yg ada kat sidebar tu.. tolong...tolong.. sesangat pada all members aku yg mana nama korang hilang dari senarai.. plse reply blk at ruang komen kat n3 ni ya.. Insyallah akan aku link kan blk dan senaraikan ke side bar tu..

p/s: ada sesapa blh tlg aku tak.. camne erk.. klu kita nak tukar template baru.. tapi tak nak hilang all widget2 yg sedia ada kat blog.. ada sesapa blh tunjuk ajar tak.. aku dah lupa la.. caranya.. plse sesangat.. harap sgt dpt membantu.. terima kasih...



10 Sep 2008

Hari yg suram dan muram..

Salam semua...

Pagi ni nak g keja tadi hujan... suram je cuaca nya.. sesuram hatiku hari ini.
Disebabkan kejadian petang semalam...hanya kerana kesalahan orang lain aku yg kena... aku tersentap jap ngan tindakkan suami ku.. dan menyebabkan murammya aku pagi ni. Buat masa ni keadaan memang agak tegang.. antara kami tak bertegur sapa..tiada lagi kucupan mesra seperti biasa.. aduh.. memang teramat pedih rasanya.
Kenapa erk lelaki ni, hanya tau marah tak usul periksa.. melulu je meledakkan kemarahannya. Tak fikir kah dia bahawa hati isteri terluka ngan tindakannya.. hai entah lah... susah nak diperkata.. adat resam berumahtangga. Maaf ler... hari ni meluah kan rasa hati le plak..