N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

27 Mei 2009

OOOpppsss!!!! Capture 7876 Dah Terlepas..

Salam Semua..
Slamat pagi... hope hari ni semua dlm keadaan sihat dan ceria hendaknya... aku seperti biasa la.. nak kata... ceria tu, ada skit ceria la... nak kata sihat tu.. alhamdulilah sihat.. so tadi ni aku terbaca kat ruang komen dari email aku.. tetiba terperasan ada satu blogger ni mengatakan dia gigih nak dptkan capture 7876 plak.. atenya yg mula2 7678 kan dah terlepas... so yg kali ni pun terlepas lagi.. aku buka tgk.. ha'ah la... memang dah terlepas pun

aku je pengunjung yg ke 7888..... emmm ada sesapa dpt print screen kan capture 7876 tu ke... email aku cutemiut78 at yahoo dot com ya... eemmmm asyik la terlepas pandang je kan.. ada sesapa blh bantu.. utk kita trace pengunjung yg singgah tak... aku agak blur tentang tu... eemmmm blm sempat check email lagi.. nnti nak tgk ada sesapa yg dpt capture ni ke tak... klu takde.. makanya.. hadiah misteri akan di jadikan utk contest lain la plak kan.. so ok la korang... nak breakfast dulu.. :D









26 Mei 2009

Sapa Dpt Print Screen Capture 7678 ?

Salam Semua..
Opppss... dlm pada aku kalut2 + serabut ni.. smpi terlupa pasal contest capture no 7678 kat blog aku ni.. skali tadi masa aku msk.. baru aku perasan.. no tu dah jd 7679 la plak.. uishh.. ada sesapa yg dpt print screen kan no 7678 tu ke.. klu ada sila email aku cutemiut78 at yahoo dot com k.. utk penebusan hadiah misteri.. klu tak de... makanya hadiah tu.. akan dijadikan utk contest lain plak...
emmmm capture no 7678 dah pun terlepas.. tinggal lagi satu no je utk contest ni.. so sesapa yg dpt print screen kan capture 7876.. jgn lupa email aku ya.. :D
p/s: dlm keadaan memulihkan semangat ni...











Apa Erti Sahabat????

Salam Semua...


Ntah napa perasaan hari ni... bercelaru + berserabut memikirkan masalah yg melanda... aku tau ramai yg bertanya kenapa.. eemmmm tapi aku ni jenis payah nak berkongsi masalah tu.. sebab ianya terlalu peribadi..maaf la korang.. aku tak dpt nak meluah kan apa masalah aku tu di blog ni.. hanya kepada yg rapat ngan aku.. akan ku ceritakan masalah tu..tapi hanya setakat bercerita la kot.. utk membantu aku belum tau blh ke tak.. maklum la sekarang ni nak kena berjaga2 gak kan.. tak semua org blh membantu.. aku faham situasi tu...sebab aku dah byk kali terkena.. berjanji menaburkan harapan tinggi tapi akhirnya aku juga yg kecewa dan aku juga yg menanggunggnya.. apapun aku akan cuba sedaya upaya menyelesaikannya.. actually kan bila bercakap pasal ni.. aku ada terbaca satu email yg aku dpt.. berkenaan ngan kawan atau sahabat sejati ni.. jom tgk isi kandungan email yg aku terima tu..

MENCARI DAN MENJADI SAHABAT SEJATI
Didalam menjalani atau meniti kehidupan, salah satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah pemilihan SAHABAT atau KAWAN yang rapat. Ini kerana sahabat akan mempengaruhi dan dipengaruhi. Sebagai contoh yang mudah sekiranya kita berkawan dengan perokok maka sedikit sebanyak kesan dari keburukan merokok akan di perolehi dan mungkin kita juga menjadi perokok. Sekiranya kita berkawan dengan ulama atau ilmuan mungkin kita akan dapat manafaat ilmu nya setidak-tidaknya keberkatan amalan nya.Kalimat Melayu ada menyatakan “ Kawan Biar Seribu, Kekasih Biar Satu”. Didalam Islam kita digalakkan menyambung silaturrahim sesama islam tetapi kita perlu teliti dan tegas dalam memilih sahabat dan kawan. Ini kerana sahabat yang baik akan dapat mendoakan kesejahteraan sahabatnya dan sahabat munafik menarik kearah neraka.H R Al-Hakim” Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan Sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya ”.Sahabat yang baik adalah sahabat yang yang boleh membimbing dan membawa kearah kebaikan serta menambah keyakinan kita kepada Allah

Maka berhati-hatilah memilih sahabat. Jenis sahabat yang perlu di jauhi ;

1) Yang mempunyai sifat tamak - pentingkan diri, banyak meminta daripada memberi serta kedekut. - emmm aku memang tak suka org yg camni.. lebih pentingkan diri sendri...

2) Yang suka kepada perkara lara- Menyukai keseronokan dunia seperti hiburan yang melalaikan, berpesta, membuang masa melepak dan merayau- emmm setakat ni aku tak ramai la kawan yg melalaikan cam ni..

3) Yang mengamalkan sifat boros- Orang yang suka membazir itu adalah sahabat syitan- yg ni bagi aku.. tu hak individu..

4) Yang suka mengampu dan hipokrit- Sikap mengampu adalah sifat yang suka berpura-pura. Berkata Baik didepan danmengutuk dibelakang. -emmmm klu kat ofc aku ni memang ramai yg kaki ampu tu.. aku ada gak kawan yg hipokrit.. lain yg dicakap lain plak yg di laksanakannya..

5) Yang suka kepada kemungkaran- Menolak al quran dan sunnah rasullullah.- emmm alhamdulilah setakat ni tak de la aku kawan yg cam ni...

H R al-Bhukhari yang bermaksud ; Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia kasih kepada saudaranya seperti mana ia kasih kepada dirinya sendiri.Disebalik memilih sahabat kita perlu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita. Kadangkala kita mengharap yang terbaik tetapi kita tidak lakukan yang. terbaik.

Untuk menjadi sahabat yang baik kita perlu :
1) Melindungi sahabat yang berbakti kepada kita
2) Membalas balik persahabatan dengan ikhlas jika dia ingin bersahabat dengan mu
3) Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukan bantuan
4) Menerima dengan baik jika sahabatmu menhulurkan kebaikan
5) Menghargai atau menyebut kebaikan sahabatmu
6) Menutup keburukan sahabatmu
7) Menayakan kesusahan sahabatmu jika dia berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
8) Meringankan kesusahan sahabatmu Jika datang sesuatu bencana menimpa nya
9) Membenarkan perkara yang benar dan menegur dengan bijak perkara yang salah
10) Membantu sahabatmu jika ia merancang sesuatu untuk kebaikan.
11) Lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
12) Membantunya menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13) Mendorongnya mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
aku sokong sgt ke semua fakta yg kat atas ni.. dan ada yg kena ngan sikap aku yg skkee berkawan tu...serta memang aku amalkan pun...
Sepotong hadis rasullullah s.a.w menyebut “ Barang siapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak”.Marilah kita cuba berusaha mengubah diri agar Islam Terus gemilang.

eemmmm... so korang renung2kan la...

so cam aku ni.. actually jenis yg memang skkkee berkawan.. dan skkke membantu kawan.. tapi dikala aku kesusahan... memang tak ramai yg akan membantu aku menghadapinya...dan aku juga bukan jenis yg terhegeh2 nak sgt berkawan ngan org yg tak nak kawan aku... seribu kali org buat baik ngan aku... beribu2 kali aku menghargai persahabatan tu.. tapi seandainya sekali tercalar kekecewaan dihati aku.. makanya aku akan cuba mengelak dari rasa kecewa tu.. dlm erti kata.. lu pikir la sendri... (mungkin aku akan cuba mengelak dari meneruskan perhubungan tu.. ) eemmmm itu la aku..!!! Terpulang la pada korang nak buat penilaian pada aku... tapi itu la kebenarannya...



25 Mei 2009

Jom Layan Video Mirul

Salam Semua..

Hari ni..tenet kat ofc aku ala2 bengong gitu.. membuatkan betambah2 hot ok.. dah lah masalah yg sepatutnya bblh settle hari ni tak blh nak settle disebabkan aku tak dpt nak mencari org yg blh membantu aku dlm masalah tu... ada yg nak bantu.. tapi last minit ckp tak blh nak bantu plak dah.. mau bengang aku kejap.. bertambah2 lah masalah aku kali ni.. ahh..aku dah mula la rasa cam nak down lagi ni.. ish.. bila la aku blh settlekan ni.. masa suntuk yg amat.. eemmm sorry la korang ya.. aku agak emo skit ni..
Ok la.. actually kan aku nak publish sambungan video Mirul ... ni pun aku baru blh buka videonya masa kat umah ni.. so jom layankan video.. mirul ngan mainannya....




eemmmm... tu la gelagat dia.... sorry la korang.. sore dan gambo tak berapa nak clear... sebab guna hp adik aku je ni...

p/s: ish... agak2 sapa la blh bantu aku ni... tensen la.. aku cukup tak suka ngan situasi ni..ish...





Slamat Bertugas & Happy Besday Mak

Salam Semua

Slamat kembali bertugas... so camne ngan hujung minggu korang? Penuh ngan aktiviti ke... as a yg korang tau kan.. aku n family blk JB bercoti2 kat umah mak ayah aku... hilang kan segala stress + kekusutan yg melanda.. kira cam buat terapi minda gitu... tapi memang betul kan.. klu kita tgh serabut... bila time coti2 tu.. memang blh hilang kan stress selain kita berdoa ngan tuhan supaya kita lebih kuat semangat kan.. tu yg terjadi pada aku.. memang hilang strees tu tau.. walaupun sekejap je kan.. tapi kiranya menjadi lor.. lebih2 lagi klu main nga budak bulat tu.. eemmmm cam kat video yg aku publishkan semalam tu.. actually kan video tu.. adalah aksi budak bulat memanjat bangku kat umah mak aku tu.. sambil mulut dia riuh suruh kita tgk dia buat aksi tu.. tapi hanya gambo dia dah duduk kat bangku tu je.. eemmm ok la tu kan.. so tu je la nak citer pasal hujung minggu aku kali ni..takde yg nak berapa menarik sgt.. biasa2 je..
Actually kan hari ni adalah ulangtahun kelahiran seseorg yg amat2 aku sayang tau... korang nak tau sapa.. sebelum tu.. jom kita wish besday ni kat dia..
" Allah Selamatkan kamu.."
"Allah Selamatkan kamu.."
"Allah Selamatkan Puan Zaharah"
"Allah Selamatkan kamu.."
Happy Birthday Myspace Comments
Selamat ulang tahun mak... hari ni adalah ulangtahun kelahiran mak aku yg ke 54 thn... Semoga mak dipanjangkan usia.. dimurahkan rezeki dan semoga mak lebih tabah menghadapi segala rintangan.
Untuk pengetahuan korang kan.. aku amat2 menyayangi mak aku ni tau.. dia lah satu2nya ratu hati ku yg tiada ganti.. dia la tmpt aku mengadu.. dia la tmpt aku mencurah kan segalanya.. dia la yg memberi semangat dikala aku dilanda masalah.. dia la yg byk membantu aku dikala aku kesusahan.. dia adalah seorang wanita yg amat2 tabah mengharungi segala dugaan... aku pun tak dpt menjadi sekuat dia dan setabah dia.. dia adalah segalanya utk aku... mak, kita sayang mak sgt2 tau...minta ampun dan maaf seandainya kita ada mengguris hati mak.. kita bebani mak ngan segala masalah kita... ketahui la mak.. apa jua.. kasih sayang kita tetap utk mak.. Lov U so much mak.. mmmmuuuaahhh... !!
oppss... teremo sudah.... ok la korang.. karang meleret2 plak jadinya.. aku ni klu bercerita bab mak ni.. aku cepat sensitif ok.. so sayangi lah mak korang.. hingga keakhir hayat.. seandainya pada sesapa yg tak punyai mak lagi.. ingatlah mereka dan abadikan lah segala kenangan bersamanya..